You are on page 1of 8

944/1 STPM 2023

UJIAN PENGESANAN
KOMPETENSI PENGGAL 1
[23UPK1]

EKONOMI KERTAS 1
( MIKROEKONOMI )

( Dua jam )

SKEMA
PEMARKAHAN
UJIAN PENGESANAN KOMPETENSI PENGGAL 1 2023 (23UPK1 )

BAHAGIAN A
1
1 A 6 A 11 B C
6
1
2 D 7 D 12 C C
7
1
3 B 8 A 13 C A
8
1
4 D 9 C 14 C A
9
2
5 A 10 D 15 C(bonus) B
0

BAHAGIAN B

21 (a) Jelaskan maksud modal. [4]

 Modal merupakan faktor pengeluaran ciptaan manusia yang digunakan untuk meningkatkan pendapatan atau
kekayaan
 Modal terdiri daripada wang, mesin peralatan dan bahan mentah
 Modal mudah dipindahkan dan penawarannya tidak tetap, iaitu boleh ditambah dan dikurangkan
 Ganjaran kepada modal ialah bunga atau faedah

(b) Terangkan secara ringkas perbezaan antara barang awam dengan barang persendirian. [6]

 Barang awam ialah barang yang ditawarkan kepada semua orang tanpa pengecualian, manakala barang
persendirian pula merupakan barang yang dimiliki oleh pengguna secara persendirian.
 Barang awam, penggunaannya adalah secara kolektif, iaitu faedah penggunaan barang awam adalah tidak
terhad dan orang ramai tidak dapat dikecualikan daripada menggunakan barang awam, manakala bagi
barang persendirian pula orang ramai boleh dikecualikan daripada menggunakan barang persendirian oleh
pemiliknya.
 Contoh barang awam ialah rumah api dan lampu jalan, manakala contoh barang persendirian pula ialah
telefon pintar dan rumah.

22 (a) Takrifkan sumber ekonomi. Mengapakah masalah asas ekonomi wujud? [4]

 Sumber ekonomi merupakan faktor atau input yang digunakan dalam proses pengeluaran untuk
menghasilkan barang dan perkhidmatan.
 Masalah asas ekonomi wujud kerana sumber ekonomi yang diperlukan untuk menghasilkan barang dan
perkhidmatan adalah terhad dan tidak mencukupi untuk memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad.

(b) Terangkan bagaimana sistem ekonomi pasaran bebas mengatasi masalah asas ekonomi dalam industri kereta.
[6]
Berapa banyak kereta yang hendak dikeluarkan
 Mekanisme harga akan menentukan jenis dan kuantiti kereta yang perlu dikeluarkan, iaitu bergantung pada
jumlah permintaan terhadap setiap jenis kereta dalam pasaran.
 Jenis kereta adalah seperti kereta penumpang biasa dan kereta mewah.

Bagaimana kereta hendak dikeluarkan?


 Pengeluar kereta akan memilih teknik pengeluaran yang cekap. Samada berintensifkan buruh atau modal
untuk meminimumkan kos pengeluaran supaya keuntungan pengeluar dapat dimaksimumkan.
Untuk siapa kereta hendak dikeluarkan
 Sasaran pembeli kereta akan ditentukan berdasarkan corak agihan pendapatan dan kemampuan membayar
pengguna
 Kereta mewah akan disasarkan kepada golongan berpendapatan tinggi dan kereta penumpang biasa akan
disasarkan kepada golongan berpendapatan sederhana.

23 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan keseimbangan pasaran? [2]

 Keseimbangan pasaran ialah satu keadaan apabila kuantiti diminta sama dengan kuantiti ditawarkan dalam
pasaran pada satu tingkat harga tertentu

(b) Dengan menggunakan gambar rajah yang sesuai, huraikan bagaimana keseimbangan pasaran dicapai. [8]

Rajah = 2m

 Keseimbangan pasaran dicapai pada titik E apabila keluk permintaan (DD) bersilang dengan keluk
penawaran(SS) pada harga keseimbangan P0 dan kuantiti keseimbangan Q0. [2]
 Pada tingkat harga P1 berlaku lebihan penawaran sebanyak AB. Hal ini menyebabkan harga cenderung jatuh
menuju harga keseimbangan P0. [2]
 Pada tingkat harga P2, berlaku lebihan permintaan sebanyak FG. Hal ini menyebabkan harga cenderung
menaik menuju harga keseimbangan P0. [2]

24 Berbantukan gambar rajah, terangkan kesan kepada keseimbangan pasaran kereta tempatan jika:
(a) kerajaan memansuhkan dasar pengenaan cukai terhadap kereta import. [5]

 Keseimbangan asal dicapai pada titik e0 apabila keluk permintaan DoDo bersilang dengan keluk penawaran
S0S0 pada kuantiti keseimbangan asal Q0 dan harga asal P0 ( 1m)↓
 Apabila kerajaan memansuhkan cukai import terhadap kereta import ,permintaan terhadap kereta import
akan meningkat dan permintaan terhadap kereta tempatan akan berkurangan. ( 1m)
 Hal ini akan mengalihkan keluk permintaan kereta tempatan ke kiri dari DoDo ke D1D1. Keseimbangan
baru dicapai titik e1 pada harga P1 dan kuantiti keseimbangn Q1 ( 1m)
 Kesannya,harga menurun dari Po ke P1 dan kuantiti berkurang dari Qo ke Q1( 1m)

(b) peningkatan teknologi dalam pengeluaran kereta tempatan [5]

 Keseimbangan asal dicapai pada titik E0 apabila keluk permintaan DD bersilang dengan keluk penawaran
S0S0 pada kuantiti keseimbangan asal Q0 dan harga asal P0 ( 1m)
 Apabila berlaku peningkatan teknologi dalam pengeluaran kereta tempatan ,maka penawaran terhadap
kereta tempatan akan meningkat. ( 1m)
 Hal ini akan mengalihkan keluk penawaran kereta tempatan ke kanan dari SoSo ke S1S1. Keseimbangan
baru dicapai titik E1 pada harga P1 dan kuantiti keseimbangn Q1 ( 1m)
 Kesannya,harga menurun dari Po ke P1 dan kuantiti meningkat dari Qo ke Q1( 1m)

25 (a) Dengan menggunakan gambar rajah, jelaskan hubungan antara keluk keluaran purata dengan keluk keluaran
sut. [5]

 Apabila AP meningkat daripada input 0 hingga 0L 0, MP lebih tinggi daripada AP.


 Apabila AP mencapai tingkat maksimum pada input 0L0, MP sama dengan AP.
 Apabila AP menurun selepas input 0L0, MP lebih rendah daripada AP.

(b) Dengan menggunakan contoh, jelaskan kos eksplisit dan kos implisit. [5]
 Kos eksplisit merupakan jumlah perbelanjaan sebenar atas faktor pengeluaran bukan milik sendiri firma
dalam proses pengeluaran. Sebagai contoh: bayaran upah pekerja.
 Kos implisit ialah jumlah perbelanjaan atas penggunaan faktor milik sendiri dalam proses pengeluaran.
Tiada sebarang pembayaran kepada input kerana dimiliki sendiri oleh pengeluar. Sebagai contoh:
bangunan kilang yang dimiliki sendiri

26 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan ekonomi bidangan dalaman dan ekonomi bidangan luaran?
 Ekonomi bidangan dalaman merujuk kepada peningkatan kecekapan dan pengurangan kos pengeluaran
jangka panjang apabila firma itu mengembangkan skala pengeluaran
 Ekonomi bidangan luaran merujuk kepada faedah yang dinikmati oleh firma dalam bentuk peningkatan
kecekapan dan pengurangan kos pengeluaran yang berpunca daripada perkembangan industri secara
keseluruhan.

(b) Berbantukan gambar rajah, apakah kesan ke atas keluk kos purata jangka panjang (LAC) sekiranya
(i) pembahagian kerja dan pengkhususan meningkatkan daya pengeluaran pekerja [4]

 Pengkhususan dapat meningkatkan kecekapan pekerja yang akan menyebabkan ekonomi bidangan
dalaman berlaku.
 Ekonomi bidangan dalaman ini akan mengurangkan kos purata jangka panjang
 Ini dapat ditunjukkan oleh pergerakan ke bawah di sepanjang keluk kos purata jangka panjang seperti
dari titik a ke b
(ii) wujudnya masalah sosial seperti pencemaran udara dan kesesakan lalu lintas. [4]

 Apabila wujud pencemaran alam sekitar dan kesesakan lalu lintas, maka ia akan mengakibatkan tak
ekonomi bidangan luaran.
 Tak ekonomi bidangan luaran akan meningkatkan kos ppurata jangka panjang.
 Ini dapat ditunjukkan oleh peralihan keluk kos purata jangka panjang dari LAC 0 ke LAC1

Bahagian C
[20 markah]

Jawab dua soalan sahaja

27 Jadual di bawah menunjukkan pelbagai kombinasi output maksimum barang P dan barang Q yang dapat
dikeluarkan oleh sebuah ekonomi pada tahap teknologi tertentu.

Kombinasi Barang P (unit) Barang Q (unit)


A 0 50
B 10 47
C 20 43
D 30 36
E 40 27
F 50 14
G 58 0

(a) Terangkan maksud kos lepas meningkat. [2]


 Kos lepas meningkat bermaksud untuk menambahkan satu unit barang lain, ekonomi terpaksa
mengurangkan kuantiti suatu barang dengan jumlah yang semakin meningkat.

(b) Dengan menggunakan kertas graf, lukis keluk kemungkinan pengeluaran. [2]

(c) Hitung kos lepas untuk mengeluarkan


(i) 25 unit barang P
= 50 – 40
= 10 unit barang Q [1]

(ii) 20 unit barang Q


= 58 – 45
= 13 unit barang P [1]
(d) Adakah ekonomi ini dapat mengeluarkan kombinasi 30 unit barang P dan 50 unit barang Q? Jelaskan
jawapan anda. [2]
 Tidak. [1] Kerana kombinasi ini berada di luar keluk kemungkinan pengeluaran. Ekonomi mengalami
masalah kekurangan sumber ekonomi.[1]

(e) Berikan dua keadaan yang dapat mengatasi masalah (d) dalam jangka panjang. [2]
 Peningkatan teknologi
 Pertambahan faktor pengeluaran

28 Fungsi permintaan dan penawaran bagi suatu barang adalah seperti berikut:

P=30−Q
P=2+3 Q

(a) Andaikan kerajaan mengenakan cukai sebanyak RM4.00 seunit keatas barang tersebut.
(i) Hitung harga dan kuantiti keseimbangan sebelum cukai. [2]
30 – Q = 2 + 3Q
30 – 2 = 3Q +Q
28 = 4Q
Q=7

P = 2 + 3(7)
= 23

Harga keseimbangan RM23 dan kuantiti keseimbangan 7 unit.


(ii) Bentukkan fungsi penawaran baharu selepas cukai. [1]
P = 2 + 3Q + 4
P1 = 6 + 3Q

(iii) Hitung harga dan kuantiti keseimbangan baharu selepas cukai. [2]
30 – Q = 6 + 3Q
30 – 6 = 3Q +Q
24 = 4Q
Q=6

P = 6 + 3(6)
P = 24

Harga keseimbangan RM24 dan kuantiti keseimbangan 6 unit.

(b) Berapakah kadar kenaikan harga selepas cukai dikenakan? [2]

24−23
×100=4.35 %
23

(c) Apakah kesan pengenaan cukai terhadap pasaran barang tersebut? [1]
 Harga keseimbangan pasaran naik
 Kuantiti keseimbangan pasaran turun

(d) Berapakah jumlah hasil cukai yang diperoleh kerajaan? [2]


Jumlah hasil cukai = RM4 x 6 = RM24

29 Jadual di bawah menunjukkan kuantiti diminta bagi barang X pada pelbagai tingkat harga.

Harga (RM) Kuantiti diminta (unit)

4.00 350
6.00 300
8.00 250
10.00 200
12.00 150
14.00 100

(a) Hitung jumlah perbelanjaan pengguna ke atas barang X pada setiap tingkat harga. [2]

Jumlah perbelanjaan pengguna


Harga (RM)
(RM)

4.00 4 x 350 = 1400


6.00 6 x 300 = 1800
8.00 2000
10.00 2000
12.00 1800
14.00 1400

(b) Hitung nilai keanjalan permintaan harga bagi barang X apabila


(i) harga naik dari RM6.00 ke RM8.00 [2]
250−300 6
Ed = × =−0.5
8−6 300

(ii) harga turun dari RM10.00 ke RM8.00 [2]


250−2 00 10
Ed = × =−1.25
8−10 200

(c) Peningkatan pendapatan pengguna daripada RM2000.00 kepada RM2500.00 telah menyebabkan kuantiti
diminta barang X berubah daripada 300 unit kepada 250 unit
(i) Hitung nilai keanjalan permintaan pendapatan bagi barang X. [2]
250−300 2000
E y= × =−0.67
2500−2000 300

(ii) Berdasarkan jawapan dalam (c)(i) . apakah jenis barang X [2]


 Oleh sebab nilai Ey adalah negatif, barang X merupakan barang bawahan/ barang inferior

You might also like