You are on page 1of 17

1.

0 PENGENALAN
Campuran pemasaran atau Marketing Mix merupakan satu langkah yang
mementingkan beberapa kaedah pemasaran yang dilaksanakan dan merupakan
kaedah yang efisien yang mampu memberikan faedah secara optimum kedapa firma
atau organisasi yang mengamalkannya. Dalam penyelidikan ini, konsep-konsep
sebenar campuran pemasaran serta elemen-elemen yang terlibat dalam campuran
pemasaran ini. Selain itu, analisis secara mendalam juga akan dilakukan bagi
merungkai kesemua fungsi elemen dalam campuran pemasaran. Berdasarkan elemen
yang terlibat, ia akan menjadi indikator dalam melihat pengadaptasian campuran
pemasaran dalam pemasaran yang dilaksanakan oleh organisasiyang dipilih.
Dalam campuran pemasaran, ia menggunakan konsep 4P yang merujuk
kepada Product (produk), Price (harga), Place (tempat) dan Promotion (promosi).
Keempat-empat konsep campuran pemasaran ini merupakan kaedah yang boleh
dikatakan secara secara menyeluruh khususnya dalam merangka bentuk pemasaran
bagi memastikan produk yang dihasilkan dan inigin dipasarkan boleh diterima oleh
masyarakat dan harga yang ditawarkan juga perlulah berpatutan yang bukan sahaja
menguntungkan peniaga malahan para pembeli.
Dalam kajiaan ini, penyelidik telah memilih syarikat Toyota Motor
Corporation Malaysia yang terletak di Shah Alam, Selangor. Penyelidik akan
membuat analisis secara mendalam terhadap campuran pemasaran yang diaplikasikan
oleh syarikat ini. Selain itu, penyelidik juga akan mengenengahkan beberapa
cadangan bagi menambah baik kaedah pemasaran sedia ada bagi memberi manfaat
kepada organisasi dan juga pengguna.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN


Terdapat dua objektif dalam kajiaan ini iaitu:
1. Menjelaskan campuran pemasaran dalam syarikat Toyota.
2. Menganalisis campuran pemasaran yang digunakan oleh syarikat Toyota meliputi
elemen berikut:
i. Produk
ii. Penetapan Harga
iii. Promosi

3.0 LATAR BELAKANG


Toyota Motor Corporation merupakan sebuah syarikat automotif terkenal dunia yang
berasal dari negara Jepun. Syarikat ini mula ditubuhkan pada tahun 1937 oleh Kiichiri
Toyoda yang lahir pada tahun 1867. Pada asalnya Toyoda mula menghasilkan mesin
tenun automatik yang dikenali sebagai Toyoda Model G bagi menghasilkan tekstil.
Pada tahun 1930 Kiichiro Toyoda membuat penyelidikan kecil berkaitan enjin petrol
berkuasa dan tiga tahun berikutnya beliau menubuhkan Jabatan Automobil di Toyoda
automatik mesin tenun Kerja Bhd. Kerajaan Jepun telah memberi semangat kepada
Sakichi untuk membangunkan kereta beberapa tahun kemudian. Kiichiro merupakan
anak lelaki Sakichi yang telah berhijrah ke Eropah dan Amerika Syarikat bagi
menyelidik industri pembuatan kereta di sana. Setelah kembali ke Jepun, Toyota
menghasilkan kereta pertama mereka iaitu Model A1 untuk kereta penumpang pada
tahun 1935 manakala kereta komersil Toyota pertama lahir pada tahun 1947 menerusi
model SA.
Pada masa ini, syarikat Toyota mempunyai seramai 628,902 pemegang
saham berdasarkan data yang diperolehi melalui laman web global syarikat. Antara
pemegang saham terbesar dalam syarikat ini ialah Japan Trustee Services Bank, Ltd.
iaitu sebanyak 328,913. Pemegang saham kedua terbesar ialah Toyota Industries
Corporation iaitu sebanyak 218,515. Manakala The Master Trust Bank of Japan, Ltd.
adalah pemegang saham ketiga terbesar iaitu sebanyak 185,036. Maklumat yang
diperolehi melalui borang 20-F berkaitan jualan bagi syarikat Toyota pada fiskal
2014, sebanyak 26.0 % daripada unit jualan kenderaan Toyota berada di Jepun.
Sebanyak 27.7 % pula berada di negara sebelah Amerika Utara yang merupakan
jualan terbanyak pada fiskal 2014. Peratusan kedua tertinggi adalah di negara Asia
iaitu sebanyak 17.6 % dan sebanyak 9.6% pula berada di Eropah. Selebihnya iaitu
sebanyak 19.4% daripada keseluruhan jualan berada di pasaran lain. Bagi menangani
isu-isi berkaitan kualiti produk yang dikeluarkan, syarikat Toyota telah menubuhkan
satu jawatan kuasa khas bagi mengkaji semula proses termasuk reka bentuk,
pengeluaran, jualan, perkhidmatan dan sumber manusia. Dengan mengkaji semula

semua aspek ini Toyota percaya kualiti dan operasi syarikat akan berjalan dengan
lancar.
Toyota Motor Corporation merupakan sebuah syarikat besar yang
mempunyai 52 buah kilang di luar negara di 27 buah negara dan wilayah.
Berdasarkan laman web rasmi syarikat, Ibu pejabat 1 syarikat Toyota adalah di
Toyota-Cho, Toyota City, Aichi Prefecture 471-8571, Japan, Ibu Pejabat di Tokyo 14-18 Koraku, Bunkyo-ku, Tokyo 112-8701, Jepun, dan Pejabat Nagoya 4-7-1 Meieki,
Nakamura-ku, Nagoya City, Aichi Prefecture 450-8711, Jepun. Toyota Motor
Corporation juga menjalankan aktiviti perniagaan di luar Jepun. Mereka mempunyai
dua buah cawangan di Amerika Utara iaitu di U.S.A dan Canada. Di Amerika Latin,
mereka mempunyai empat buah cawangan iaitu di Argentina, Brazil, Mexico dan
Venezuela. Cawangan Toyota di negara Eropah pula adalah di Perancis, Poland,
Portugal, Czech Republic, Turkey, U.K, dan Russia. Negara seperti Kenya, Afrika
Selatan dan Egypt pula ditubuhkan bagi kawasan Afrika. Manakala di Asia syarikat
Toyota mempunyai sembilan buah cawangan iaitu di China, Taiwan, India, Indonesia,
Malaysia, Pakistan, Filiphina, Thailand, dan Vietnam. Dalam pada itu, syarikat
Toyota juga beroperasi di Australia dan Bangladesh.
Di Malaysia, UMW Toyota Motor merupakan syarikat pengedar yang
telah ditetapkan oleh Toyota Motor Corporation yang berpangkalan di Jepun. UMW
Toyota Motor terlibat secara langsung dalam aktiviti pemasangan, pemasaran, dan
juga

pengedaran

kenderaan

dan

produk

Toyota

di

Malaysia.

Ia

juga

bertanggungjawab bagi jualan dan pemasaran, operasi perniagaan dan pengiklanan


untuk jenama LEXUS di Malaysia. Ibu pejabatnya terletak di Shah Alam manakala
bilik pameran terbesar terletak di SS16, Subang Jaya. Dalam kajian ini, penyelidik
telah mengemukakan dua objektif utama iaitu menjelaskan campuran pemasaran
dalam syarikat Toyota. Manakala objektif yang kedua ialah menganalisis campuran
pemasaran yang digunakan oleh syarikat Toyota meliputi elemen-elemen yang berikut
iaitu produk, penetapan harga, dan juga promosi.

Peta lokasi bagi syarikat UMW Toyota Motor Sdn Bhd yang terlitak di Shah Alam
Selangor

4.0 KAEDAH KAJIAN


Kaedah kajian merujuk kepada kaedah yang dilihat paling sesuai untuk digunakan
dalam melaksanakan sesuatu penyelidikan dan menentukan tatacara yang efektif bagi
menjawab permasalah kajian. Kaedah kajian amat penting untuk mendapatkan
maklumat berkaitan syarikat perniagaan yang hendak dikaji. Kaedah kajian terbahagi
kepada dua iaitu data primer dan data sekunder.
4.1 Data Primer
Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), data primer bermaksud
maklumat pertama yang dikumpul dalam membuat sesuatu kajian. Antara kaedah
mengutip data primer ialah melalui pengukuran, pencerapan, soal selidik, temu
bual dan pemerhatian. Dalam kajian ini, penyelidik tidak menggunakan kaedah
data primer ketika menjalankan kajian ke atas Syarikat Toyota Motor Corporation.
4.2 Data Sekunder
Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), data sekunder merupakan
maklumat sampingan yang boleh digunakan dalam melaksanakan kajian. Antara
kaedah mengutip data sekunder ialah analisis dokumen, rujukan dan pembacaan
dan tinjauan persuratan. Dalam menjalankan kajian ini, penyelidik telah
menggunakan data sekunder bagi mendapatkan kesemua maklumat yang
diperlukan iaitu melalui buku rujukan, laman sesawang, dan laporan tahunan
syarikat.
4.2.1 Buku rujukan
Dalam kajian ini, penyelidik telah meggunakan beberapa buah buku dan
antara buku rujukan yang digunakan ialah Marketing: An Introduction yang
ditulis oleh Armstrong, Gary & Kotler. Antara maklumat yang diambil
dalam buku rujukan ini ialah definisi umum campuran pemasaran, produk,
penetapan harga, dan promosi. Selain itu penyelidik turut menggunakan
buku rujukan yang bertajuk Pengenalan Kepada Perniagaan yang diulis
oleh Sabri Hj Hussin.
6

4.2.2 Laman Sesawang


Menurut buku Teknologi Maklumat dalam Pendidikan, laman sesawang
merupakan aplikasi yang paling menarik dan penting di dalam internet.
Laman sesawang ialah dokumen HTML pada World Wide Web yang
mengandungi hubungan hiperteks dengan dokumen lain pada world wide
web. HTML digunakan untuk membuat reka bentuk laman web dan
menghubungkan satu halaman dengan halaman yang lain pada web. Dalam
kajian ini, penyelidik telah melayari laman sesawang bertujuan untuk
mendapatkan maklumat berkaitan kajian yang dijalankan.
Antara laman sesawang yang dikunjungi oleh penyelidik ialah
laman sesawang rasmi bagi syarikat Toyota Motor Corporation melalui
pautan http://www.toyota-global.com. Penyelidik melayari laman tersebut
bagi mendapatkan maklumat berkaitan latar belakang, jenis produk yang
ditawarkan seperti produk fizikal dan perkhidmatan. Selain itu, penyelidik
juga

melayari

laman

sesawang

http://www.toyota.com.my

bagi

Toyota

Malaysia

mendapatkan

melalui

maklumat

pautan
tentang

perkhidmatan 24SEVEN Road Assist yang ditawarkan syarikat Toyota


Malaysia.
4.2.3 Laporan Tahunan
Menurut laman sesawang Dictionary.com http://dictionary.reference.com.
Laporan tahunan merujuk kepada satu dokumen bagi melaporkan kepada
pemegang saham mengenai pengurusan dan operasi. Laporan tahunan
mengandungi maklumat berkaitan fiskal dan diterbitkan setiap tahun oleh
sesebuah syarikat awam seperti yang dikehendaki oleh undang-undang
persekutuan. Dalam kajian ini, penyelidik juga mendapatkan maklumat serta
data yang diperlukan melalui laporan tahunan 2012 dan laporan tahunan
2013 yang diterbitkan oleh syarikat Toyota Motor Corporation. Antara
maklumat yang diperolehi melalui laporan tahunan syarikat ialah maklumat

berkaitan dengan jualan syarikat pada tahun berkenaan, kewangan, pelabur,


dan juga jenis-jenis produk yang dihasilkan.

5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN


Bahagian ini membincangkan tentang hasil kajian yang diperolehi berdasarkan aspekaspek yang berikut iaitu jenis produk yang ditawarkan, penetapan harga, serta
promosi yang dijalankan oleh Syarikat Toyota Motor Corporation (TMC).
5.1 Campuran Pemasaran
Menurut Sabri (2002), konsep 4P atau juga dikenali sebagai campuran perniagaan
merupakan perkara penting dalam bidang pemasaran. Campuran pemasaran
mengandungi empat elemen penting iaitu produk, harga, promosi dan pengagihan.
Penyelidik telah membuat kajian untuk menjelaskan maksud campuran pernigaan
dan elemen-elemen penting yang terdapat di dalam campuran pemasaran.
Menurut Sabri (2002), produk ialah apa-apa yang boleh ditukar nilainya
dengan harga. Produk juga boleh dikategorikan sebagai benda yang boleh ditukar
dan berlaku apabila ada permintaan berkesan seperti idea, perkhidmatan dan juga
barangan. Menurut Kotler & Amstrong (2009), produk ialah barang,
perkhidmatan atau idea yang ditawarkan oleh peniaga dan dibeli oleh pelanggan
serta produk akan dibangunkan bertujuan untuk memenuhi keperluan dan
kehendak pelanggan. Produk juga boleh dibahagikan kepada dua iaitu produk
fizikal dan produk perkhidmatan mengikut ciri-cirinya.
Seterusnya, harga juga merupakan elemen penting yang perlu ada dalam
campuran pemasaran. Menurut Sabri (2002), harga ialah sebahagian daripada
maklumat produk dan harga merupakan strategi terpenting untuk melariskan
jualan. Sesebuah perniagaan juga perlu menetapkan harga untuk sesuatu produk
berasaskan matlamat-matlamat tertentu seperti memaksimumkan untung,
meningkatkan syer pasar, menghabiskan stok dan meningkatkan imej syarikat.
Menurut Kotler & Amstrong (2011), terdapat dua faktor yang akan mempengaruhi
penetapan harga sesuatu barangan iaitu faktor dalam dan faktor luaran. Faktor
dalaman penetapan harga adalah seperti objektif perniagaan, kos, strategi
pemasaran dan petimbangan organisasi perniagaan. Manakala, faktor luaran

adalah seperti keadaan pasaran dan permintaan, persaingan dan faktor


persekitaran.
Promosi merupakan elemen yang perlu ada dalam campuran pemasaran.
Menurut Sabri (2002), promosi ialah cara sesebuah perniagaan berkomunikasi
dengan pelanggan mereka samaada dijalankan secara bersemuka dan juga tidak
bersemuka. Promosi juga mempunyai komponen-komponennya yang tersendiri
yang dipanggil campuran promosi. Antara komponen campuran promosi ialah
pengiklanan, publisiti, promosi jualan dan jualan bersemuka. Promosi juga
dijalankan bertujuan untuk mengalakan sesuatu produk yang dikeluarkan
mendapat permintaan yang tinggi.
Campuran pemasaran yang terakhir ialah pengagihan. Menurut Sabri
(2002), pengagihan juga mempunyai komponen campuran pengagihan yang
tersendiri. Campuran pengagihan ini merujuk kepada penggunaan pelbagai
kaedah untuk membolehkan produk syarikat sampai kepada pengguna yang betul
tepat pada masanya. Manakala, Kotler & Amstrong (2011) pula menjelaskan
pengagihan atau saluran pengagihan ialah perantaraan yang digunakan oleh
pemasar untuk mengedarkan produk dalam proses pemasaran. Saluran aguhan ini
juga merujuk kepada pemindahan produk dari tangan pengeluar ke tangan
pengguna akhir.
Penyelidik telah memilih Syarikat Toyota Motor Corporation (TMC)
untuk menjalankan kajian tentang campuran pemasaran yang digunakan oleh
syarikat ini. Penyelidik juga hanya memilih tiga daripada empat elemen yang ada
dalam campuran pemasaran iaitu elemen produk, elemen harga dan elemen
promosi.

10

5.2 Elemen Campuran Pemasaran


5.2.1 Produk
Menurut Kotler & Amstrong (2009) produk ditakrifkan sebagai barang,
perkhidmatan serta idea yang ditawarkan oleh perniaga dan dibeli oleh
pelanggan. Produk dihasilkan bagi memenuhi segala keperluan dan
kehendak pengguna masa kini.
Dalam kajian ini, penyelidik mendapati syarikat Toyota Motor
Corporation

menawarkan

pelbagai

jenis

produk

fizikal

mahupun

perkhidmatan kepada pelanggan bagi memenuhi keperluan dan cita rasa


para penggunanya agar mereka dapat membuat pilihan dan keputusan yang
tepat. Produk fizikal ataupun barang meliputi kesemua model kenderaannya
dari model sedan, MPV, SUV, serta kenderaan komersial. Antara model
kenderaan sedan popular yang dikeluarkan Toyota ialah Camry, Corrola
Altis, dan Vios. Kenderaan sedan yang ditawarkan ini mempunyai ciri-ciri
istimewa yang tersendiri bagi memenuhi kehendak paran pengguna yang
berbeza-baza. Bagi segmen kereta MPV syarikat Toyota telah menghasilkan
kenderaan seperti Alphard, Fortuner, Innova, dan Avanza yang mempunyai
ruang dan tempat duduk yang luas bagi pengguna yang mementingkan
keselesaan semasa memandu.
Selain itu, syarikat Toyota juga mengeluarkan kenderaan SUV
kepada pengguna yang memerlukan kenderaan tahan lasak bagi kegunaan
tertentu. Antara kenderaan tersebut ialah FJ Cruiser, Hilux, Rush, dan Land
Cruiser. Manakala bagi kegunaan komersial, syarikat Toyota telah
menghasilkan kenderaan seperti Coaster, Dyna, dan Hiace. Dalam pada itu,
bagi mengurangkan kos penggunaan bahan api, syarikat Toyota telah
bekerja keras bagi menghasilkan sebuah kenderaan Hybrid yang mampu
menjimatkan penggunaan bahan api. Kenderaan hibrid merupakan sebuah
kenderaan yang mengabungkan penggunaan bahan api petrol dengan motor
elektrik bagi menjana kuasa. Kenderaan hibrid pertama yang dilancarkan
11

oleh syarikat Toyota ialah model Prius yang dijual secara besar-besaran di
seluruh dunia.
Dalam pada itu, penyelidik juga mendapati syarikat Toyota Motor
Corporation (TMC) turut menawarkan produk bercirikan perkhidmatan
kepada penggunanya. Data yang diperoleh melalui laman web Toyota
Malaysia http://www.toyota.com.my. Bagi cawangan Toyota di negara ini,
mereka sentiasa mencuba untuk memenuhi keperluan anda dengan
menawarkan perkhidmatan 24 jam sehari, 7 hari seminggu yang dikenali
sebagai program Toyota 24SEVEN ROAD ASSIST. Dengan liputan di
seluruh negara, mereka akan memberi bantuan segera kepada pelanggannya
bagi memastikan perjalanan anda lancar dan selamat. Bagi mendapatkan
perkhidmatan ini pelanggan perlu mendaftar untuk menjadi ahli sama ada
keahlian biasa atau keahlian istimewa. Antara faedah yang diperoleh untuk
keahlian biasa ialah bantuan kerosakan 24 jam, servis kerosakan dilokasi
seperti servis jump start, penukaran tayar, pengisian minyak, bantuan
untuk kes kemalangan dan servis-servis lain seperti bantuan rawatan susulan
dan menyampaikan maklumat semasa kecemasan sekiranya berlaku
kemalangan atau kerosakan ketika memandu. Bagi keahlian istimewa faedah
yang diperoleh ialah servis percuma bernilai sebanyak RM 400 bagi setiap
servis membaiki kerosakan kecil di lokasi dan penunda. Selain itu,
perkhidmatan lain yang diberikan ialah servis paip (plumbing), pendawaian
elektrik, servis penghawa dingin, mencuci karpet dan membaik pulih
perabut, dan membaiki bumbung rumah.
5.2.2 Penetapan Harga
Kajian yang dijalankan oleh penyelidik mendapati syarikat Toyota
menetapkan harga bagi sesuatu kenderaan yang dikeluarkannya berdasarkan
matlamat yang ditetap oleh syarikat. Dalam kajian ini, penyelidik melihat
syarikat Toyota menetapkan harga kenderaannya dengan mengambil kira
kos

pengeluaran

sesebuah

kenderaan.

Sebagai

contoh

kos

bagi

menghasilkan sesebuah kenderaan bernilai RM70,000 syarikat berkenaan


12

akan mengenakan harga sekitar RM78, 000 dipasaran sebagai pulangan ke


atas jualan.
Selain itu, syarikat Toyota juga menetapkan harga kenderaannya
berdasarkan pesaing terdekatnya.

Berdasarkan senarai harga yang

dipaparkan di lawan web syarikat Toyota, kenderaan bagi model Camry 2.0
bermula pada harga RM149, 900*. Manakala harga yang diletakkan oleh
pesaingnya iaitu Honda bagi model Accord yang mempunyai spesifikasi
yang hampir sama bermula pada harga RM137, 301. Hal ini menunjukkan
bahawa syarikat Toyota meletakkan harga yang lebih tinggi berbanding
pesaingnya Honda.
Dari perspektif lain, syarikat Toyota juga menetukan harga harga
kenderaan yang dihasilkan berdasarkan nilai tambah produk tersebut.
Penentuan harga bagi aspek ini adalah berdasarkan ciri-ciri tambahan atau
keistimewaan sesebuah kenderaan tersebut. Berdasarkan senarai harga yang
dikeluarkan syarikat Toyota meletakkan harga yang tinggi bagi model
kenderaan Camry Hibrid berbanding model Camry biasa. Hal ini adalah
disebabkan oleh teknologi hibrid yang digunakan menjadi nilai tambah bagi
kenderaan tersebut.
5.2.3 Promosi
Dalam kajiaan ini, penyelidik mendapati syarikat Toyota telah menjalankan
promosi dengan giat dengan menerbitkan iklan melalui akhbar dan
televisyen, mengadakan promosi jualan, serta publisiti melalui penerbitan
artikel berkenaan kenderaan mereka.
Promosi yang dijalankan oleh syarikat Toyota seperti pengiklanan
memaparkan ciri-ciri istimewa sesebuah kenderaan baharu bagi menaik
minat pelanggan untuk membeli model kenderaan yang dikeluarkan oleh
syarikat. Menurut Sabri (2002), iklan bermaksud proses berkomunikasi oleh
syarikat secara bukan peribadi (nonpersonal) melalui media yang dibayar.
Strategi iklan yang boleh dibuat adalah mengikut matlamat iklan itu sendiri.
13

Menerusi akhbar Berita Harian yang diterbitkan pada 17 april 2015,


penyelidik mendapati syarikat Toyota telah menerbitkan sebuah iklan
berkaitan kenderaan baharunya iaitu Camry 2.5 dan juga Camry 2.5 Hybrid.
Iklan yang diterbitkan ini memaparkan ciri-ciri kenderaan berkenaan yang
mempunyai fungsi unik seperti monitor pengawasan titik buta, pengecas
tanpa wayar, mempunyai 7 beg udaran, dan sebagainya.
Selain itu, menurut maklumat yang diperolehi melalui Utusan
Online melalui laman sesawangnya iaitu http://www.utusan.com.my.
Syarikat Toyota Motor Corporation juga telah mengadakan promosi jualan
bagi sesetengah model kenderaan yang dikeluarkan mereka. Menurut Sabri
(2002), promosi jualan adalah kaedah memotivasikan pembeli memberi
produk yang dijual. Ia membantu memberi peluang kepada pengguna untuk
mencuba produk kita, meningkatkan pengiktirafan dan meningkatkan
jumlah belian. Promosi jualan adalah komunikasi yang menyediakan
kemudahan secara langsung kepada pelanggan, penjual, dan perantaraan
pemasaran di dalam mendapatkan sesuatu produk. Melalui artikel yang
diterbitkan oleh Utusan Online, syarikat Toyota menjalankan promosi jualan
bersempena musim-musim perayaan seperti hari raya aidilfitri, tahun baru
cina, dan lain-lain. Bagi tawaran bersempena hari raya aidilfitri syarikat ini
menawarkan penjimatan besar bagi model-model Toyota terpilih. Antara
promosi menarik tersebut ialah memberikan rebat bayaran muka yang
rendah bagi model Vios, Camry, Avanza, Innova dan Hilux.
Melalui maklumat yang diperolehi daripada Harian Metro online
http://www.hmetro.com.my. Selain menjalankan promosi kenderan syarikat
Toyota Motor Corporation juga mengadakan promosi servis menarik di
pusat servis Toyota terpilih sempena sambutan Aidilfitri. Presiden UMW
Toyota Motor Sdn Bhd berkata, sebagai komitmen syarikat kepada
pelanggan, pihaknya menyediakan pelbagai tawaran promosi yang pastinya
memberi kelebihan kepada pengguna yang akan menempuhi perjalanan
yang jauh untuk pulang ke kampung. Dengan promosi yang dilaksanakan ini
14

diharap pengguna akan terus setia dengan kami selagi pihak kami
memberikan produk dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dan selain itu
memenuhi jangkaan pelanggan sert membina kepercayaan bagi jangka masa
panjang. Antara promosi yang ditawarkan adalah ganti bateri asli bagi
semua jenis model Toyota pada harga istimewa, diskaun 30 peratus bagi alat
ganti model Avanza, Vios, dan Hilux. Selain itu, pelanggan juga layak untuk
mendapatkan diskaun sehingga 50 peratus bagi khidmat penjajaran dan
imbangan tayar.
Selain itu, syarikat Toyota turut mempromosi kenderaannya
melalui kaedah publisiti. Publisiti merujuk kepada cara berkomunikasi
bukan peribadi (nonpersonal) dengan audien melalui media yang tidak
dibayar. Perhubungan awam adalah publisiti syarikat yang berpengaruh.
Dalam maklumat yang diperolehi melalui akhbar Berita Harian pada segmen
auto pada 17 april 2015. Penyelidik mendapati akhbar tersebut telah
menerbitkan sebuah artikel yang bertajuk Toyota Camry terus unggul.
Dalam artikel tersebut penulis menceritakan kembali pengalamannya
semasa memandu uji kenderaan tersebut. Penulis turut memuji bahawa
Camry baharu yang dikeluarkan ini merupakan kenderaan terbaik asia bagi
segmen D untuk tahun ini. Penulis juga berpendapat harga yang ditawarkan
sangat berbaloi untuk dimiliki kerana ia mempunyai ciri-ciri keselamatan
dan tahap keselesaan yang baik. Menerusi penerbitan artikel ini penyelidik
mendapati secara tidak langsung ia dapat membantu mempromosi
kenderaan Toyota dan dapat menarik minat masyarakat untuk memiliki
kenderaan tersebut.

15

6.0 RUMUSAN DAN CADANGAN


Toyota Motor Corporation Malaysia merupakan sebuah syarikat yang dikaji oleh
penyelidik. Berdasarkan dapatan yang diperolehi, syarikat Toyota telah mengamalkan
campuran pemasaran yang meliputi beberapa elemen berikut iaitu produk, harga,
serta promosi dalam membantu penjualan produk syarikat berkenaan. Bagi elemen
produk, syarikat Toyota menawarkan pelbagai jenis produk dalam bentuk fizikal
mahupun perkhidmatan kepada pelanggannya. Produk fizikal meliputi kesemua
model kenderaan yang dihasilkan mereka dari model sedan, MPV, SUV, sehinggalah
kepada kenderaan komersial. Manakala bagi produk berbentuk perkhidmatan yang
ditawarkan oleh syarikat Toyota yang dikenali sebagai 24SEVEN ROAD ASSIST.
Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah servis serta baik pulih kenderaan yang
beroperasi 24 jam sehari 7 hari seminggu.
Dapatan kajian juga mendapati syarikat Toyota Motor Corporation telah
mengambil kira beberapa aspek sebelum membuat penetapan harga bagi kenderaan
yang dihasilkan mereka. Syarikat Toyota meletakan harga dengan mengambil kira kos
pengeluaran sesebuah kenderaan serta pulangan yang diperolehi oleh syarikat hasil
daripada penjualan kenderaan berkenaan. Selain itu, syarikat ini juga menetakkan
harga kenderaannya berdasarkan persaing terdekatnya seperti syarikat Honda. Bagi
aspek ini, Toyota dilihat mengenakan harga yang tinggi bagi sesetengah model
kenderaan berbanding persaingnya Honda. Dari perspektif lain, syarikat Toyota juga
menentukan harga kenderaan berdasarkan nilai tambah produk yang dihasilkan.
Penentuan harga bagi aspek ini adalah berdasarkan ciri-ciri tambahan atau
keistimewaan sesebuah kenderaan tersebut. Produk yang mempunyai ciri-ciri
tambahan kebiasaannya dijual dengan harga yang tinggi berbanding dengan produk
biasa.
Dalam pada itu, penyelidik juga mendapati syarikat Toyota Motor
Corporation Malaysia turut menjalankan promosi bagi meningkatkan kadar jualan
kenderaan mereka. Anatara promosi yang digunakan mereka adalah pengiklanan,
syarikat Toyota telah menerbitkan iklan seperti di akhbar bagi menarik minat
pelanggan untuk membeli produk mereka. Selain itu, syarikat Toyota juga telah
16

menjalankan

promosi

jualan

bersempena

musim-musim

perayaan

dengan

memberikan rebat serta penjimatan besar bagi model-model terpilih. Dalam pada itu,
kaedah publisiti turut digunakan Toyota bagi memberi tanggapan yang positif kepada
masyarakat terhadap produk yang dihasilkan mereka. Berdasarkan kajian yang dibuat,
penyelidik mendapati sebuah artikel telah diterbitkan oleh sebuah akhbar tempatan
dengan menceritakan kembali pengalamannya semasa memandu uji kenderaan baharu
yang dikeluarkan syarikat Toyota iaitu model Camry. Menerusi penerbitan artikel
berkenaan penyelidik berpendapat secara tidak langsung ia dapat membantu
mempromosikan kenderaan Toyota.
Kesimpulannya, syarikat Toyota Motor Corporation merupakan sebuah
syarikat yang terkenal dan antara pesaing utama bagi syarikat automotif yang lain.
Hal ini kerana syarikat Toyota sentiasa mempraktikkan empat elemen utama
campuran pemasaran iaitu produk, pengagihan, penetapan harga, setra promosi dalam
organisasinya. Bagi memastikan syarikat Toyota Motor Corporation terus kompetitif
dan berdaya saing, penyelidik ingin mencadangkan agar Toyota Motor Corporation
Malaysia mengadakan aktiviti seperti Roadshow dengan lebih kerap bagi
mempromosi produk mereka dengan lebih berkesan. Aktiviti seperti Roadshow ini
bukan sahaja dapat merapatkan hubungan dengan masyarakat malah dapat memberi
informasi mengenai produk keluaran Toyota kepada umum seterusnya dapat
meningkatkan lagi jualan kenderaan Toyota.

17

You might also like