You are on page 1of 2

6.

Berdasarkan petikan yang diberikan, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan
perbezaan jumlah kematian bayi eksogen yang direkodkan di negeri-negeri terpilih di Malaysia
antara tahun 2009 dengan tahun 2010.

Kematian bayi eksogen adalah kematian bayi yang terjadi setelah usia bayi satu bulan
hingga satu tahun. Antara faktor kematian ialah kurang gizi semasa mengandung dan kelemahan
rawatan bayi.

Walaupun wujud kaedah moden dalam penjagaan ibu mengandung dan teknologi rawatan
bersalin, namun kematian eksogen mencatatkan peningkatan kes. Sebanyak 10 juta kematian
setiap hari dicatatkan seluruh dunia berpunca dari eksogen. Begitu juga di Malaysia, jumlah
kematian eksogen yang direkodkan di negeri Kedah ada tahun 2009 masih rendah iaitu 1134
orang. Pelbagai kempen dilaksanakan telah menunjukkan berlaku penurunan jumlah kematian
pada tahun 2010 kepada 814 orang.

Bagi negeri Pulau Pinang pula jumlah kematian eksogen menunjukkan peningkatan
sebanyak 167 orang kepada 987 orang pada tahun 2010 berbanding tahun 2009. Jumlah kematian
di negeri Selangor juga meningkat sebanyak 24.59% daripada 724 orang pada tahun 2009.
Negeri Selangor merupakan negeri kedua paling banyak berlaku kematian bayi eksogen pada
tahun 2010.

Kematian bayi eksogen pada tahun 2009 yang dicatatkan di negeri Sabah sebanyak 653
orang. Pelbagai usaha kerajaan untuk mengurangkan kematian bayi eksogen menyebabkan
jumlah kematian telah berkurang kepada 491 orang pada tahun 2010.

Pengenalan program pendidikan menjaga bayi telah memberi kesan kepada jumlah
kematian bayi eksogen di Sarawak apabila sebanyak 335 kes kematian dilaporkan pada tahun
2009 merosot sebanyak 33.13% pada tahun 2010. Peningkatan jumlah penduduk dan kemasukan
pekerja asing di Johor pada tahun 2010 antara punca peningkatan kematian bayi eksogen
sebanyak 232 orang berbanding jumlah kematian pada tahun 2009 sebanyak 423 orang.

(Sumber : diubahsuai daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, 2011)

1
6. MALAYSIA: PERBEZAAN JUMLAH KEMATIAN BAYI EKSOGEN YANG DIREKODKAN
DI NEGERI-NEGERI TERPILIH ANTARA TAHUN 2009 DENGAN TAHUN 2010.

Tahun Jumlah Kematian Bayi Eksogen (orang)


Negeri Terpilih 2009 2010 Perbezaan
Kedah 1134 814 -320
Pulau Pinang 820 987 167
Selangor 724 902 178
Sabah 653 491 -162
Sarawak 335 224 -111
Johor 423 655 232

(Sumber : diubahsuai daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, 2011)

You might also like