You are on page 1of 1

MAKSUD PENIAGAAN ANTARABANGSA ( LUAR NEGERI ) 1.

Perniagaan luar negeri ialah perniagaan yang berlaku antara penduduk sesebuah negara dengan negara lain iaitu urus niaga yang dilakukan melintasi sempadan sesebuah negara. 2.Perniagaan ini melibatkan kegiatan mengimport, mengeksport, dan entreport yang melibatkan pertukaran wang asing.

3.Kegiatan mengeksport dan mengimport melibatkan kedua-dua barang dan perkhidmatan. 4.Urus niaga yang melibatkan barangan dikenali sebagai eksport dan import nyata. 5.Urus niaga yang melibatkan perkhidmatan disebut eksport dan import tak nyata. Eksport Nyata dan Tak Nyata 1.Eksport nyata merujuk kepada barang-barang eksport yang dapat dilihat dan disentuh seperti kasut, getah, dan petroleum. 2.Eksport tak nyata merujuk kepada perkhidmatan yang dieksport yang tidak dapat dilihat dan disentuh seperti insurans, pelancongan dan pendidikan. Import Nyata dan Tak Nyata 1.Import nyata merujuk kepada barang-barang import seperti mesin, komputer dan buah-buahan. 2.Import tak nyata pula merujuk kepada perkhidmatan import seperti insurans dan perkhidmatan pengangkutan. Kepentingan Perniagaan Luar Negeri 1.Faedah kepada pengguna: (a)Memenuhi keperluan dan kehendak pengguna (b)Menambahkan pilihan barang dan perkhidmatan (c)Barang bermutu pada harga rendah (d)Meninggikan taraf hidup pengguna 2.Faedah kepada pegeluar: (a)Menggalakkan pengkhususan dan pengeluaran secara besar-besaran (b)Pasaran yang luas membolehkan pengeluar menambahkan keluaran dan keuntungan (c)Pertukaran teknologi pengetahuan (d)Menambahkan sumber bekalan 3.Faedah kepada negara: (a)Menambahkan pendapatan negara (b)Memupuk persefahaman dan kerjasama dua hala (c)Menggalakkan pegkhususan antarabangsa (d)Menambahkan pertukaran mata wang asing (e)Mengatasi masalah kekurangan sumber alam

You might also like