You are on page 1of 6

990825135854

3.0 LOKASI KAJIAN

Peta 1 :Negeri Sarawak

Sumber:http://maps.google.com.my/

Neger Sarawak dikenali dengan gelaran Bumi kenyalang merupakan salah satu
daripada 14 buah negeri ( termasuk Wilayah Persekutuan yang membentuk
Persekutuan Malaysia). Sarawak merupakan negeri terbesar di Malaysia. Sarawak dan
Sabah terletak di Pulau Borneo biasanya digolong bersama sebagai Malaysia
Timur.Di sebelah Timur Sibu, Sibu Rural, Kapit. Di sebelah utara Sibu, Mukah
terletak di situ. Sarawak merupakan salah satu daripada dua negeri yang membentuk
Malaysia Timur. Sarawak adalah negeri terbesar di Malaysia. Sarawak berada dalam
kawasan tropika dengan iklim khatulistiwa yang panas dan lembap sepanjang setahun
. Hutan Sarawak adalah sumber dan aset yang paling penting . Sarawak mempunyai
12 bahagian keseluruhannya (Kuching, Sri Aman , Sibu, Miri, Limbang, Sarikei,
kapait, Kota Samarahan, Bintulu, Mukah, Mukah, Betong dan Serian) . Setiap
bahagian ditadbir oleh seorang Residen dan dibahagikann kepada dua ke empat
kawasan. Sarawak dipisahkan sejauh 600km dari Senanjung Malayasia oleh Laut
China Selatan di sebelah Barat dan bersempadan dengan negeri Sabah di timur laut,
kesultanan Brunei di Utara dan Kalimantan, Indonesia di sebelah Timur.
990825135854

Peta 2: Daerah Sibu

Sumber:http://wkangelol. blogspot. com/2011-04-01-archive.html.

Sibu ialah salah satu bandar dan bahagian di Sarawak . Ia terletak di pertemuan
Sungai Rajang dengan Sungai Igan, kira-kira 60km dari laut.Kebanyakan
penduduknya berbangsa Cina Foochow dan Iban dari Batang Rajang. Terdapat juga
penduduk Bumiputera lain seperti orang Melayu dan Melanau.Sibu merupakan
sebuah pelabuhan utama dengan keluasan 24,452 batu persegi , terletak di kawasan
tengah Sarawak, berada di latitud 2. Antara daerah Sibu ialah Kanowit,
Selangau,Kapit, Mukah ,Bintulu dan lain-lain.
990825135854

Peta 3: Jalan Teng Kung Suk, 3

Sumber:http://maps.google.com.my/

Kilang Bihun Bersatu terletak di Jalan Teng Kung Suk 3, Sibu yang
berdekatan dengan jalan Lada dan Jalan Sukun.Jarak perjalanan daripada pusat bandar
Sibu ke kilang ini adalah lebih kurang 27 minit. Sebuah kedai kereta berjenama
Nissan terletak di lorong Sukun28B/1 boleh dijumpai dalam jarak 10m di tepi kilang
bihun. Terdapat simpang tiga di Jalan Lada. Di tepi simpang jalan ada Petronas
Lanang Barat yang berjauh 1.9 km dardari kilang bihun. Kilang bihun terletak kira-
kira 120m dari Jincorrp Sdn. Bhd. Selain itu, Dah deh trading terletak sejauh 350 m
dari kilang.
990825135854

1.0 Pengenalan

Negara kita telah mengubah corak ekonomi dari sektor pertanian kepada sektor
perindustrian. Kemajuan yang dicapai pula standing dengan negara-negara berkuasa
besar. Kilang bihun merupakan satu bidang perindustrian yang amat menguntungkan
kepada ekonomi negara Malaysia. Kebanyakan kilang bihun di Malaysia tidak
menjaga kebersihan di alam sekeliling dengan bersih. Contohnya, kilang Mee Hoon
Van Loong Bee Hoon Sdn. Bhd di Ipoh pada 17 Jun 2014.

Menurut sumber daripada Sinar Harian, di Kuala Ketil, KBB Resources


Berhad disyaki membuat bihun di kandang babi. Kebersihan semasa memproses
bihun tidak dapat dijaminkan. Tokoh alam sekitar terkemuka negara yang juga Naib
Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Professor Datuk Dr. Zaini Ujang juga
menyatakan bahawa sebenarnya sebarang alam sekitar berpunca daripada
kesempurnaan akhlak manusia terhadap dirinya, alam dan tuhan.

Selain itu, menurut laman sesawang www.sinar harian.com.my, sisa kilang


akan terus mencemarkan udara. Di Serdang, penduduk kamppung Sungai Tengus
merayu pihak berwajib mengambil tindakan segera terhadap kilang kelapa sawit yang
didakwa masih beroperasi dan menyebabkan pencemaran udara .

Menurut ucapan YAB Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badwi, Perdana
Menteri di Persidangan Halatuju sektor perindustrian. Beliau meruupakan seorang
penggerak industri permotoran. Contohnya, penghasilan kereta Proton Saga dalam
bidang industri otomobil. Beliau mengakui bahawa sektor perindustrian sepserti
kilang mampu memacu pertumbuhan ekonami negara.

Menurut laman web, https://dupwp.wordpress.com/2007/11/04/kilang-bihun,


kilang yang berkeluasan 4 hingga 5 ekar bertindak menipu dan mengaburi pengguna
serta orang ramai dengan meletakkan tanda halal sendiri dalam tulisan jawi/rumi.
Malahan kilang yang mengeluarkan jenama tidak pernah mendapat kelulusan
logo/cop halal dari JAKIM. Malah permohonan mereka untuk sijil pengiktirafan
pernah di tolak pihak Majlis Agama Islam Pulau Pinang. Selain itu, Kilang Bihun
Beras Indah (KBBI) syarikat cina dimana sebelum ini telah ditarik lesen
990825135854

perniagaannya pada 2007 kerana beroperasi tanpa logo halal jakim serta beroperasi
didalam kandang babi dimana berita ini telah keluar di buletin utama TV3.

Menurut buku yang bertajuk etika perniagaan mengikut persepsi islam, telah
menyatakan bahawa Islam sangat menekan kualiti barangan dalam perniagaan
khasnya makanan halal yang dihasilkan. Makanan yang dihasilkan tidak berkualiti
boleh menjejaskan kesihatan pelanggan. Masalah keracunan makanan adalah punca
daripada bahan makanan dan pengendalian yang tidak berkualiti. Sekiranya kita
memahami falsafah perniagaan Islam, apabila masakan kita memudaratkan kesihatan
manusia ia dianggap satu perbuatan yang di murkai Allah swt.

Menurut Kamus Perdana Edisi Ketiga, kilang bermaksud sesuatu bangunan


berserta dengan alat-alat jentera untuk memproses atau membuat barangan, fabric,
sanggar dan makanan. Kilang bihun mrerupakan kilang yang memproses bihun.
Ekologi membawa maksud ilmu hubungan (reaksi) antara makhluk hidup dan
lindungannya. Alam sekitar bermaksud segala yang ada di udara dan muka bumi dan
bukan buatan manusia. Alam sekitar merujuk kepada fenomena fizikal sama ada
biotik atau abiotik yang melingkungi khusus perkataan suatu organisma. Fenomena
fizikal ini termasuk juga fenomena yang berkait dengan iklim dan cuaca. (Mohd
Zuhdi Marsuku, perkataan “alam sekitar” atau dalam bahasa Inggeris disebut
“environment” membawa maksud keadaan sekeliling atau lingkungan. Oleh itu,
sekirannya berdasarkan kepada terjemahan literal, maka perkataan “alam sekitar”
adalah menuju kepada apa sahaja yang melingkungi manusia.

Jalan Teng Kung Suk terletak di daerah Sibu, Sarawak. Penduduknya terdiri
daripada orang Melayu, orang ,Iban dan orang Cina. Kawasan ini dipenuhi oleh
kilang perindustrian. Kebanyakan responden dalam kajian ini tinggal di kawasan
perindustrian . Mereka juga bekerja di kilang-kilang.

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti jenis-jenis aktiviti pemprosesan


bihun yang akan menjejaskan kehidupan penduduk di kawasan sekelilingnya. Selain
itu , kajian ini dijalankan untuk mengkaji kesan aktiviti pemprosesan bihun terhadap
alam sekitarseperti pencemaran udara, pencemaran air, pencemaran darat dan
pencemaran bunyi yang mengganggu kehidupan prenduduk.
990825135854

You might also like