You are on page 1of 4

SULIT

946/3
Pengajian Perniagaan
Kertas 3
Percubaan STPM 2022
1 jam 45 minit

946/3 STPM 2022

PENGAJIAN PERNIAGAAN

KERTAS 3
(1 Jam 45 Minit)

PEPERIKSAAN PERCUBAAN
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN


BERBUAT DEMIKIAN.

Jawab semua soalan dalam Bahagian A

Jawab soalan 11 dalam Bahagian B

Jawab soalan 12 atau 13 dalam Bahagian B

Anda boleh menjawab kedua-dua soalan, iaitu 12 dan 13 tetapi hanya satu jawapan yang

pertama akan diperiksa.

Kertas soalan ini terdiri daripada empat halaman bercetak


Bahagian A : 50 markah

Jawab semua soalan.


1. Jelaskan dua faktor kejayaan seimbang yang mempengaruhi prestasi kerja seseorang
individu. [6]
2. Nyatakan empat jenis sumber modal formal yang digunakan oleh usahawan dalam
menjalankan aktiviti perniagaan. [4]
3. Terangkan tiga kemudahan yang ditawarkan untuk pembangunan usahawan. [6]
4. Terangkan kegunaan rancangan perniagaan kepada tiga pihak berkepentingan. [6]
5. Terangkan konsep-konsep perniagaan antarabangsa yang berikut:
(a) Pasaran menimbul [2]
(b) Globalisasi [2]
(c) Lokalisasi [2]
6. Terangkan dua dokumen pembayaran perdagangan antarabangsa. [4]
7. Huraikan kempen kerajaan yang berikut untuk menggalakkan perdagangan
antarabangsa:
(a) Taraf Perintis [2]
(b) Kempen Belilah Barangan Malaysia [2]
8. (i) Berikan maksud rasuah. [1]
(ii) Nyatakan dua jenis kesalahan rasuah yang utama menurut Akta Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan berikan hukuman terhadap kesalahan
rasuah tersebut. [3]

9. Huraikan tiga hak-hak pengguna. [6]


10. Berikan empat peranan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal
Pengguna (KPDNHEP). [4]
Bahagian B : 50 markah
Maybank
Baca kajian kes di bawah dan jawab soalan yang mengikutinya
11 Maybank telah diasaskan pada tahun 1960 dan kini beroperasi melalui beberapa buah
anak syarikatnya di luar negara. Syarikat ini telah mengoperasikan 22 buah cawangan baru di
seluruh Singapura, 11 di Kemboja, 3 di Brunei dan 45 buah cawangan di Thailand. Selain itu
Maybank juga mengambil alih kepentingan dalam PT Bank Internasional Indonesia, An Binh
Bank di Vietnam dan MCB Bank Ltd di Pakistan. Maybank juga menguasai 60% saham
kepentingan dalam PNB-Republic Bank di Filipina, yang dinamakan semula sebagai
Maybank Philippines Inc. Terkini, operasi di Shenzhen dan empat lagi cawangan Maybank
di Hong Kong, Beijing, Shanghai dan Kunming mengukuhkan hasil gabungan Maybank
dengan Hua Xia Bank di rantau ini. Selain itu, Maybank dan Fortis International NV, sebuah
penyedia perkhidmatan kewangan bersepadu terbesar di Eropah, bekerjasama untuk
menubuhkan Maybank Fortis Holdings untuk menawarkan perkhidmatan insurans dan
hartanah global.

Pembukaan Maybank di Laos melengkapkan kehadiran Maybank di semua 10 buah


negara ASEAN bagi membantu menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat negara
tersebut dalam bidang perbankan, insurans, pelaburan dan pengurusan aset serta sektor
kewangan. Maybank Laos menawarkan perkhidmatan perbankan lengkap kepada pelanggan,
meliputi perbankan runcit dan perniagaan, pertukaran mata wang asing, perkhidmatan
penghantaran wang, perbendaharaan dan mesin juruwang automatik (ATM). Pelaburan
Maybank sebanyak RM38 juta di Laos merupakan usaha terbarunya untuk meluaskan sasaran
pasaran di luar negara bagi memaksimumkan keuntungan melalui kerjasama di peringkat
rantau Asia. Melalui pelaburan ini Maybank dapat membantu meningkatkan pertumbuhan
ekonomi di negara tersebut.

Walaupun Maybank giat merebut peluang perniagaan di luar negara, syarikat tidak
pernah mengabaikan pelaksanaan program tanggungjawab sosial korporatnya kepada semua
pihak berkepentingan. Maybank berusaha untuk mempertingkatkan akses kepada
perkhidmatan perbankan asas dan kredit yang berkualiti dan terbaik. Bank ini mempunyai
perkhidmatan rangkaian kewangan paling meluas di Malaysia dan perkhidmatan perbankan
mudah alih di kawasan pedalaman. Terdapat 16 cawangan yang mesra orang kurang upaya
telah diwujudkan di Malaysia. Selain itu, Maybank mempunyai pelbagai skim pinjaman
perumahan untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Maybank mengumumkan
kerjasama bersepadu dengan Jabatan Perhilitan untuk menyokong usaha pemeliharaan
harimau. Selain itu, bersempena dengan bulan kemerdekaan setiap tahun, Yayasan Maybank
dan Kementerian Multimedia dan Komunikasi bersama menganjurkan pertandingan menulis
rencana berjudul “Membentuk Negara: Hak dan Tanggungjawab Kita sebagai Warganegara”,
bertujuan untuk memupuk semangat patrotik dan bersatu hati di kalangan semua rakyat
Malaysia.
Menerusi Program Kembali ke Sekolah, Maybank telah memperuntukkan sebanyak
RM470,000 untuk diagihkan kepada lebih 1,100 warga Maybank yang mempunyai anak-anak
masih bersekolah dan melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi. Anugerah
Kecemerlangan Akademik Anak-anak Kakitangan Kumpulan Maybank berjumlah
RM257,000 dianugerahkan juga kepada anak-anak kakitangan yang mencapai kecemerlangan
di dalam peperiksaan awam. Sementara itu, Kumpulan Maybank Kuching diketuai Pengarah
Wilayah Maybank Untuk Wilayah Sarawak bekerjasama dengan Pusat Pemulihan Dalam
Komuniti (PDK) Bau telah menganjurkan program“Maybank Global CR Day” bersama -
sama kanak-kanak istimewa, warga emas dan orang kurang upaya (OKU). Pelbagai aktiviti
seperti larian amal, sukaneka dan jualan amal dianjurkan bagi mengumpul dana untuk
disalurkan kepada projek membina bangunan PDK Bau. Program bersama komuniti adalah
seiring dengan misi Maybank iaitu untuk ‘memanusiakan’ perkhidmatan kewangan.

(Disesuaikan daripada Berita Harian 6 November 2012 dan


utusanborneo.com.my yang dicapai pada 8 Mac 2022)
Berdasarkan kes di atas,
(a) Terangkan sumbangan Maybank kepada ekonomi ekoran daripada pembukaan cawangan
di luar negara [4]

(b) Jelaskan strategi yang digunakan oleh Maybank untuk memasuki perniagaan antarabangsa
[10]

(c) Jelaskan pelaksanaan tanggungjawab sosial Maybank kepada empat pihak berkepentingan
[16]

Jawab satu soalan sahaja, sama ada soalan 12 atau soalan 13

12. Jelaskan elemen - elemen yang terkandung dalam Rancangan Organisasi, Rancangan
Pemasaran, Rancangan Pengeluaran dan Rancangan Kewangan bagi kilang pakaian.[20]

13. Jelaskan lima cabaran yang akan dihadapi oleh sesebuah syarikat multinasional. [20]

You might also like