You are on page 1of 38

1.

0 PENGENALAN

AEON Co. (M) Bhd. sebelum ini dikenali sebagai JAYA JUSCO Store Bhd. yang
berpusat di Kuala Lumpur, Malaysia dan pengasas AEON ialah Takuya Okada. Ia
ditubuhkan pada 15 September 1984 di Malaysia sebagai tindak balas terhadap
permintaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir bin Mohamad untuk memodenkan
perniagaan runcit Malaysia. Nama AEON bermaksud keabadian dalam bahasa Latin.
AEON Co. (M) Bhd. adalah anak syarikat AEON Co. iatu yang merupakan peniaga
terbesar di Jepun dan mempunyai anak syarikat lain seperti AEON BiG (M) Sdn Bhd dan
AEON Credit Service (M) Bhd. Syarikat ini merupakan syarikat berskala antarabangsa.

AEON Co. (M) Bhd. mengendalikan rangkaian kedai serbaneka dan pasar raya yang
menawarkan pelbagai produk seperti pakaian, makanan, barangan rumah tangga, barang
dagangan lain, dan aktiviti pusat membeli-belah. Syarikat ini beroperasi dalam dua
segmen iatu runcit dan perkhidmatan pengurusan harta. AEON memenuhi jangkaan
pengguna dan meningkatkan pengalaman membeli-belah mereka setiap kali mereka
membeli, kerana konsep "Pelanggan Pertama", kesedaran yang tajam terhadap tuntutan
pasaran sasaran, dan gabungan produk yang ideal (Aeon, 2021). Objektif AEON adalah
untuk bekerjasama secara berterusan dengan pelanggan, pembekal, rakan niaga,
pemegang saham, dan masyarakat untuk membina masa depan yang tiada batasan.
Manakala, prinsip AEON adalah 'Pelanggan Pertama', kerana mereka sentiasa peka
terhadap tiga kata kunci, iaitu 'keamanan', 'orang', dan 'komuniti', yang membentuk inti
dan watak perniagaan runcit dan harus diatasi dalam setiap perkembangan.
Saiz perniagaan adalah berskala besar. Ia terdapat di pelbagai negara seperti Jepun,
Indonesia dan Malaysia. Di Malaysia juga, terdapat lebih daripada 30 cawangan
khususnya di Semenanjung. Oleh itu, pada tahun 2022, AEON CO. (M) BHD. (AEON)
merekodkan keuntungan sebelum cukai (PBT) sejumlah RM211.4 juta iaitu peningkatan
sebanyak 61.4 peratus berbanding RM131 juta yang dicatat pada tahun lepas bagi tahun
kewangan berakhir 31 Disember 2022. AEON dalam satu kenyataan berkata, syarikat
juga mencatat hasil sejumlah RM4.14 bilion iaitu 14.1 peratus lebih tinggi berbanding
hasil tahun lepas sebanyak RM3.63 bilion.

1
Oleh kerana matlamat AEON adalah bertindak sebagai "pertubuhan peruncitan
berskala antarabangsa", keunggulannya mesti diiktiraf bukan hanya di Jepun, tetapi juga
di negara-negara lain. Hal ini kerana, Aeon bertujuan untuk bersaing secara global dalam
faktor pengalaman pelanggan dan kewarganegaraan korporat, oleh itu mereka
berkomitmen kepada konsep "pengurusan kualiti" untuk meningkatkan kecekapan
mereka lebih lanjut. Antara pengiktirafan yang diterima oleh syarikat AEON adalah
anugerah daripada World Branding Awards sebagai pemenang Anugerah Jenama Terbaik
2021/2022 untuk Kategori Peruncit-Pusat Beli-Belah dan Gold Award dalam kategori
peruncitan di Putra Brand Awards 2021.

2
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk mencapai dua objekif utama bagi syarikat AEON CO.
(M) Bhd. iaitu:
1) Mengkaji pengaruh persekitaran umum perniagaan berikut kepada operasi
perniagaan AEON CO. (M) Bhd.
i) Ekonomi
ii) Persaingan dan Jaringan
iii) Sosiobudaya
iv) Politik dan Undang-undang
v) Teknologi
vi) Prasarana
vii) Antarabangsa

2) Mengkaji peranan internet dalam meluaskan peluang perniagaan syarikat AEON


CO. (M) Bhd.

3
3.0 LATAR BELAKANG

Pengkaji akan membuat kajian tentang pengaruh persekitaran umum perniagaan


terhadap operasi AEON CO. (M) Bhd. dan peranan internet dalam meluaskan peluang-
peluang perniagaan organisasi tersebut.

Persekitaran umum merujuk kepada keadaan luaran organisasi yang boleh memberi
kesan kepada perniagaan. Menurut Duncan (1972) dan Dess dan Beard (1984) antara ciri-
ciri utama persekitaran dinamik adalah keadaan yang tidak dapat diramal dan kadar
perubahan yang pantas menyebabkan wujud elemen ketidakpastian kepada operasi
firma dalam sesuatu industri. Ia juga dapat mempengaruhi usahawan di dalam membuat
sesuatu keputusan. Peniaga atau usahawan perlu bertindak terhadap situasi yang luar
daripada jangkaan organisasi yang akan memberi impak kepada operasi perniagaan.

3.1 Persekitaran umum terbahagi kepada 7 iaitu:

3.1.1 Ekonomi
Menurut Iskandar Putong (2010: 18), ekonomi atau economic dalam banyak
literatur ekonomi disebutkan berasal dari bahasa Yunani yaitu kata Oikos atau Oiku
dan Nomos yang berarti peraturan rumah tangga. Dengan kata lain pengertian
ekonomi adalah semua yang menyangkut hal-hal yang berhubungan dengan
perikehidupan dalam rumah tangga tentu saja yang dimaksud dan dalam
perkembangannya kata rumah tangga bukan hanya sekedar merujuk pada satu
keluarga yang terdiri dari suami,isteri dan anak-anaknya, melainkan juga rumah
tangga yang lebih luas yaitu rumah tangga bangsa, negara dan dunia.

3.1.2 Persaingan dan Jaringan


Menurut Gloria Obiageli Eruemegbe (2015: 484), persaingan bermaksud
organisasi lain dalam industri atau jenis yang sama perniagaan yang menyediakan
barangan atau perkhidmatan kepada pelanggan yang sama. Unik isu persaingan,
kesukaran kemasukan dan lain-lain adalah isu utama yang perlu ditangani di sini.

4
Manakala definisi jaringan pula ialah persekitaran luaran organisasi terdiri daripada
perkara-perkara tersebut di luar organisasi seperti pelanggan, pesaing, kerajaan
agensi, pembekal, buruh, firma kewangan yang berkaitan dengan organisasi operasi.
Ia terdiri daripada semua elemen yang wujud di luar sempadan organisasi, yang
mempunyai potensi untuk mempengaruhi organisasi. Mereka adalah relevan dengan
operasi organisasi dan mesti dipantau dengan teliti.

3.1.3 Sosiobudaya
Menurut Gloria Obiageli Eruemegbe (2015:486), Sosiobudaya termasuk
pelanggan, nilai moral, peraturan dan demografi ciri-ciri masyarakat di mana
organisasi itu berfungsi.Proses tingkah laku adalah penting kerana ia menentukan
produk, perkhidmatan dantahap kelakuan yang mungkin akan diperolehi oleh
masyarakat. Ia membolehkan kemesraan hubungan antara pengurusan, pekerja dan
pelanggan mereka.

3.1.4 Politik dan Undang-undang


Menurut Gloria Obiageli Eruemegbe (2015: 486), faktor politik adalah
peraturan kerajaan pada perniagaan. Hubungan antara perniagaan dan kerajaan adalah
penting atas tiga sebab asas. Pertama, sistem undang-undang sebahagiannya
mentakrifkan apa yang sepatutnya oleh sesebuah organisasi atau tidak patut
dilakukan. Kedua, sentimen pro-perniagaan atau anti-perniagaan, di mana digunakan
oleh kerajaan untuk mempengaruhi aktiviti perniagaan dalam organisasi. Ketiga,
kestabilan politik mempunyai kesan pada perancangan, untuk contoh, tiada organisasi
mahu menubuhkan perniagaan di negara lain di mana hubungan perdagangan tidak
ditakrifkan secara relatif dan stabil.

5
3.1.5 Teknologi
Menurut Gloria Obiageli Eruemegbe (2015: 485), teknologi adalah bahan
mentah pengurusan orang, maklumat atau fizikal; bahan - menjadi barangan dan
perkhidmatan yang diingini. Ia juga termasuk mesin, peralatan bekalan pengetahuan
yang digunakan dalam proses transformasi. .(Impact Of Business Environment On
Organization Perfomance In Nigeria Study Of Union Bank Of Nigeria, 2015).

3.1.6 Prasarana
Menurut Muhammad Saiful Anwar Yusof (2021: 71), prasarana merupakan
perkhidmatan dan kemudahan asas yang diperlukan bagi setiap aspek pembangunan
dan kemajuan.

3.1.7 Antarabangsa
Menurut Asmady Idris (2019: 2) , dunia antarabangsa bersifat anarki. Konsep
anarki merujuk kepada situasi sistem struktur hubungan antarabangsa yang
digambarkan sebagai huru-hara oleh keadaan yang tidak stabil disebabkan tidak ada
sebuah kerajaan dunia yang boleh mengatur struktur dan interaksi di peringkat global.
Senario anarki ini telah memaksa setiap entiti negara untuk berdikari ataupun
membentuk sebuah pakatan gabungan dengan negara-negara yang lebih berpengaruh
agar kelangsungan mereka terus terpelihara.

3.2 Peranan internet dalam meluaskan peluang-peluang perniagaan AEON CO. (M) Bhd.
3.2.1 E-dagang
Dalam konteks global, Pertubuhan Perdagangan Dunia (2019) telah
mentakrifkan e-dagang sebagai sebuah industri perdagangan yang merangkumi
bidang pengeluaran, pengedaran, pemasaran, penjualan, dan pengiriman
barangan melalui kaedah elektronik. (2021: 196).

6
3.2.2 E-pemasaran
Ahmad Syahrul, telah menakrifkan e-pemasaran sebagai aliran utama
(mainstream) yang membolehkan sesuatu perniagaan untuk menjual barangan dan
perkhidmatan kepada pengguna secara meluas. Menurut beliau lagi, e-pemasaran
juga merupakan satu platform yang menggunakan kaedah baru untuk menjual dan
mengedarkan barangan dan perkhidmatan menerusi media elektronik pemasaran.
(2022: 131)

3.3 Sebab Memilih Syarikat

Pengkaji memilih syarikat AEON CO. (M) Bhd. kerana pengkaji mendapati
syarikat ini dapat memenuhi objektif kajian.

7
4.0 KAEDAH KAJIAN

Pada bahagian ini, pengkaji akan menerangkan cara yang digunakan untuk
mendapatkan hasil kajian iaitu pengkaji telah menggunakan sumber yang terdapat
daripda data sekunder dalam menjalankan kajian ini.

4.1 Data Sekunder

Menurut Hasan (2002), data sekunder merupakan data yang diperoleh atau
dikumpulkan oleh orang yang melakukan penelitian dari sumber-sumber yang telah ada.
Data ini digunakan untuk menyokong maklumat primer yang telah diperolehi iaitu dari
kajian lepas.

3.2.3 Laman Sesawang


Menurut Fáilte Ireland (2013: 6), laman web ialah program yang anda gunakan
untuk mengakses kandungan di web. Pengkaji menggunakan kaedah ini untuk
mendapatkan maklumat mengenai persekitaran umum yang terdapat di syarikat
terpilih dan peranan internet dalam meluaskan perniagaannya. Selain itu, pengkaji
juga memperoleh definisi tujuh persekitaran umum serta maksud e-dagang dan e-
pemasarsan melalui kaedah ini.

3.2.4 E-surat khabar


Menurut Zhoumin Yuan (2015: 1), "berita dalam talian" ialah konsep luas
yang merangkumi pelbagai format yang digunakan untuk menyebarkan
maklumat dengan bantuan portal Internet, dalam persembahan digital. Pengkaji
menggunakan kaedah ini untuk mendapatkan maklumat mengenai persekitaran
umum yang terdapat di syarikat AEON CO. (M) Bhd.

3.2.5 E-buku
Adobe Systems (2001: 104) pula mendefinisikan e-buku sebagai bahan
bacaan digital yang dilihat pada komputer meja atau komputer riba atau peranti
mudah alih dengan kapasiti penyimpanan yang besar dan kemampuan untuk

8
memuat turun judul baharu melalui hubungan rangkaian. Kaedah ini digunakan
oleh pengkaji bagi mendapatkan definisi-definisi bagi persekitaran umum.

3.2.6 E-jurnal
Menurut Apurba Jyoti Majumder (2010: 1), jurnal atau terbitan berkala
adalah berdasarkan pemerhatian saintifik, penyiasatan atau eksperimen. Artikel
dalam jurnal termasuk bibliografi yang banyak dan sering disemak bersama
sebelum mencapai penerbitan. Pengkaji menggunakan kaedah ini bagi
mendapatkan maklumat mengenai persekitaran umum yang terdapat pada
syarikat AEON CO. (M) Bhd. dan peranan internet dalam mengembangkan
perniagaan tersebut.

3.2.7 Laman Web Rasmi AEON


Pengkaji telah menggunakan laman web syarikat rasmi syarikat AEON
CO. (M) Bhd. untuk mencari maklumat berkaitan dengan latar belakang
syarikat tersebut seperti pengasasnya, tahun ditubuhkan dan lini produk.

9
5.0 DAPATAN KAJIAN
5.1 Pengaruh Persekitaran Umum Terhadap Perniagaan AEON Co. (M) Bhd.

5.1.1 Ekonomi
Keadaan ekonomi, sistem ekonomi yang diamalkan, kuasa beli pengguna,
perubahan harga barang, dinamik pasaran, keadaan risiko dan ketidakpastian dalam
ekonomi dan pasaran.
Pengkaji mendapati keuntungan bersih AEON Co (M) Bhd merosot kepada
RM 30.19 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun 2023 daripada RM47.28 juta pada
suku tahun sama pada tahun lalu.Ia berikutan aktiviti membeli-belah yang lebih
suram dalam tempoh berkenaan. (Berita Harian, 2023).
Selain itu, perniagaan runcit mencatatkan perolehan sebanyak RM864.0 juta,
berkurangan 7.9 peratus berbanding RM938.3 juta pada suku tahun sama yang
didorong oleh permintaan meningkat dalam peralihan kepada tempoh fasa endemik.
(Berita Harian, 2023)
Tambahan lagi, momentum ini turut didorong oleh pengeluaran khas
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada April tahun lepas yang mendorong
pelanggan untuk mempercepatkan keputusan pembelian mereka. (Berita Harian,
2023)
Di samping itu, permintaan luar biasa yang AEON alami dalam tempoh
sebelumnya telah berkurangan, dan pendapatan AEON kini sejajar dengan trend
pasaran yang lebih tipikal. (Berita Harian, 2023)
Selain itu, ekonomi global kekal mencabar berikutan situasi antarabangsa yang
tidak stabil yang menjejaskan rantaian bekalan dan penilaian mata wang. Hal
tersebut membuatkan kuasa pembeli berkurangan. Berita Harian, 2023)
Seterusnya, walaupun perjalanan antarabangsa dan kadar pekerjaan yang
bertambah baik telah memberikan sokongan kepada ekonomi tempatan, ancaman
inflasi terhadap komoditi penting berpotensi mengekang perbelanjaan domestik.
(Berita Harian, 2023)
Lebih-lebih lagi, walaupun kadar pertumbuhan kembali normal, AEON berada
pada kedudukan strategik untuk memanfaatkan kekuatan AEON, menyesuaikan

10
dengan dinamik pasaran yang berubah-ubah dan terus menyasarkan peluang
pertumbuhan yang mampan. (Berita Harian, 2023)
Tidak ketinggalan, AEON Co (M) Bhd menjangkakan perniagaan runcitnya
akan menerima kesan minimum tahun ini dalam persekitaran kelembapan pasaran
peruncitan berikutan ekonomi berkembang perlahan dan penularan COVID-19.
(Berita Harian, 2020)
Shafie iatu pegawai eksekutif AEON turut berkata, perniagaan perkhidmatan
penghantaran ke rumah AEON ketika ini adalah berskala kecil, tetapi jualan
perniagaan penghantaran rumah secara harian meningkat sebanyak kira-kira 40
peratus dalam tempoh dua hingga tiga bulan yang lalu. . (Berita Harian, 2020)
Selain itu pengkaji mendapati, mungkin dengan memberi lebih banyak wang
tunai kepada pelanggan dapat membantu penggunaan domestik daripada memberi
penjimatan lebih kepada perniagaan. (Berita Harian, 2020)
Tambahan lagi, kerajaan juga perlu meneliti kepada aliran tunai perusahaan
kecil dan sederhana kerana mereka terjejas teruk. (Berita Harian, 2020)
Sementara itu, AEON, dalam usaha untuk meredakan kebimbangan pelanggan
terhadap COVID-19, AEON telah menyediakan sebanyak RM1.2 juta untuk
melaksanakan inisiatif pembersihan secara besar-besaran di seluruh premis runcitnya
selain daripada pembersihan dilakukan setiap hari. (Berita Harian, 2020)
Namun perkara baiknya adalah syarikat peneraju peruncitan Aeon Co. (M)
Bhd (AEON) mampu menyesuaikan rentak perniagaan untuk terus berdaya tahan
sepanjang tempoh pelaksanaan PKP akibat wabak COVID-19. Sebagai contoh,
“kami telah capai hasil jualan runcit sebanyak RM4.5 bilion sepanjang tahun 2020
dan jumlah ini menyusut -11% berbanding tahun 2019”. (Dagang News, 2021)
Pada masa yang sama dengan mengambil kira penutupan perniagaan ‘non-
essential’ dalam tempoh PKP 1.0 (46 hari), PKP 2.0 (27 hari) dan PKP 3.0 (28 hari),
kami percaya bahawa hasil jualan yang susut sebanyak -11% adalah memuaskan.
(Dagang News, 2021)
Pengurus Aeon juga telah menyatakn bahawa “kita juga telah menunjukkan
‘outperform’ dalam pasaran kerana pasaran pada tahun 2020 adalah -16.3% dan
prestasi kita adalah sebanyak -11%”. (Dagang News, 2021)

11
Menurut sumber seterusnya pula pengkaji mendapati bahawa Pengarah
Urusan/Ketua Pegawai Eksekutifnya, Shafie Shamsuddin berkata, pandemik Covid-
19 memberi cabaran buat sebahagian besar PKS termasuk pembekal Aeon, namun
pihaknya berusaha memberikan bantuan sewajarnya. Menurutnya, pandemik Covid-
19 juga secara tidak langsung memberi kesan kepada operasi Aeon apabila prestasi
kewangan yang dicatatkan pada separuh kedua tahun ini mungkin sedikit terjejas.
(Harian Metro, 2021)
Aeon mencatatkan keuntungan sebelum cukai RM69.8 juta bagi separuh
pertama berakhir 30 Jun 2021 daripada pendapatan berjumlah RM1.89 bilion.
Prestasi itu di sebalik arahan penutupan perkhidmatan bukan perlu dan operasi
penyewa susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Keuntungan itu
166.5 peratus lebih tinggi berbanding RM26.2 juta yang diraih dalam tempoh sama
tahun sebelumnya. (Harian Metro, 2021)
Melalui akhbar Sinar Harian juga pengkaji telah mendapati cabaran ekonomi
yang dihadapi semasa pandemik Covid-19 sedikit sebanyak memberi kesan ke atas
kerancakan pasar raya besar itu mengembangkan perniagaannya. Pun begitu, isu
berkenaan tidak menjadi halangan untuk pengurusannya terus bangkit dan
membuktikan kemampuan menjadi penyumbang ekonomi negara. (Sinar Harian,
2022)

Hal ini didorong dipercayai kerana “kuasa membeli ketika pandemik


berkurangan, rakyat akur dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Jadi, saya
dan pasukan mengambil peranan memikirkan cara terbaik bagaimana hendak
membantu pekerja, pelanggan, peniaga, penyewa premis di AEON BiG
mengharungi Covid-19,” kata pengurus syarikat AEON CO. (M) Bhd. (Sinar
Harian, 2022)

Menurut sumber lain pula, AEON Co (M) Bhd (AEON) bersedia untuk
berdepan dengan cabaran kenaikan harga barangan, dalam masa sama komited
memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan. Dalam dapatan ini,
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif AEON, Shafie Shamsuddin, berkata
secara dasarnya produk jualan peruncit itu mengalami kenaikan harga dengan

12
beberapa produk meningkat kira-kira tiga hingga lima peratus. Shafie berkata, isu
lonjakan harga adalah di luar kawalan kumpulan kerana ia adalah fenomena yang
berlaku di peringkat global dan sukar untuknya memberikan jaminan tiada kenaikan
harga produk di AEON. (Berita Harian, 2022)
Melalui dapatan yang telah diperolehi, jelaslah bahawa berdasarkan bukti-bukti
ini syarikat AEON CO. (M) Bhd. mempunyai persekitaran ekonomi di sekeliling
perniagaannya. Persekitaran ekonomi ini memberi impak kepada perniagaan ini
secara positif serta negatif. Ia bergantung sama ada persekitaran ekonomi di
Malaysia adalah dalam keadaan baik atau buruk. Contohnya, apabila Malaysia
dilanda wabak Covid-19, ia memberi kesan secara negatif kepada ekonomi AEON
kerana permintaan baran-barangan berkurangan iaitu hasil jualan susut sebanyan -
11%. Namun, apabila keadaan semakin pulih, ekonomi perniagaan AEON juga
semakin baik.

5.1.2 Persaingan dan Jaringan


Persaingan merupakan firma atau perniagaan lain dalam industri atau pasaran
yang sama. Manakala jaringan perniagaan merujuk kepada hubungan perjanjian yang
dibuat secara formal dan tidak formal.

Melalui dapatan ini, kajian mendapati bahawa MaxValu Prime yang baru
dibuka adalah berhampiran dengan Aeon Jusco dan Aeon Big, Taman Maluri,
pengurus AEON berkata, setiap jenama Aeon menawarkan konsep berlainan maka
ia tidak menimbulkan sebarang persaingan tidak sihat untuk menarik pengunjung.
(Berita Harian, 2016)

Tambahan lagi, kata pengurus AEON “walaupun hampir antara satu sama lain,
Aeon Jusco adalah gudang beli-belah berkonsepkan kekeluargaan, Aeon Big adalah
pasar raya besar manakala MaxValu Prime tumpu kepada segmen pasar raya,"
katanya. (Berita Harian, 2016)

Manakala bukti bagi persekitaran jaringan pula ialah AEON bekerjasama


dengan pihak pembekalnya untuk memastikan piawaian dan garis panduan baharu
dipenuhi dalam tempoh 12 – 18 bulan berikutnya. (Beritah Harian, 2023)

13
Pada masa yang sama AEON merangka polisi bersama NGO antarabangsa
Lever Foundation, memerlukan pihak pembekal protein haiwan untuk menamatkan
penggunaan sangkar dan peti, mengehadkan kepadatan stok, menyediakan
persekitaran bersesuaian serta memenuhi piawaian tambahan yang ditetapkan oleh
pakar kebajikan haiwan. (Berita Harian, 2023)

Di sisi lain, AEON CO. (M) BHD. dan AEON BiG (Malaysia) Sdn Bhd
menajalinkan jaringan iatu melalui meneruskan misi membantu Perusahaan Kecil
dan Sederhana (PKS) dan mempromosikan produk tempatan dengan menganjurkan
Karnival Bumi Kenyalang dan Kempen Beli Barangan Malaysia. (AEON, 2022)

Di samping itu, pengkaji turut menemui bukti bahawa AEON Co. (M) Bhd.
(AEON) menawarkan lot niaga bagi usahawan industri kecil dan sederhana (IKS)
sempena Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) 2021@AEON bermula
pertengahan Ogos hingga hujung tahun ini. Hal ini jelas menunjukkan bahawa
terdapat persekitaran jaringan dalam perniagaan ini. (Kosmo, 2021)
Tambahan lagi, dengan menjalinkan kerjasama bersama Boxed ia menjamin
akan membawa pengalaman pelanggan yang sihat kepada AEON dengan merapatkan
lebih daripada 1.3 juta pelanggan setia AEON dari luar talian ke ruang dalam talian.
(Astro Awani, 2022)
Tegasnya, syarikat AEON telah melibatkan persekitaran persaingan dan
jaringan dalam perniagaan mereka. Mereka mengamalkan dasar jaringan untuk
membuka pasaran yang lebih luas. Dengan adanya jaringan, perniagaan dapat
diluaskan kerana dibantu oleh pihak yang menjalinkan hubungan dengannya hingga
menyebabkan perkhidmatannya lebih dikenali ramai. Seterusnya, AEON juga terlibat
dalam persekitaran persaingan kerana perniagaan ini mempunyai banyak saingan
dari perniagaan sektor yang sama iaitu peruncitan.

Jaringan peribadi
Jaringan Jaringan awam
perniagaan
Jaringan perniagaan

14
Gambar rajah 1: Jenis jaringan dalam perniagaan

5.1.3 Sosiobudaya
Nilai budaya, sosial yang menjadi amalan sesuatu kaum. Ia juga melibatkan
interaksi antara ahli dan kumpulan masyarakat yang berkongsi nilai budaya/amalan
bersama.

Terdapat sumber yang menayatakan bahawa AEON CO. (M) BHD. dan AEON
BiG (Malaysia) Sdn Bhd meneruskan misinya untuk membantu Perusahaan Kecil
dan Sederhana (PKS) dan mempromosikan produk tempatan dengan menganjurkan
Karnival Bumi Kenyalang dan Kempen Beli Barangan Malaysia yang diadakan di
AEON Mall Shah Alam dari 25 Ogos hingga 31 Ogos 2022. (AEON, 2022)
Karnival Bumi Kenyalang, yang merupakan sebahagian daripada KBBM,
adalah salah satu contoh di mana AEON ingin mewujudkan kesedaran tentang
produk tempatan dengan memperkasakan usahawan tempatan untuk keluar dari
kawasan mereka dan berkongsi keindahan dan keistimewaan produk dan
perkhidmatan dalam pasaran domestik. (AEON, 2022)
Selain itu, pengkaji mendapati bahawa perniagaan AEON telah melibatkan
persekitaran sosiobudaya di persekitarannya. Contohnya, menyedari pakaian baju
raya seperti baju kurung dan baju melayu menjadi aliran fesyen semasa setiap kali
Aidilfitri, pusat beli-belah AEON menampilkan kelainan untuk koleksi hari raya
tahun ini apabila memperkenalkan rekaan untuk seisi keluarga. (Berita Harian, 2015)
Tambahan lagi katanya, bagaimanapun tahun ini ada kelainan apabila pihaknya
memberikan lebih banyak pilihan terutama kepada keluarga yang mahu kelihatan
sedondon di pagi raya apabila mereka boleh mendapatkan semuanya di AEON.
(Berita Harian, 2015)
Seterusnya beliau berkata, sepanjang musim perayaan ini, AEON menawarkan
lebih 80 pilihan rekaan menarik baju kurung dan jubah daripada jenama Puteri untuk
wanita, 30 pilihan jenama JKids untuk kanak-kanak dan 15 pilihan baju Melayu
untuk lelaki daripada Guy's Vision. (Berita Harian, 2015)

15
Menurut sumber seterusnya pula, AEON mengangkat tema trend fesyen ‘Raya
Penuh Makna’. Pelbagai maksud dan tafsiran dari tema ini.‘Raya Penuh Makna’
dimana semua bakal berkumpul dan berkongsi cerita gembira mahupun sedih,
setelah dua tahun tidak dapat berkumpul untuk meraikan hari raya akibat wabak
covid-19. AEON Alpha Angle Kuala Lumpur baru-baru ini memperagakan koleksi
Raya 2022 buat para pengunjung. Sebut pada koleksi pakaian AEON, antara yang
memang menjadi pilihan masyarakat dari dulu lagi adalah Scarlet dan Puteri.
Rekaan-nya semua mengikut perkembangan fesyen terkini. (AEON,2022)

Jelaslah, melalui dapatan-dapatan yang diperolehi ini, persekitaran sosiobudaya


turut mempengaruhi operasi perniagaan AEON. AEON mengambil kira budaya yang
ada di Malaysia agar perkhidmatan peruncitan yang ditawarkan adalah tepat bagi
sasaran pasaran supaya jualan lancar dan laris. Contohnya, pada musim perayaan
Aidilfitri, AEON menawarkan produk khusus bertemakan raya seperti baju kurung
dan baju melayu. Pada musim perayaan China, AEON menawarkan pakaian kaum
China seperti cheongsam. AEON tidak menawarkan produk luar daripada budaya
yang diamalkan di Malaysia.

5.1.4 Politik dan Undang-undang


Politik adalah keadaan sistem pentadbiran atau pemerintahan sesebuah negara,
penggubalan undang-undang dan dasar oleh kerajaan yang memerintah serta
penguatkuasaan peraturan dan undang-undang.
Persekitaran politik yang berlaku terhadap perniagaan AEON ialah apabila
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh hari melancarkan Inisiatif Sukan Rahmah,
iaitu program kesinambungan daripada inisiatif Payung Rahmah bagi membantu
rakyat kurang berkemampuan untuk membeli peralatan sukan dengan harga diskaun,
sekali gus menyokong aktiviti sukan dalam negara. Beliau berkata, inisiatif yang
pertama kali dilancarkan Pasar Raya AEON Big di seluruh negara itu, menyediakan
lebih 100 jenis peralatan dan pakaian sukan, dengan pembeli boleh menikmati
diskaun antara 10% hingga 30%, selama 10 minggu bermula hari ini hingga 14
Oktober 2023. (The Malaysian Insight, 2023)

16
Seterusnya, AEON BiG (M) Sdn. Bhd atau AEON BiG telah
melancarkan Program Rahmah yang merangkumi Jualan Rahmah, Bakul Rahmah,
Menu Rahmah dan Pakej Rahmah untuk terus membantu masyarakat mengharungi
kos sara hidup yang tinggi, seiring merancakkan lagi sektor ekonomi negara. Majlis
pelancaran Program Rahmah AEON BiG tersebut telah disempurnakan oleh Datuk
Seri Salahuddin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup di
AEON BiG Wangsa Maju. Di dalam Jualan Rahmah, AEON BiG menawarkan 100
produk terpilih yang dijual pada harga lebih rendah untuk meringankan beban
pelanggan. (AEON, 2023)

Selain itu, antara persekitaran undang-undang yang didapati dalam peniagaan


ini ialah apabila AEON memperkenalkan polisi kesihatan, kebajikan haiwan baharu.
Bukti yang dipetik melalui sumber yang telah dirujuk adalah AEON Co (M) Bhd
(AEON), rantaian peruncitan berpangkalan di Malaysia mendapat pujian atas
usahanya menerbitkan suatu polisi kesihatan dan kebajikan haiwan baharu
komprehensif yang melindungi 'Lima Kebebasan' haiwan dalam rantaian bekalan
syarikat, daripada ayam bertelur sehinggalah kepada lembu, ayam dan ikan. (Berita
Harian, 2023)
Pengkaji mendapati bahawa melalui polisi ini pihak pembekal protein haiwan
perlu menamatkan penggunaan sangkar dan peti, mengehadkan kepadatan stok,
menyediakan persekitaran bersesuaian serta memenuhi piawaian tambahan yang
ditetapkan oleh pakar kebajikan haiwan. (Berita Harian, 2023)
Tambahan lagi AEON menyatakan bahawa polisi kesihatan dan kebajikan
haiwan yang baharu itu adalah satu langkah penting ke arah melindungi haiwan
ternakan dalam rantaian bekalannya, justeru ia memenuhi peningkatan jangkaan
pelanggan yang mahukan piawaian kebajikan haiwan yang lebih baik. (Berita Harian
, 2023)
Di sisi lain pula, pengkaji mendapati bahawa syarikat Aeon telah menetapkan
tatakelakuan bagi syarikatnya. Contohnya, terkandung peraturan buruh kanak-kanak
dalam buku tatakelakuan merekaa. Mereka tidak dibenarkan untuk mengguna atau
menyokong penggunaan kanak-kanak yang belum mencapai 15 tahun atau umur di
mana kanak-kanak dibenarkan bekerja di negara tersebut. Hal ini untuk mengelakkan

17
mereka terdedah kepada risiko atau bahaya terhadap fizikal dan mental. (AEON,
2019)
Selain itu, syarikat AEON juga menetapkan peraturan bagi waktu kerja. Iatu
waktu kerja mestilah mematuhi undang-undang yang berkaitan dengan waktu kerja,
rehat dan cuti serta piawaian industri lain. Jika pekerja melakukan kerja secara lebih
masa, ia hendaklah dilakukan secara sukarela dan tidak boleh dituntut secara berkala.
Dari segi kerja yang melebihi waktu kerja berkanun, elaun lebih masa yang
ditetepkan hendaklah dibayar. (AEON, 2019)
Tidak ketinggalan juga, sebagai sebuah syarikat perkhidmatan, AEON turut
mengamalkan Prinsip Pembelian Lestari AEON. Contohnya, mewujudkan dan
mengurus piawaian Aeon dari perspektif pemeliharaan biodiversiti dan mencegah
pengurangan sumber semula jadi. Selain itu, mereka turut menetapkan prinsip untuk
meminimumkan penggunaan sumber yang tidak boleh diperbaharui. (AEON, 2019).
Pengkaji mendapati bahawa syarikat AEON melibatkan persekitaran politik
dan undang-undang dalam perniagaannya. Setiap institusi harus mematuhi undang-
undang yang ditetapkan oleh negara dan perniagaan ini juga mempunyai peraturan
tersendiri. Pematuhan terhadap undang-undang atau peraturan adalah penting bagi
melancarkan pergerakan perniagaan ini. Seiring itu, keadaan politik yang stabil juga
membantu perniagaan dapat menjalankan perniagaan dengan lancar kerana jika
politik tidak stabil sudah tentu dasar-dasar negara akan berubah lalu menyebabkan
perniagaan hilang arah.

5.1.5 Teknologi
Persekitaran teknologi merujuk kepada sebarang perubahan penggunaan sains
yang membolehkan manusia melakukan sesuatu yang baru, membentuk tugas atau
prosedur kerja.
Berdasarkan kajian yang diperolehi, pengkaji menemukan bukti bahawa
perniagaan AEON melibatkan persekitaran teknologi. Contohnya, AEON CO (M)
Bhd (AEON) buat julung kali memperkenalkan produk digitalnya dengan tema 'Kuih
Raya Kita' yang memanfaatkan teknologi 'Non-Fungible Tokens' (NFT). (AEON,
2021)

18
Ini sekaligus menjadi AEON sebagai jenama pasaraya pertama di Asia
Tenggara yang memanfaatkan teknologi NFT dalam strategi pemasarannya. (AEON,
2019)
Tambahan lagi, melalui sumber ini didapati bahawa Ketua Pegawai Komersial
Dan Pemasaran AEON, Low Ngai Yuen berkata, usaha yang dilaksanakan itu bagi
memperluaskan bidang teknologi seperti NFT kepada orang ramai, sekali gus
membantu artis tempatan. (AEON, 2019)
Beliau berkata melalui sidang ini, "ini sebagai pelengkap kepada proses
memelihara tradisi kuih raya di alam digital melalui teknologi NFT. Beliau
menambah lagi, jadi, di AEON kita bukan sahaja boleh menikmati kuih raya secara
fizikal untuk mengisi perut tetapi kita juga boleh memiliki tradisi, sejarah, budaya
dan seni di alam digital. (AEON, 2019)
Melalui kaedah teknologi ini setiap 'kuih raya' yang ditempah (mint)
menggunakan teknologi rantaian blok (blockchain), bersifat unik, sekaligus
menjadikan setiap pemilik kuih raya ini memiliki kuih raya tersebut di alam digital.
(AEON, 2019)
NFT atau 'Non Fungible Token' merupakan data pemilikan aset digital yang
disandarkan menerusi teknologi rantaian blok (blockchain). Keupayaan yang ada
pada teknologi NFT sangat mengujakan artis atau karyawan memandangkan
teknologi ini boleh membantu mereka dalam menguruskan royalti karya mereka
secara automatik melalui sistem kontrak pintar yang ada pada teknologi rantaian blok
(blockchain). (AEON, 2019)
Di samping itu, pengkaji juga telah mendapati bahawa AEON telah
memperkenalkan kaedah memesan makanan menggunakan kod QR di medan selera
AEON serta AEON Big. Orang ramai kini tidak perlu lagi beratur panjang untuk
memesan makanan di medan selera pasar raya AEON dan AEON Big kerana mereka
boleh berbuat demikian dengan hanya mengimbas kod respon pantas (kod QR) yang
terdapat pada meja menggunakan telefon pintar. Pelanggan juga mempunyai pilihan
membuat pembayaran secara dalam talian. Selepas membuat pesanan mereka hanya
perlu menunggu nombor giliran dipaparkan untuk mengambil makanan di gerai.
(Berita Harian, 2020)

19
Akhir sekali, bukti persekitaran teknologi yang pengkaji telah diperolehi ialah
AEON turut mengadakan pembelian secara dalam talian serta khidmat penghantaran
barangan terus ke rumah. Sambutan dan maklum balas daripada pelanggan amat baik
sekali. (Sinar Harian, 2022)
Tidak dapat dinafikan lagi, syarikat AEON banyak melibatkan teknologi dalam
perniagaannya. Penggunaan teknologi banyak membantu syarikat AEON untuk
menjalankan operasinya dengan lebih efisien. Contohnya, AEON menambah kaedah
pembayaran secara kod QR dapat menjimatkan waktu ketika membuat pembayaran
di kaunter. Selain meningkatkan keefisienan, nama AEON juga juga meningkat
kerana perniagaan ini mengikut perkembangan teknologi.

5.1.6 Prasarana

Persekitaran prasarana merupakan kemudahan infrastruktur yang tersedia bagi


memudahkan operasi perniagaan seperti kemudahan elektrik dan jalan raya.

Melalui dapatan yang telah diperoleh, antara persekitaran prasarana yang


ditemui adalah MaxValu Prime berkeluasan 38,000 kaki persegi itu disasarkan
khusus untuk segmen pengguna kelas atasan, selain dijangka menampung
keperluan penduduk sekitar seramai kira-kira 1.72 juta orang termasuk di Ampang
dan Kuala Lumpur. (Berita Harian, 2016)

Selain itu, antara bukti persekitaran prasarana yang pengkaji temui ialah Pusat
Beli-belah AEON yang mempunyai tiga tingkat serta mempunyai jumlah komersial
keluasan kira-kira 45,000m2 dan tempat letak kereta untuk sehingga 1,800
kenderaan. Selain penyewa utama, Aeon Kedai Bukit Mertajam, sebuah kedai
barangan am, sejumlah 172 kedai khusus akan dibuka dikesemua empat lantai.
(AEON, 2014)

Seterusnya, bukti persekitaran prasarana peniagaan AEON ialah bangunan


AEON di Kota Bharu mempunyai tiga tingkat di atas tanah dengan jumlah keluasan
kemudahan komersial sebanyak lebih kurang 60,000 m2 mempunyai muatan parkir
sebanyak 24 000. (AEON, 2016)

20
Jelaslah, perniagaan AEON mempunyai prasarana yaang cukup baik. Prasarana
yang mantap ini mampu meningkatkan perniagaan AEON kerana dengan adanya
kemudahan seperti tempat meletakkan kenderaan dan bangunan yang selesa, lebih
ramai pelanggan akan tertarik untuk mengunjungi perniagaan ini. Jika prasarana
perniagaan ini kurang baik, pelanggan akan sukar untuk datang membeli di
sesebuah perniagaan.

5.1.7 Antarabangsa
Merujuk kepada dasar perdagangan, undang-undang perniagaan yang
melibatkan dua buah atau lebih negara yang terlibat.
Antara bukti terdapat persekitaran antarabangsa dalam perniagaan AEON
ialah Shafie berkata, isu lonjakan harga adalah di luar kawalan kumpulan kerana
ia adalah fenomena yang berlaku di peringkat global dan sukar untuknya
memberikan jaminan tiada kenaikan harga produk di AEON. (Berita Harian,
2022)

Selain itu, Aeon Co (M) Bhd (Aeon) memperuntukkan RM5 juta bagi
pembukaan cawangan MaxValu Prime di Pusat Beli-Belah Sunway Velocity,
Cheras, cawangan pertama di Malaysia selepas Jepun dan Hong Kong. Hal ini jelas
bahawa perniagaaan AEON bukan sahaja didirikan di Malaysia, malahan di luar
negara. (Berita Harian, 2016)

Tambahan lagi, AEON Co (M) Bhd berusaha untuk meningkatkan kerjasama


strategik dalam pelbagai bidang antara Jepun dan Malaysia menerusi penganjuran
Pameran AEON 'Cool and Tasty Japan'. Pameran itu yang bertujuan
memperkenalkan kebudayaan dan warisan makanan Jepun kepada rakyat Malaysia,
diadakan selama 10 hari di dua cawangan AEON iaitu Bandar Utama dan Mid
Valley Megamall. (Berita Harian, 2014)

Di samping itu, memorandum persefahaman yang dimeterai ini membolehkan


AEON dan MFA meneroka keampuhan masing-masing dalam menyediakan
rangka kerja dan platform untuk mempertingkatkan daya saing menggalakkan
perniagaan francais. Melalui pendekatan ini, usaha diadakan untuk
memperkembang perniagaan francais ke peringkat antarabangsa menerusi

21
ekosistem Aeon ke negara seperti Jepun, China, Vietnam, Kemboja serta
Indonesia. (Harian Metro, 2022)
Seterusnya, menurut pengurus eksekutif AEON mereka juga bekerjasama erat
dengan 44 daripada 47 wilayah di Jepun untuk merancakkan ekonomi tempatan
dan menggalakkan pelancongan selain membantu memasarkan hasil tempatan,"
katanya pada majlis pelancaran Pameran AEON 'Cool and Tasty Japan' di
Damansara Utama, hari ini. (Berita Harian, 2014)
Melalui dapatan-dapatan ini jelas bahawa perniagaan AEON melibatkan
persekitaran antarabangsa dalam perniagaannya. Persekitaran antarabangsa ini
dapat mengukuhkan syarikat AEON di mata dunia iaitu pasarannya akan lebih
meluas dan namanya semakin meningkat. AEON sering melakukan urusniaga
dengan negara luar khususnya Jepun dan Indonesia hingga syarikat ini mendapat
nama di penganugerahan tertentu. Kesannya, perniagaan AEON semakin
menunjukkan peningkatan.

Malaysi Indonesi
a a
Vietnam Jepun

Kemboja China

Hong
AEON Taiwan
Kong

Gambar rajah 2: Francais AEON Co. (M) Bhd. di seluruh dunia

22
5.2 Peranan Internet dalam Meluaskan Perniagaan AEON Co. (M) Bhd.

5.2.1 E-dagang

E-dagang, juga dikenali sebagai perdagangan elektronik atau perdagangan inter-


net, merujuk kepada membeli dan menjual barangan atau perkhidmatan menggu-
nakan internet, dan pemindahan wang dan data untuk melaksanakan transaksi ini.

Pengkaji telah menemui bukti bahawa syarikat AEON melibatkan perkhidmatan


e-dagang dalam mengembangkan perniagaannya. Contohnya, Ismainur berkata
platform e-dagang juga digunakan sebagai satu daripada medium promosi yang
dapat memberikan pilihan kepada pengguna melakukan transaksi pembelian se-
cara dalam talian. (Berita Harian, 2019)

Seterusnya, Ismainur berkata platform e-dagang juga digunakan sebagai satu


daripada medium promosi yang dapat memberikan pilihan kepada pengguna
melakukan transaksi pembelian secara dalam talian. (Berita Harian, 2019)

Selain itu, semasa penuluran wabak covid-19, pembeli tidak perlu lagi
bimbang kemungkinan dijangkiti virus Covid-19 ketika keluar membeli-belah
kerana pasar raya AEON menawarkan pengalaman membeli-belah hanya dihujung
jari melalui platform e-dagangnya, myAEON2go. (Utusan, 2022)

AEON yang merupakan peruncit terbesar di Asia dan Malaysia turut tidak
terlepas daripada perubahan ini apabila melancarkan pengalaman peruncitan
baharu (e-tail) dengan memulakan platform Offline ke Online (O2O) mereka
sendiri. (Utusan, 2022)
Tidak ketinggalan juga, AEON turut menggunakan platform Shopee bagi
menawarkan perkhidmatan runcit mereka. Hal ini bagi memudahkan lagi pembeli
untuk membuat pembelian dengan hanya menggunakan jaringan Internet sekali

23
gus menarik lebih ramai pembeli kerana ia merangkumi penghantaran seluruh
Malaysia. (Malay Mail, 2019)
Dapat disimpulkan melalui bukti-bukti ini bahawa syarikat AEON tidak
ketinggalan dalam menggunakan e-dagang. Platform e-dagang merupakan
platform yang sangat bermanfaat bagi meningkatkan jualan AEON. Oleh itu,
AEON mengambil kesempatan ini untuk menggunakan ia dengan baik.
Contohnya, mereka menghasilkan aplikasi myAEON2go. Kesannya, hasil jualan
AEON semakin rancak kerana berjaya mencapai pasaran yang lebih luas hingga
dapat menarik lebih ramai pelanggan.

5.2.2 E-pemasaran
E-pemasaran adalah proses pemasaran jenama yang menggunakan medium
internet sebagai medium utama.Ia meliputi unsur-unsur pemasaran secara langsung
mahupun secara tidak langsung dengan menggunakan pelbagai teknologi untuk
membantu perniagaan berhubung dan berkomunikasi dengan pelanggan.
Selain e-dagang dapat meluaskan perniagaan AEON, e-pemasaran juga
memainkan peranan dalam meluaskan lagi perniagaan AEON. Antara bukti e-
pemasaran dapat mengembangkan perniagaan AEON yang telah pengkaji temui
ialah kementerian juga bekerjasama rapat dengan pengendali perkhidmatan e-
dagang seperti Lazada dan Shopee Malaysia bagi membantu mempromosikan
produk tempatan yang dikenal pasti dapat diiklankan dan dijual di platform itu.
Selain itu, Ismainur berkata platform e-dagang juga digunakan sebagai satu
daripada medium promosi yang dapat memberikan pilihan kepada pengguna
melakukan transaksi pembelian secara dalam talian. (Malaysia Kini, 2019)

AEON juga akan menggunakan platform digital bagi mempromosikan


barangan tempatan. Di samping itu mekanisme lain yang akan dilaksanakan
sempena KBBM 2021@Aeon adalah penawaran lot niaga bagi usahawan PKS,
promosi melalui media sosial seperti FB Live dan diskaun istimewa sempena
musim perayaan. (Harian Metro, 2021)

Di samping itu, Aeon Malaysia komited menyediakan peluang pemasaran


kepada pengeluar produk kosmetik dan kecantikan tempatan menerusi segmen

24
Real Beauty yang mendekatkan lagi produk usahawan secara langsung kepada
konsumer. Ketua Barang Dagangan dan Pegawai Pemasaran Aeon Malaysia, Low
Ngai Yuen berkata, pihaknya julung kali menganjurkan program Real Beauty,
rancangan realiti seumpamanya antara pusat beli-belah dan usahawan tempatan
yang boleh ditonton melalui saluran YouTube. Katanya, cara pemasaran
ditampilkan Aeon Malaysia melalui Real Beauty ini berbeza dan ia lebih
mendekati pengguna dan pelanggan. (Harian Metro, 2022)

Akhir sekali, AEON turut memanfaatkan penggunaan aplikasi media sosial


Instagram. Divisi media sosial kerap mempromosikan perkhidmatan runcit AEON
di Instagram dengan cara membuat postingan secara kerap. Mereka menggunakan
kreativiti seperti poster untuk menarik perhatian pelanggan. (Instagram)

Melalui dapatan-dapatan ini, jelaslah bahawa syarikat AEON telah


menggunakan kaedah e-pemasaran bagi meluaskan perniagaan mereka. Hal ini
dapat dilihat dengan lebih jelas lagi apabila permintaan produk meningkat
semenjak AEON menggiatkan aktiviti pemasaran di sosial media. Sosial media
membantu syarikat AEON untuk mencapai pasaran yang lebih luas kerana pada
abad kini penggunaan teknologi semakin berkembang. Tegasnya, e-pemasaran
membawa impak positif kepada perniagaan AEON kerana mereka berjaya
meluaskan pasaran dengan kaedah ini tanpa melibatkan kos yang tinggi
berbanding kaedah lain seperti memasang papan iklan.

25
6.0 PENTUP

Kesimplannya, kajian ini dijalankan bagi mengkaji pengaruh persekitaran umum


terhadap Syarikat AEON Co. (M) Bhd. serta pernanan internet dalam meluaskan
perniagaan tersebut. Pengkaji telah menggunakan variasi kaedah kajian untuk
mencapai objektif kajian. Perkara ini bertujuan bagi memastikan objektif kajian
dicapai melalui data yang sahih dan dipercayai. Hasil kerja kursus ini akan
dimanfaatkan oleh pengkaji dengan sepenuhnya. Berdasarkan hasil kajian,
persekitaran umum sangat mempengaruhi operasi sesebuah syarikat. Ia dapat
memberi impak secara dua sisi iat positif dan negatif. Pada masa yang sama, peranan
internet juga sangat penting dalam usaha meluaskan sesebuah syarikat.

6.1 Rumusan Kajian


Syarikat AEON Co. (M) Bhd. mempunyai pengaruh persekitaran umum iaitu
ekonomi, persaingan dan jaringan, sosiobudaya, politik dan undang-undang,
teknologi, prasarana serta antarabangsa. Persekitaran-persekitaran ini banyak
memberikan impak positif terhadap operasi perniagaannya. Seterusnya persekitaran
ekonomi yang banyak didapati sangat mempengaruhi syarikat. Contohnya, keadaan
Perintah Pengawalan Peregerakan semasa COVID-19 telah menjatuhkan
pendapatan syarikat ini dalam tempoh berkenaan kerana permintaan berkurangan.
Selain itu, pengkaji mendapati bahawa syarikat AEON melibatkan persekitaran
politik dan undang-undang dalam perniagaannya. AEON telah mematuhi undang-
undang yang ditetapkan oleh negara. Pematuhan terhadap undang-undang atau
peraturan adalah penting bagi melancarkan pergerakan perniagaan ini. Di samping
itu, AEON turut menggunakan internet dalam meluaskan perniagaannya. Melalui
kaedah e-dagang dan e-pemasaran, pasaran AEON semakin luas dan AEON berjaya
menarik lebih ramai pelanggan. Hal ini dipercayai didorong oleh perubahan dunia
yang semakin moden.

26
6.2 Cadangan

Bagi memastikan Syarikat AEON Co. (M) Bhd. mengukuhkan prestasi dan imej
perniagaan dalam negara Malaysia atau peringkat antarabangsa, pelbagai strategi
baharu patut diaplikasikan dalam strategi syarikat menjalinkan kerjasama dengaan
francais di negara lain seperti mereka menjalinkan kerjasama dengan AEON Jepun.
Hal ini bertujuan agar syarikat dapat terus melebarkan namanya sebagai syarikat yang
menawarkan perkhidmatan runcit yang dipandang tinggi setaraf syarikat peruncitan
global. Seterusnya, dari aspek teknologi, syarikat ini boleh menaik taraf mesin
pengimbas harga untuk pelanggan. Contohnya, AEON harus tuurut menyertakan
kuantiti barang yang diimbas bagi kesenangan pelanggan untuk memborong. Dari
aspek sosiobudaya pula AEON hendaklah lebih peka terhadap budaya masyarakot
minoriti juga. Contohnya, mereka perlu memasarkan pakaian tradisional kaum India
semasa perayaan kaum tersebut sepertimana mereka lakukan untuk perayaan kaum
China. Selain itu dari segi peranan internet pula, syarikat perlu menggiatkan lagi
promosi di pelbagai platform yang bersesuaian. Contohnya, majoriti pelanggan
AEON adalah tegolong dalam kategori dewasa. Oleh itu, AEON harus membuat
penilitian untuk mengetahui platform manakah yang sering dipakai oleh golongan
dewasa supaya promosi yang dijalankan mendapat perhatian orang ramai.

27
7.0 SENARAI RUJUKAN

AEON (2022). AEON Co. (M) Bhd. dan AEON BiG (Malaysia) Sdn Bhd meneruskan
misi membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan mempromosikan produk
tempatan dengan menganjurkan Karnival Bumi Kenyalang dan Kempen Beli Barangan
Malaysia. Dicapai pada September 19, 2023, dari https://aeongroupmalaysia.com/aeon-
co-m-bhd-dan-aeon-big-malaysia-sdn-bhd-meneruskan-misi-membantu-perusahaan-
kecil-dan-sederhana-pks-dan-mempromosikan-produk-tempatan-dengan-menganjurkan-
karnival-bumi-kenyalang-dan-kempen-2/

AEON (2016). First Aeon Mall on Eastern Coast of Malay Peninsula! AEON MALL
Kota Bharu Opens on May 28. Dicapai pada September 19, 2023, dari
https://www.aeon.info/export/sites/default/common/images/en/pressroom/imgsrc/
160527R_1.pdf

AEON (2014). Mall Bukit Mertajam to Open on July 19th in Penang, Malaysia. Dicapai
pada September 19, 2023, dari
https://www.aeon.info/export/sites/default/common/images/en/pressroom/imgsrc/
140714R_1.pdf

AEON (2019). Tatakelakuan Transaksi Pembekal AEON. Dicapai pada September 18,
2023, dari https://www.aeon.info/wpcontent/uploads/sustainability/images/social/coc/
kihan/k_Malay.pdf
Alzahrin Alias, “AEON Sedia Hadapi Cabaran Kenaikan Harga” dlm. Berita Harian, 19 Mei 2022.
Dicapai pada 18 September 2023 dari
https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2022//05/957170/aeon-sedia-hadapi-cabaran-kenaikan-
harga

28
Apurba Jyoti Majumder et al., E-journal & Its Impact In Academics Libraries dlm. Elec-
tronic Journals, Scholarly Communication and Libraries, hlm. 1, 2010 dari
https://www.researchgate.net/publication/318541474_EJOURNALS_ITS_IMPACT_IN_AC
ADEMIC_LIBRARIES

Asmady Idris, Analisis Teori Hubungan Antarabangsa Dari Perspektif Islam dlm. Jurnal Antarabangsa
Kajian Asia Barat , hlm. 2, 2019 dari http://journalarticle.ukm.my/17086/

BERNAMA, “KPDNHEP Gerakkan Kempen Beli Barangan Malaysia” dlm. Malaysia


Kini, 21 Disember 2019. Dicapai pada 19 September 2023 dari
https://www.malaysiakini.com/news/500635

BERNAMA, “Pesan Makanan Guna QR Code Di Medan Selera AEON, AEON Big” dlm. Sinar
Harian, 12 Disember 2020. Dicapai pada 19 September 2023 dari
https://www.sinarharian.com.my/article/114509/bisnes/pesan-makanan-guna-qr-code-di-
medan-selera-aeon-aeon-big
BERNAMA, “Aeon Credit Mula Perniagaan Perbankan Digital Islam” dlm. Berita
Harian, 14 Julai 2023. Dicapai pada 19 September 2023 dari
https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2023/07/1126718/aeon-credit-mula-
perniagaan-perbankan-digital-islam
BERNAMA, “Inisiatif Sukan Rahmah Dilancar Hari Ini” dlm. The Malaysian Insight, 1
Ogos 2023. Dicapai pada 20 September 2023 dari
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/455056
Bisnes HM, “AEON Group Sumbang RM4 Juta Bantu Hadapi Pandemik” dlm. Harian
Metro, 12 Julai 2021. Dicapai pada 19 September 2023 dari
https://www.hmetro.com.my/bisnes/2021/07/731445/aeon-group-sumbang-rm4-juta-
bantu-hadapi-pandemik
Dani Razki, “Program Pemasaran Komestik di Real Program AEON” dlm. Harian
Metro, 23 Ogos 2022. Dicapai pada 25 Oktober 2023 dari
https://www.hmetro.com.my/bisnes/2022/08/874468/peluang-pemasaran-komestik-di-
program-real-beauty-aeon

Eton Khir, “Ini cara AEON Pelihara Tradisi Kuih Raya Melalui NFT” dlm. Astro
Awani, 30 April 2022. Dicapai pada 18 September 2023, dari

29
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ini-cara-aeon-pelihara-tradisi-kuih-raya-
melalui-nft-359017

Fáilte Ireland, 2013. Introduction To The Web. Dicapai pada 10 Oktober 2023 dari
https://www.failteireland.ie/FailteIreland/media/WebsiteStructure/Documents/
2_Develop_Your_Business/6_Funding/Introduction-to-the-web.pdf

Faiz Anuar, “AEON Malaysia Perkenal Polisi Kesihatan, Kebajikan Haiwan Baharu”
dlm. Berita Harian, 1 Februari 2023. Dicapai pada 18 September 2023 dari
https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2023/02/1058634/aeon-malaysia-perkenal-
polisi-kesihatan-kebajikan-haiwan-baharu
Faiz Anuar, “COVID-19 Beri Kesan Minimum Perniagaan AEON”, dlm. Berita Harian,
12 Mac 2020. Dicapai pada 20 September 2023 dari
https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2020/03/664778/covid-19-beri-kesan-
minimum-perniagaan-aeon

Faiz Anuar, “Untung bersih Aeon Merosot Kepada RM30.19 Juta Pada Suku Kedua”
dlm. Berita Harian, 20 Ogos 2023. Dicapai pada 18 September 2023 dari
https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2023/08/1143714/untung-bersih-aeon-
merosot-kepada-rm3019-juta-pada-suku-kedua

Gloria Obiageli Eruemegbe, Impact Of Business Environment On Organization


Performance In Nigeria Study Of Union Bank Of Nigeria dlm. European Scientific
Journal, hlm. 484-487, November 2015 dari
https://eujournal.org/index.php/esj/article/view/6553

Haizum Ruzanna Sahar et al., Pengaruh Faktor Penentu Tingkah Laku Penerimaan E-
dagang Dalam Kalangan Usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di
Malaysia dlm. Journal of Social Science and Humanities, hlm. 196, 2021 dari
http://journalarticle.ukm.my/17743/1/49495-160750-1-SM.pdf#:~:text=Dalam
%20konteks%20global%2C%20Pertubuhan%20Perdagangan%20Dunia
%20%282019%29%20telah,pemasaran%2C%20penjualan%2C%20dan%20pengiriman
%20barangan%20melalui%20kaedah%20elektronik

30
Iskandar Putong, “Economics Pengantar Mikro dan Makro” dlm. Universitas Islam
Negeri, hlm. 3, 2010 dari http://repository.uin-suska.ac.id/6723/4/BAB%20III.pdf

Izwan Rosli, “Pacu Jenama Aeon BiG” dlm. Sinar Harian, Ogos 11 2022. Dicapai pada
20 September 2023 dari https://www.sinarharian.com.my/article/215818/berita/pacu-
jenama-aeon-big

Karen Tracy (2015). Online News. Dicapai pada November 6 2023 dari
https://www.researchgate.net/publication/291956999_Online_News
Media Mulia, “myAEON2go Pengalaman Membeli-belah di Hujung Jari” dlm. Utusan,
29 Mac 2022. Dicapai pada 20 September 2023 dari
https://www.utusan.com.my/nasional/2022/03/myaeon2go-pengalaman-membeli-belah-
di-hujung-jari/
Muhammad Aried Che Soh, “Aeon Mampu Depani Cabaran Gentir Pandemik COVID-
19” dlm. Dagang News, 23 Jun 2021. Dicapai pada 20 September 2023 dari
https://www.dagangnews.com/article/aeon-mampu-depani-cabaran-getir-pandemik-
covid-19-6788

Nannie Isa, “Koleksi Raya AEON 2022 Janji Raya Penuh Makna”, dlm Kosmo, 26 April
2022. Dicapai pada 21 September 2023 dari https://www.kitepunye.com/koleksi-raya-
aeon-2022-janji-raya-penuh-makna-awesome/
Norhafzan Jaafar, “Koleksi Sedondon Di Pagi Aidilfitri” dlm. Berita Harian, 14 Julai
2015. Dicapai pada 19 September 2023 dari
https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2015/07/67881/koleksi-sedondon-di-pagi-
aidilfitri
Nora Mahpar, “Aeon Buka MaxValu Prime Pertama di Malaysia” dlm. Berita Harian, 8
Disember 2016. Dicapai pada 18 September 2023 dari
https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/5/2016/12/221770/aeon-buka-maxvalu-prime-pertama-di-
malaysia

Nurhayati Abllah, “Pameran AEON untuk tingkat hubungan Jepun-Malaysia” dlm.


Berita Harian, 21 November 2014. Dicapai pada 19 September 2023 dari
https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/5/2014/11/18806/pameran-aeon-untuk-
tingkat-hubungan-jepun-malaysia

31
Nurul Shahariza et al., E- Pemasaran Produk Dan Perkhidmatan Usahawan Asnaf
Melalui Platform Skim Jayadiri dlm. CIFER International Journal of Islamic Finance,
hlm. 131, June 2022. Dicapai pada 24 Oktober 2023 dari
https://cijif.unishams.edu.my/images/Vol1No1Jun2022/E-
Pemasaran_Produk_dan_Perkhidmatan_Usahawan_Asnaf_melalui_Platform_Skim_Jaya
diri.pdf

Siti Ezaleila Mustafa, Buku Elektronik: Ulasan Persuratan Terhadap Kesedaran dan
Penggunaannya dlm. Jurnal Pengajian Media Malaysia, hlm. 104, 2013 dari
https://jpmm.um.edu.my/index.php/JPMM/article/view/32551

Subkhi Sudarji, “AEON Sediakan Lot Niaga Untuk IKS” dlm. Kosmo, 8 September
2021. Dicapai pada 19 September 2023 dari
https://www.kosmo.com.my/2021/09/08/aeon-sediakan-lot-niaga-untuk-iks/

Syarifah Dayana Syed Bakri, “Komitmen Aeon” dlm. Berita Harian, 9 September 2021.
Dicapai pada 20 September 2023 dari
https://www.hmetro.com.my/bisnes/2021/09/752690/komitmen-aeon

32
8.0 LAMPIRAN

Gambar 1: AEON Mall Tanjung Barat

33
Gambar 2: AEON Mall Jakarta Garden City

Gambar 3: AEON Mall Kyoto

Gambar 4: AEON Mall Shah Alam

34
Gambar 5: AEON BiG Alor Setar

Gambar 6: Majlis Pelancaran Karnival Bumi Kenyalang & Kempen Barangan Malaysia

35
Gambar 7: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama syarikat Aeon Big
(M) Sdn Bhd (Aeon Big), melancarkan Inisiatif Sukan Rahmah

Gambar 8: Mesyuarat Kempen Beli Baranagan Malaysia 2021 Melalui Alam Maya

36
Gambar 9: Koleksi Pakaian Hari Raya Aidilfitri di AEON

Gambar 10: Aplikasi AEON

37
Gambar 11: Laman Instagram AEON cawangan Malaysia

38

You might also like