You are on page 1of 36

980731-56-5424

PENGHARGAAN

Selamat sejahtera dan rasa kesyukuran saya ucapkan kepada Tuhan kerana dengan
limpah kurniaNya, dapat juga saya menyiapkan kerja kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4
penggal 3 tahun 2017 yang bertajuk “Campuran Pemasaran” dalam masa yang telah
ditetapkan oleh guru pembimbing iaitu Puan Rozita Binti Yusof yang merupakan guru
Pengajian Perniagaan di sekolah.
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan setinggi – tinggi terima kasih yang
tidak terhingga kepada Puan Noraizan binti Brahim yang merupakan pengetua SMK Darul
Ehsan kerana telah memberi keizinan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan
sempurna dan teratur.
Seterusnya, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru mata
pelajaran Pengajian Peniagaan saya iaitu Puan Rozita Binti Yusof kerana telah banyak
meluangkan masa, memberikan tunjuk ajar serta nasihat untuk membantu saya menyiapkan
kajian ini, selain memberikan semangat kepada saya untuk menjalankan tugasan ini dengan
sebaik – sebaiknya.
Akhir sekali, di sini saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa dan
rakan – rakan saya serta pihak – pihak yang terlibat secara langsung ataupun secara tidak
langsung dalam membantu saya menyiapkan kerja kursus Pengajian Perniagaan ini.
Semasa saya menjalankan kerja kursus Pengajian Perniagaan ini, saya telah
menghadapi banyak kesukaran dan cabaran dalam menyiapkan kajian, akan tetapi dengan
berkat kesabaran dan doa yang tidak putus, dapat juga saya menyiapkan kerja kursus ini
dengan jayanya.

1
980731-56-5424

ABSTRAK
Dalam kajian ini, pengkaji telah memilih Syarikat Secret Recipe Cake dan Café Sdn Bhd bagi
melaksanakan kerja kursus ini. Terdapat lima objektif yang perlu dikaji terhadap syarikat
Secret Recipe iaitu memberikan maksud produk dan mengenal pasti sama ada produk fizikal
atau perkhidmatan syarikat Secret Recipe, menghuraikan klasifikasi produk, atribut produk,
penjenamaan, pembungkusan, pelabelan, khidmat sokongan dan lini produk syarikat Secret
Recipe, menjelaskan saluran agihan produk dan perantaraan saluran agihan produk syarikat
Secret Recipe, menjelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi penetapan harga secara umum,
kos, nilai dan pesaing setiap penentuan harga produk baru syarikat Secret Recipe dan
menghuraikan campuran promosi, konsep dan komunikasi pemasaran bersepadu syarikat
Secret Recipe. Secret Recipe Cakes and Café Sdn Bhd atau lebih dikenali sebagai Secret
Recipe ialah syarikat rantaian kafe yang disahkan halal Malaysia yang ditubuhkan pada 1997.
Pengkaji telah melaksanakan kajian dengan menggunakan kaedah kuantitatif iaitu
pemerhatian dan kaedah kualitatif iaitu melayari laman sesawang dan melihat risalah untuk
mencari maklumat tentang campuran pemasaran syarikat Secret Recipe. Berdasarkan kajian
yang telah dibuat, dari aspek produk, pengkaji mendapati syarikat Secret Recipe
mengeluarkan produk berbentuk fizikal dan perkhidmatan yang dikategorikan sebagai produk
beli belah yang unik dan produk istimewa. Selain itu, keleberan lini produk Secret Recipe
Secret Recipe adalah Kek, Asian Classic dan Pasta. Manakala, kedalaman lini produk Secret
Recipe bagi kek adalah Cheese Cake, Square Cake dan Cream Cake. Bagi produk Asian
Classic, terdapat Singapore Laksa, Vietnamese Beef Noodle dan Penang Assam Laksa. Bagi
Pasta pula, terdapat Spaghetti Meatball, Spaghetti Aglio Olio dan Lasagne. Secret Recipe
menggunakan saluran agihan peringkat dua dan menggunakan peruncit sebagai pengantara
dalam menyalurkan produknya. Syarikat Secret Recipe juga menjalankan penentuan harga
produk berasaskan kos, nilai, harga produk pesaing dan produk baharu. Syarikat Secret
Recipe juga melaksanakan campuran promosi meliputi pengiklanan, promosi jualan, publisiti,
perhubungan awam dan jualan bersemuka serta komunikasi pemasaran bersepadu (IMC).
Cadangan yang dikemukakan oleh pengkaji ialah syarikat Secret Recipe perlu menurunkan
lagi harga mengikut kemampuan pengguna terhadap produk yang dikeluarkan. Dengan ini,
pengguna tidak perlu lagi membuat perbandingan harga dengan terlalu lama sebelum
membeli. Selain itu, pengkaji berpandangan bahawa syarikat Secret Recipe perlu
mempelbagaikan lagi produk yang dihasilkan supaya dapat menarik lebih ramai pelanggan.

2
980731-56-5424

ISI KANDUNGAN

No Kandungan Halaman
1. Penghargaan 1

2. Abstrak 2

3. Isi Kandungan 3

4. Pengenalan 4

5. Objektif Kajian 5

6. Latar Belakang 6-7

6. Kaedah kajian 8

8. Dapatan Kajian 9 - 31

9. Penutup/Rumusan Kajian Dan Cadangan 32 - 33

10. Rujukan 34

11. Lampiran 35 - 36

3
980731-56-5424

1.0 PENGENALAN

Menurut Angipora (1999) campuran pemasaran adalah peringkat pembolehubah


pemasaran yang digabungkan oleh perusahaan untuk menghasilkan tanggapan yang
diinginkan dalam pasar sasaran (target market). Ini bererti konsep campuran pemasaran
merupakan segala usaha yang dapat perusahaan lakukan untuk mempengaruhi permintaan
produknya. Menurut Boyd (2004), pemasaran adalah suatu proses yang melibatkan kegiatan-
kegiatan penting yang membolehkan individu dan perusahaan mendapatkan apa yang mereka
perlukan dan inginkan melalui pertukaran dengan pihak lain

Menurut Sabri Hj Hussin Pengenalan Kepada Perniagaan (2002), campuran


pemasaran merupakan satu elemen penting para pelanggan terhadap produk yang ditawarkan
oleh perniagaan tersebut. Pembentukan campuran pemasaran yang berkesan melibatkan
penumpuan usaha pemasar untuk memuaskan kehendak dan keinginan pelanggan. Aktiviti
pemsaran dibentuk daripada campuran pemasaran, iaitu kombinasi pemboleh ubah atau
elemen iaitu elemen produk, elemen pengedaran, elemen harga dan elemen promosi

Bagi kajian ini, penyelidik telah memilih sebuah syarikat iaitu syarikat Secret Recipe
untuk menjalankan kajian campuran pemasaran. Hal ini kerana syarikat ini memenuhi syarat-
syarat untuk menjalankan kajian ini, iaitu menjalankan perniagaan dengan menggunakan
pembentukan campuran pemasaran meliputi produk, pengedaran, promosi dan harga. Selain
itu, pengkaji memilih syarikat Secret Recipe adalah disebabkan prestasi syarikat yang
cemerlang dan jualan produk meningkat setiap tahun.

4
980731-56-5424

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Antara objektif kajian yang dikaji adalah yang berikut:


1) Memberikan maksud produk dan mengenal pasti sama ada produk fizikal atau
perkhidmatan syarikat Secret Recipe
2) Menghuraikan klasifikasi produk, atribut produk, penjenamaan, pembungkusan,
pelabelan, khidmat sokongan dan lini produk syarikat Secret Recipe
3) Menjelaskan saluran agihan produk dan perantaraan saluran agihan produk syarikat
Secret Recipe
4) Menjelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi penetapan harga secara umum,
kos, nilai dan pesaing setiap penentuan harga produk baru syarikat Secret Recipe
5) Menghuraikan campuran promosi, konsep dan komunikasi pemasaran bersepadu
syarikat Secret Recipe

5
980731-56-5424

3.0 LATAR BELAKANG


Menurut Tentang Kami (2011), pada July 25, 2017 dari http://secretrecipe/tentang-
kami/, Secret Recipe ditubuhkan pada tahun 1997. Secret Recipe mencipta nama, terkenal
dengan pelbagai kek yang sedap dan berkualiti. Sejak itu, Secret Recipe telah berkembang
menjadi salah satu syarikat kek yang paling pesat dan rantaian kafe di rantau ini dengan lebih
300 cawangan kafe setakat ini.
Secret Recipe Cakes & konsep Café ini boleh didapati di lokasi pusat bandar dan pusat
membeli-belah di bandar-bandar utama di rantau ini termasuk Singapura, Kuala Lumpur,
Jakarta, Bangkok, Brunei dan Shanghai.

Kafe pertama telah dibuka di SS2 Petaling Jaya, Selangor di mana menyediakan
konsep baharu bagi perniagaan kek dan kopi dalam memberi kelainan kepada penggemar
makanan tersebut. Secret Recipe menjanjikan pelbagai makanan berkualiti pada harga yang
berpatutan. Kualiti tanpa kompromi makanan dan pencuci mulut yang menggunakan bahan-
bahan yang berkualiti, ditambah pula dengan harga yang sederhana, telah mencipta kultus
gaya hidup baru, menjejaskan pangkalan setia makanan dan kek pencinta.

Pengkaji telah memilih sebuah organisasi yang sesuai untuk tujuan kajian iaitu
syarikat Secret Recipe kerana syarikat ini memenuhi kriteria campuran pemasaran iaitu harga,
produk, promosi dan pengedaran.

Menurut Sabri Hj Hussin Pengenalan Kepada Perniagaan (2002), elemen harga


berkaitan dengan penetapan harga atau penawaran harga yang selaras dengan matlamat
sesebuah syarikat. Stratergi penentuan harga adalah seperti memberikan diskaun dan
memberikan ganjaran atau hadiah berdasarkan harga yang ditawarkan. Seterusnya,
pengedaran. Pengedaran atau pengagihan merujuk kepada aktiviti menentukan lokasi agihan
dan waktu pengagihan. Pembuatan keputusan pengedaran melibatkan pemilihan, penilaian
dan penyelarasan saluran pengagihan termasuk cara penghantaran kaedah pengangkutan, cara
penyimpanan stok dan pengawalan inventori. Elemen seterusnya adalah produk. Produk
melibatkan proses pembuatan keputusan mengenai penyelidikan dan pembangunan produk
baharu, ujian penghasilan produk baharu, perancangan pengurusan produk, pembungkusan
dan jaminan produk. Elemen yang terakhir ialah elemen promosi yang merujuk kepada
aktiviti penyebaran maklumat berkenaan produk kepada pengguna bagi tujuan membuat
keputusan pembelian. Aktiviti promosi yang boleh dijalankan adalah seperti pengiklanan,
publisiti, jualan langsung dan demonstrasi produk.

6
980731-56-5424

Secara kesimpulannya, pelaksanaan strategi pemasaran yang berkesan dan berjaya


bergantung kepada operasi syarikat mencampurkan pengetahuan tentang strategi campuran
pemasaran dalam bidang keusahawanan yang bersesuaian kepada suatu program tindakan
yang padu dan dapat menyokong strategi yang bakal dilaksanakan.

7
980731-56-5424

4.0 KAEDAH KAJIAN

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), kaedah kajian merupakan cara atau
aturan dalam memproses sesuatu perkara untuk kajian. Kaedah kajian merujuk kepada kaedah
yang dilihat paling sesuai untuk digunakan dalam melaksanakan sesuatu penyelidikan dan
menentukan tatacara yang efektif bagi menjawab permasalahan kajian. Kaedah kajian ini
terbahagi kepada dua iaitu kaedah kuantitatif dan kaedah kualitatif

4.1 Kaedah Kuantitatif

Data Primer

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Ketiga (20020, data primer bermaksud maklumat
pertama yang dikumpul dalam membuat sesuatu kajian. Antara kaedah mengumpul data
primer yang digunakan dalam kajian ini adalah pemerhatian.

Pemerhatian

Pengkaji menggunakan kaedah pemerhatian di Secret Recipe pada Julai 25, 2017,
untuk mendapatkan maklumat mengenai elemen kepada atribut produk iaitu ciri
produk Secret Recipe.

4.2 Kaedah Kualitatif

Data Skunder

Berdasarkan Sabitha Merican (2005), data sekunder merupakan data yang dikumpul
oleh pengkaji lain yang pada awalnya dikumpul untuk tujuan lain tetapi sesuai
digunakan untuk menjawab persoalan kajian yang dijalankan oleh pengkaji masa
kini. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan data sekunder melalui buku rujukan dan
laman sesawang

4.2.1 Laman sesawang

Antara laman sesawang yang dikunjungi oleh pengkaji ialah laman web rasmi Syarikat
Secret Recipe melalui pautan https://www.secretrecipe.com.my/. Pengkaji melayari
laman web tersebut bagi mendapatkan maklumat berkaitan latar belakang, jenis
produk yang ditawarkan.

8
980731-56-5424

5.0 DAPATAN KAJIAN

Dalam menjalankan kajian ini, pengkaji memilih untuk mengkaji tentang campuran
pemasaran yang telah dilakukan oleh Syarikat Secret Recipe Cake dan Café Sdn Bhd.
Pembentukan campuran pemasaran yang berkesan merupakan stratergi yang dilakukan oleh
Secret Recipe untuk meningkatkan permintaan produk. Menurut Malcom dan Keegen (1993),
campuran pemasaran adalah satu set pembolehubah (variable) dalam rancangan pemasaran
yang dapat dikawal yang biasanya dinyatakan dalam bentuk 4p iaitu produk, harga, promosi
dan pengagihan.

5.1 PRODUK

5.1.1 MAKSUD PRODUK

Menurut Amstrong Gary & Kotler dengan bukunya yang bertajuk Marketing:
An Introduction, Tenth Edition, produk ialah barang, perkhidmatan atau idea yang
ditawarkan oleh peniaga dan dibeli oleh pelanggan serta produk akan dibangunkan
bertujuan untuk memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan. Usahawan harus
menghasilkan produk secara fizikal yang boleh menarik perhatian dan menetapi
kehendak pengguna meliputi aspek kepelbagaian produk, kualiti, reka, bentuk, ciri –
ciri, jenama, pembungkusan, saiz, perkhidmatan, jaminan dan pulangan.

5.1.2 PRODUK FIZIKAL DAN PERKHIDMATAN

Produk terdiri daripada dua jenis iaitu produk fizikal dan produk perkhidmatan.
Menurut Sabri Hj Hussin (2002), produk perkhidmatan ialah satu bentuk produk yang
mengandungi aktiviti, kelebihan atau kepuasan yang ditawarkan semasa atau selepas
jualan dalam bentuk tidak ketara. Produk fizikal pula ialah produk yang ditawarkan
semasa jualan dalam bentuk yang boleh disentuh, dilihat dan mempunyai ciri fizikal
tertentu serta menggambarkan pemilikan sesuatu.

Menurut Secret Recipe(2002), dicapai pada Ogos 22, 2017, dari


http://www.secretrecipe.com.my/, produk Secret Recipe adalah produk fizikal iaitu
produk makanan dimana produk makanan syarikat ini dibahagikan kepada beberapa
kategori. Antaranya ialah side order, salad/soup, asian classic, western, vegetarian
dan sebagainya.

9
980731-56-5424

Gambar 1: Produk Fizikal Secret Recipe


(Sumber: Secret Recipe(2002), dicapai pada Ogos 22, 2017, dari
http://www.secretrecipe.com.my/ )
5.1.3 KLASIFIKASI PRODUK

Klasifikasi produk menurut Kotler dan Amstrong (2012) merujuk kepada produk yang
dibeli oleh pengguna akhir untuk kegunaan peribadi. Berdasarkan kajian, produk
Secret Recipe boleh diklasifikasikan sebagai produk pengguna yang merangkumi
barangan mudah beli, barangan beli-belah dan barangan istimewa.

Produk pengguna

Produk pengguna pula terbahagi kepada beberapa kategori. Menurut Kotler dan
Amstrong (2012) menyatakan bahawa pemasar biasanya mengklasifikasikan
produk berdasarkan bagaimana pengguna membeli keluaran tersebut iaitu
barangan mudah beli, barangan beli-belah, barangan istimewa dan barangan
tidak dicari.

a) Barangan beli-belah

Menurut Sabri Hj Hussin (2002), barangan mudah dibeli ialah barangan


yang kerap dibeli, harga yang murah serta pembeli tidak perlu membuat
perbandingan sebelum membeli. Barangan beli belah pula ialah
barangan yang dibeli belah secara berkala atau sekali sekala. Harga
barang beli belah juga agak mahal berbanding barang mudah beli dan ia
juga melibatkan pencarian maklumat atau peninjauan oleh pembeli bagi
membezakan harga dan kualiti barang beli belah di tempat yang
berbeza. Ini bagi mengelakkan risiko tersilap beli dan membeli dengan
10
980731-56-5424

harga yang mahal. Dari segi penetapan harga pula Secret Recipe telah
menetapkan harga yang berpatutan iaitu menentukan harga mengikut
bahan kek tersebut. Antara kek juga mempunyai ciri-ciri yang tersendiri
iaitu Secret Recipe telah mengeluarkan pelbagai jenis kek seperti kek
Chocolate Lava, Chocolate Indulgence, Marble Cheese, dan sebagainya
boleh dipilih oleh pengguna dengan membuat perbandingan harga dan
kualitinya. Kualiti kek Secret Recipe adalah terjamin sehinggi kini
kerana diyakini lazat dan memaksimumkan kepuasan pengguna.

Gambar 2: Kek Cappucino Cheese

(Sumber: Secret Recipe(2002), dicapai pada Ogos 22, 2017, dari


http://www.secretrecipe.com.my/ )

a. Produk istimewa

Menurut Kotler dan Amstrong(2012), produk istimewa merujuk


kepada produk dan perkhidmatan pengguna dengan ciri-ciri yang unik dan
identifikasi jenama dimana sekumpulan pembeli yang signifikan sanggup
untuk membuat usaha pembelian yang khusus. Secret Recipe mempunyai
pelbagai jenis iaitu dibahagikan kepada kek seasona, kek berkhasiat dan
sebagainya. Oleh itu, pelbagai golongan boleh membeli kek yang lebih
unik dan harga yang tinggi berbanding dengan kek yang biasa dan kualiti
yang kurang.

11
980731-56-5424

Gambar 3: Kek jenis Cheese Cake Gambar 4: Kek jenis Square Cake

(Sumber: Secret Recipe(2002), dicapai pada Ogos 22, 2017, dari


http://www.secretrecipe.com.my/ )
5.1.4 ATRIBUT PRODUK

Menurut H.Djaslim Saladin (1996), atribut produk ialah ciri-ciri yang terdapat
pada sesuatu produk yang boleh membezakannya daripada produk yang lain. Malah,
atribut produk juga sesuatu yang dapat dijadikan sebagai daya tarikan untuk
mempengaruhi minat pengguna untuk membeli sesebuah produk. Pengguna selalunya
menilai sesuatu produk disukainya berdasarkan atribut produk yang dianggap amat
penting dalam pembuatan keputusan. Atribut produk boleh dilihat dari segi mutu, ciri
dan reka bentuk produk.

5.1.4.1 MUTU PRODUK

Menurut Philip Kotler dan Gary Armstrong (1996), mutu produk ialah
keistimewaan iaitu ciri-ciri yang melengkapi fungsi suatu produk yang berupa
bentuk modal atau struktur fizikal suatu produk yang lebih baik berbanding
dengan produk lain yang sejenis. Konsep mutu itu sering di anggap sebagai
ukuran relatif kebaikan suatu produk atau jasa yang terdiri dari mutu reka
bentuk yang merupakan fungsi dan kualiti kesesuaian. Mutu reka bentuk
merupakan fungsi spesifikasi produk, sedangkan untuk kesesuaian adalah suatu
ukuran jumlah produk memenuhi keperluan atau spesifikasi kualiti yang telah
ditetapkan.

Menurut laman sesawang rasmi Secret Recipe, dicapai pada Ogos 22, 2017,
dari http://www.secretrecipe.com.my/, Secret Recipe mempunyai slogan “Your

12
980731-56-5424

Favourite Place Making Fine Quality Premium Cakes Since 1997” yang
membawa maksud tempat kegemaran anda menghasilkan kek premium
berkualiti terbaik sejak 1997. Penyataan ini membawa maksud bahawa Secret
Recipe menghidangkan kek – kek yang bekualiti tinggi dengan menggunakan
bahan – bahan yang juga berkualiti tinggi dengan cara yang terbaik. Buktinya,
pada tahun 2011, Secret Recipe telah memenangi “UDC Best Brand Food &
Beverage Cafe Of The Year By Universo De’Commercio Business Awards”.
Selain itu, berdasarkan keratan akbar New Straits Times, pada Julai 2, 2017,
Secret Recipe telah menerima sijil Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM). Ini menujukkan bahawa keselamatan makanan dan
pengawalan kualiti Secret Recipe telah disahkan oleh pihak berwajib.

Gambar 5: Slogan Secret Recipe

(Sumber: Secret Recipe(2002), dicapai pada Ogos 22, 2017, dari


http://www.secretrecipe.com.my/ )
5.1.4.2 CIRI PRODUK

Menurut H.Diaslim Saladin (2012) ciri produk ialah fungsi sesuatu


produk yang membezakannya dengan produk yang lain. Ciri produk
yang unik mampu menonjolkan keistimewaan produk daripada produk
pesaing. Ciri produk juga merupakan unsur penting yang penting yang
menentukan kebersaingan sesuatu produk dalam pasaran. Produk yang
pelbagai jenis dapat menarik pelanggan datang berkunjung bagi
memenuhi keperluan masing-masing yang berlainan.

13
980731-56-5424

Berdasarkan pemerhatian pengkaji di Secret Recipe di Prima Gombak


pada Julai 1, 2017, pengkaji mendapati bahawa produk makanan Secret
Recipe yang utama iaitu kek dipersembahkan berbeza berbanding
dengan kedai kek lain. Mereka memastikan pelanggan dapat melihat
semua kek yang ada untuk memudahkan pelanggan membuat pilihan.
Selain itu, cara kek-kek di Secret Recipe dipersembahkan dengan
menampakkan kek-kek tersebut mewah dan berkelas tinggi. Namun
harganya amat berpatutan

Gambar 6: Kek – kek di


Secret Recipe
dipersembahkan

(Sumber: Secret
Recipe(2002), dicapai
pada Ogos 22, 2017,
dari
http://www.secretrecipe.
com.my/ )

5.1.4.3 REKA BENTUK PRODUK

Menurut Abu Bakar Abdul Hamid (2002), reka bentuk produk ialah
gaya sesuatu produk secara luaran dan kegunaan produk. Reka bentuk yang
menarik dapat menarik perhatian Berdasarkan pemerhatian pengkaji di Secret
Recipe di Prima Gombak pada Julai 1, 2017, pengkaji mendapati bahawa
Secret Recipe menghias mereka dengan pelbagai corak dan susunan yang unik
tetapi ringkas. Kek – kek ini kelihatan sesuai untuk apa – apa majlis seperti
majlis perkahwinan, hari ulang tahun, majlis perpisahan dan sebagainya
bergantung kepada cita rasa pengguna. Pelanggan juga boleh menikmati kek di
hari – hari biasa. Pengguna juga boleh membuat permintaan dalam
pendekorasian kek.

14
980731-56-5424

Gambar 7: Pendekorasian kek sempena hari jadi

(Sumber: Secret Recipe(2002), dicapai pada Ogos 22, 2017, dari


http://www.secretrecipe.com.my/ )
5.1.5 PENJENAMAAN

Menurut Sabri Hj Hussin (2002), penjenamaan merupakan satu proses strategik


ke arah pembinaan imej dan kredibiliti sesebuah organisasi untuk menyuntik semangat
kesetiaan dalam diri pelanggan luaran dan pelanggan dalaman terhadap organisasi itu
sendiri. Menurut Philip Kotler dan Gary Armstrong, (1996), pula, penjenamaan ialah
nama, tema, tanda, simbol, atau reka bentuk atau gabungan yang boleh dikenal pasti
oleh penjual yang boleh memberi nilai tambah kepada produk.

Berdasarkan Our Story (2010), dicapai pada Ogos 22, 2017, dari
http://www.secretrecipe.com.my/our-story/, pengkaji mendapati bahawa Secret Recipe
menerima pengiktirafan dan memenangi beberapa anugerah. Antaranya ialah Best Top
10 Restaurant In Taste Of China Awards 2012 Suzhou, China, Malaysia’s Best
International Lifestyle Restaurant Award By Top 10 of Asia dan banyak lagi.
Seterusnya, Secret Recipe mengukuhkan dengan membuka banyak cawangan di serata
dunia. Kini, pasaran Secret Recipe merangkumi 280 outlet di mana 70 outlet berada di
China, Australia, Filipina, Thailand, Brunei, Indonesia dan Singapura.

5.1.6 PEMBUNGKUSAN

Menurut Fandy Tjiptono (2005), pembungkusan menyajikan fungsi yang


berbeza untuk produk. Pembungkusan menghidangkan tujuan yang praktikal untuk
membantu untuk menyimpan, mengendalikan, pengangkutan dan memaparkan

15
980731-56-5424

produk. Pembungkusan juga menyediakan satu cara untuk memasarkan produk.


Pembungkuan juga boleh menjadi faktor penting untuk penjual mempengaruhi dan
menarik minat pembeli.

Berdasarkan pemerhatian pengkaji di Secret Recipe di Prima Gombak pada Julai 1,


2017, pengkaji mendapati bahawa Secret Recipe mengguna kotak yang direka khas
untuk membungkus produk makanan utama iaitu kek. Rekaan kotak tersebut terlihat
ringkas dan dapat menarik perhatian pelanggan dan bakal pelanggan

Gambar 8: Pembungkusan produk kek Secret Recipe

(Sumber Secret Recipe(2002), dicapai pada Ogos 22, 2017, dari


http://www.secretrecipe.com.my/ )
5.1.7 PELABELAN

Menurut Fandy Tjiptono (2005), pelabelan adalah sebahagian daripada ciri luaran
pembungkusan. Ini bertujuan supaya produk itu diketahui dari nama yang tertera.
Label juga dapat memberi maklumat kepada pengguna, peruncit tentang produk
seperti tarikh dikeluarkan dari kilang, tarikh luput serta maklumat penggunaan.

Menurut Delivery (2011), dicapai pada Julai 24, 2017, dari


http://www.secretrecipe.com.my/delivery/, Secret Recipe mencetak nama “Secret
Recipe” di bungkusan mereka iaitu kotak. Selain itu, berdasarkan pemerhatian
pengkaji di Secret Recipe di Prima Gombak pada Julai 1, 2017, pengkaji dapat melihat
bahawa Secret Recipe meletakkan label di hadapan setiap produk makanan kek

16
980731-56-5424

mereka. Label tersebut mengandungi bahan utama yang digunakan untuk membuat
kek tersebut.

Gambar 9: Diskripsi kek diletakkan di hadapan kek

(sumber: pemerhatian pengkaji di Secret Recipe, Gombak pada 13 Julai 2017)

5.1.8 KHIDMAT SOKONGAN

Menurut Sabri Hj Hussin (2002), khidmat sokongan ialah tindakan menjaga


keperluan pelanggan dengan menyediakan dan memberi, servis perkhidmatan yang
professional, berkualiti tinggi serta menyediakan bantuan sebelum, semasa dan selepas
keperluan pelanggan dipenuhi. Manakala menurut Philip Kotler dan Gary Armstrong,
(1996), konsep khidmat sokongan merupakan pemberian ciri produk tambahan kepada
pengguna selepas membeli.

Menurut Delivery (2011), Laman Sesawang Rasmi Secret Recipe, dicapai pada Ogos
23, 2017, dari http://www.secretrecipe.com.my/delivery/, Secret Recipe menawarkan
perkhidmatan penghantaran. Perkhidmatan ini memberikan kemudahan kepada
pelanggan yang sibuk dan tidak mempunyai masa untuk ke Secret Recipe atau tiada
cawangan Secret Recipe yang hampir di kediaman mereka. Pelanggan boleh
melakukan pesanan untuk perkhidmatan ini melalui atas talian dan juga melalui
panggilan telefon di 1300-88-7278.

5.1.9 LINI PRODUK

Menurut Philip Kotler dan Gary Armstrong (1996), lini produk adalah kelompok
produk di dalam kelas produk yang berkaitan rapat kerana memiliki fungsi yang
serupa. Mereka akan dijual kepada kumpulan pelanggan yang sama, dipasarkan

17
980731-56-5424

melalui jenis kedai-kedai yang sama dan termasuk dalam julat harga yang telah
ditetapkan.

Berdasarkan Menu (2017), Laman Sesawang Rasmi Secret Recipe, dicapai pada Ogos
23, 2017, dari http://www.secretrecipe.com.my/menu/, campuran produk Secret
Recipe terdiri daripada beberapa barisan produk yang dikeluarkan untuk ditawarkan
kepada masyarakat. Secret Recipe akan membuat keputusan tentang campuran produk
Secret Recipe dengan mengambil kira aspek-aspek berikut iaitu kedalaman dan
kelebaran produk.

Menurut Sabri Hj Hussin, (2002), kelebaran campuran produk bermaksud bilangan lini
produk yang dipasarkan kepada pengguna dalam sesuatu pasaran. Menurut Sabri Hj
Hussin, (2002), kedalaman campuran produk merujuk kepada bilangan item produk
yang dihasilkan dan bilangan versi yang ditawarkan oleh setiap produk tersebut.

Kek Assian Classic Pasta


Cheese Cake Singapore Laksa Spaghetti Meatball
Square Cake Vietnamese Beef Noodle Spaghetti Aglio Olio
Cream Cake Penang Assam Laksa Lasagne

Jadual 1: Kedalaman dan kelebaran lini produk Secret Recipe

PETUNJUK:

Kelebaran
Kedalaman

Berdasarkan rajah 2, kelebaran lini produk di Secret Recipe adalah seperti Kek,
Assian Classic dan Pasta. Kedalaman lini produk bagi kek, terdapat Cheese Cake,
Square Cake dan Cream Cake. Bagi produk Assian Classic, terdapat Singapore Laksa,
Vietnamese Beef Noodle dan Penang Assam Laksa. Bagi Pasta pula, terdapat
Spaghetti Meatball, Spaghetti Aglio Olio dan Lasagne.

18
980731-56-5424

5.2 PENGEDARAN

5.2.1 SALURAN AGIHAN PRODUK

Menurut Philip Kotler dan Gary Armstrong (1996), pengedaran atau


pengagihan ialah satu proses memindahkan produk daripada pengeluar kepada
pengguna di lokasi dan masa yang dikehendaki oleh pengguna. Kebiasaannya,
pengedaran dikaitkan dengan saluran agihan di mana saluran agihan
merupakan satu set pengantara pengantara atau orang tengah yang berfungsi
memindahkan produk secara fizikal daripada pengeluar kepada pengguna
akhir.

5.2.1.1 REKA BENTUK SALURAN AGIHAN

Menurut Philip Kotler dan Gary Armstrong (1996), reka bentuk saluran agihan
merujuk kepada keputusan yang diambil oleh pengeluar untuk membentuk
pelbagai sistem saluran agihan bagi mengedarkan sesuatu produk kepada
pasaran sasaran, terdapat dua jenis reka bentuk saluran agihan yang utama iaitu
saluran agihan menegak dan saluran agihan mendatar.

5.2.1.1.1 SALURAN AGIHAN MENEGAK

Menurut Philip Kotler dan Gary Armstrong (1996), saluran agihan


menegak merujuk kepada pengeluar mengedarkan produk dengan
menggunakan saluran pengagihan yang berbeza berdasarkan keperluan
dan kehendak pengguna. Saluran agihan menegak mengandungi satu
atau lebih pengantara pemasaran seperti pemborong, peruncit dan ejen.
Saluran ini terbahagi kepada empat peringkat iaitu peringkat satu,
peringkat dua, peringkat tiga dan peringkat empat.

Menurut About Us (2016), dicapai Ogos 24, 2017, dari


http://www.secretrecipe.com.my/menu/, syarikat Secret Recipe telah
menggunakan saluran agihan yang kedua iaitu bermula daripada
pengeluar kepada peruncit seterusnya kepada pengguna akhir. Syarikat
Secret Recipe mendapati bahawa saluran ini amat sesuai digunakan
oleh mereka bagi memasarkan produk kek, makanan dan minuman
yang mereka keluarkan kerana produk ini mempunyai nilai yang
rendah. Pengeluar iaitu Secret Recipe sendiri menyediakan bahan-bahan

19
980731-56-5424

yang terletak di 42, Jalan SS 25/28 Taman Mayang 47301 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan. Syarikat Secret Recipe ialah peruncitan kedai
yang menjalankan perniagaan di premis yang tetap kepada peruncit dan
mereka akan memastikan produk yang sampai kepada mereka adalah
mencukupi dan selamat. Selain itu juga pada setiap dua minggu sekali
mereka akan melakukan servis barangan Secret Recipe di premis
masing-masing. Hal ini bagi memastikan produk yang dibeli oleh
pengguna syarikat Secret Recipe adalah selamat dan bersih.

5.2.1.1.2 SALURAN AGIHAN MENDATAR

Menurut Philip Kotler dan Gary Armstrong (1996), saluran agihan


mendatar merujuk kepada bilangan pengantara pemasaran yang
digunakan oleh pengeluar pada setiap peringkat saluran untuk
mengagihkan produk kepada pengguna. Saluran ini bergantung kepada
liputan pasaran bagi produk yang ingin dicapai. Saluran agihan
terbahagi kepada tiga jenis iaitu agihan insentif, agihan selektif dan
agihan ekslusif.

Menurut Philip Kotler dan Gary Armstrong (1996), agihan intensif


merujuk kepada kegiatan pengagihan yang meluas. Seterusnya, menurut
Philip Kotler dan Gary Armstrong, (1996), agihan eksklusif melibatkan
pengagihan produk secara eksklusif melalui satu outlet atau kedai
sahaja bagi sesuatu lokasi tertentu. Agihan ini melibatkan pengedaran
produk yang dianggap istimewa oleh pengguna lain.

Menurut Philip Kotler dan Gary Armstrong (1996), agihan selektif


melibatkan strategi mengehadkan pengedaran kepada beberapa
pengantara atau orang tengah. Agihan ini memilih segmen tertentu
untuk jualan produk khususnya jualan produk kepada golongan
pengguna tertentu atau lokasi tertentu.

Menurut Distribution (2016), Marketing Strategy in Distribution and


Logistics–Secret Recipe, dicapai Julai 25, 2017, dari
https://mpk732t12016clusterb.wordpress
.com/2016/05/15/marketing-strategy-in-distribution-and-logistics-
secretrecipe/ , syarikat Secret Recipe menggunakan agihan ini kerana

20
980731-56-5424

syarikat ini menjual produk seperti makanan yang terdiri daripada kek
di mana syarikat ini memerlukan usaha jualan yang berbeza kerana
syarikat ini mempunyai saingan yang ramai seperti Cake Sense dan
Lavendary Bakery.

5.2.2 PENGANTARAAN SALURAN AGIHAN PRODUK

Menurut Sabri Hj Hussin (2002), pengantara dalam saluran agihan merupakan


pengantara atau orang tengah yang bertanggungjawab menyalurkan produk pengeluar
kepada pengguna. Antara pengantara yang terdapat dalam menjalankan perniagaan
ialah ejen, pemborong dan peruncit.

Menurut Distribution (2016), Marketing Strategy in Distribution and Logistics–Secret


Recipe, dicapai Julai 25, 2017, dari https://mpk732t12016clusterb.wordpress.com
/2016/05/15/marketing-strategy-in-distribution-and-logistics-secretrecipe/, Syarikat
Secret Recipe menggunakan peruncit sebagai pengantara dalam menyalurkan
produknya iaitu cawangan – cawangan Secret Recipe.

Menurut Sabri Hj Hussin (2002), peruncit adalah pihak yang menjual produk secara
terus kepada pengguna akhir dalam kuantiti yang kecil mengikut keperluan pengguna
tersebut. Peruncit terbahagi kepada dua jenis iaitu peruncitan kecil-kecilan dan
peruncitan besar-besaran. Peruncitan kecil-kecilan juga terbahagi kepada dua jenis
iaitu peruncit berkedai dan peruncit tanpa kedai.

Menurut Sabri Hj Hussin (2002), peruncit berkedai ialah unit perniagaan kecil yang
beroperasi di premis tetap manakala peruncit tanpa kedai tidak mempunyai premis
tetap. Menurut Sabri Hj Hussin (2000), peruncit besar-besaran ialah perniagaan yang
beroperasi secara besar-besaran seperti kedai sejaras, gedung aneka jabatan, pasar
raya, supersore dan pasar raya hyper.

Menurut Distribution (2016), Marketing Strategy in Distribution and Logistics–Secret


Recipe, dicapai Julai 25, 2017, dari https://mpk732t12016clusterb.wordpress
.com/2016/05/15/marketing-strategy-in-distribution-and-logistics-secretrecipe/,
cawangan – cawangan Secret Recipe merupakan satu satunya peruncit kepada
Syartikat Secret Recipe. Setiap cawangan yang akan menguruskan kelansungan
pengagihan produk Secret Recipe

21
980731-56-5424

5.3 HARGA

Menurut Kotler dan Amstrong harga ialah nilai pertukaran dalam mata wang
yang dikenakan oleh penjual bagi barang dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada
pembeli. Penetapan harga adalah penting untuk mencapai matlamat organisasi dalam
memaksimumkan keuntungan serta meningkatkan hasil jualan dan syer pasaran dalam
Syarikat Secret Recipe Cake & Café.

5.3.1 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENETAPAN HARGA

(a) Faktor – faktor dalaman

Menurut Philip Kotler dan Gary Armstrong (1996), perniagaan perlu


meletakkan harga yang akan meliputi kos pengeluaran, pengagihan, penjualan
dan pada masa yang sama menghasilkan pulangan yang setimpal dengan usaha
dan risiko yang ditanggung. Kos sesebuah syarikat merupakan elemen yang
sangat penting dalam strategi penentuan harga. Firma yang mempunyai kos
yang terendah dapat menetapkan harga yang rendah dan akan menghasilkan
jualan dan keuntungan yang lebih.

Menurut Objectives (2011), dicapai pada Ogos 23, 2017, dari


http://www.secretrecipe.com.my/Objectives/, objektif yang ingin dicapai oleh
Syarikat Secret Recipe Cake & Café dalam penetapan harga adalah tumpuan
untuk terus beroperasi dalam jangka masa yang panjang dan sehingga
memaksimumkan keuntungan dan perolehan pasaran serta kualiti produk
Syarikat Secret Recipe Cake & Café juga ditingkatkan agar harga pada produk
tersebut adalah tinggi kerana kualiti yang ada pada produk seperti makanan,
kek dan minuman adalah tinggi. Seterusnya, strategi campuran pemasaran.
Harga produk yang ditetapkan harus mengambil kira reka bentuk produk sama
ada untuk menarik perhatian pelanggan untuk membeli produk daripada
Syarikat Secret Recipe Cake & Café atau tidak, serta pengagihan dan promosi
yang dijalankan kerana Secret Recipe melakukan promosi melalui telivisyen
dan internet maka kos untuk melakukan promosi adalah tinggi dan akan
mempengaruhi harga produk Syarikat Secret Recipe Cake & Café.Akhir sekali,
kos pengeluaran. Syarikat Secret Recipe Cake & Café menghitung semua kos

22
980731-56-5424

pengeluaran yang terlibat, iaitu kos tetap dan kos berubah sebelum menetapkan
harga produk yang hendak dijual. Harga mestilah dapat menampung semua
pengeluaran, pengagihan, dan promosi produk agar dapat menerima
keuntungan

b) Faktor-faktor luaran.

Pasaran dan permintaan.

Menurut Abu Bakar Abdul Hamid (2002), penetepan harga


bergantung kepada jenis pasaran produk tersebut dipasarkan.
Antaranya, pasaran persaingan sempurna. Harga produk yang dijual
tidak boleh dinaikan sewenang-wenangya kerana pembeli akan beralih
kepada penjual yang menjual pada harga yang lebih rendah. Secret
Recipe mengeluarkan produk dengan harga yang berpatutan mengikut
kualiti pada kek, makanan dan minuman tersebut. Seterusnya, pasaran
persaingan monopolistk. Secret Recipe akan menetapkan harga yang
berbeza dalam satu julat jika tawaran produk dibezakan ciri-cirinya.
Selain itu, pasaran oligopoli. Penetapan harga adalah sensitif dalam
kalangan pesaing-pesaing yang lain yang sedikit dalam pasaran. Jika
Secret Recipe melakukan penurunan harga akan diikuti oleh pesaing
lain tetapi kenaikan harga tidak akan diikuti. Oleh itu, Secret Recipe
akan mengekalkan harga produk tersebut.

Persaingan

Kos dan harga produk yang dikenakan oleh pesaing juga


mempengaruhi penetapan harga. Secret Recipe perlu membandingkan
harga dengan kualiti produk pesaing. Jika kualiti produk pesaing adalah
lebih tinggi, maka harga ditetapkan harus lebih rendah daripada harga
pesaing seperti makanan tempatan yang mengikut selera tempatan.
Seterusnya, persekitaran ekonomi. Keadaan ekonomi negara dan dunia
turut memberi kesan terhadap penetapan harga oleh Secret Recipe,
misalnya kemelesetan dan inflasi ekonomi. Selain itu, peranan
kerajaan.Secret Recipe mengetahui polisi harga yang ditetapkan oleh
kerajaan, misalnya Akta Barang Kawalan di mana harga yang

23
980731-56-5424

dikenakan harus berpatutan bagi produk kawalan seperti gula, beras dan
tepung. Akhir sekali, tanggungjawab sosial. Penetapan harga juga harus
mempertimbangkan tanggungjawab sosial, iaitu Secret Recipe tidak
boleh mengenakan harga yang terlalu tinggi dan membebankan
pengguna kerana ingin mendapatkan keuntungan yang lebih.

5.3.2 PENDEKATAN PENENTUAN HARGA SECARA UMUM

Penentuan harga Secret Recipe terdiri daripada dua kaedah:

a) Nilai
b) Persaingan

a) Penentuan harga berasaskan nilai.

Menurut Sabri Hj Hussin (2002), penetapan harga berasaskan nilai


meggunakan persepsi pembeli tentang nilai produk dan bukan kos penjual sebagai
penentunya. Hal ini bermaksud penentu harga ini perlu dimulakan dengan analisis
tentang keperluan pengguna dan persepsi nilai terhadap sesuatu produk dan
seterusnya harga

Mengikut pendekatan ini, harga ditentukan berdasarkan persepi pengguna


terhadap nilai produk Secret Recipe dan bukan kos pengeluaran sahaja. Dengan
itu, kos bukan merupakan panduan asas dalam penentuan harga. Menurut Us,
(2011), dicapai pada Ogos 23, 2017, dari http://www.secretrecipe.com.my/Us/
syarikat Secret Recipe menggunakan faktor bukan harga untuk membina persepsi
nilai ke atas produk yang bersesuaikan dengan minda pengguna. Sekiranya
penentuan harga lebih tinggi daripada persepsi pengguna, hal ini akan menjejaskan
jualan produk. Bagi produk yang dijual di bawah tingat persepsi pengguna, jualan
produk tidak akan menghadapi masalah tetapi syarikat akan memperolehi hasil
yang kurang daripada jualan produk tersebut. Pengguna sanggup membayar harga
sebanyak RM12.90 untuk satu potong kek kerana menikmati suasana persekitaran
yang nyaman dan selesa serta merasai kek yang lazat dan berkualiti.

b) Penentuan harga berasaskan persaingan

24
980731-56-5424

Menurut Sabri Hj Hussin (2002), Harga dan tawaran pesaing dapat


mempengaruhi keputusan penentuan harga sesebuah perniagaan. Apabila
pengguna ingin membeli sesuatu produk, mereka akan membandingkan produk
tersebut dengan produk-produk pesaing. Selain itu, syarikat yang mempunyai
strategi harga tinggi dan margin tinggi akan menggalakkan ramai pesaing
memasuki pasaran. Syarikat juga perlu mengetahui tentang harga dan kualiti
yang ditawarkan oleh pesaing

Harga ditentukan berdasarkan harga yang ditawarkan oleh pesaing. Harga-


harga pesaing adalah lebih kurang sama dengan produk Secret Recipe. Syarikat
Secret Recipe akan menawarkan harga yang lebih rendah daripada harga
pesaing agar ramai pelanggan tertarik.

Jenis Produk Harga (RM)


Secret Recipe Cake Sense
Cheese Cake 82.00 150.80
Brownies 130.00 145.00
Red Velvet 120.00 185.50
Jadual 2: Perbandingan Harga antara syarikat Secret Recipe dan Cake Sense

5.3.3 PENENTUAN HARGA PRODUK BAHARU

Menurut Sabri Hj Hussin (2002), penentuan harga produk baharu merupakan salah
satu strategi untuk meningkatkan jualan. Strategi penentuan harga melalui
penembusan pasaran merujuk pada kaedah penetapan harga permulaan yang rendah
bagi menembusi pasaran dan menarik seberapa ramai pengguna untuk membeli
produk baharu tersebut.

Dalam penentuan harga bagi produk baharu, terdapat dua kaedah yang digunakan,iaitu
penarahan pasaran dan penembusan pasaran. Kaedah penarahan ialah Secret Recipe
akan menetapkan harga yang tinggi standing dengan kualiti produk yang dijual bagi
mendapatkan keuntungan maksimum.Jualan produk adalah sedikit tetapi keuntungan
yang diperoleh oleh Secret Recipe adalah banyakJenis produk yang dihasilkan
mempunyai permintaan yang tidak anjal di mana pengguna lebih mementingkan

25
980731-56-5424

kualiti produk berbanding dengan harga. Makan di Secret Recipe sepinggan RM19.99.
Seterusnya, kaedah penumbusan pasaran. Mengikut kaedah ini,Secret Recipe akan
menetapkan harga jualan yang rendah supaya dapat menembusi pasaran yang lebih
luas dan memperolehi pasaran syer yang besar. Pengguna akan tertarik dengan harga
yang rendah dan seterusnya membentuk kesetiaan terhadap produk baharu tersebut.
Iaitu harga kek rendah dan akan menyebabkan ramai pengguna tertarik dan sering
membeli.

26
980731-56-5424

5.4 PROMOSI

5.4.1 CAMPURAN PROMOSI

Menurut Philip Kotler dan Gary Armstrong (1996), campuran promosi


didefinisikan sebagai gabungan penggunaan pengiklanan, promosi jualan,
perhubungan awam, jualan peribadi dan alat pemasaran langsung yang digunakan oleh
firma untuk mempengaruhi nilai komunikasi pengguna dan membina hubungan baik
dengan pengguna. Menurut Sabri Hj Hussin (2002), promosi ialah aktivit-aktiviti yang
memberitahu, menarik dan mempengaruhi pengguna tentang kebaikan keluaran dan
cuba memujuk pengguna sasaran untuk meembeli produk tersebut.

5.4.1.1 PROMOSI JUALAN

Menurut Sabri Hj Hussin (2002), promosi jualan adalah kaedah memotivasikan


pembeli produk yang dijual. Ia membantu memberi peluang kepada pengguna
untuk mencuba sesebuah produk serta meningkatkan jumlah belian. Promosi
jualan dijalankan agar kesedaran jenama dapat ditingkatkan serta
menggalakkan pengguna mencuba produk baharu.

Menurut Latest Promotion (2011), dicapai pada Ogos 23, 2017, dari
http://www.secretrecipe.com.my/latestpromotion/, Secret Recipe sering
mengadakan promosi jualan pada hari hari penting seperti promosi yang
diadakan baru baru ini ialah promosi Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-60.
Selain itu, Secret Recipe mengadakan promosi jualan di waktu – waktu puncak
seperti setiap pagi isnin, Secret Recipe menjual kopi hanya pada RM3 dan pada
waktu makan tengahari terutamanya apabila pekerja – pekerja pejabat sedang
berehat

Gambar 10: Promosi Hari Kemerdekaan


(Sumber: Secret Recipe(2002), dicapai pada Ogos 22, 2017, dari
http://www.secretrecipe.com.my/ )

27
980731-56-5424

5.4.1.2 PUBLISITI

Menurut Sabri Hj Hussin (2002), publisiti merupakan satu komunikasi


yang disampaikan kepada pengguna melalui cerita dan berita yang ada
kaitan dengan produk yang dikeluarkan oleh sesebuah perniagaan
melalui media massa seperti elektronik dan cetak.

Menurut saluran 8TV, ”Secret Recipe Malaysia on Channel


8TV”, dicapai pada Ogos 23, 2017 dari https://youtu.be/bHq814hptT0,
saluran televisyen ini membuat tentang kenaikan nama Secret Recipe di
serata dunia. Penghebahan maklumat ini merupakan antara cara yang
mampu menarik lebih banyak perhatian pihak awam ke Secret Recipe.
Hal ini bertujuan memperkenalkan produk yang dihidangkan di Secret
Recipe selain menarik bakal pengguna

Menurut The Star Online (2009), “The Secret of Secret Recipe”,


dicapai pada Ogos 23, 2017 dari
http://www.thestar.com.my/business/business-news/2009/03/21/the-
secret-of-secret-recipe/, akhbar atas talian ini membuat liputan tentang
kejayaan pengasas Secret Recipe, Datuk Steven Sim dan sejarah
bagaimana nama “Secret Recipe” tercetus. Melalui liputan ini, bakal
pelanggan akan tertarik dengan kejayaan Secret Recipe dan mempunyai
rasa ingin tahu dan seterusnya berlanggan di Secret Recipe.

28
980731-56-5424

Gambar 11: Hebahan tentang kejayaan secret Recipe melalu akhbar

(sumber: The Star Online, dicapai pada Ogos 22, 2017, dari
http://www.thestaronline.com.my/secretrecipe/ )
5.4.1.3 PERHUBUNGAN AWAM

Menurut Sabri Hj Hussin (2002), perhubungan awam merujuk kepada langkah


yang diambil oleh perniagaan untuk menjalinkan hubungan yang baik dengan
masyarakat umum termasuklah pihak-pihak berkepentingan seperti pelanggan,
pembekal, dan kerajaan.

Menurut Taylor’s University, “Corporate Social Responsibility of Secret


Recipe”, dicapai pada Ogos 23, 2017, dari
https://sites.google.com/business/csr, Secret Recipe menggunakan
perhubungan awam untuk merapatkan produknya dengan orang awam melalui
kempen-kempen. Secret Recipe telah menaja kempen “Give Blood, Give Life”.
Secret Recipe prihatin terhadap kekurangan bekalan darah di Pusat Darah
Negara. Secret Recipe menderma baucar makanan kepada ramai penderma –
penderma darah.

29
980731-56-5424

5.4.1.4 JUALAN BERSEMUKA

Menurut Sabri Hj Hussin (2002), jualan bersemuka ialah cara berkomunikasi


dengan pelanggan menggunakan jurujual yang diletakkan khusus di sesebuat
tempat. Jualan bersemuka boleh berlaku walaupun hanya menggunakan
telefon. Menurut Philip Kotler dan Gary Armstrong (1996), jualan bersemuka
melibatkan hubungan semuka dan peribadi antara pembeli dengsn penjual dan
bertujuan untuk melakukan jualan dan membentuk hubungan denga pengguna.
Dengan kaedah ini, pembeli mudah terpengaruh dengan penerangan dan pujuk
rayu penjual sehingga membuat keputusan pembelian.

Berdasarkan pemerhatian pengkaji di Secret Recipe di Prima Gombak pada


Julai 1, 2017, pengkaji dapat melihat bahawa pada masa – masa tertentu,
pekerja Secret Recipe akan berada di luar kedai untuk mempromosi dan
memperkenalkan Secret Recipe untuk menarik pelanggan atau nama lainnya
adalah potential customer

5.4.1.5 KOMUNAKI PEMASARAN BERSEPADU (IMC)

Menurut Sabri Hj Hussin (2002), komunikasi pemasaran bersepadu (IMC)


merupakan strategi pemasaran yang memberi fokus terhadap kepentingan
kelompok pelanggan tertentu bagi memaksimumkan impak produk. IMC
melibatkan aktiviti penyelarasan saluran komunikasi pemasaran seperti
pengiklanan, promosi jualan, jualan bersemuka, publisiti dan perhubungan
awam.

Menurut Home (2011), Laman Sesawang Rasmi Secret Recipe, dicapai pada
Ogos 23, 2017, dari http://www.secretrecipe.com.my/, Secret Recipe
menggunakan laman web rasmi, laman facebook, Instagram, serta mewujudkan
aplikasi Secret Recipe Malaysia bagi mempromosikan jenama dan produk
Secret Recipe. Penggunaan ICT yang semakin giat oleh masyarakat
memudahkan Secret Recipe mempromosikan produk dan jenama kepada rakyat
Malaysia.

30
980731-56-5424

Gambar 12: Laman sesawang rasmi Secret Recipe


(Sumber: Secret Recipe(2002), dicapai pada Ogos 22, 2017, dari
http://www.secretrecipe.com.my/ )

31
980731-56-5424

6.0 PENUTUP/RUMUSAN KAJIAN CADANGAN

Berdasarkan kajian yang dibuat, pengkaji mendapati bahawa syarikat Secret


Recipe menggunakan campuran pemasaran yang terdiri daripada produk, saluran agihan,
penetapan harga dan promosi bagi memasarkan produk mereka.

Pengkaji mendapati bahawa produk yang dikeluarkan oleh syarikat Secret Recipe
memenuhi kehendak pengguna terutamanya golongan yang bekerja yang sentiasa tidak
mempunyai masa dan sibuk bekerja dan terutamanya yang sibuk bekerja. Selain itu juga
penggunaan pek pembungkusan dan warna yang digunakan adalah menarik minat pengguna.
Penggunaan logo Secret Recipe juga mampu mempengaruhi pengguna untuk mendapatkan
produk tersebut. Dengan ini, permintaan terhadap jenama Secret Recipe akan meningkat.

Dari segi pengedaran, pengkaji mendapati bahawa syarikat Secret Recipe


menggunakan saluran agihan yang kedua yang melibatkan orang perantaraan dalam aktiviti
pengagihan produk. Dengan ini mereka berhasil memasarkan produk di seluruh Malaysia
malahan di Singapura juga dengan menggunakan saluran yang terbaik

Dari segi promosi pula, pengkaji mendapati bahawa kaedah promosi yang dilakukan
oleh syarikat Secret Recipe telah berjaya. Internet merupakan media utama bagi syarikat
Secret Recipe untuk memasarkan produk mereka menjadi produk yang terkenal. Hal ini
kerana meraka ingin mempengaruhi dan memujuk pengguna untuk membeli produk mereka.
Seterusnya, pengkaji juga mendapati syarikat Secret Recipe menggunakan laman web rasmi
mereka iaitu untuk mempromosikan produk mereka kepada pengguna dan laman web itu juga
syarikat Secret Recipeakan memberitahu perkembangan produk keluaran baru mereka kepada
pengguna.

Dari segi penetapan harga, pengkaji mendapati bahawa kaedah yang dilakukan oleh
Syarikat Secret Recipe ialah harga mengikut kualiti produk dan lebih tinggi harganya
berbanding pesaing yang lain.

Pengkaji berpandangan bahawa syarikat Secret Recipe perlu menurunkan lagi harga
mengikut kemampuan pengguna terhadap produk yang dikeluarkan. Dengan ini, pengguna
tidak perlu lagi membuat perbandingan harga dengan telralu lama sebelum membeli. Oleh itu,
syarikat Secret Recipe perlu menurunkan harga produk yang dihasilkan supaya pengguna
hanya membeli produk jenama Secret Recipe sahaja. Hal ini secara tidak langsung dapat

32
980731-56-5424

memaksimumkan keuntungan syarikat kerana produk tersebut mendapat permintaan yang


tinggi dalam kalangan pengguna.

Pengkaji berpandangan bahawa syarikat Secret Recipe perlu mempelbagaikan lagi


produk yang dihasilkan supaya dapat menarik pengguna terutamanya orang yang bekerja atau
sibuk untuk membeli produk Secret Recipe dan pengguna akan mempunyai banyak pilihan
dalam membuat pembelian akhir dengan menggunakan jenama Secret Recipe. Dengan ini
secara tidak langsung dapat memuaskan hati pengguna terhadap produk yang dikeluarkan.
Dengan ini, pengguna tidak perlu lagi membeli produk kek dengan jenama yang lain. Oleh
itu, syarikat Secret Recipe perlu memperbanyakkan lagi produk yang dihasilkan supaya
pengguna hanya menggunakan produk jenama Secret Recipe sahaja.

33
980731-56-5424

7.0 RUJUKAN

Tentang Kami (2011), dicapai pada July 25, 201 dari http://secretrecipe/tentang-kami/,

Secret Recipe(2002), dicapai pada Ogos 22, 2017, dari http://www.secretrecipe.com.my/

Secret Recipe(2002), dicapai pada Ogos 22, 2017, dari http://www.secretrecipe.com.my/,

Our Story (2010), dicapai pada Ogos 22, 2017, dari http://www.secretrecipe.com.my/our-
story/

Delivery (2011), dicapai pada Ogos 23, 2017, dari http://www.secretrecipe.com.my/delivery/

Menu (2017), ), dicapai pada Ogos 23, 2017, dari http://www.secretrecipe.com.my/menu/

About Us (2016), dicapai Ogos 24, 2017, dari http://www.secretrecipe.com.my/menu/

Distribution (2016), Marketing Strategy in Distribution and Logistics–Secret Recipe, dicapai


Julai 25, 2017, dari https://mpk732t12016clusterb.wordpress
.com/2016/05/15/marketing-strategy-in-distribution-and-logistics-secretrecipe/

Objectives (2011), dicapai pada Ogos 23, 2017, dari


http://www.secretrecipe.com.my/Objectives/

saluran 8TV, ”Secret Recipe Malaysia on Channel 8TV”, dicapai pada Ogos 23, 2017 dari
https://youtu.be/bHq814hptT0

The Star Online (2009), “The Secret of Secret Recipe”, dicapai pada Ogos 23, 2017 dari
http://www.thestar.com.my/business/business-news/2009/03/21/the-secret-of-secret-recipe/

Taylor’s University, “Corporate Social Responsibility of Secret Recipe”, dicapai pada Ogos
23, 2017, dari https://sites.google.com/business/csr

Home (2011), dicapai pada Ogos 23, 2017, dari http://www.secretrecipe.com.my/

34
980731-56-5424

8.0 LAMPIRAN

Gambar 13: Makanan Secret Recipe

Gambar 14: Perkhidmatan Penghantaran Secret Recipe

35
980731-56-5424

Gambar 15: Facebook Secret Recipe

Gambar 16: Cawangan cawangan Secret Recipe di Malaysia

Gambar 17: Promosi jualan Secret Recipe

36

You might also like