You are on page 1of 9

e-PRAKTIS

BAB
PENGENALAN
1
BAHAGIAN A SOALAN ANEKA PILIHAN

Jawab semua soalan.

1 Barang ekonomi ialah barang yang


A mempunyai kos pengeluaran yang tinggi
B memberi kepuasan maksimum kepada pengguna
C secara perbandingan adalah tidak mencukupi
D secara relatifnya tidak mempunyai masalah kekurangan

2 Jadual di bawah menunjukkan kombinasi pengeluaran bagi sesebuah ekonomi.

Kombinasi Barang Y Barang X


A 15 0
B 12 3
C 9 6
D 6 9
E 3 12
F 0 15

Yang manakah benar tentang kos lepas bagi jadual di atas?


A Kos melepas malar
B Kos melepas menurun
C Kos melepas meningkat
D Kos melepas meningkat dan menurun

3 Apabila sumber ekonomi telah digunakan dengan sepenuhnya, maka output hanya
boleh ditambahkan dengan
A aliran keluar modal ke negara asing
B kenaikan daya pengeluaran buruh
C kerajaan menyekat kemasukan buruh asing
D penambahan penggunaan dalam ekonomi

4 Masalah apa dan berapa banyak barang hendak dikeluarkan boleh digambarkan oleh
A titik di dalam keluk kemungkinan pengeluaran
B peralihan keluk kemungkinan pengeluaran ke kiri
C peralihan keluk kemungkinan pengeluaran ke kanan
D pergerakan di sepanjang keluk kemungkinan pengeluaran

ACE AHEAD Mikroekonomi Penggal 1


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018 1
5 Gambar rajah di bawah ini menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran bagi sebuah
ekonomi.

Titik yang manakah menunjukkan keadaan ketidakcekapan?


A Titik P C Titik R
B Titik Q D Titik S

6 Jadual di bawah ini menunjukkan kemungkinan pengeluaran pakaian dan jentera


dalam sebuah ekonomi.

Kemungkinan Pakaian Jentera


pengeluaran (unit) (unit)
P 100 0
Q 90 10
R 70 20
S 40 30
T 0 40

Berapakah kos lepas apabila pengeluaran beralih dari Q ke S?


A 0.4 unit pakaian
B 0.75 unit jentera
C 1.3 unit jentera
D 2.5 unit pakaian

7 Apakah ciri utama sistem ekonomi pasaran bebas?


A Agihan barang ditentukan oleh kerajaan
B Harga barang ditetapkan oleh pengeluar dan kerajaan
C Pembeli dan penjual mempunyai ilmu pengetahuan sempurna
D Peruntukan sumber ekonomi berdasarkan permintaan pengguna

8 Apakah kelebihan sistem ekonomi perancangan pusat berbanding dengan sistem


ekonomi pasaran bebas?
A Ekonomi negara sentiasa stabil
B Agihan pendapatan lebih setara
C Kuasa besar pengguna dipentingkan
D Kesan eksternaliti negatif tidak berlaku

ACE AHEAD Mikroekonomi Penggal 1


2 © Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018
9 Dalam sistem ekonomi campuran, peruntukan sumber yang terhad dilakukan melalui
A mekanisme harga
B perancangan kerajaan
C pengguna dan pengeluar
D mekanisme harga dan campur tangan kerajaan

10 Yang manakah bukan ciri sistem ekonomi Islam?


A Masalah asas ekonomi ditentukan oleh mekanisme harga
B Keputusan ekonomi ditentukan oleh individu dan kerajaan
C Keputusan ekonomi bertujuan untuk memaksimumkan keuntungan
D Individu bebas menggunakan sumber ekonomi tanpa penindasan

BAHAGIAN B SOALAN ESEI

Jawab semua soalan.

1 Barang dan perkhidmatan yang dihasilkan dalam ekonomi tidak mencukupi kerana
sumber ekonomi yang terhad. Terangkan. [10]

2 Huraikan bagaimana sistem ekonomi pasaran bebas menyelesaikan masalah


(a) peruntukan sumber-sumber ekonomi,
(b) pengeluaran barang-barang, dan
(c) pengagihan barang-barang. [10]

3 (a) Apakah yang ditunjukkan oleh keluk kemungkinan pengeluaran? [2]


(b) Dengan menggunakan gambar rajah, jelaskan implikasi yang dihadapi oleh
sesebuah negara yang menjalankan operasi di dalam lingkungan kawasan keluk
kemungkinan pengeluaran. [8]

4 Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan kesan terhadap keluk kemungkinan


pengeluaran apabila
(a) pelaburan asing di Malaysia meningkat,
(b) undang-undang buruh dipinda sehingga masa bekerja dikurangkan daripada 8 jam
kepada 6 jam,
(c) sekatan dikenakan terhadap kemasukan tenaga buruh asing ke dalam negara. [10]

ACE AHEAD Mikroekonomi Penggal 1


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018 3
BAHAGIAN C SOALAN KUANTITATIF

Jawab semua soalan.

1 Gambar rajah di bawah ini menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran.

(a) Berikan maksud keluk kemungkinan pengeluaran.[2]


(b) Apakah yang ditunjukkan oleh titik-titik yang berikut dalam keluk kemungkinan
pengeluaran?
(i) Titik C
(ii) Titik D
(iii) Titik F[3]
(c) Huraikan dua faktor yang membolehkan titik F dicapai. [2]
(d) Antara pilihan kombinasi D dan E, yang manakah dapat memberikan tingkat
pertumbuhan ekonomi yang lebih besar? Mengapa? [3]

2 Jadual di bawah ini menunjukkan kombinasi pengeluaran barang modal dan barang
pengguna bagi sebuah ekonomi.

Kombinasi A B C D E F
Barang pengguna (unit) 0 1 2 3 4 5
Barang modal (unit) 100 80 60 40 20 0

(a) (i) Apakah maksud keluk kemungkinan pengeluaran?[1]


(ii) Dengan menggunakan kertas graf, lukis keluk kemungkinan pengeluaran. [2]
(b) Adakah ekonomi tersebut mampu mengeluarkan pada kombinasi 2.5 unit barang
pengguna dan 40 unit barang modal? Mengapa? [2]
(c) Adakah ekonomi tersebut mampu mengeluarkan pada kombinasi 4 unit barang
pengguna dan 40 unit barang modal? Mengapa? [2]
(d) (i) Apakah maksud kos lepas?[1]
(ii) Hitung kos lepas seunit barang pengguna. [1]
(iii) Apakah jenis kos lepas yang dihadapi oleh ekonomi ini? [1]

ACE AHEAD Mikroekonomi Penggal 1


4 © Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018
3 Gambar rajah di bawah ini menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran.

(a) Apakah yang dapat diterangkan oleh keluk kemungkinan pengeluaran dalam
gambar rajah di atas? [2]
(b) Mengapakah keluk kemungkinan pengeluaran berbentuk cembung daripada titik
origin?[2]
(c) Berapakah kos lepas apabila titik pengeluaran berpindah
(i) dari titik P ke titik R?
(ii) dari titik R ke titik Q?[2]
(d) (i) Adakah ekonomi itu dapat dicapai pada titik S? Mengapa? [2]
(ii) Nyatakan dua faktor yang menyebabkan keluk kemungkinan pengeluaran
beralih ke kanan. [2]

ACE AHEAD Mikroekonomi Penggal 1


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018 5
JAWAPAN CADANGAN
BAHAGIAN A

1 C 2 A 3 B 4 D 5 B 6
D 7 D 8 B 9 D 10 C

BAHAGIAN B

1 Masalah barang dan perkhidmatan yang tidak mencukupi dalam ekonomi


berpunca daripada masalah kekurangan, iaitu bekalan faktor pengeluaran yang
terhad berbanding dengan kehendak manusia yang tidak terhad. Oleh sebab faktor
pengeluaran adalah terhad, manakala kehendak manusia adalah tidak terhad, maka
manusia perlu membuat pilihan. Pengguna harus memilih barang atau perkhidmatan yang
dapat memberikan kepuasan maksimum; firma atau pengeluar harus memilih barang atau
perkhidmatan yang dapat memberikan keuntungan maksimum; dan kerajaan perlu memilih
barang atau perkhidmatan yang dapat memaksimumkan kebajikan masyarakat.
Apabila pengguna memilih sesuatu barang berbanding dengan barang lain, kos lepas
akan wujud. Kos lepas merupakan barang kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan
untuk mendapatkan barang yang dipilih. Hal ini bermakna semakin banyak sesuatu
barang dikeluar­kan bagi memenuhi kehendak pengguna, semakin kurang barang lain
yang dapat dikeluarkan dengan menggunakan faktor pengeluaran yang terhad. Selain
itu, kos lepas wujud disebabkan oleh pendapatan pengguna yang terhad. Misalnya,
individu A mempunyai RM15 dan boleh menggunakan wang tersebut untuk membeli
sebuah buku cerita atau satu set alat tulis. Oleh sebab setiap barang tersebut berharga
RM15, maka individu A hanya dapat membeli buku cerita atau set alat tulis tetapi bukan
kedua-dua sekali. Hal ini bermakna dengan wang berjumlah RM15, kos lepas untuk
mendapatkan buku cerita ialah set alat tulis, dan kos lepas untuk mendapatkan set alat
tulis ialah buku cerita.

2 (a) Sistem ekonomi pasaran bebas menyelesaikan masalah peruntukan sumber-sumber


ekonomi berdasarkan motif keuntungan. Dalam pasaran ini, pengeluar akan
mengeluarkan barangan yang diminta oleh pengguna. Jika pengeluar mengeluarkan
barang yang tidak diminta oleh pengguna, maka mereka akan mengalami kerugian.
Firma dalam pasaran bebas akan mengeluarkan barang yang mempunyai
permintaan yang tinggi untuk mendapat keuntungan maksimum.
(b) Pengeluaran barang-barang berkaitan dengan teknik pengeluaran yang akan
digunakan. Oleh sebab tujuan pengeluar adalah untuk mencapai keuntungan
maksimum, maka pengeluar akan memilih kaedah pengeluaran yang paling cekap,
iaitu memilih kaedah pengeluaran yang dapat meminimumkan kos pengeluaran.
Bagi tujuan ini, seseorang pengeluar boleh memilih teknik penge­luaran berintensif
buruh atau modal untuk mencapai matlamat ini.

ACE AHEAD Mikroekonomi Penggal 1


6 © Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018
(c) Sistem ekonomi pasaran bebas menyelesaikan masalah pengagihan barang-barang
berdasarkan kuasa beli pengguna, iaitu barang akan diagihkan kepada pengguna
yang mampu membeli. Semakin tinggi pendapatan atau kuasa beli seseorang,
semakin banyak yang mampu diperoleh. Kuasa beli pengguna bergantung pada
pendapatan yang diterima dalam bentuk upah, bunga, dan untung.

3 (a) Keluk kemungkinan pengeluaran (KKP) menunjukkan kuantiti maksimum dua


jenis barang yang dapat dikeluarkan dengan menggunakan sumber ekonomi yang
terhad pada tingkat teknologi tertentu.
(b) Jika sesebuah negara beroperasi di dalam lingkungan kawasan keluk kemungkinan
pengeluaran, ekonomi akan menghadapi masalah pengangguran. Hal ini bermakna,
sumber ekonomi tidak digunakan dengan cekap atau dengan sepenuhnya. Dalam
keadaan ini, jumlah keluaran yang dapat dihasilkan adalah rendah. Oleh itu,
pengeluaran satu jenis barang dapat ditingkatkan tanpa perlu mengurangkan
pengeluaran barang lain.

Gambar rajah di atas menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran AB. Jika negara
beroperasi di dalam lingkungan kawasan keluk kemungkinan pengeluaran, misalnya
pada titik M, pengangguran akan berlaku. Pada titik M, kuantiti barang X dan
barang Y yang dapat dikeluarkan masing-masing ialah X1 unit dan Y1 unit. Apabila
ekonomi dalam keadaan pengangguran, pengeluaran barang X dapat ditambah
daripada X1 unit kepada X2 unit tanpa mengurangkan pengeluaran barang Y.

4 (a) Peningkatan pelaburan asing di Malaysia akan menambahkan pembentukan


modal tetap di dalam negara. Oleh sebab modal merupakan salah satu sumber
ekonomi, pertambahan modal tetap akan meningkatkan pengeluaran dalam negara.
Kesannya, keluk kemungkinan pengeluaran akan beralih ke kanan.

ACE AHEAD Mikroekonomi Penggal 1


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018 7
Berdasarkan gambar rajah di atas, AB ialah keluk kemungkinan pengeluaran
asal. Apabila pelaburan asing (modal tetap) meningkat, jumlah keluaran
yang dapat dihasilkan akan meningkat. Oleh itu, keluk kemungkinan pengeluaran
beralih ke kanan dari AB ke CD.
(b) Apabila masa bekerja buruh dikurangkan, jumlah keluaran yang dapat dihasilkan
oleh buruh akan berkurangan. Oleh itu, keluk kemungkinan pengeluaran akan
beralih ke kiri.

Berdasarkan gambar rajah di atas, AB ialah keluk kemungkinan pengeluaran asal.


Apabila masa bekerja dikurangkan, jumlah keluaran akan merosot. Oleh itu, keluk
kemungkinan pengeluaran beralih ke kiri dari AB ke CD.
(c) Buruh merupakan salah satu sumber ekonomi yang penting. Jika kemasukan
buruh asing ke dalam negara disekat, kuantiti sumber ekonomi dalam negara akan
berkurangan. Kekurangan sumber ekonomi dalam negara akan mengurangkan
jumlah keluaran yang dapat dihasilkan. Kesannya, keluk kemungkinan pengeluaran
akan beralih ke kiri dari AB ke CD seperti yang ditunjukkan pada gambar rajah
di atas.

BAHAGIAN C

1 (a) Keluk kemungkinan pengeluaran menunjukkan kuantiti maksimum dua jenis


barang yang dapat dikeluarkan dengan sumber ekonomi yang terhad pada tingkat
teknologi tertentu.
(b) (i) Titik C boleh dicapai tetapi berlaku pengangguran atau ketidakcekapan
pembaziran sumber ekonomi.
(ii) Titik D boleh dicapai dan berlaku guna tenaga penuh atau kecekapan.
(iii) Titik F tidak boleh dicapai kerana sumber ekonomi tidak mencukupi/wujud
masalah kekurangan sumber-sumber ekonomi
(c) Faktor yang membolehkan titik F dicapai:
(i) Kemasukan buruh asing
(ii) Peningkatan pelaburan tempatan atau pelaburan asing
(iii) Kemajuan teknologi pengeluaran

ACE AHEAD Mikroekonomi Penggal 1


8 © Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018
(d) Pertumbuhan ekonomi negara lebih cepat pada titik D, kerana pemilihan barang-
barang modal atau pelaburan lebih tinggi berbanding titik E.

2 (a) (i) Keluk kemungkinan pengeluaran merujuk kepada kuantiti maksimum dua
jenis barang yang dapat dikeluarkan dengan sumber ekonomi yang terhad
pada tingkat teknologi tertentu.
(ii)

(b) Ekonomi boleh mengeluarkan pada kombinasi 2.5 unit barang pengguna dan 40
unit barang modal, kerana kombinasi pengeluaran tersebut berada di dalam keluk
kemungkinan pengeluaran.
(c) Ekonomi tidak boleh mengeluarkan pada kombinasi 4 unit barang pengguna dan
40 unit barang modal, kerana kombinasi pengeluaran tersebut berada di luar keluk
kemungkinan pengeluaran, di mana sumber-sumber ekonomi tidak mencukupi.
(d) (i) Kos lepas bermakna pengeluaran sejumlah barang yang terpaksa dilepaskan
apabila pengeluaran satu unit barang lain ditambah.
(ii) 20 unit barang modal dilepaskan apabila satu unit barang pengguna ditambah.
(iii) Kos lepas malar.

3 (a) Keluk kemungkinan pengeluaran menunjukkan had maksimum barang perkilangan


atau barang pertanian yang dapat dikeluarkan dengan meng­gunakan sumber-sumber
ekonomi yang terhad dan tingkat teknologi pengeluaran yang tidak berubah.
(b) Keluk kemungkinan pengeluaran berbentuk cem­ bung kerana kos lepas barang
perkilangan semakin meningkat apabila barang pertanian ditambahkan.
(c) (i) 60 – 100 = – 1 unit barang perkilangan
40 – 0
(ii) 0 – 60 = – 6 unit barang perkilangan
50 – 40
(d) (i) Tidak dapat, kerana sumber-sumber ekonomi tidak mencukupi.
(ii) •  Kenaikan sumber-sumber ekonomi seperti kemasukan buruh asing ke
dalam negara atau kemasukan pelabur asing.
• Kemajuan teknologi pengeluaran ke atas barang perkilangan dan barang
pertanian.

ACE AHEAD Mikroekonomi Penggal 1


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018 9

You might also like