You are on page 1of 6

KOLEKSI SOALAN TOPIKAL STPM BAHARU TAHUN 2013-2021

EKONOMI KERTAS 1 (944/1)


TAJUK 5 : PASARAN FAKTOR DAN AGIHAN

ANALISIS SOALAN DARI TAHUN 2013 HINGGA TAHUN 2021

Tajuk 3
TAHUN BAHAGIAN B BAHAGIAN C
2013 26 29
2014 24, 26 29
2015 Tiada Tiada
2016 26 29
2017 Tiada Tiada
2018 26 Tiada
2019 26 29
2020 26 29
2021 26 29

BAHAGIAN B

2013
26 Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan bagaimana keluk permintaan buruh
diterbitkan. [10]

2014
24 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan untung ekonomi dan untung
perakaunan? [2]
(b) Dengan menggunakan contoh berangka, bezakan pengiraan untung ekonomi
dengan untung perakaunan. [8]

26 Terangkan lima faktor yang mempengaruhi kejayaan kesatuan sekerja dalam menuntut
kenaikan upah. [10]

2015 – TIADA

2016
26 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan;
(i) Sewa ekonomi [2]
(ii) Perolehan pindahan [2]
(b) Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan perbezaan antara sewa ekonomi
dengan perolehan pindahan bagi keluk penawaran faktor yang anjal. [6]

2017 – Tiada

2018
26 (a) Huraikan perbezaan antara
(i) Keluaran hasil purata (ARP) dengan keluaran fizikal purata (APP) [2]
(ii) Keluaran hasil sut (MRP) dengan keluaran fizikal sut (MPP) [2]

KamisahHjArbainKISAS_05082021 1
KOLEKSI SOALAN TOPIKAL STPM BAHARU TAHUN 2013-2021
EKONOMI KERTAS 1 (944/1)
TAJUK 5 : PASARAN FAKTOR DAN AGIHAN

(b) Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan keluk penawaran buruh di


pasaran [6]
2019
26 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan lebihan permintaan buruh dan lebihan
penawaran buruh? [2]

(b) Dengan menggunakan gambar rajah, jelaskan bagaimana tingkat upah dan kuantiti
buruh keseimbangan dicapai dalam pasaran persaingan sempurna apabila
berlaku lebihan permintaan buruh dan lebihan penawaran
buruh? [8]

2020
26 Dengan menggunakan gambar rajah, bagaimanakah keluk permintaan faktor pengeluaran
dalam pasaran persaingan sempurna diterbitkan? [10]

Keseimbagan psrn faktor tercapai apabila MRP1 = MCF1 iaitu pada titik E1, harga 1m
faktor pada P1 dan kuantiti faktor pada L1.

Bila harga faktor naik ke P2, keseimbangan baru pada E2 apabila MRP2 = MCF2, . 1m
Harga faktor adalah P2 dan ktti faktor adalah L2

Bila harga faktor lebih dari P3, firma tidak meminta faktor kerana mengalami 1m
kerugian / MCF > MRP

Dengan menyambungkan titik2 E1 dan E2 maka terbentuklah keluk permintaan 1m


faktor
Keluk permintaan mencerun ke bawah dari kiri ke kanan / mencerun negatif 1m
iaitu apabila harga faktor naik dari P1 ke P2, ktti faktor berkurang dari L1 ke L2 1m

Keluk permintaan faktor merupakan keluk MRP yang bermula dari keluk 1m
MRP=ARP maksimum.

2021
26 Dengan menggunakan gambar rajah, jelaskan kesan ke atas keseimbangan pasaran buruh
sekiranya
(a) umur persaraan wajib dilanjutkan dari 60 tahun kepada 65 tahun [5]

(b) kos Pendidikan dan Latihan dibiayai oleh kerajaan dan swasta. [5]

KamisahHjArbainKISAS_05082021 2
KOLEKSI SOALAN TOPIKAL STPM BAHARU TAHUN 2013-2021
EKONOMI KERTAS 1 (944/1)
TAJUK 5 : PASARAN FAKTOR DAN AGIHAN

BAHAGIAN C

2013
29 Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara buruh dengan jumlah keluaran fizikal.

Buruh Jumlah keluaran fizikal


(orang) (unit)
0 0
1 200
2 320
3 420
4 500
5 560
6 600
7 620

(a) Hitung keluaran fizikal sut pada setiap tingkat buruh. [2]
(b) Jika harga per unit keluaran ialah RM2.00, hitung
(i) keluaran hasil sut, [2]
(ii) keluaran hasil purata, [2]
(c) Sekiranya kos purata buruh ialah RM160.00,
(i) Hitung untung atau rugi firma pada tingkat keseimbangan, [2]
(ii) berapakah kuantiti buruh yang memaksimumkan untung? [2]

2014
29 Jadual di bawah menunjukkan tingkat penggunaan buruh dan jumlah keluaran bagi sebuah
firma pasaran persaingan sempurna.

Buruh (orang) Jumlah keluaran (unit)


0 0
1 10
2 22
3 33
4 40
5 45
6 48

(a) Hitung jumlah hasil dan keluaran hasil sut sekiranya harga keluaran RM6.00 seunit. [2]
(b) Jika tingkat upah dalam pasaran ialah RM30.00, berapakah bilangan buruh digunakan? [2]
(c) Hitung untung atau rugi pada tingkat keseimbangan. [2]
(d) Sekiranya firma menggunakan buruh pada unit yang ke-3,
(i) hitung untung firma tersebut, [2]
(ii) terangkan tindakan firma untuk mencapai untung maksimum. [2]

KamisahHjArbainKISAS_05082021 3
KOLEKSI SOALAN TOPIKAL STPM BAHARU TAHUN 2013-2021
EKONOMI KERTAS 1 (944/1)
TAJUK 5 : PASARAN FAKTOR DAN AGIHAN

2015 – TIADA

2016
29 Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara kuantiti buruh dengan jumlah keluaran bagi
sebuah firma.
Buruh (unit) Jumlah keluaran (unit)
0 0
1 5
2 12
3 24
4 32
5 35

(a) Hitung keluaran sut buruh. [2]


(b) Hitung keluaran purata buruh. [2]
(c) (i) Dengan menggunakan kertas graf, lukis keluk keluaran sut buruh dan keluk
keluaran purata buruh. [3]
(ii) Jelaskan hubungan antara keluk keluaran sut buruh dengan keluk keluaran
purata buruh. [3]

2017 – Tiada

2018 – Tiada

2019
29 Persamaan permintaan dan persamaan penawaran buruh dalam pasaran persaingan
sempurna adalah seperti yang berikut:

Qd = 90 -2w
Qs = 10 + 2w

dengan
Qd = kuantiti buruh diminta (unit)
Qs = kuantiti buruh ditawar (unit)
w = upah (RM)

(a) Hitung tingkat upah dan kuantiti buruh pada titik keseimbangan. [4]
(b) Apablia kerajaan menetapkan upah minimum sebanyak RM30 seunit,
(i) hitung kuantiti buruh diminta dan kuantiti buruh ditawar di pasaran, [2]
(ii) berdasarkan jawapan anda di (b)(i), apakah yang berlaku di pasaran ini? [2]
(c) Hitung tingkat upah dan kuantiti keseimbangan buruh yang baharu jika keluk penawaran
telah berubah kepada Qs = 50 + 2w. [2]

KamisahHjArbainKISAS_05082021 4
KOLEKSI SOALAN TOPIKAL STPM BAHARU TAHUN 2013-2021
EKONOMI KERTAS 1 (944/1)
TAJUK 5 : PASARAN FAKTOR DAN AGIHAN

2020
29 Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kos sut (MC), keluk kos purata (AC), keluk hasil
sut (MR), dan keluk hasil purata (AR) bagi sebuah firma monopoli.

(a) Hitung untung atau rugi jika firma mengenakan harga


(i) pada output kecekapan peruntukan sumber, dan [2]
(ii) pada output kecekapan pengeluaran. [2]
(b) Hitung lebihan pengguna jika firma mengeluarkan output pada
(i) kecekapan peruntukan sumber, dan [2]
(ii) kecekapan pengeluaran. [2]
(c) Berdasarkan jawapan anda di (b)(i) dan di(b)(ii), nyatakan kecekapan yang
manakah yang lebih menguntungkan pengguna? Jelaskan jawapan anda. [2]

KamisahHjArbainKISAS_05082021 5
KOLEKSI SOALAN TOPIKAL STPM BAHARU TAHUN 2013-2021
EKONOMI KERTAS 1 (944/1)
TAJUK 5 : PASARAN FAKTOR DAN AGIHAN

2021
29 Jadual di bawah menunjukkan jumlah kuantiti dan jumlah kos bagi sebuah firma pasaran
persaingan bermonopoli.

Kuantiti Jumlah kos


(unit) (RM)
1 60
2 90
3 130
4 175
5 225
6 280

Jika persamaan permintaan bagi firma tersebut ialah

P = 120 – 3Q

dengan
P = harga (RM)
Q = kuantiti (unit)

(a) Hitung kos sut, jumlah hasil, dan hasil sut bagi setiap unit keluaran. [6]

(b) Berapakah kuantiti keluaran yang dapat memaksimumkan keuntungan firma? [2]

(c) Berdasarkan jawapan anda di (b) , hitung sama ada firma untung atau rugi. [2]

SOALAN TAMAT

KamisahHjArbainKISAS_05082021 6

You might also like