You are on page 1of 5

Bab 2: Kaedah Perbelanjaan

Soalan: Objektif
1. Jadual di bawah menunjukkan data pendapatan negara bagi sebuah ekonomi.
Butiran
Perbelanjaan isi rumah
Pengggunaan awam
Pelaburan kasar swasta
Pelaburan kasar awam
Perubahan inventori
Eksport
Import
Pendapatan faktor bersih asing
Susut nilai
Cukai tak langsung
Subsidi

(RM juta)
27500
8700
5400
6875
-763
36472
25300
-6745
4316
5374
1000

Berapakah nilai pendapatan negara bagi ekonomi di atas?


A RM 43449 juta
B RM 47423 juta
C RM 52319 juta
D RM 58884 juta
2. Jadual di bawah menunjukkan data pendapatan negara sebuah negara
Butiran
Perbelanjaan penggunaan
Pembentukan modal tetap kasar
Perbelanjaan awam
Eksport
Import
Subsidi
Susut nilai
Cukai tak langsung
Pendapatan faktor bersih dari luar negeri
Pendapatan negara bagi ekonomi ini ialah
A RM 25000 juta
B RM 35000 juta
C RM 57000 juta
D RM 60000 juta

RM juta
25000
5000
10000
25000
5000
8000
12000
18000
-3000

3. Jadual di bawah menunjukkan data pendapatan negara bagi sebuah ekonomi


Butiran
Cukai tak langsung
Subsidi
Pendapatan faktor bersih dari luar negeri
Import
Perbelanjaan dan pelaburan kerajaan
Eksport
Pelaburan kasar swasta
Susut nilai
Perbelanjaan penggunaan

RM juta
15
30
-30
150
180
45
210
15
300

Penyataan manakah benar mengenai data di atas?


A Keluaran Negara Bersih pada harga pasaran melebihi Keluaran Negara Kasar pada
kos faktor
B Keluaran Dalam Negeri Kasar kurang daripada Keluaran Negara Kasar
C Keluaran Negara Bersih melebihi Keluaran Negara Kasar
D Harga pasaran melebihi kos faktor
4. Jadual di bawah menunjukkan data perakaunan pendapatan negara sebuah ekonomi
pada suatu tahun tertentu.
Butiran
Perbelanjaan penggunaan
Perbelanjaan pelaburan kasar
Eksport
Import
Subsidi
Cukai tak langsung
Cukai langsung
Bayaran faktor bersih ke luar negara
Perbelanjaan kerajaan
Susut nilai

RM juta
2300
4500
6700
7800
1200
3400
5600
-3200
4300
2100

Hitung Keluaran Dalam Negeri Kasar pada harga pasaran.


A RM 6800 juta
B RM 7800 juta
C RM 10000 juta
D RM 12200 juta
5. Jadual di bawah menunjukkan maklumat pendapatan negara bagi sebuah negara
Butiran
Keluaran negara kasar
Perbelanjaan penggunaan swasta
Pelaburan bersih
Eksport bersih

RM juta
4200
1000
900
500

Perbelanjaan kerajaan
Susut nilai
Pendapatan faktor dari luar negeri

1500
100
800

Keluaran dalam negeri kasar ialah


A RM 3900 juta
B RM 4000 juta
C RM 4800 juta
D RM 8100 juta
Soalan esei:
1. Huraikan bagaimana pendapatan negara dihitung dengan menggunakan kaedah
perbelanjaan. (10m)
Soalan kuantitatif:
Jadual di bawah menunjukkan data pendapatan negara bagi sebuah negara.
Butiran
Perbelanjaan penggunaan isi rumah
Pembentukan modal tetap kasar
Eksport
Import
Perbelanjaan kerajaan
Pendapatan faktor bersih dari luar negeri
Perubahan inventori
Subsidi
Cukai tak langsung
Susut nilai

RM juta
12500
2500
2000
3000
2500
-500
-250
600
1500
800

a) Apakah yang dimaksudkan dengan


(i)
Pendapatan faktor bersih dari luar negeri (PFbLN) ?
(ii)
Perubahan inventori
b) Mengapakah faktor bersih dari luar negeri dan perubahan inventori bernilai
negatif ?
c) Hitung
(i)
Keluaran Dalam Negeri Kasar pada harga pasaran (KDNKhp)
(ii)
Keluaran Negara Kasar pada kos faktor (KNKkf)
(iii)
Pendapatan negara

Jawapan:
Objektif
1. A 2.B

3.C

4.C

5.A

Esei

Mengikut kaedah perbelanjaan, pendapatan negara diperolehdengan mencampurkan


semua perbelanjaan ke ats barang akhir dan perkhidmatan yang dilakuakan oleh isi
rumah, firma, kerajaan dan pengguna luar negara.
Perbelanjaan terhadap barang perantaraan tidak diambil kira untuk mengelakkan
masalah pengiraan dua kali.
Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNKhp) diperoleh apabila butir berikut dijumlahkan:
(a) Perbelanjaan penggunaan isi rumah (C), iaitu perbelanjaan isi rumah terhadap
barang akhir dan perkhidmatan.
(b) Perbelanjaan penggunaan kerajaan (G), iaitu perbelanjaan kerajaan terhadap
barang akhir dan perkhidmatan.
(c) Perbelanjaan pelaburan oleh sektor swasta dan kerajaan (I). Pelaburan swasta
meliputi perbelanjaan atas barang modal seperti peralatan kilang, mesin, dan
bangunan serta inventori yang digunakan untuk menaikkan keupayaan
pengeluaran. Pelaburan kerajaan pula terdiri daripada perbelanjaan untuk
membina prasarana seperti sekolah, jalan raya dan pelabuhan.
(d) Eksport bersih (X- M), iaitu perbezaan antara nilai eksport dengan nilai import.
Secara rumus,
KDNKhp = C + I + G + ( X M)
Contoh berangka:
Jenis Perbelanjaan
1. perbelanjaan penggunaan isi rumah
2. perbelanjaan penggunaan kerajaan
3. pelaburan kasar:
Swasta
Kerajaan
4. eksport bersih
Eksport
Import
KDNKhp
+ pendapatan faktor bersih dari luar negara
KNKhp
cukai tak langsung
+ subsidi
KNKkf
susut nilai
KNBkf (pendapatan negara)

RM juta
55000
1200
3500
2000
1500
3500
7500
4000
13200
200
13400
5400
4000
12000
2000
10000

Pendapatan faktor bersih luar negera di campurkan untuk memperoleh KNKhp


Keluaran Negara Kasar pada kos faktor (KNKkf) diperoleh dengan mencampurkan
subsidi dan menolak cukai tak langsung daripada KNKhp
Keluaran Negara Bersih pada kos faktor atau Pendapatan Negara (KNBkf) diperoleh
dengan menolak susut nilai daripada KNKkf.

Kuantitatif:
(a) (i) pendapatan faktor bersih dari laur negeri (PFbLN) ialah jumlah nilai penerimaan
pendapatan faktor pengeluarandi luar negara ditolak dengan pembayaran pendapatan faktor
pengeluaran asing negara.
(ii) perubahan inventori ialah nilai stok akhir ditolak dengan nilai stok awal.
(b) PFbLN bernilai negatif kerana jumlah nilai pembayaran pendapatan faktor
pengeluaran asing dalam negara melebihi jumlah nilai penerimaan pendapatan faktor
pengeluaran tempatan diluar negara.
Perubahan inventoribernilai negatif kerana stok awal lebih daripada stok akhir.
(c) (i) KDNKhp = C + I + G + (X M) + perubahan inventori
= 12500 + 2500 + 2500 + (2000 - 3000) + (-250)
= RM16 250 juta
(ii) KNKkf

= KDNKhp + PFbLN CTL + B


= 16250 + (-500) 1500 + 600
= RM14 850 juta

(iii) Pendapatan negara

= KNBkf
=KNKkf susut nilai
= 14850 800
= RM 14 050 juta

You might also like