You are on page 1of 2

4.

0 KAEDAH KAJIAN

Bahagian ini akan menjelaskan tentang kaedah kajian yang digunakan oleh pengkaji
sepanjang menjalankan kajian ini.

Kaedah merupakan cara atau jalan menyelesaikan permasalahan penyelidikan.


Menurut Ahmad Mazhab Ayob (1985:19), kaedah kajian ialah soal bagaimana tiap-tiap
suatu objektif atau penyelidikan itu hendak dicapai. Kaedah kajian merupakan teknik
mengumpul dan menganalisis data supaya dapat mengukuhkan bukti sekaligus dapat
menyokong sesuatu kajian yang dijalankan. Secara umum kaedah utama penyelidikan
untuk mendapatkan data terbahagi kepada dua, iaitu dengan menggunakan pendekatan
kuantitatif dan pendekatan kualitatif. Dalam kaedah kajian ini, cara memperoleh
maklumat adalah dengan menggunakan data sekunder.

Menurut Krejcie dan Morgan(1970); Cohen(1992), penyelidikan kuantitatif


boleh dirujuk sebagai kajian yang menggunakan statistik yang melibatkan bilangan
responden yang banyak dengan sekurang-kurangnya melebihi 10 sampel dalam
mengukur pembolehubah bagi sesuatu penyelidikan tersebut. Data-data ini wajib
diukur bagi membuktikan kebolehpercayaan dan dapat digunakan untuk menguji teori,
membina fakta dan menyatakan kewujudan perhubungan antara variabel-variabel.

Penyelidikan kualitatif pula merujuk kepada kajian yang dijalankan


memerlukan pemerhatian yang teliti. Menurut Hamzah(2010), Kajian kualitatif tidak
memerlukan bilangan responden yang banyak tetapi memperolehi maklumat yang
berkualiti dengan memberikan tumpuan terhadap sampel yang kecil dalam satu
kumpulan.

Data primer adalah data utama atau data pokok yang digunakan dalam
penelitian. Data pokok dapat dideskripsikan sebagai jenis data yang diperoleh langsung
dari tangan pertama subjek penelitian atau responden atau informan. Data primer juga
merupakan sumber data atau maklumat asas mengenai sesebuah kajian. Sumber data
primer biasanya diperolehi secara terus tetapi memerlukan pengadaptasian oleh
pengkaji sebelum menjadi hasil kajian yang baik.

Menurut Magbool dan Mohamad Abu Huzaifah (2012), data sekunder


merupakan data yang diperoleh daripada pihak lain, tidak langsung diperolehi oleh
peniliti dari subjek penelitiannya. Data sekunder juga dikenali sebagai Data Tangan
Kedua. Data sekunder digunakan untuk membuat kajian rujukan. Data sekunder adalah
penelitian yang diperoleh melalui media perantara atau secara tidak langsung. Dengan
mencari maklumat daripada internet, buku-buku, dan majalah untuk mengumpul
sumber data sekunder.

Dalam kajian ini, kaedah kepustakaan digunakan dalam menjalankan kajian ini.
Oleh itu, cara kaedah ini dapat digunakan untuk mendapatkan data. Hal ini sekaligus
dapat membantu untuk menambahkan lagi maklumat berkaitan dengan amalan
pengambilan sumber manusia bagi sesebuah syarikat. Oleh itu, sumber didapati
daripada perpustakaan Kota Sentosa dan Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Untuk memperbanyakkan maklumat yang telah didapati, cara mencari


maklumat adalah dengan menggunakan sumber internet dan telah mengases beberapa
laman web, portal rasmi dan blog-blog untuk membantu penyelesaian kerja kursus ini.

4.1 INTERNET

Pengkaji telah merujuk internet untuk mendapatkan iklan jawatan kosong.


Laman yang dijadikan sebagai rujukan ialah www.jobstreet.com.my dan
www.guardian.com.my, pengkaji juga telah melayari laman web syarikat yang
menawarkan jawatan kosong iaitu www.faizarice.com yang dicapai pada 21 Oktober
2020 untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai syarikat yang dipilih untuk kajian
ini. Maklumat tersebut merupakan sejarah penubuhan, produk atau jawatan yang
ditawarkan, anugerah dan pengiktirafan yang diterima, jenis industry dan lain-lain
maklumat yang berkaitan dengan syarikat yang dikaji oleh pengkaji.

4.2 BUKU

Pengkaji juga merujuk kepada beberapa buku ilmiah untuk mendapatkan


maklumat tambahan tentang konsep-konsep yang dikaji seperti amalan pengambilan
sumber manusia, peringkat pengurusan pertengahan, peringkat pengurusan bawahan,
analisis kerja, penghuraian kerja, spesifikasi kerja, iklan kerja, resume dan kaedah
kajian yang digunakan.

You might also like