You are on page 1of 8

Jawapan STPM 2019

1 a) pendekatan sains/kuantitatif
i) Teori sains pengurusan
- Menekankan model dan formula matematik untuk membuat keputusan
pengurusan

ii) Teori pengurusan operasi


- Melibatkan penggunaan kaedah statistic dan metematik untuk menjalankan
aktiviti pengurusan harian seperti kawalan inventori

iii) Teori pengurusan maklumat


- Melibatkan penggunatan teknologi maklumat atau system computer untuk
menguruskan data organisasi dan meningkatkan kecekapan pengurus dalam
membuat keputusan.
1 b) pendekatan moden/kontemporari
i) Teori system
- Setiap tindakan dalam satu bahagian yang berlainan akan memberi kesan
kepada organisasi secara keseluruhannya.
ii) Teori kontigensi
- Mengikut system ini, tiada satu pendekatan yang terbaik yang boleh digunakan
untuk semua situasi
2. Tiga jenis perancangan mengikut jangka masa ialah:-
I) rancangan jangka masa panjang
-biasanya adalah antara 3-5 tahun atau 5 tahun ke atas

Ii) rancangan jangka masa sederhana


-biasanya antara 1-3 tahun atau 1-5 tahun

Iii) rancangan jangka masa pendek


-biasanya kurang dari satu tahun atau dalam 1 bulan/3 bulan

3. Tiga proses yang pertama dalam pembentukan pasukan dalam sesebuah organisasi
I) pembentukan (forming)
-peringkat permulaan kemasukan individu ke dalam pasukan
Ii) peributan (storming)
-wujudnya konflik atau perselisihan tugas dan kaedah mengurus pasukan

Iii) penyesuaian (norming)


-melibatkan ahli pasukan telah mengenali ahli lain dengan lebih dekat dan hubungan semakin
mesra

4. Empat proses kawalan yang berlaku dalam sesebuah organisasi


I) menetapkan standard
Ii) mengukur pencapaian
Iii) membandingkan pencapaian dengan standard
Iv) membuat langkah pembetulan

5. W – Tawaran, X- Penerimaan, Y-Balasan, Z – Niat

6. Dua jenis waranti tersirat dalam Akta Jualan Barang-barang 1957 (termasuk pindaan) ialah:
i) Pemilikan aman
-Pembeli sepatutnya berhak memiliki barang yang dibelinya dan dapat menikmatinya secara
aman tanpa gangguan daripada pihak lain
Cth, Barang elektrik yang dibeli oleh pengguna bebas daripada gangguan jurujual yang ingin
mempromosi pelbagai produk sampingan

ii) Barang bebas daripada sebarang bebanan


-Brang mestilah bebas daripada cagaran, caj atau bebanan bagi mana-mana pihak ketiga yang
tidak diberitahu kepada pembeli sebelum atau semasa kontrak dibuat
-cth, pihak syarikat perlulah telus dalam urusan jual beli supaya pembeli bebas dari sebarang
bebanan caj selepas pembelian barang dibuat

7. Empat jenis komunikasi lisan


i) perbincangan
ii) pembentangan
iii) mesyuarat
iv) ucapan
8. Tiga teknik mendengar secara aktif
i) Mengulang maksud pembicara
-pendengar akan cuba mengulangi atau menyatukan semula apa yang disampaikan oleh
pembicara

ii) Meluahkan kefahaman terhadap perasaan pembicara


-pendengar perlu menunjukkan bahawa dia memahami apa yang disampaikan oleh pembicara

iii) Menanya soalan


-pendengar mengemukan pertanyaan terhadap perkara yang tidak difahami atau kurang bagi
mengukuhkan kefahaman

9. Dua jenis keputusan yang dibuat oleh pengurus sesebuah perniagaan


i) Keputusan rutin
-keputusan yang berkaitan dengan masalah yang berulang-ulang dan kerap
-keputusan yang dibuat untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang biasa dijangkakan berlaku

ii) Keputusan tak rutin


-keputusan yang dibuat untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang tidak dapat dijangka
-keputusan yang jarang berlaku atau berlaku sekali-sekala

10. Dua factor situasi pembuatan keputusan bagi pengurus yang baru seminggu bertugas di
sebuah cawangan perniagaan di luar negara
i) ketidakpastian
-pengurus yang baharu dilantik akan mengalami kesukaran keran maklumat yang terhad dan
tidak lengkap
-hasil keputusan mungkin dapat dipastikan akan berlaku atau boleh dicapai

ii) kesamaran
-pengurus yang baharu dilantik mengalami keseukaran untuk membuat keputusan kerana
maklumat yang ingin dicapai tidak jelas.
-maklumat kurang mencukupi dan hasil yang akan diperoleh juga tidak jelas
iii) kepastian
-keputusan dapat dibuat dengan tepat kerana persekitaran yang dibuat dapat dijangkakan
-maklumat boleh didapati dan lengkap

iv) risiko
- maklumat yang mencukupi dan hasil yang diperoleh daripada keputusan yang dibuat adalah
tidak jelas
-keputusan yang dibuat dalam keadaan persekitaran yang berubah dan sukar dijangkakan.

11 a) Jenis kepimpinan yang diamalkan oleh Adnan Lee Abdullah dalam menjayakan MBG
Fruits Sdn Bhd.
i) Transactional
- Menentukan apa yang perlu dilakukan oleh subordinat untuk mencapai objektif
organisasi
- Menggunakan sumber dan ganjaran untuk mempengaruhi dan mendorong
pekerja melaksanakan tugas untuk mencapai matlamat organisasi
- Cth kaitan kes:-
- Pihak syarikat percaya untuk mencapai setiap sasaran, modal insan harus
diperkukuhkan iaitu setiap anggota syarikat perlu memainkan peranan masing-
masing dengan semangat berpasukan dan rasa kekitaan
- Seiring dengan pertambahan cawangan dan jumlah pekerja, syarikat lebih focus
kepada pengurusan modal insan
- Bermula pada tahun 2005, syarikat memberikan Latihan asas perniagaan dalam
bentuk kemahiran dan pengetahuan kepada pekerja barisan hadapan bagi
pembangunan kerjaya
- Pada tahun 2011 hingga tahun 2013,syarikat memberikan tumpuan kepada
pembangunan nilai teras
- Kemahiran dan pengetahuan menerusi penilaian prestasi
- Petunjuk prestasi utama (KPI) bagi mewujudkan persingan sihat dalam kalangan
anggota syarikat
- Pembangunan Latihan organisasi
- MBG juga sangat menitikberatkan pengiktirafan dan penghargaan kepada
anggotanya setimpal dengan tanggungjawab dan komitmen yang diberikan
- Antara usaha yang dilaksanakan adalah melalui program usahawan kakitangan
(SEP)
- Program perkongsian untung
- Dengan modal permulaan sebanyak RM10,000, kakitangan boleh memulakan
perniagaan ini
- Akhirnya boleh menambah saham untuk memiliki sepenuhnya kedai sebagai
francaisi
- Sasaran strategi untuk menggandakan pendapatan dapat dilakukan dengan
mempunyai lebih banyak cawangan

ii) Berwawasan
- Menyampaikan wawasan melalui pertuturan dan perilaku serta menyalurkan
wawasan dalam konteks kepimpinan yang berlainan
- pemimpin yang berwawasan harus mempunyai kemahiran mengenal pasti
wawasan
- contoh kaitan kes:-
- Adnan Lee Berjaya mengembangkan perniagaan runcit buah-buahan. Pada tahun
2018, MBG mempunyai 34 buah kedai yang beroperasi di pusat membeli belah di
Kuala Lumpur, Se;angor dan Negeri Sembilan
- Menjelang tahun 2025, Adnan Lee beriltizam untuk menyenaraikan MBG dalam
Bursa Saham
- Berdasarkan unjuran konservatif pertumbuhan sebanyak 2,200 pekerja
- Perolehan berjumlah RM627 juta setahun
- Bermula pada tahun 2017, MBG menyasarkan pasaran antarabangsa yang
merangkumi Indonesia, China, Bangladesh dan Timur Tengah
- Pada tahun 2020, MBG merancang untuk mewujudkan 120 cawangan dengan 50
cawangan di bawah SEP
- Sebagai seorang usahawan yang sentiasa percaya kejayaan harus dikongsi,
Adnan Lee berhasrat untuk melihat 100 kakitangan MBG menjadi jutawan menjelang
tahun 2025

11b) Unsur-unsur perancangan strategic oleh MBG Fruits Sdn Bhd


i) Strategi
- Satu rancangan umum yang komprhensif atau menyeluruh yang menerangkan
bagaimana oraganisasi mencapai misi dan matlamat
- Contoh kaitan kes
- Seiring dengan pertambahan cawangan dan jumlah pekerja, syarikat lebih focus
kepada pengurusan modal insan
- Antara usaha yang dilaksanakan adalah melalui program usahawan kakitangan
(SEP) syarikat
- Sasaran strategi untuk menggandakan pendapatan dapat dilakukan dengan
mempunyai lebih banyak cawangan

ii) Visi
- Merupakan wawasan atau matlamat yangdiharapkan untuk dicapai pada masa
akan hadapan
- Contoh kaitan kes
- Visi syarikat adalah untuk menjadi pusat sehenti produk buah-buahan premium
- Yang berkualiti tinggi
- Dengan jaminan wang dikembalikan

iii) Dasar atau polisi


- Pernyataan asas syarikat yang menjadi panduan kepada pengurus dalam
membuat keputusan menjurus ke arah pencapaian matlamat organisasi
- Contoh kaitan kes:-
- Prinsip Adnan Lee adalah jujur, komited dan kesungguhan yang menjadi
kekuatan MBG
- Manakala syarikat berpegang pada nilai kebersihan, kecemerlangan khidmat
pelanggan dan produk yang berkualiti
- Program perkongsian keuntungan dengan kakitangannya

12. Lima proses perancangan dalam perniagaan


I) menentukan matlamat dan objektif
-pengurus akan menetapkan matlamat umum organisasi yang melibatkan jangka masa Panjang
Cth. Syarikat mensasarkan jualan pada tahun ini adalah RM15 juta
Ii) menganalisis persekitaran perniagaan
-pengurus mengkaji persekitaran dalaman seperti pekerja, pembekal dan pesaing
- pengurus juga mengkaji persekitaran luaran seperti ekonomi, teknologi, politik dan
perundangan
-cth, pengurus boleh mengkaji pertumbuhan bilangan pelajar dengan keperluan yang
bersesuaian dengan mereka seperti penggunaan gajet ict dalam proses pembelajaran, cita rasa
dan perubahan teknologi yang berlaku

Iii) membentuk alternative tindakan


-menyenaraikan alternative tindakan yang diambil bagi mencapai objektif perniagaan
-cth, strategi promosi ditingkatkan di pasaran sedia ada dengan produk sedia ada

Iv) menilai alternative


-menilai kelebihan dan kelemahan setiap alternative yang dihasilkan
-penilaian boleh dibuat berdasarkan keupayaan syarikat dengan mengambil kira kekuatan dan
kelemahan syarikat
-cth, pengurus meneliti kekuatan dan kelemahan setiap alternative yang diberikan dari aspek
kewangan, risiko dan modal yang dilaburkan

V) memilih alternative tindakan


-pengurus akan menyususn setiap alternative tindakan mengikut keutamaannya
-pengurus memilih alternative yang terbaik berdasarkan kemungkinan untuk mencapai hasil
terbaik kepada organisasi
-cth, memilih salah satu alternative dalam langkah ketiga

13. Lima kaedah mengurus stress dari aspek individu


i) ) amalan pemakanan
-amalan pemakanan yang tidak sihat akan memberi kesan kepada diri pekerja
-apabila pekerja kurang sihat mereka bukan sahaja menjejaskan produktiviti organisasi malah
melemahkan diri mereka secara perlahan
-pekerja perlu diberi pengetahuan tentang amalan pemakanan yang sihat
- cth, pekerja perlu makan makanan yang seimbang supaya berupaya untuk melakukan tugas
yang diberikan
ii) Amalan kerohanian
-aktiviti ibadat yang dilakukan seperti sembahyang, puasa dan zakat dapat memberikan
ketenangan kepada pekerja
-Ibadat umum seperti sedekah, berzikir dan menghadiri majlis ilmu dapat memberikan
ketenangan jiwa
-melakukan meditasi yang sesuai bagi pekerja bukan Islam seperti yoga dan bertafakur
-cth, pengurus menyediakan ruangan yang sesuai untuk pekerja melakukan ibadat pada masa
yang ditetapkan

iii) Pengurusan masa


-pekerja harus dilatih untuk menggunakan masa yang betul dan tepat dalam melakukan tugas
mereka
-kegagalan dalam menggunakan masa yang tepat menyebabkan pekerja tidak dapat
menyiapkan tugas pada masa yang ditetapkan
-contoh, pekerja perlu menyenaraikan tugasan yang perlu dilakukan setiap hari dengan
melakukan tugas yang utama terlebih dahulu bagi mengelakkan ketegangan berlaku

iv)Pembangunan mental
-pekerja perlu membangunkan minda agar dapat menghadapi sebarang gangguan
-peningkatan pengetahuan dan pengalaman boleh mempertajamkan minda dan memberi
ketahanan minda
- melakukan aktiviti yang memberikan cabaran juga dapat meningkatkan ketahanan minda
-cth apabila pekerja mempunyai mida yang sihat dan kuat dapat mengurangkan kadar stress
dan lantik henti pekerja dalam organisasi

v)Pembangunan fizikal
-ketegangan dapat dikurangkan sekiranya pekerja dalam keadaan sihat
-badan yang sihat dapat melawan penyakit seperti demam, selesema dan sebagainya
-oleh itu, pekerja perlu menjaga kesihatan badan dengan melakukan senaman, menjaga
pemakanan serta membuat rutin pemeriksaan kesihatan
-cth, pengurus menyediakan klinik panel bagi memudahkan pekerja untuk untuk memeriksa
kesihatan bagi membolehkan pekerja sentiasa dalam keadaan sihat

You might also like