You are on page 1of 28

Contoh Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 Penggal 3 2015

(STPM) ( KFC Malaysia )


ISI KANDUNGAN

Tajuk
Penghargaan
Abstrak
Isi Kandungan
Pengenalan
Objektif Kajian
Latar Belakang Kajian
Kaedah Kajian
Dapatan Kajian
Rumusan
Rujukan
Lampiran

PENGHARGAAN

Pengkaji ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana atas limpah kurniaNya, pengkaji dapat menyelesaikan tugasan ini dengan sempurna. Tidak dapat
dinafikan bahawa pelbagai rintangan terpaksa dialami oleh pengkaji semasa
menjalankan kajian ini, namun atas pertolongan dan rahmat-Nya kajian ini telah
disiapkan dengan sempurna dan sedia dihantar pada tarikh yang telah
ditetapkan.

Pada kesempatan ini juga, pengkaji ingin merakamkan sejuta penghargaan


kepada Encik Haji Abd Bari Bin Ahmad selaku Pengetua SMK Datuk
Bendahara atas sokongan moral yang diberikan sepanjang pengkaji

menjalankan kajian ini. Begitu juga dengan guru matapelajaran Pengajian


Perniagaan iaitu Puan Rohana Binti Mohd Tahir yang banyak memberikan
tunjuk ajar dan bimbingan dalam menjalankan kajian ini. Hanya Tuhan yang
mampu membalas jasa baik mereka.

Tidak lupa juga, pengkaji ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu
bapa pengkaji yang telah memberikan sokongan moral dan kewangan kepada
pengkaji bagi menyelesaikan kajian ini. Tanpa mereka, kajian ini tidak dapat
disempurnakan dengan baik.

Buat rakan-rakan seperjuangan, pengkaji ingin mengucapkan terima kasih


kerana sudi berkongsi maklumat serta pertolongan yang diberikan semasa
pengkaji menjalankan kajian ini. Semoga usaha keras kita akan membuahkan
hasil dan sentiasa dirahmati Tuhan.

Akhir sekali, pengkaji ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga
kepada para guru dan semua pihak yang terbabit sepanjang proses penyiapan
projek ini sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Semoga kalian
dirahmati dan beroleh kehidupan yang sejahtera.

Analisis Campuran Pemasaran yang diamalkan oleh Syarikat Kentucky Fried


Chicken Malaysia.

ABSTRAK

Kajian ini adalah berkaitan sebuah syarikat multinasional ( MNC ) iaitu


perniagaan Kentucky Fried Chicken ( KFC ) yang berpusat di Louisville,
Kentucky, Amerika Syarikat. Namun, bagi memudahkan pencarian maklumat,
pengkaji memilih syarikat KFC Malaysia yang merupakan salah satu cawangan
bagi perusahaan KFC antarabangsa. Pengkaji menjalankan kajian ini
berdasarkan objektif kajian iaitu, mengenalpasti campuran pemasaran produk
Syarikat KFC Malaysia berdasarkan kedalaman, kelebaran, klasifikasi dan
atribut produk. Juga, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kaedah
campuran promosi yang digunakan dan strategi penetapan harga umum dan

harga produk baharu Syarikat KFC Malaysia. Dalam kajian ini, pengkaji hanya
mengunakan data sekunder untuk mendapatkan maklumat iaitu daripada
internet, surat khabar, majalah dan jurnal. Pengkaji menjalankan kajian ini
setelah melalui penelitian laman sesawang dan jurnal serta akhbar yang boleh
didapati dalam ruangan laman sesawang yang berkaitan. Dengan adanya kaedah
campuran pemasaran, syarikat KFC Malaysia dapat meningkatkan keuntungan
mereka dan dapat mengekalkan syarikat mereka sebagai pengeluar makanan
segera terunggul di negara Malaysia. Dengan adanya produk-produk baharu
yang sentiasa memenuhi pasaran, syarikat KFC Malaysia yakin bahawa
perkhidmatan penyediaan makanan segera ini akan mendapat sambutan ramai
senantiasa. Mereka percaya bahawa dengan adanya campuran pemasaran,
syarikat KFC Malaysia yang ditubuhkan mereka akan sentiasa berkembang
maju.

1.0 PENGENALAN

Menurut Kurtz (2008, P7) pemasaran adalah fungsi organisasi dan sebuah
proses untuk menciptakan, mengkomunikasikan, dan mengirimkan nilai untuk
pelanggan dan mengatur hubungan dengan pelanggan sebagai cara untuk
menguntungkan perusahaan dan juga pihak berkepentingan.

Menurut teori Kotler dan Armstrong (2008, P5) pemasaran adalah sebuah
proses perusahaan menciptakan nilai untuk pengguna dan membangun
hubungan kuat dengan pengguna dengan tujuan untuk menciptakan keuntungun
dari pengguna. Pemasaran adalah suatu proses analisis, perencanaan,
implementasi, koordinasi dan pengendalian program yang meliputi kebijakan
produk, harga, promosi dan distribusi dari produk, perkhidmatan dan idea yang
ditawarkan untuk menciptakan dan meningkatkan pertukaran manfaat dengan
pasar sasaran dalam upaya pencapaian tujuan organisasi.

Campuran pemasaran adalah satu konsep yang diguna oleh pemilik perniagaan,
eksekutif pemasaran, pengurus operasi dan juga usahawan dalam
mengaplikasikan strategi campuran pemasaran tradisional empat Ps (4Ps)
iaitu produk, harga, promosi dan saluran pengagihan. Strategi campuran
pemasaran ini berkeupayaan berbentuk membantu sesebuah perniagaan dalam
menentukan kesesuaian sesuatu produk atau perkhidmatan disasarkan kepada

sasaran pasaran yang tepat. Perlaksanaan strategi pemasaran yang berkesan dan
berjaya bergantung kepada operasi syarikat mengaplikasikan pengetahuan
tentang pemasaran dan strategi campuran pemasaran dalam bidang
keusahawanan menjadi satu program tindakan yang padu dan dapat menyokong
strategi yang bakal dilaksanakan.

Aspek pengetahuan tentang strategi campuran pemasaran penting bagi


membolehkan syarikat menyusun strategiknya untuk mencapai kejayaan dalam
pemasaran produk dan perkhidmatan yang diusahakan selain daripada
pengetahuan asas perniagaan semata-mata. Pengetahuan strategi campuran
pemasaran memainkan peranan yang penting dalam menentukan kejayaan
ataupun kegagalan sesebuah perniagaan. Justeru itu, yang menjadi teras kepada
strategi pemasaran adalah pemilihan strategi campuran pemasaran yang
bersesuaian dan menepati sasaran pasaran melalui pelaksanaan yang cekap.
Keupayaan untuk memahami strategi campuran pemasaran iaitu, produk, harga,
promosi dan saluran pengagihan adalah asas kejayaan kepada usahawan untuk
berjaya di dalam perniagaan.

Elemen-elemen campuran pemasaran terbahagi kepada empat, iaitu :

1.1. Produk (Product)


Menurut Sumarni dan Soeprihanto (2010:274), mengatakan bahawa produk
adalah setiap apa saja yang boleh ditawarkan di pasar untuk mendapatkan
perhatian, permintaan, pemakaian atau penggunaan yang dapat memenuhi
keinginan atau keperluan pengguna. Produk tidak hanya selalu berupa barang
tetapi boleh juga berupa perkhidmatan ataupun gabungan dari kedua-duanya.
Produk merujuk pada proses pembuatan keputusan mengenai penyelidikan dan
pembangunan produk baharu, perancangan pengurusan produk, pembungkusan,
dan jaminan produk.

1.2. Harga (Price)


Menurut Sumarni dan Soeprihanto (2010:281) harga adalah merupakan jumlah
ruang (ditambah beberapa produk kalau mungkin) yang diperlukan untuk
mendapatkan sejumlah kombinasi dari barang berserta pelayanannya. Setelah
produk yang diproduksi siap untuk dipasarkan, maka perusahaan akan

menentukan harga dari produk tersebut. Pemboleh ini berkaitan dengan


penetapan harga atau penawaran harga yang selaras dengan matlamat sesebuah
organisasi. Strategi penentuan harga adalah seperti memberikan diskaun dan
memberikan ganjaran atau hadiah berdasarkan harga yang ditawarkan.
1.3. Promosi (Promotion)
Menurut Tjiptono (2008:219), pada hakikatnya promosi adalah suatu bentuk
komunikasi pemasaran. Komunikasi pemasaran adalah aktiviti pemasaran yang
berusaha menyebarkan informasi, mempengaruhi, memujuk, atau mengingatkan
pengguna atas perusahaan dan produknya agar bersedia menerima, membeli
produk yang ditawarkan. Promosi merujuk pada aktiviti penyebaran maklumat
berkenaan produk kepada pengguna bagi tujuan membuat keputusan pembelian.
Aktiviti promosi yang boleh dijalankan adalah seperti pengiklanan, publisiti,
jualan langsung, dan demonstrasi produk.

1.4. Pengedaran Atau Pengagihan (Place)


Definisi dari Sumarni dan Soeprihanto (2010:288) tentang saluran distribusi
adalah, saluran yang digunakan oleh penjual untuk menyalurkan produk
tersebut dari penjual sampai ke pengguna. Pengedaran atau pengagihan merujuk
pada aktiviti menentukan lokasi agihan dan waktu pengagihan. Pembuatan
keputusan pengedaran melibatkan pemilihan, penilaian dan penyelerasan
saluran pengagihan termasuk cara penghantaran, kaedah pengangkutan, cara
penyimpanan stok, dan pengawalan inventori.

Pengkaji telah ditugaskan membuat kajian ke atas pendekatan strategik sebuah


syarikat mulitnasional (MNC) berdasarkan aspek aktiviti perniagaaan yang
dijalankan, aspek konsep-konsep perniagaan antarabangsa yang diaplikasikan
oleh syarikat dan mencadangkan strategi yang sesuai berdasarkan hasil analisis.
Oleh itu, pengkaji telah memilih syarikat Kentucky Fried Chicken (KFC)
sebagai skop kajian. Organisasi ini terlibat dalam aktiviti pemasaran makanan
segera di seluruh dunia. Pengkaji akan mengkaji beberapa aspek dalam aktiviti
perniagaan yang dijalankan oleh perusahaan KFC Malaysia yang dijalankan
oleh perusahaan itu yang meliputi aspek analisis kekuatan, kelemahan, peluang
dan ancaman (SWOT).

Tujuan utama pengkaji menjalankan kajian ini adalah untuk mengenal pasti
sama ada Syarikat KFC Malaysia menjalankan campuran pemasaran dalam

perniagaan mereka. Syarikat KFC diasaskan oleh Kolonel Harland Sanders.


KFC yang pertama didirikan oleh Kolonel Harland Sanders, yang mulai
menjual ayam gorengnya dari pinggir jalan restoran di Corbin, Kentucky pada
tahun 1930.

Kini, Syarikat KFC telah membuka banyak cawangan di seluruh dunia seperti di
negara India, Malaysia, Singapura dan sebagainya. Sehingga kini, terdapat 500
daripada 672 restoran KFC di seluruh negara, manakala selebihnya di Brunei,
Singapura, India dan Kemboja. Syarikat KFC mendapat sambutan yang hangat
daripada penduduk tempatan. Makanan segera KFC menjadi pilihan dan
makanan kegemaran penduduk di Malaysia tanpa mengira umur, jantina dan
kerjaya.

Selain itu, pengkaji perlu mendapatkan kaedah campuran pemasaran yang


digunakan oleh syarikat perusahaan KFC Malaysia. Antara keadah campuran
pemasaran yang terdapat ialah produk, penetapan harga, promosi, dan
pengedaran atau pengagihan. Kaedah campuran pemasaran ini amat penting
dalam membantu organisasi meningkatkan dan meluaskan pasaran di pasaran
negara ini.

Tambahan pula, pengkaji akan mencadangkan strategi pemasaran yang boleh


digunakan oleh syarikat KFC Malaysia untuk meningkatkan keuntungan dan
terus menguasai pasaran. Berdasarkan hasil analisis yang dibuat, antara strategi
pemasaran yang boleh dilaksanakan adalah seperti strategi 4P iaitu produk,
harga, tempat dan promosi. Pengkaji akan mencadangkan beberapa
penambahbaikan yang boleh dilakukan oleh syarikat perusahaan KFC Malaysia
untuk meningkatkan lagi kualiti keluaran mereka.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk mencapai tiga objektif utama berkaitan campuran
pemasaran yang dijalankan oleh Syarikat KFC Malaysia :

2.1. Mengenalpasti campuran pemasaran produk Syarikat KFC Malaysia

berdasarkan kedalaman, kelebaran, klasifikasi dan atribut produk.

2.2. Mengenalpasti kaedah campuran promosi yang digunakan oleh Syarikat


KFC Malaysia.

2.3. Mengenalpasti strategi penetapan harga umum dan harga produk baharu
Syarikat KFC Malaysia.

3.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Logo Syarikat KFC Antarabangsa

Pengetahuan strategi campuran pemasaran memainkan peranan yang penting


dalam menentukan kejayaan ataupun kegagalan sesebuah perniagaan. Justeru
itu, yang menjadi teras kepada strategi pemasaran adalah pemilihan strategi
campuran pemasaran yang bersesuaian dan menepati sasaran pasaran melalui
pelaksanaan yang cekap. Keupayaan untuk memahami strategi campuran
pemasaran iaitu, produk, harga, promosi dan saluran pengagihan adalah asas
kejayaan kepada usahawan untuk berjaya di dalam perniagaan.

Tujuan pengkaji membuat kajian ini ialah bagi mengenalpasti proses campuran
pemasaran produk berdasarkan kedalaman, kelebaran, klasifikasi dan atribut
produk yang diamalkan oleh Syarikat KFC Malaysia. Seterusnya,
mengenalpasti kaedah campuran promosi yang digunakan dan juga
mengenalpasti strategi penetapan harga umum dan harga produk baharu bagi
produk KFC Malaysia.

Kentucky Fried Chicken (KFC ) merupakan salah satu rangkaian makanan


segera yang paling terkenal di dunia ini. Syarikat perusahaan KFC bermula

pada tahun 1930- an yang diperkenalkan dan diasaskan oleh Colonel Sanders di
Amerika Syarikat selatan sebagai operasi francais kecil. Colonel Sanders telah
menjadi personaliti terkenal melalui penubuhan dan pembukaan beribu-ribu
restoran-restoran KFC di seluruh dunia. Kualiti, perkhidmatan dan kebersihan
( QSC ) mewakili faktor-faktor kejayaan yang paling penting bagi kejayaan
global syarikat KFC. Pengkaji memilih KFC Malaysia sebagai objek kajian
untuk menjalankan kajian ini.

KFC Malaysia diuruskan oleh QSR Brands Berhad, iaitu sebuah syarikat milik
Jcorps. Sebut sahaja Johor Corporation (JCorp), bukan sedikit yang tidak
mengenali entiti itu, lebih-lebih lagi penerajunya Tan Sri Muhammad Ali
Hashim yang dikatakan mirip Colonel Sanders, pengasas restoran KFC. KFC
merupakan antara perniagaan kendalian JCorp yang berjaya. Malah,
kejayaannya kini melangkau ke luar negara. Restoran KFC Malaysia yang
pertama dibuka di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pada tahun
1973 dan sehingga tahun 2013 terdapat 579 cawangan KFC di seluruh
Malaysia. Restoran KFC menyediakan pelbagai jenis makanan segera seperti
ayam goreng, nugget, burger dan mencatat prestasi yang membanggakan dalam
industri restoran makanan segera di Malaysia. Cawangan KFC meliputi tiga
jenis iaitu restoran pandu lalu, restoran di pusat membeli belah dan restoran
sahaja.

Walaupun produk KFC ditujukan kepada masyarakat umum, ia berjaya


membahagikan pasaran mengikut segmen tertentu. Produk KFC ditujukan
kepada kanak-kanak, remaja dan keluarga. Contohnya, menu chicky meal
disediakan istimewa untuk kanak-kanak. Iklan KFC di media massa sering
memaparkan restoran KFC sebagai restoran makanan segera untuk keluarga,
dengan konsep ceria dan menyeronokkan. Semua restoran KFC terletak di
pinggir bandar dan juga pusat bandar. Sebahagian besar pelanggan KFC terdiri
daripada kelas menengah dan atasan yang mementingkan kebersihan,
keselesaan dan kualiti produk.

Sebagai peneraju industri makanan segera di Malaysia, restoren KFC Malaysia


sememangnya menghadapi persaingan sengit daripada firma lain seperti Marry
Brown, Kenny Rogers dan sebagainya. Memandangkan majoriti penduduk
negara ini beragama Islam, setiap aspek proses pembuatan makanan restoren
KFC mengikut kawalan ketat dan menerima sijil halal yang hanya diiktiraf

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan dengan tegas mematuhi


MS1500: 2009.

3.1 LOKASI KAJIAN

Gambar di atas menunjukkan salah sebuah cawangan restoran KFC di Selangor,


Malaysia.

4.0 KAEDAH KAJIAN

Bahagian ini menjelaskan cara yang digunakan oleh pengkaji untuk


mendapatkan hasil kajian. Pengkaji dibenarkan menggunakan data primer
mahupun data sekunder.

Menurut Webster New World Dictionary, pengertian data adalah things known
atau assumed, yang bererti bahawa data itu sesuatu yang diketahui atau
dianggap. Diketahui ertinya yang sudah terjadi merupakan fakta (bukti). Data
dapat memberikan gambaran tentang suatu keadaan atau persoalan. Data juga
didefinisikan sebagai sekumpulan informasi atau nilai yang diperoleh dari
pemerhatian sesuatu objek. Data yang baik adalah data yang boleh dipercayai
kebenarannya (reliable), dan tepat waktu. Data terbahagi kepada dua jenis iaitu,
data primer dan data sekunder.

Data primer adalah data yang diperoleh atau dikumpulkan oleh peneliti secara
langsung dari sumber datanya. Data primer disebut juga sebagai data asli atau
data baru yang memiliki sifat up to date. Untuk mendapatkan data primer,
peneliti harus mengumpulkannya secara langsung. Manfaat utama dari data
primer adalah bahwa unsur-unsur kebohongan tertutup terhadap sumber
fenomena. Oleh kerana itu, data primer lebih mencerminkan kebenaran yang
dilihat. Teknik yang dapat digunakan peneliti untuk mengumpulkan data primer

antara lain observasi, wawancara, diskusi terfokus ( Focus Group Discussion


FGD ) dan penyebaran boring soal selidik.
Data sekunder merupakan data yang boleh diperoleh atau dikumpulkan
maklumat dari semua sumber yang sudah ada melalui media perantaraan yang
diperoleh dan dicatat oleh pihak lain. Manfaat yang diperoleh dari data sekunder
adalah bahawa seorang peneliti mampu memperoleh informasi lain selain
informasi utama. Data sekunder biasanya diperolehi dari berbagai sumber
misalnya jurnal buku, laporan dan sebagainya.

Pengkaji menggunakan kaedah data sekunder bagi memperoleh maklumat


sepanjang menjalankan kajian ini.

4.1 Data sekunder


Data sekunder merupakan data yang diperoleh daripada internet, buku, keratan
akhbar, jurnal dan majalah. Pengkaji telah membuat rujukan seperti
mengenalpasti campuran pemasaran syarikat KFC Malaysia berdasarkan
kedalaman, kelebaran, klasifikasi dan atribut produk. Pengkaji juga
mengenalpasti kaedah campuran promosi yang digunakan oleh syarikat KFC
Malaysia dan mengenalpasti strategi penetapan harga umum dan harga produk
baharu berdasarkan hasil analisis mengikut kehendak Majlis Peperiksaan
Malaysia yang memerlukan calon menjelaskan maksud bagi perkara-perkara
tersebut. Selain itu, pengkaji membuat rujukan laman sesawang seperti
Wikipedia bagi mengetahui latar belakang syarikat KFC Malaysia dan laman
berkaitan dengan syarikat KFC Malaysia bagi memperoleh data bagi
menjalankan kajian ini.

5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Kajian ini membincangkan campuran pemasaran yang diamalkan oleh syarikat


KFC Malaysia. Aktiviti pemasaran dibentuk daripada campuran pemasaran,
iaitu kombinasi pemboleh ubah yang menentukan strategi pemasaran yang akan
digunakan oleh sesebuah organisasi pemasaran. Melalui pasaran sedia ada,

pemasar akan menggunakan campuran pemasaran untuk mengenal pasti sasaran


yang boleh membantu organisasi mengekalkan kedudukannnya dalam pasaran
dan seterusnya menguasai keseluruhan pasaran. Campuran pemasaran terdiri
daripada tiga pemboleh ubah, iaitu produk, promosi dan harga.

5.1 Campuran pemasaran produk Syarikat KFC Malaysia berdasarkan


kedalaman, kelebaran, klasifikasi dan atribut produk.

Produk

Pengertian produk menurut Kotler dan Armstrong, (2001 : 346) adalah


segala sesuatu yang dapat ditawarkan ke pasar untuk mendapatkan perhatian,
dibeli, atau digunakan, yang dapat memuaskan keinginan. Produk merupakan
titik pusat dari kegiatan pemasaran kerana produk merupakan hasil dari suatu
perusahaan yang dapat ditawarkan ke pasar untuk dijual dan merupakan alat
dari suatu perusahaan untuk mencapai tujuan dari perusahaannya.

5.1.1. Kedalaman Campuran Produk

Kedalaman campuran produk merujuk pada bilangan item produk yang


dihasilkan dan bilangan versi yang ditawarkan oleh setiap produk tersebut.
Syarikat KFC Malaysia menjual burger yang berlainan perisa, saiz dan ramuan
yang berbeza seperti Burger KFC Zinger Double Down, Hamburger, Colonel
Burger, Zinger Burger, Lil' Zinger Combo, Cheezy Nugget Burger Combo,
Colonel Burger Combo, Zinger Burger Combo, Spicy Korean Burger, Burger
Zinger Remixed, dan Burger Double Down Maxx.
5.1.2. Kelebaran Campuran Produk

Kelebaran campuran produk syarikat KFC Malaysia merujuk kepada


bilangan lini produk yang dipasarkan kepada pengguna. Campuran produk yang
besar dapat menarik perhatian pengguna dalam pelbagai segmen pasaran.
Campuran produk syarikat KFC Malaysia terdiri daripada pelbagai jenis
makanan seperti burger, sandwich, sarapan pagi, makanan tengah hari, makanan

malam, salad, kentang goreng, nuget, bubur, aiskrim, pencuci mulut dan
minuman.

5.1.3. Klasifikasi Produk

Secara umumnya, terdapat dua jenis produk dalam pasaran, iaitu produk
pengguna dan produk industri. Produk yang dikeluarkan oleh Syarikat KFC
Malaysia merupakan produk pengguna. Produk pengguna boleh diklasifisikan
kepada barangan mudah beli, barangan beli-belah, barangan istimewa, dan
barangan tidak dicari. Kesemua kategori barangan ini mempunyai aras
permintaan yang berbeza dan melibatkan penggunaan strategi pemasaran yang
berbeza.

Produk yang dikeluarkan oleh Syarikat KFC Malaysia tergolong dalam


golongan barangan mudah beli. Barangan mudah beli ialah barangan yang boleh
diperoleh dalam jangka masa singkat dan kerap dibeli oleh pengguna. Harga
barangan mudah beli adalah murah dan pengguna tidak perlu mengambil masa
yang lama untuk mendapatkannya. Barangan mudah beli boleh dibahagikan
kepada beberapa kategori tertentu.

Produk makanan segera yang dihasilkan oleh Syarikat KFC Malaysia


tergolong dalam kategori barangan gerak hati. Barangan gerak hati ialah
barangan yang dibeli tanpa memerlukan perancangan rapi, tetapi disebabkan
pengguna tertarik dengan faktor tertentu seperti tawaran hebat, hadiah percuma,
atau peragaan yang menarik. Makanan segera keluaran syarikat KFC Malaysia
menjadi pilihan semua warga tanpa mengira umur. Pengguna boleh
mendapatkan produk KFC pada bila-bila masa dan di mana- mana sahaja.

5.1.4 Atribut Produk

Pengertian atribut produk menurut Fandy Tjiptono (2007:103) iaitu Atribut


Produk adalah unsur-unsur produk yang dipandang penting oleh pengguna dan
dijadikan dasar pengambilan keputusan pembelian. Dari pengertian diatas
dapat disimpulkan bahawa atribut produk penting dan dapat dijadikan

pengambilan keputusan dalam suatu pembelian yang dilakukan oleh pengguna.


Keputusan dibuat terhadap produk tersebut dari segi mutu, ciri, dan reka bentuk
produk.

a) Mutu Produk

Syarikat KFC Malaysia menekankan aspek kualiti produk berbanding


pengeluar makanan segera yang lain. Syarikat KFC Malaysia mengeluarkan
makanan segera yang bermutu tinggi kerana syarikat ini menggunakan ayam
yang bermutu tinggi. Bahan-bahan seperti lada hitam, mustard, sos tiram yang
berkualiti digunakan dalam proses pembuatan burger. Penggunaan barang yang
berkualiti membolehkan Syarikat KFC Malaysia mengaut keuntungan dan
seterusnya meningkatkan jualan syarikat mereka.

b) Ciri Produk

Ciri produk yang unik mampu menonjolkan keistimewaan produk


pengeluar daripada produk pesaing. Syarikat KFC Malaysia mengeluarkan
makanan segera yang terdiri daripada pelbagai jenis rasa, perisa dan bentuk.
Antara bentuk makanan segera KFC ialah jenis nasi, makanan ringan, burger
dan minuman bergas. Kepelbagaian perisa dan bentuk ini membolehkan
pengguna mempunyai pelbagai pilihan yang menetapi citarasa mereka.

c) Reka Bentuk Produk

Reka bentuk produk mengambarkan gaya produk sesuatu syarikat.


Syarikat KFC Malaysia mengeluarkan makanan segera yang terdiri daripada
pelbagai saiz iaitu dari saiz mini, kecil, sederhana dan besar. Ini membolehkan
pengguna senang memperoleh makanan segera KFC di pasaran. Jika
dibandingkan dengan pesaing Syarikat KFC Malaysia iaitu Mc Donalds,
makanan segera keluaran syarikat KFC Malaysia menjadi pilihan kerana produk
KFC Malaysia boleh didapati dalam pelbagai bentuk dan senang dibawa balik
ke rumah. Kepelbagaian saiz ini membolehkan semua rakyat Malaysia
menikmati produk Kentucky Fried Chicken tanpa mengira taraf hidup. Hal ini

demikian kerana harga produk adalah berdasarkan perisa dan kualiti kesemua
makanan segera KFC adalah sama.

5.2 Kaedah campuran promosi yang digunakan oleh Syarikat KFC Malaysia.

Promosi

Promosi adalah suatu bentuk komunikasi pemasaran. Komunikasi


pemasaran adalah aktiviti pemasaran yang berusaha menyebarkan informasi,
mempengaruhi, memujuk, atau mengingatkan pengguna atas perusahaan dan
produknya agar bersedia menerima, membeli produk yang ditawarkan. Promosi
merujuk pada aktiviti penyebaran maklumat berkenaan produk kepada
pengguna bagi tujuan membuat keputusan pembelian. Aktiviti promosi yang
boleh dijalankan adalah seperti pengiklanan, publisiti, jualan langsung, dan
demonstrasi produk. Untuk mempromosikan produk syarikat, perusahaan KFC
Malaysia telah mengatur strategi untuk membuat iklan melalui media elektronik
iaitu di televisyen, radio, laman sesawang, melalui poster dan lain-lain.

5.2.1 Pengiklanan

Definisi pengiklanan :

Pengiklanan merupakan sebarang bentuk persembahan atau komunikasi


berbayar, bersifat tidak peribadi yang ditujukan kepada kumpulan sasaran
dengan tujuan untuk mempromosi, memperkenal dan meningkatkan atau
melariskan jualan produk syarikat KFC Malaysia, perkhidmatan atau idea oleh
penaja yang dikenalpasti. Dalam pengiklanan produk syarikat KFC Malaysia di
media elektronik iaitu di televisyen, pihak penaja yang terlibat dalam
pengiklanan produk ialah Kentucky Fried Chicken ( KFC ), Syarikat KFC
HOLDINGS (MALAYSIA) BHD yang melibatkan pembayaran oleh pihak
penaja. Sebelum pengiklanan dibuat, syarikat KFC Malaysia terlebih dahulu
telah menetapkan objektif pengiklanan mereka yang terdiri daripada
pengiklanan memberitahu pelanggan untuk memaklumkan pasaran tentang
keluaran produk baru syarikat mereka.

Yang kedua, pengiklanan memujuk iaitu menggalakkan pengguna


menukar pembelian produk daripada syarikat lain kepada membeli produk hasil
syarikat KFC Malaysia. Yang ketiga, pengiklanan mengingatkan pelanggan
bahawa keluaran produk baru syarikat KFC Malaysia ini mungkin diperlukan
pada masa akan datang dan seterusnya memenuhi citarasa mereka. Secara
amnya, penentuan objektif pengiklanan perlu ditentukan berasaskan situasi
pasaran semasa misalnya, semasa produk syarikat KFC Malaysia berada di
dalam peringkat pengenalan, program pengiklanan mungkin lebih memberikan
penumpuan kepada pengguna berkenaan kewujudan produk syarikat tersebut.
Pengiklanan juga dikategorikan sebagai komunikasi bersifat tidak peribadi yang
ditujukan kepada sasaran pasaran yang ramai. Ini menunjukkan bahawa aktiviti
pengiklanan KFC Malaysia tidak melibatkan komunikasi atau usaha promosi
daripada pihak pengeluar atau pemasar secara bersemuka atau secara langsung
dengan pengguna sasaran.

5.2.2 Promosi Jualan

Definisi promosi :

Promosi jualan membawa maksud segala rangsangan secara langsung


yang menawarkan insentif ataupun nilai yang lebih ke atas keluaran melalui
desakan jualan, agihan keluaran kepada pengguna akhir dengan objektif untuk
mewujudkan jualan segera.

Tujuan promosi jualan :

1) Tujuan promosi jualan yang dijalankan oleh syarikat KFC Malaysia adalah
untuk menarik pencuba baru terutamanya dari kalangan pembeli yang dikenali
sebagai mereka yang suka menukar jenama pilihan.

2)
Sebab kedua adalah sebagai ganjaran kepada pelanggan yang setia
menyokong produk syarikat KFC Malaysia.

3)
Sebab ketiga adalah untuk meningkatkan kadar pembelian semula di
kalangan pembeli produk KFC sekali-sekala sebelum ini.

5.2.3 Publisiti

Definisi publisiti :

Publisiti merupakan cubaan sengaja bagi mengurus pandangan umum


terhadap sesuatu subjek. Subjek publisiti termasuk orang, keluaran atau
barangan, perkhidmatan pelbagai jenis organisasi dan hasil kerja seni atau
hiburan. Dari segi pemasaran, publisiti merupakan satu komponen promosi
yang merupakan satu komponen pemasaran.

Tujuan publisiti :

1) Tujuan publisiti dilakukan oleh syarikat KFC Malaysia bagi mengukuhkan


jenama syarikat tersebut.

2)
Syarikat KFC Malaysia ingin memperkenalkan produk-produk makanan
segera yang baru kepada pelanggan mereka.

Syarikat KFC Malaysia mengamalkan pelbagai kaedah campuran promosi bagi


melariskan produk-produknya di Malaysia. Antaranya termasuklah kaedah
pengiklanan, promosi jualan dan publisiti melalui media massa. Syarikat KFC
Malaysia memperuntukkan hampir RM100 juta untuk perbelanjaan promosi
seperti pengiklanan dalam media cetak dan media elektronik, promosi melalui
laman web iaitu kfc.com.my, penajaan program televisyen untuk kanak-kanak
dan juga pemberian baucer kepada pelanggan. Kesemua kaedah campuran
pemasaran yang dijalankan oleh syarikat KFC Malaysia adalah bertujuan untuk

meningkatkan keuntungan syarikat tersebut disamping bagi memenangi hati


masyarakat tempatan.

Seterusnya, syarikat KFC Malaysia menggunakan media massa untuk


mempromosi produk-produk terbaharu mereka bagi memudahkan kaedah
promosi dijalankan kerana pada zaman yang moden ini, media massalah yang
menjadi penghubung masyarakat dengan syarikat-syarikat besar seperti KFC.
Media massa seperti talevisyen, radio, dan laman sesawang internet amat
berguna bagi syarikat ini dalam usaha mendapatkan ramai pelanggan setia.

Oleh kerana syarikat KFC Malaysia menggunakan kaedah campuran pemasaran


seperti pengiklanan, promosi jualan, dan publisiti, syarikat ini sentiasa dapat
menyeimbangkan kadar perbelanjaan dengan keuntungan syarikat mereka. Hal
ini menyebabkan, syarikat tersebut untuk terus mengekalkan kedudukannya
sebagai sebuah syarikat pengeluar makanan segera yang terunggul di negara ini.

Kesimpulannya, kaedah campuran pemasaran promosi yang digunakan oleh


syarikat KFC Malaysia ternyata banyak membantu syarikat tersebut untuk maju
ke hadapan di negara ini. Kaedah yang diguna pakai oleh syarikat ini memberi
kesan positif dari segi keuntungan dan kemajuan syarikat mereka.

5.3 Strategi penetapan harga umum dan harga produk baharu Syarikat KFC
Malaysia.

Harga

Menurut Henry Simamora dalam buku Akauntansi Basis Pengambilan


Keputusan Bisnes, menjelaskan bahawa Harga adalah sejumlah wang yang
dibebankan atau dikeluarkan atas sebuah produk atau perkhidmatan (2002 : 74).
Harga merupakan wang yang dikenakan untuk sesuatu keluaran atau
perkhidmatan yang diberikan melalui proses pertukaran dan harga juga
merupakan campuran pemasaran yang mengeluarkan hasil dan elemen-elemen
lain hanyalah kos. Harga dapat ditentukan mengikut kesesuaian pasaran melalui
proses penawaran.

Faktor-faktor yang mempengaruhi penentuan harga

5.3.1 Faktor-faktor Dalaman

a. Objektif Pemasaran

Memaksimumkan untung semasa

Perletakan harga bagi tujuan memaksimumkan keuntungan semasa


syarikat KFC Malaysia. Kebiasaannya harga tinggi diletakkan bertujuan untuk
menanggung kos yang telah dilaburkan ketika pemprosesan produk dilakukan
untuk mengeluarkan produk yang berkualiti seperti perkhidmatan syarikat iaitu
makanan segera yang akan mendapat tempat di hati pelanggan.

b. Strategi Campuran Pemasaran

Harga memainkan peranan penting dalam campuran pemasaran. Harga


yang dikenakan hendaklah disesuaikan mengikut keputusan merekabentuk
produk, pengagihan dan promosi serta penyiasatan dan pemprosesan yang telah
syarikat KFC Malaysia jalankan untuk menghasilkan pemasaran yang konsisten
dan berkesan.

c. Kos

Pihak syarikat KFC Malaysia perlulah meletakkan harga yang berpatutan


meliputi kos pengeluaran, pengagihan, penjualan dan pada masa yang sama
menghasilkan pulangan yang setimpal dengan usaha yang telah dijalankan dan
risiko yang tinggi harus ditanggung oleh pihak mereka. Jika syarikat KFC
Malaysia mempunyai kos rendah, pihak mereka dapat menetapkan harga yang
rendah dan menghasilkan jualan dan keuntungan yang tinggi.

Kos terbahagi kepada dua iaitu kos tetap dan kos berubah. Kos tetap
adalah kos yang tidak berubah walaupun berapa banyak jumlah pengeluaran
atau jualan yang dibuat.

d. Pertimbangan Organisasi

Pihak pengurusan KFC Malaysia mestilah menentukan siapa di dalam


organisasi dalam syarikat yang bertanggungjawab menetapkan harga. Dalam
syarikat KFC Malaysia, harga ditetapkan oleh pengurusan bahagian atau
pengurus lini produk.

5.3.2 Faktor-faktor Luaran

a. Pasaran dan Permintaan

Penentuan harga dalam pasaran yang berbeza

Dalam situasi ini, perkhidmatan makanan segera adalah perkhidmatan yang


mempunyai persaingan monopilistik dimana ramai pelanggan yang
mendapatkan perkhidmatan syarikat KFC yang berdagang di bawah harga yang
berbeza.

Tanggapan pengguna terhadap harga dan nilai

Penentuan harga dan nilai yang dikenakan oleh pihak syarikat KFC Malaysia ke
atas produk mereka memberi kesan kepada pelanggan yang membeli produk
tersebut. Pelanggan masih gemar membeli produk-produk syarikat KFC
Malaysia kerana mereka tidah berasa beban akibat harga yang dikenakan ke atas
makanan segera yang dibeli oleh mereka.

b. Persaingan

Harga dan tawaran pesaing dapat mempengaruhi keputusan penentuan


harga syarikat KFC Malaysia. Apabila pelanggan ingin menggunakan
perkhidmatan makanan segera, mereka akan mempertimbangkan perkhidmatan
syarikat KFC dengan perkhidmatan dan produk-produk pesaing syarikat
tersebut. Antara pesaing syarikat KFC Malaysia ialah McDonalds, Subway,
Pizza Hut, Dominos Pizza, Burger King, dan Starbucks. Oleh itu, syarikat KFC
Malaysia perlulah mengetahui tentang harga dan kualiti yang ditawarkan oleh
syarikat pesaing bagi memastikan kedudukannya sebagai sebuah syarikat
pengeluar makanan segera terunggul di Malaysia dapat dikekalkan.

5.3.3 Faktor-faktor Lain

Untuk menetapkan harga, syarikat Kentucky Fried Chicken Malaysia


perlulah mengetahui faktor luaran lain seperti keadaan ekonomi, kesan harga
kepada pemasaran dan juga kerajaan. Keadaan ekonomi yang meleset akan
mempengaruhi penentuan harga kerana kedua-dua kos pengeluaran
perkhidmatan dan harga serta nilai sesuatu produk.

Kaedah Penentuan Harga

- Penentuan harga berasaskan pembeli

Penentuan harga ini menggunakan tanggapan pembeli tentang nilai keluaran,


bukan kos penjual. Maka, syarikat KFC Malaysia menggunakan elemen bukan
harga untuk membina tanggapan dalam fikiran pelanggan.

- Penentuan harga berdasarkan persaingan

Syarikat KFC Malaysia menetapkan harga berdasarkan harga pesaing yang


ditawarkan dan kurang tertumpu kepada kos atau permintaan syarikat itu
sendiri. Syarikat KFC Malaysia meletakkan harga yang lebih tinggi, rendah
atau harga yang sama dengan syarikat pesaing-pesaingnya. Hal ini sedemikian
kerana, pelanggan biasanya membuat penilaian produk berasaskan harga yang
pesaing kenakan untuk produk yang serupa.

Kaedah Penentuan Harga Produk Baru

Terdapat beberapa kaedah di dalam penentuan harga. Penentuan harga bagi


produk baru merupakan salah satu daripada strategi pemasaran. Harga
permulaan ini mudah berubah-ubah dan penetapannya merupakan keputusan
yang paling asas dalam campuran pemasaran. Harga permulaan boleh
ditetapkan tinggi untuk mendapatkan semula kos pembangunan secepat
mungkin atau menetapkan harga yang rendah agar produk berjaya mendapat
bahagian pasaran yang besar. Syarikat KFC Malaysia juga menimbangkan
sama ada produk tersebut merupakan produk baru yang berinovasi atau produk
imitasi.

Syarikat KFC Malaysia sentiasa mengambil kira harga bahan/ramuan yang


digunakan untuk menghasilkan makanan segera mereka bagi menetapkan harga
yang berpatutan dan tidak merugikan operasi syarikat mereka. Dengan berbuat
sedemikian, KFC Malaysia dapat menstabilkan keuntungan syarikat dan
kemajuan syarikat mereka di negara ini.

6.0 RUMUSAN / PENUTUP

Kajian bertujuan untuk mengkaji campuran pemasaran, kaedah campuran


promosi dan strategi penetapan harga umum dan harga produk baharu yang
diamalkan oleh Syarikat KFC Malaysia. Berdasarkan hasil kajian, elemen
utama yang menentukan kejayaan atau kegagalan sesebuah organisasi adalah
strategi yang mereka ikuti. Mana-mana industri adalah luas dan persaingan juga
sengit untuk terus hidup dalam perniagaan. Organisasi perlu merangka strategi
inovatif.

KFC Malaysia telah memulakan perjalanan dekad yang lalu dan mereka telah
berjuang untuk mengekalkan kedudukan mereka sebagai peneraju pasaran.
Pelbagai telah berlaku pada masa lalu untuk syarikat KFC Malaysia sama ada
baik ataupun buruk, tetapi ia adalah strategi yang membantu mereka terus hidup
dan mengekalkan kedudukan mereka sebagai salah sebuah syarikat pengeluar
makanan segera terunggul di Malaysia. Strategi dan kaedah campuran

pemasaran syarikat ini adalah agak sama dengan strategi syarikat lain dan
kedudukan syarikat lain tidak jauh di belakang daripada KFC Malaysia, tetapi
mana-mana kesilapan kecil yang dilakukan oleh syarikat KFC Malaysia,
mungkin membuatkan KFC Malaysia sebagai penghalang kemajuan perniagaan
kerana syarikat lain mampu menjadi pemimpin pasaran dan syarikat makanan
segera KFC Malaysia perlu berhati-hati ketika melaksanakan strategi campuran
pemasaran mereka.

Rahsia kejayaan terus KFC Malaysia dalam peningkatan struktur pengurusan


dan penerapan falsafahnya, iaitu untuk terus memperkenalkan produk baru atau
untuk jualan sebelumnya produk dipakej semula bagi mentaliti rakyat
pelanggan awal untuk mendapatkan keuntungan.

Antara cadangan penambahbaikan syarikat KFC Malaysia ialah mereka perlu


terus mengeluarkan produk-produk baharu bagi memenuhi cita rasa para
pelanggan. Juga, syarikat KFC Malaysia perlu memperbanyak bilangan
cawangan di seluruh negara terutamanya di kawasan-kawasan pedalaman bagi
memudahkan masyarakat kawasan tersebut senang memperolehi produk
mereka.

Kesimpulannya, dengan wujudnya perkhidmatan makanan segera yang


dihasilkan oleh syarikat KFC Malaysia, pihak mereka yakin bahawa ia dapat
meningkatkan tahap perkhidmatan lain yang berada di pasaran. Syarikat KFC
Malaysia yakin bahawa perkhidmatan ini akan sentiasa mendapat sambutan
ramai. Dengan adanya campuran pemasaran, syarikat tersebut berharap bahawa
perniagaan mereka akan berkembang maju.

7.0 RUJUKAN

7.1 Internet

Sejarah KFC (Kentucky Fried Chicken)


https://wildanrenaldi.wordpress.com/2012/10/08/sejarah-kfc-kentucky-friedchicken/ ( 18 Jun 2015 )

Bilangan Restoran KFC Meningkat Tiga Kali Ganda

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Korporat/20121231/ko_05/Bilanganrestoran-KFC-meningkat-tiga-kali-ganda ( 23 Jun 2015 )

Logo KFC
https://en.wikipedia.org/wiki/File:KFC_logo.svg (25 Jun 2015 )

Logopedia KFC
http://logos.wikia.com/wiki/KFC ( 26 Jun 2015 )

Strategi Pemasaran KFC


https://dwiyustiyanita.wordpress.com/2013/11/24/strategi-pemasaran-kfc/ ( 26
Jun 2015 )

Asas Pengurusan Pemasaran


http://www.slideshare.net/mhamdy70/asas-pengurusan-pemasaran ( 29 Jun 2015
)

Pentingnya Faktor Lokasi Dalam Memasarkan Produk


http://www.investasionline.net/net/kfc-kebaikan-dan-keburukan-dalamcampuran-pemasaran.html ( 30 Jun 2015 )

Kisah Bermulanya KFC


http://boomingeagleworld.xtgem.com/KISAH%20SUKSES%20KFC
%20Kolonel%20sander (1 Julai 2015 )

FaktaBisnes Colonel Sanders Memulakan Bisnes KFC Dengan Duit Pencen


Sebanyak USD105
http://www.majalahniaga.com/tag/tentang-kfc ( 3 Julai 2015 )

Manajemen Strategik Dalam Perusahaan Makanan


http://msmanggarsari.blogspot.com/2014/04/manajemen-strategik-dalamperusahaan.html ( 7 Julai 2015 )

Kisah Kejayaan Colonel KFC dan ayam gorengnya yang SEDAP dan
POPULAR
http://wolkietolkie.com/kisah-kejayaan-colonel-kfc-dan-ayam-gorengnya-yangsedap-dan-popular/ ( 19 Julai 2015 )

Menyingkap Rahsia Kejayaan JCorp


http://bisniswirausaha.blogspot.com/2009/05/menyingkap-rahsia-kejayaanjcorp.html (19 Julai 2015)

KFC Sumbang Peralatan Taman Permainan


http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=1999&dt=1113&pub=utusan_malaysia&sec=Gaya_Hidup&pg=ls_05.htm
( 19 Julai 2015 )

Kentucky Fried Chicken ( KFC ) Malaysia


http://ms.swewe.net/word_show.htm/?1098378_1&KFC ( 19 Julai 2015 )

(SEMASA) KFC HOT BOX Semuanya Dalam Satu Hidangan


http://galaksi-media.com/semasa-kfc-hot-box-semuanya-dalam-satu-hidangan/ (
19 Julai 2015 )

Kentucky Fried Chicken Menu

http://www.kfc.com.my/menu/chicken/barrel/ ( 19 Julai 2015 )

Menu Baru KFC


http://www.mummynemo.com/2012/06/menu-baru-kfckfc-flaming-crunchditawarkan-dalam-tempoh-terhad/ ( 19 Julai 2015 )

Chicken Meals and Burger In KFC Malaysia


http://www.theborneopost.com/2014/08/13/thai-green-curry-chicken-meals-andburger-on-kfc-malaysias-menu/ ( 19 Julai 2015 )

Hidangan Sarapan Pagi Yang Lazat Dan Terbaru Hanya Di KFC


http://selebritionline.com/hidangan-sarapan-pagi-yang-lazat-dan-terbaru-hanyadi-kfc/ ( 201 Julai 2015 )

KFC Spicy Korean Burger Sungguh Lazat Sungguh Korea


http://selebritionline.com/kfc-spicy-korean-burger-sungguh-lazat-sungguhkorea/ ( 20 Julai 2015 )

Burger KFC Zinger Remixed


http://selebritionline.com/burger-kfc-zinger-remixed/ ( 20 Julai 2015 )

Burger KFC Zinger Reloaded Lebih ZING


http://selebritionline.com/burger-kfc-zinger-reloaded-lebih-zing/ ( 20 Julai 2015
)

Promosi KFC Malaysia


http://www.kfc.com.my/promotion/ ( 20 Julai 2015 )

Pengertian Dan Manfaat Atribut Produk

http://www.pendidikanekonomi.com/2012/07/pengertian-dan-manfaat-atributproduk.html ( 20 Julai 2015 )

KFC Marketing Plan


http://www.slideshare.net/sank8d14/kfc-marketing-plan ( 21 Julai 2015 )

Campuran Pemasaran - Harga


http://pemasaran1puo.blogspot.com/2010/01/unit-4-campuran-pemasaranharga.html (27 Julai 2015 )

7. 2 Keratan Surat Khabar

KFC Named Most Trusted Quick Service in Malaysia, QSR Magazine, Terbitan
March 4, 2015
KFC Tailors Approach In Africa, Media 24, Terbitan Januari 21, 2013
KFC Malaysia Reignites Family Dining Tradition, Adobo Magazine, Terbitan
April 25, 2012
KFC Malaysia Menu Prices, Auto Magazine, Terbitan Jun 20, 2015
KFC Hatches A Social Egg, Marketing Magazine, Terbitan Disember 20, 2013
Top 10s Crme de la Crme Food Brands In Malaysia, Restaurants and
Institutions Magazine, Terbitan Mei 8, 2012

7.3 Majalah

Majalah Niaga Edisi 31 Bersama Zafrul Rizal Mat, Terbitan March 27, 2015
Majalah Niaga Bersama Zafrul Rizal Mat, Terbitan Oktober 31, 2013
Majalah Laporan Tahunan KFC Holdings Malaysia, Terbitan 2003

7.4 Buku

Nota & Latihan STPM Pengajian Perniagaan Penggal 1, Azly Muhammad, Ain
Insyirah, Terbitan 2014
Teks STPM Pengajian Perniagaan Penggal 1, Shanti Subramaniam, Mah Boon
Kiet, Terbitan Pelangi Bestseller 2014

8.0 Lampiran

Gambar di atas menunjukkan pengasas Kentucky Fried Chicken ( KFC ), iaitu


Colonel Harland David Sanders

Gambar di atas menunjukkan KFC pertama yang ditubuhkan Corbin, Kentucky.

Gambar di atas menunjukkan KFC pertama yang dibuka di Jalan Tuanku Abdul
Rahman, Kuala Lumpur, Malaysia.

Gambar di atas menunjukkan jenis-jenis makanan segera yang terdapat di


seluruh cawangan KFC Malaysia.

Gambar peta di atas menunjukkan sejumlah cawangan KFC yang terdapat di


Malaysia.

You might also like