Professional Documents
Culture Documents
Istilah Huraian
Keusahawanan Ciri-ciri yang dimiliki oleh seseorang usahawan dalam menjana idea-idea baharu untuk perniagaan.
Usahawan Seseorang yang memulakan sesuatu usaha teroka atau sentiasa mencuba atau mencipta sesuatu yang
baharu.
Peniaga Seseorang yang menceburi perniagaan hanya untuk mendapatkan keuntungan semata-mata tetapi
tidak menunjukkan keinginan yang tinggi untuk mengembangkan perniagaan yang sedang
diusahakannya.
Pengurus Seseorang yang bertanggungjawab menjalankan fungsi pengurusan sesebuah perniagaan bagi
mendapatkan imbuhan dalam bentuk gaji sebagai pulangan terhadap fungsi pengurusan yang telah
dijalankan dalam perniagaan.
Menjelaskan Peranan Usahawan Dalam Masyarakat Usahawan Secara Mikro Dan Makro
Aspek Huraian
Peranan usahawan dalam organisasi Menyumbangkan idea dan melakukan pembaharuan
Merancang idea dan peluang perniagaan
Menggembleng faktor-faktor pengeluaran
Mengurus, mengeluar dan mengedar keluaran
Menangani ketidakpastian
Peranan usahawan kepada masyarakat Menawarkan peluang pekerjaan
Meningkatkan taraf hidup masyarakat
Menjadi sumber inspirasi atau model peranan untuk masyarakat
Menjalankan tanggungjawab sosial kepada masyarakat
Mempelbagaikan barang dan perkhidmatan dalam pasaran
Peranan usahawan dalam Meningkatkan pendapatan negara
membangunkan ekonomi negara Menggunakan sumber-sumber tempatan
Mewujudkan peluang pekerjaan
Membangunkan industry sokongan
Mempelbagaikan ekonomi negara
Pemindahan teknologi moden
Menerangkan Teori-Teori Keusahawanan Mengikut Pendekatan Ekonomi, Pendekatan Psikologi, Dan Pendekatan
Sosiologi Serta Mengaitkan Teori Tersebut Dengan Pelopornya
Menerangkan Sifat-Sifat Peribadi Usahawan Berjaya Antaranya Mempunyai Inisiatif Yang Tinggi, Berani
Mengambil Risiko, Kreatif, Inovatif, Dan Lain-Lain Serta Mengaitkan Sifat-Sifat Usahawan Dengan Tokoh-Tokoh
Usahawan Semasa
Menjelaskan Ciri-Ciri Orang Yang Efektif Berdasarkan Stephen Covey (Tujuh Tabii Orang Berjaya)
Ciri-ciri Huraian
Proaktif Berpandangan jauh
Berinisiatif
Bermotivasi untuk bekerja
Bertanggungjawab terhadap tugas yang diberikan
Bijak mengawal persekitaran
Mula sesuatu dengan Boleh membentuk matlamat
mengingati matlamat Menyusun matlamat mengikut keutamaan
Mempunyai metlamay kerja mengikut hari, minggu, bulan dan tahun
Sentiasa mengingati matlamay yang hendak dicapai
Utamakan perkara Mempunyai banyak tugas
yang utama Banyak sumber yang meliputi manusia, wang, bahan mentah dan mesin
Menyusun keutamaan tugas
Menyiapkan tugas mengikut masa
Menyemak tugas
Memantau tugas
Berfikiran menang- Membawa faedah bersama
menang Memahami bekerja berkumpulan
Bekerja sama-sama
Bukan bersifat pertandingan
Komitmen ahli member kepuasan semua pihak
Cuba memahami Berkaitan dengan komunikasi interpersonal
sebelum cuba Melihat sudut pandangan orang lain
difahami Mempunyai nilai empati
Mampu mendengar dengan efektif
Mempunyai persepsi baik kepada orang lain
Pengurus mudah member arahan
Bersinergi Mencapai hasil yang banyak apabila individu dan jabatan mengkoordinasi tindakan
mereka
Memerlukan kerjasama yang erat
Memahami pekerja
Menyusun kerja dalam menyelaraskan aktiviti kerja
Menghargai kelainan setiap individu
Perbezaan pendapat membentuk alternatif dan pelung
Tajamkan gergaji Menekankan aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek
Meningkatkan keupayaan dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek
Menjalani kursus, ceramah, melanjutkan pelajaran untuk meningkatkan keupayaan intelek
Menjelaskan Sumber Yang Boleh Memberi Idea Baru Umpamanya Pelanggan, Produk Sedia Ada, Syarikat Sedia
Ada, Saluran Pengedaran, Paten, Penyelidikan Dan Pembangunan, Profesional/Jururunding, Dasar Kerajaan
Menjelaskan Kaedah Menjana Dan Mengembangkan Idea Melalui Soal Selidik, Sumbang Saran, Pemerhatian,
Kumpulan Fokus
Kaedah Huraian
Soal selidik Memberikan set soal selidik kepada pelanggan atau melakukan temu bual kepada
pelanggan
Sumbang saran Satu kaedah berkumpulan bagi mengenal pasti pelbagai idea dan jalan penyelesaian
baharu
Pemerhatian Memantau dan memerhatikan persekitaran umum untuk menghasilkan idea-idea baharu
bagi memenuhi keperluan dan kehendak yang wujud disebabkan oleh perubahan
persekitaran
Kumpulan fokus Sekumpulan individu yang menyumbangkan maklumat dalam format berstruktur
Membincangkan Proses Merealisasikan Idea Iaitu Idea, Menapis Idea, Membina Konsep, Menguji Konsep,
Membuat Rancangan Perniagaan, Membina Fizikal (Prototaip), Dan Mengkomersialkan.
Membincangkan Kaedah Memulakan Sesebuah Perniagaan, Iaitu Memulakan Sendiri, Mengambil Alih Perniagaan
Sedia Ada, Francais, Dan Pakatan Strategik (Pelesenan, Kontrak Pengeluaran, Dan Usaha Sama)
Menjelaskan Sumber Modal Formal (Contoh: Pinjaman Bank, Bantuan Kerajaan, Pelabur) Dan Sumber Modal
Tidak Formal (Contoh: Simpanan Sendiri, Pinjaman Daripada Saudara Mara/Rakan)
Menerangkan Jenis Kemudahan dan Bantuan Yang Diberikan Oleh Agensi Kerajaan, Badan-Badan Berkanun, Dan
Pihak Swasta Seperti Bantuan Kewangan, Tapak Kilang, Khidmat Nasihat Dan Perundingan, Dan Pembangunan
Usahawan
Butiran Huraian
Halaman hadapan Tajuk rancangan perniagaan
Nama penulis atau usahawan
Nama, nombor telefon dan alamat syarikat
Tarikh rancangan perniagaan disediakan
Senarai kandungan
Pengenalan Apa (what)-menyatakan nama,jenis perniagaan,dan maklumat-maklumat penting
perniagaan yang diceburi
Di mana (where)-menyatakan lokasi atau tempat serta liputan perniagaan dijalankan
Bila (when)-tarikh atau masa perniagaan ini dimulakan jika perniagaan tersebut telah
beroperasi atau tarikh perniagaan hendak dimulakan bagi perniagaan baharu
Siapa (who)-individu atau pihak yang terlibat dalam perniagaan yang dijalankan
Mengapa (why)-menerangkan tujuan perniagaan dijalankan dan prospek masa hadapan
perniagaan
Bagaimana (how)-menghuraikan bagaimana perniagaan tersebut beroperasi atau dijalankan
Objektif Menyatakan kegunaan dana kewangan yang ingin dipohon secara terperinci
Menyatakan jumlah keseluruhan pembiayaan dan kegunaan dana
Menerangkan berkaitan kos-kos operasi yang diperlukan bagi suatu jangka masa tertentu
Membuat anggaran pengiraan pembayaran pinjaman secara bulanan
Kesimpulan
Lampiran Surat penilaian dan geran tapak projek
Sebut harga daripada pembekal yang membekalkan bahan mentah
Sebut harga asset tetap yang hendak dibeli
Surat pengesahan daripada bakal pelanggan yang akan membeli produk yang dihasilkan
Surat perjanjian perkongsian sekiranya perniagaan jenis perkongsian
Tata urus dan Tatacara Persatuan bagi perniagaan jenis syarikat
Surat pengesahan pendaftaran daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau
Pendaftar Perniagaan
Surat atau geran barang yang akan dijadikan cagaran
Maklumat atau data penyelidikan perniagaan
Penyata kewangan yang telah diaudit- bagi perniagaan yang telah sedia ada atau perniagaan
lama
Mentakrif Maksud Perniagaan Antarabangsa Dan Menjelaskan Kepentingan Perniagaan Antarabangsa Dalam
Ekonomi Merangkumi Tukaran Asing, Pasaran Luas, Guna Tenaga, Pemindahan Teknologi
Aspek Huraian
Konsep perniagaan Transaksi antara barang dan perkhidmatan dengan barang dan perkhidmatan yang
antarabangsa lain atau antara barang dan perkhidmatan dengan wang yang berlaku merentasi
sempadan politik dan ekonomi
Kepentingan perniagaan Memperoleh tukaran mata wang asing
antarabangsa Meluaskan pasaran
Guna tenaga
Pemindahan teknologi
Menjelaskan Tahap Perniagaan Antarabangsa Termasuk Domestik, Antarabangsa, Multinasional, Dan Global
Menjelaskan Strategi Memasuki Perniagaan Antarabangsa Termasuk Import, Eksport, Kontrak Pengeluaran,
Pelesenan, Francais, Usaha Sama, Subsidiari, Dan Operasi Serah Kunci
Konsep Huraian
Dunia tanpa sempadan Memperlihatkan pergerakan dan perkembangan sesebuah perniagaan merentasi sempadan
Pasaran menimbul Pasaran baharu yang muncul ekoran peningkatan kuasa beli pengguna dalam pasaran tersebut
Terdiri daripada Asia Timur (Jepun, China, Hong Kong, Asia Tenggara dan di sekeliling Asia
Pasifik) merupakan pasaran menimbul yang mempunyai masa depan dalam bidang perniagaan
yang amat cerah
Selatan-selatan Selatan-selatan terdiri daripada negara-negara yang dianggap masih belum membangun dari segi
ekonomi, iaitu negara miskin dan negara sedang membangun
Globalisasi Firma-firma perniagaan mula membina tempat operasi di serata dunia dengan tujuan untuk
menjalankan perniagaan antarabangsa
Aktiviti pemasaran, pembuatan, pengurusan sumber manusia dan pemindahan teknologi boleh
dilakukan secara bebas di mana-mana negara
Lokalisasi Satu strategi perniagaan yang menumpukan sesuatu keluaran terhadap sesuatu pasaran di
kawasan tertentu
Melibatkan tindakan sesebuah syarikat mengubah anak syarikatnya daripada sebuah subsidiary
organisasi asing kepada sebuah organisasi perniagaan yang mempunyai ciri-ciri tempatan
Nasionalisasi Proses menjadi dan mengekalkan syarikat-syarikat perniagaan negara asing sebagai hak milik
negara tempatan
Pemilikan syarikat dibuat dengan menjual aset syarikat secara paksaan kepada syarikat tempatan
atau kerajaan sesebuah negara
Penswastaan Proses menswastakan atau memperbadankan syarikat atau perbadanan awam untuk mewujudkan
syarikat milik pemegang saham yang terdiri daripada kerajaan, institusi-institusi kerajaan awam
atau swasta dan orang awam
Menjelaskan Maksud Syarikat Multinasional Dan Tujuan Organisasi Menjadi Syarikat Multinasional
Aspek Huraian
Konsep syarikat multinasional Sebuah syarikat besar yang beroperasi melalui cawangan-cawangan yang terdapat
di beberapa buah negara di dunia
Tujuan organisasi menjadi syarikat Mendapatkan sumber yang lebih murah
multinasional Mengelakkan tariff dan kuota
Meningkatkan saiz pasaran
Mendapat pindahan teknologi
Mendapatkan kepelbagaian dari segi produk
Menjelaskan Kaedah Penyelesaian Perdagangan, Iaitu Perdagangan Barter Dan Perbankan Koresponden
Menjelaskan Kegunaan Dokumen Pembayaran Perdagangan Antarabangsa Berikut: Surat Kredit (Letter Of Credit),
Tuntutan Ikut Perintah (Sign/Demand Order), Dan Lain-Lain
Menjelaskan Kesan Kadar Pertukaran Mata Wang Asing Terhadap Perniagaan Antarabangsa
4. Pengecualian cukai
Penggunaan wang untuk sesuatu perbelanjaan boleh ditolak daripada pembayaran
cukai. Pelepasan cukai atau kelonggaran pembayaran cukai diberikan kepada
perbelanjaan promosi dan premium insurans barangan eksport.
Bertujuan untuk memberikan galakan kepada syarikat untuk membelanjakan wang
dalam sesuatu bidang dan dapat mengurangkan kos yang ditanggung oleh sesebuah
syarikat.
5. Pembiayaan Eksport
Penyediaan kemudahan pembiayaan kepada syarikat yang menjalankan perniagaan
mengeksport produk ke luar negara
Kemudahan yang diberikan kepada pengeksport untuk mendapatkan kewangan
segera bagi mengeksport barangan yang dijual secara kredit
6. Taraf Perintis
Kerajaan akan member pengecualian cukai keuntungan kepada pelabur baharu
untuk suatu tempoh antara dua tahun hingga lima tahun
Asas yang melayakkan syarikat menerima taraf perintis
- Keutamaan eksport
- Penggunaan tahap teknologi
- Kandungan bahan mentah tempatan dalam operasi pengeluaran
- Aktiviti dan jenis pengeluaran
7. Subsidi
Bantuan yang diberikan oleh kerajaan sama ada dalam bentuk bayaran langsung
atau memberi kesan secara langsung terhadap perniagaan
Kemudahan subsidi dapat membantu mengurangkan harga barangan dalam pasaran
dan seterusnya menjadikan syarikat lebih berdaya saing dengan barangan luar
negara
8. Kempen Beli Barangan Malaysia
Barangan buatan Malaysia adalah semua barang yang dibuat, dipasang dan
dikeluarkan di Malaysia serta perkhidmatan yang ditawarkan di dalam negara ini
Tujuan
- Memberikan kesedaran kepada pengguna untuk membeli barangan buatan
Malaysia
- Memberi kesedaran kepada pengguna tentang kualiti barangan buatan Malaysia
adalah standing dengan barangan luar negara
Kesan membeli barangan buatan Malaysia
- Meminimumkan aliran wang yang keluar ke negara asing
- Member galakan kepada industri tempatan untuk menghasilkan produk lebih
berkualiti tinggi dan mampu bersaing dengan barangan luar negara
- Melonjakkan ekonomi industri tempatan
- Meyakinkan pengeluar tempatan untuk menerokai bidang perniagaan yang baharu
- Mengelakkan daripada krisis ekonomi global
- Mengurangkan perbelanjaan pengguna kerana membeli barangan yang berkualiti
pada harga yang murah
- Mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dan
membantu mengurangkan pengangguran
- Meningkatkan pendapatan negara melalui pembayaran cukai perniagaan yang
dibayar oleh syarikat tempatan
Promosi pelaburan Tindakan kerajaan untuk menarik pelabur membuat pelaburan dalam sesebuah
negara, khususnya pelabur asing yang mempunyai modal yang banyak dan kepakaran
yang tinggi dalam bidang teknologi
Menjelaskan Fungsi, Peranan, Dan Kesan Pakatan Perniagaan Antarabangsa, Seperti WTO, AFTA, NAFTA, EU, APEC,
ASEAN (IMT-GT, IMS-GT, BIMP-EAGA), Dan Lain-Lain
Pakatan Huraian
Perniagaan
Antarabangsa
Pertubuhan 1. Dianggotai lebih daripada 133 buah negara dan ditubuhkan pada 1 Januari 1995 di Geneva,
Perdagangan Switzerland berikutan perundingan Pusingan Uruguay yang meliputi keluaran seperti barang dan
Sedunia (WTO) komoditi, perkhidmatan dan harta intelektual.
2. Fungsi
Menguruskan perjanjian perdagangan WTO
Mengadakan forum perundingan perdagangan
Menangani permasalahan perdagangan
Mengawasi polisi perdagangan negara anggota
Member bantuan teknikal dan latihan kepada negara-negara membangun
Mewujudkan kerjasama dengan pertubuhan antarabangsa lain terutama dalam aspek yang
berkaitan dengan perdagangan
Kawasan 1. Ditubuhkan oleh negara-negara ASEAN pada tahun 1993
Perdagangan 2. Fungsi
Bebas ASEAN Menghapuskan tarif, kuota dan bentuk sekatan perdagangan lain
(AFTA) Mengenakan satu tarif yang seragam bagi negara bukan anggota
Meningkatkan mobility pengaliran modal dan buruh dalam kalangan negara anggota
Mewujudkan polisi-polisi pengangkutan, pertanian dan pendidikan yang dapat memanfaatkan
negara anggota
Perjanjian 1. Satu pakatan kerjasama ekonomi dan perdagangan antara negara Amerika Syarikat, Kanada dan
Perdagangan Mexico yang ditubuhkan pada bulan Ogos 1992 dan mula beroperasi secara rasmi pada 1 Januari
Bebas Amerika 1994
Utara (NAFTA) 2. Fungsi
Memansuhkan halangan tarif dan bukan tarif dalam aktiviti perdagangan yang melibatkan ketiga-
tiga buah negara ini dalam temph 10 tahun
Menyelesaikan masalah negara anggota yang berkaitan dengan harta intelektual , pelaburan dan
perkhidmatan serta peraturan perdagangan
Kesatuan Eropah 1. Kesatuan Ekonomi Eropah (EEC) telah ditubuhkan pada tahun 1957 berikutan Perjanjian Rom yang
(EU) dianggotai Itali, Luxembourg, Belanda dan Jerman Barat serta pada tahun 1973 dianggotai Denmark,
Ireland dan United Kingdom
2. Tujuan utamanya adalah untuk menggalakkan pembangunan dan pertumbuhan ekonomi dalam
kalangan negara anggota
Kerjasama 1. Ditubuhkan pada tahun 1989 di Canberra, Australia yang dianggotai Australia, China, Korea,
Ekonomi Asia Filipina, Amerika Syarikat, Brunei, Hong Kong, Malaysia, Singapura, Kanada, Indonesia, Mexico,
Pasifik (APEC) Taiwan, Chile, Jepun, New Zealand, Papua New Guinea, Rusia, Peru, Vietnam dan Thailand.
2. Satu pakatan yang berusaha untuk menanam semangat keterbukaan dan kerjasama bagi
membolehkan satu kaedah penyelesaian bersama dibentuk dalam usaha mengatasi masalah ekonomi
serantau dan sejagat.
3. Objektif
Mengekalkan pertumbuhan dan pembangunan negara anggota dalam usaha menyumbang kepada
pembangunan ekonomi dunia
Menggalakkan pertumbuhan ekonomi dunia dengan menggalakkan pengaliran barang,
perkhidmatan, modal dan teknologi dalam kalangan negara anggota
Mewujudkan dan mengeratkan perhubungan perdagangan pelbagai hala dalam kalangan negara
anggota
Mengurangkan halangan perdagangan dari segi pengaliran barang, perkhidmatan dan pelaburan
dalam kalangan negara anggota melalui pematuhan prinsip-prinsip GATT
Pertubuhan 1. Ditubuhkan pada tahun 1967 yang dianggotai Singapura, Thailand, Malaysia, Indonesia, Filipina dan
Negara-Negara Brunei. Kemudian Laos, Vietnam, Myanmar dan Kemboja turut menyertai ASEAN pada tahun
Asia Tenggara 1998.
(ASEAN) 2. Tujuan
Menggalakkan kerjasama ekonomi dalam kalangan negara anggota dalam pelbagai bidang
termasuk dari segi pembangunan industry dan perdagangan
Setiap negara anggota akan menikmati perlindungan dari segi halangan tarif dan bukan tarif,
bekerjasama antara satu sama lain dalam sektor perindustrian dan menjalankan projek pendidikan,
pengawalan jumlah penduduk, kebudayaan, kewangan dan pertanian.
Segi Tiga 1. Meliputi kawasan seluas 324 000km2 dengan jumlah penduduk seramai 24 juta.
Pertumbuhan 2. Menekankan kerjasama ekonomi dan sosioekonomi dalam kalangan negara terbabit dalam usaha
Indonesia- memajukan sektor pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Malaysia-Negara 3. Matlamat untuk menggalakkan penglibatan sektor swasta dalam usaha membangunkan kawasan
Thailand (IMT- serantau melalui :
GT) Mengeksploit kelebihan daya saing dalam sektor tertentu
Mempertingkatkan persaingan dalam aktiviti pelaburan dan eksport
Mengurangkan kos logistic dan urus niaga akibat perbezaan kawasan geografi
Mengurangkan kos pengeluaran dan pengedaran
4. Sumbangan setiap negara di bawah IMT-GT
Malaysia memindahkan teknologi penanaman kelapa sawit dan menubuhkan pusat latihan sumber
manusia
Indonesia menawarkan kawasan ladang yang luas untuk projek pertanian dan perindustrian pada
harga yang berpatutan
Negara Thailand menyumbangkan tenaga pakar dalam bidang pertanian
Segi Tiga 1. Singapura menggalakkan sektor swasta untuk mengambil bahagian dalam projek pertanian,
Pertumbuhan berkongsi kepakaran dalam aspek pemeriksaan dan pembentukan prosedur makmal dan berkongsi
Indonesia- teknologi untuk membangunkan bidang agroteknologi
Malaysia- 2. Indonesia menggalakkan sektor swasta untuk membuat pelaburan di kawasan Riau dan Sumatera
Singapura (IMS- yang kaya dengan hasil pertanian
GT) 3. Di Malaysia, galakkan diberi kepada sektor swasta untuk mengadakan usaha sama dalam
pengeluaran buah-buahan tropika, penternakan dan penyediaan kemudahan latihan dan
pembangunan.
Kawasan 1. Diwujudkan secara rasmi pada 26 Mac 1994 di Filipina
Pertumbuhan 2. Tujuan utamanya adalah untuk menginterasikan dan mempertingkatkan prospek pembangunan
ASEAN- TIMUR- kegiatan ekonomi di negara anggota melalui kerjasama dengan kawasan sekitarnya seperti Selatan
BRUNEI- China, Hong Kong, Taiwan dan IMT-GT.
MALAYSIA- 3. Tujuan :
FILIPINA Menggalakkan aktiviti tambahan nilai melalui penggunaan dan pemprosessan sumber alam
(BIMP EAGA) semulajadi
Menggalakkan komersialisasi di Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur
Menggalakkan penggunaan buruh dari kawasan pertumbuhan ASEAN Timur
4. Kesan
Pembentukan usaha sama untuk membangunkan industri petrol kimia di Brunei Sabah dan
Sarawak
Peningkatan pengeluaran hasil pertanian untuk memenuhi keperluan Kawasan Pertumbuhan
ASEAN Timur.
Penghasilan keluaran berasaskan logam di Utara Mindanao
Menerangkan Kaedah Melindungi Pasaran Domestik Termasuk Tarif Dan Bukan Tarif.
Konsep Huraian
Etika 1. Satu set prinsip dan nilai moral berkaitan kelakuan perniagaan yang diterima oleh peniaga-peniaga dan
Perniagaan dunia perniagaan.
2. Kepentingan
Meningkatkan keyakinan dan kepuasan pelanggan terhadap barang perniagaan
Mengekalkan pelanggan sedia untuk barangan perniagaan
Menarik pelanggan baharu untuk barangan perniagaan
Mengekalkan pekerja sedia ada demi mengurangkan kadar lantik henti pekerja.
Menarik pekerja baharu yang berkelayakan untuk berkhidmat dengan perniagaan
Mengelakkan diri daripada sebarang tuduhan atau dakwaan yang berkaitan dengan isu etika
Menjalinkan perhubungan yang baik dengan pihak berkepentingan
Meningkatkan imej perniagaan dalam pasaran
Memastikan perniagaan dapat terus beroperasi dalam pasaran
3. Punca amalan tidak beretika
Tekanan untuk mendapatkan keuntungan
Persaingan tidak sihat
Kejahilan pihak pengguna
Mementingkan keuntungan peribadi
Pertentangan rentas budaya
Etika Kerja 1. Satu set prinsip dan nilai moral yang harus dimiliki dan diamalkan oleh setiap pekerja dalam sesebuah
organisasi.
2. Etika professional merujuk kepada set tingkah laku atau tanggungjawab yang digariskan oleh profesion
tersebut dan perlu dipatuhi oleh golongan professional yang berkaitan dengan bidang profesion tersebut.
3. Isu berkaitan etika professional
Memberikan khidmat professional yang sama kepada semua pihak yang berkepentingan tanpa sebarang
diskriminasi seperti agama, bangsa,sosioekonomi dan sebagainya
Hubungan antara professional dengan pelanggannya seperti kerahsiaan maklumat dan sebagainya
Kesan yang akan diterima oleh pelanggannya atas tindakan yang dilakukan oleh golongan professional
tersebut.
4. Etika kerja professional menekankan
Menjaga kepentingan individu dan kepentingan umum
Mengelakkan berlakunya konflik antara kepentingan diri sendiri dengan kepentingan pihak yang
berkaitan
Mengelakkan penyalahagunaan kuasa untuk kepentingan diri sendiri
Menjelaskan Maksud Dilema Etika Dan Menghuraikan Pendekatan Tindakan Beretika Yang Merangkumi Utilitarian,
Individualisme, Hak Moral, Dan Keadilan
Fakta Huraian
Dilema etika 1. Satu situasi yang berlaku apabila prinsip moral yang diamalkan gagal untuk menentukan tindakan apa
yang perlu diambil yang dianggap tindakan tepat atau tidak
2. Langkah mengatasi dilema etika
Mengenalpasti faktor etika yang relevan dan sebabnya
Mengumpulkan semua fakta yang berkaitan dengan faktor etika yang telah dikenalpasti
Menyusun pertimbangan etika mengikut pertimbangannya
Menyediakan tindakan alternatif untuk menyelesaikan masalah dilemma tersebut dan mengenalpasti
kesan daripada tindakan tersebut
Melakukan perbincangan dengan rakan untuk mendapatkan pandangan dan idea untuk
menyelesaikan masalah tersebut
Membuat keputusan setelah mengambil kira semua faktor etika yang relevan dan faktor-faktor lain
yang berkaitan
Pendekatan 1. Pendekatan Utilitarian
tindakan Setiap keputusan yang dipertimbangkan oleh pengurus harus dapat memberikan manfaat yang
beretika terbesar kepada golongan majoriti walaupun tindakan ini mungkin boleh merugikan kepentingan
golongan minority
Langkah pembuatan keputusan beretika berasakan pendekatan utilitarian
- Menentukan setiap alternatif yang sedia ada
- Mengenalpasti pihak yang berkepentingan yang akan dipengaruhi oleh alternatif
- Mempertimbangkan kesan daripada setiap alternatif terhadap pihak berkepentingan berdasarkan
analisis kos dan faedah
- Memilih alternatif yang dapat memanfaatkan kebanyakkan pihak berkepentingan
2. Pendekatan Individualisme
Setiap keputusan yang dipertimbangkan oleh pengurus harus dapat menjaga kepentingan dan
keperluan setiap pekerja dalam organisasi
Digunakan sebagai alat untuk memotivasikan pekerja supaya mereka mencapai prestasi yang lebih
cemerlang
3. Pendekatan Hak Moral
Setiap keputusan yang dipertimbangkan oleh pengurus harus mengambil kira hak moral atau hak
asasi manusia
Hak moral manusia
- Hak untuk keperibadian
- Hak untuk hidup dan keselamatan
- Hak untuk menuntut keadilan
- Hak untuk kebebasan bersuara
- Hak untuk kebebasan persetujuan
- Hak untun kebebsasan menurut pertimbangan sendiri
4. Pendekatan Keadilan
Setiap keputusan yang dipertimbangkan oleh pengurus harus berasaskan pada standard yang ekuiti,
adil serta tidak memihak
Teori keadilan Aristotle
- Keadilan adalah tindakan atau hukuman yang sama terhadap semua orang.
- Keadilan komunitatif adalah pertukaran yang adil antara pihak yang terlibat dengan menuntut agar
semua orang menepati janji, membayar balik pinjaman, membayar ganti rugi, mendapat gaji secara
adil dan menjual barang dengan mutu dan harga yang berpatutan.
- Keadilan distributif adalah keadilan ekonomi iaitu pembahagian ekonomi yang sama atau dianggap
adil bagi semua pihak.
Menjelaskan Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pilihan Pendekatan Tindakan Beretika Oleh Pengurus Dan Organisasi
Menjelaskan Jenis-Jenis Jenayah Kolar Putih Seperti Rasuah, Penyelewengan, Pecah Amanah, Konflik Kepentingan, Dan
Penyalahgunaan Kuasa (Contoh: Akta Pencegahan Rasuah 1997) Dan Menjelaskan Hukuman Terhadap Kesalahan Jenayah
Kolar Putih
Konsep Huraian
Tanggungjawab sosial Satu tanggungjawab bagi pihak pengurusan syarikat membuat keputusan dan mengambil
tindakan untuk menjaga kebajikan masyarakat disamping meningkat keuntungan syarikat.
Aspek tanggungjawab 1. Aspek ekonomi
sosial peniaga terhadap Peniaga menghasilkan keluaran yang benar-benar diperlukan oleh masyarakat
masyarakat 2. Aspek perundangan
Peniaga mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang telah dikuatkuasakan
semasa menjalankan perniagaannya
3. Aspek sosial
Peniaga melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti sukarela dan menghulurkan bantuan
seperti memberi derma dan bantuan kewangan serta memberi sokongan moral terhadap
projek-projek kemasyarakatan
Pihak Huraian
berkepentingan
Pekerja Membayar gaji dan upah yang berpatutan
Menjaga kebajikan pekerja seperti cuti biasa atau sakit, perkhidmatan perubatan, insurans serta
kemudahan pengangkutan
Menyediakan suasana tempat bekerja yang selesa dan selamat
Bersikap adil dalam pengambilan pekerja, pemberian latihan, penilaian prestasi serta pemberian
pampasan
Membenarkan pekerja menyertai kesatuan sekerja sekiranya mereka ingin berbuat demikian
Pemegang saham Memastikan perniagaan beroperasi mengikut kehendak undang-undang syarikat
Menggunakan sumber kewangan perniagaan dengan cekap
Memastikan tahap kecairan perniagaan yang tinggi supaya mampu membayar dividen
Membekalkan maklumat kewangan perniagaan melalui pembentangan laporan kewangan tahunan
syarikat
Meningkatkan nilai pemegang saham dari semasa ke semasa
Pembiaya Membayar hutang mengikut tempoh masa seperti yang dinyatakan dalam perjanjian
Memastikan tahap keberuntungan perniagaan yang tinggi supaya mampu membayar balik hutang
termasuk faedah
Membekalkan maklumat kewangan perniagaan yang diperlukan oleh pembiaya
Pembekal Memastikan semua syarat perjanjian dipersetujui dan dipatuhi
Membayar hutang tepat pada masa seperti yang dinyatakan dalam perjanjian
Melayani dengan adil oleh perniagaan iaitu tidak memaksa pembekal menjual pada harga yang
terlalu rendah
Pelanggan Menjual barang atau perkhidmatan pada harga yang berpatutan
Mengeluarkan barang atau perkhidmatan yang berkualiti
Mengeluarkan barang atau perkhidmatan yang selamat digunakan
Menawarkan penggantian, pembaikan atau ganti rugi atas kecacatan barang atau kelemahan
perkhidmatan
Tidak mengaut keuntungan yang berlebihan
Peruncit Menawarkan syarat kredit yang munasabah
Tidak mengeksploitasikan peruncit yang bersaiz kecil dengan mengenakan syarat perniagaan yang
ketat
Membekalkan barang niaga secara konsisten kepada peruncit supaya bekalan itu sentiasa tersedia
ada di pasaran
Pemborong Tidak mengeksploitasikan pemborong yang bersaiz kecil dengan mengenakan syarat perniagaan
yang ketat
Membekalkan barang niaga secara berterusan kepada pemborong supaya bekalan itu sentiasa
mencukupi untuk diagihkan kepada peruncit
Memotivasikan pemborong dengan pelbagai cara seperti elaun pengiklanan, komisen serta
tawaran istimewa demi meningkatkan kecekapan mereka dalam proses pengagihan
Kerajaan Mematuhi semua undang-undang yang digubal oleh kerajaan
Menjalankan perniagaan yang sah di sisi undang-undang
Membayar cukai perniagaan mengikut masa yang ditetapkan
Menggunakan sumber ekonomi dengan optimum demi mengurangkan pembaziran
Menyokong dasar kerajaan serta mengambil bahagian dalam pelbagai program yang dianjurkan
oleh kerajaan
Media Memastikan maklumat tentang aktiviti perniagaan yang disampaikan melalui media adalah benar
dan tepat
Tidak mengeksploitasikan kuasa media untuk motif yang curang seperti mencemarkan nama
pesaing melalui media sosial
Menggunakan media hanya untuk tujuan menjalankan perniagaan dan bukan untuk propaganda
yang mengandungi unsure politik
Masyarakat Mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat
Menambahkan pendapatan penduduk setempat dan seterusnya meningkatkan taraf hidup mereka
Melaksanakan tanggungjawab sosial serta berusaha untuk membangun dan memakmurkan
komuniti setempat
Menggunakan sumber ekonomi dengan cekap demi memberikan faedah optimum kepada komuniti
setempat
Mempertimbangkan isu sosial dan persekitaran alam apabila membuat keputusan tentang aktiviti
perniagaan
Kumpulan pendesak Menjalankan aktiviti perniagaan yang sah dari segi undang-undang, menjaga kepentingan
masyarakat serta sentiasa prihatin terhadap isu sosial dan alam persekitaran
Menyesuaikan keputusan perniagaan dengan cadangan atau tuntutan yang dikemukakan oleh
kumpulan pendesak
Mencapai persetujuan dengan kumpulan pendesak tentang isu tertentu demi mengelakkan masalah
yang tidak diingini berlaku
Membincangkan Kebaikan Dan Kelemahan Terhadap Organisasi Yang Menjalankan Tanggungjawab Sosial
Organisasi Huraian
menjalankan
tanggungjawab sosial
Kebaikan Memperoleh keuntungan yang lumayan dalam jangka masa panjang
Mengekalkan pelanggan sedia ada di samping menarik lebih banyak pelanggan baharu
Menarik minat lebih banyak pekerja yang berkelayakan untuk berkhidmat dengan organisasi
Meningkatkan harga saham organisasi dalam jangka masa panjang
Meningkatkan imej organisasi serta barangan yang ditawarkan
Menjalinkan perhubungan yang lebih baik dengan masyarakat
Mengelakkan sebarang masalah yang mungkin ditimbulkan oleh kumpulan pendesak
Kelemahan Menjejaskan keuntungan yang diperoleh khususnya dalam jangka masa pendek
Menjejaskan pancapaian matlamat utama organisasi iaitu memperoleh keuntungan maksimum
Pemegang saham mungkin tidak berpuas hati dengan keuntungan yang kurang dalam jangka
masa pendek walaupun keuntungan itu akan meningkat dalam jangka masa panjang
Pelaksanaan projek organisasi tertentu mungkin akan ditangguhkan akibat daripada
menjalankan tanggungjawab sosial
Kos tanggungjawab sosial yang tinggi akan menyebabkan kenaikan harga jualan barangan di
pasaran
Daya saing organisasi akan menjadi lemah akibat daripada kenaikan harga jualan barangan
Tidak memiliki kemahiran yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah sosial
Kepenggunaan Huraian
Konsep Satu pergerakan secara kolektif yang berusaha untuk memperjuangkan dan melindungi
kepentingan dan hak-hak pengguna
Sebab pengguna Kewujudan amalan perniagaan curang demi mengaut keuntungan
memerlukan Tidak mengetahui kewujudan barang yang boleh membahayakan kesihatan
perlindungan Kejahilan tentang hak pengguna
Ketidakupayaan pengguna untuk membuat penilaian yang rasional
Sebab pencabulan Perasaan tamak dan rakus oleh peniaga yang mengaut keuntungan tinggi
hak pengguna Kurang keberkesanan penguatkuasaan pihak berwajib
Sikap pengguna jahil dan tidak mengambil berat tentang kepenggunaan
Cabaran dan tekanan persaingan yang tinggi
Sasaran tidak realistik seperti mendapat keuntungan luar kemampuan
Kawalan yang lemah daripada pihak pengurusan dalam aspek etika dan tanggungjawab sosial
Hak-hak pengguna Hak untuk mendapat keperluan asas
Hak untuk mendapat barang dan perkhidmatan yang selamat
Hak untuk membuat pilihan
Hak untuk mendapat maklumat
Hak untuk mendapat ganti rugi
Hak untuk menyuarakan pendapat
Hak untuk mendapat pendidikan pengguna
Hak untuk hidup dalam alam sekitar yang sihat dan selamat