You are on page 1of 6

KERTAS KERJA PROGRAM

KEMPEN BEBAS DENGGI


SMK ENGKU HUSAIN, SEMENYIH SELANGOR

1.0 PENDAHULUAN

Demam denggi adalah satu penyakit berjangkit yang masih menjadi satu masalah kesihatan awam
di Malaysia. Bilangan kes demam denggi yang dicatatkan masih membimbangkan setiap tahun. Walaupun
sejak tahun 1993, Rancangan Kawalan Penyakit Bawaan Vektor Kementerian Kesihatan telah
memperkenalkan Program Bebas Aedes di kemudahan-kemudahan kesihatan, namun analisa awal yang
telah dijalankan mendapati punca bilangan kes terus dicatatkan kerana sikap orang ramai dan penglibatan
masyarakat masih kurang memuaskan. Oleh yang demikian, kerjasama di wujudkan dengan Kementerian
Pendidikan untuk menjalankan langkah pencegahan lebih awal melalui kumpulan tertentu iaitu murid
sekolah. Rentetan itulah, Program Bebas Denggi yang merangkumi aktiviti seperti ceramah,Pameran Anti
Denggi dan Kuiz Spontan di peringkat sekolah diadakan.

Program Bebas Denggi adalah hasil kerjasama bersepadu semua pihak untuk memastikan warga
sekolah dan masyarakat setempat bebas dan selamat daripada serangan nyamuk aedes. Pihak sekolah
berusaha untuk menerangkan punca dan bahaya denggi terhadap para murid, keluarga, masyarakat dan
negara. Adalah diharapkan agar Program Bebas Denggi dapat mencapai sasarannya.

Program Bebas Denggi ini merupakan program yang dirancang khas selama 2 hari untuk memberi
maklumat, di samping menjalankan aktiviti-aktiviti yang boleh memberi faedah kepada semua pihak.
Walaupun program seumpama ini merupakan acara tahunan dan diadakan setiap tahun, ianya dapat
berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan.

2.0 RASIONAL

Program Kempen Bebas Denggi bertujuan untuk memberi kesedaran kepada para murid tentang bahaya
denggi dan kesan-kesannya.

 Kajian kes menunjukkan bilangan kes demam denggi yang dicatatkan berlaku dikalangan penuntut
sekolah yang berumur 7 hingga 18 tahun.

 Terdapat banyak sekolah di seluruh negara. Kebanyakan sekolah-sekolah


 terletak di dalam kawasan bandar mempunyai masalah penyakit denggi.

 Bagi menyemai pengetahuan dan amalan baik di dalam kawalan denggi kepada peringkat umur
yang rendah supaya pengetahuan dan amalan tersebut dapat diteruskan apabila mereka dewasa
nanti. Di samping itu diharapkan penuntut sekolah dapat menjadi agen perubahan kepada bebas
denggi di rumah seterusnya masyarakat umum.

 Kajian daripada negara-negara lain telah menunjukkan bahawa aktiviti kawalan denggi yang
ditumpukan kepada golongan kanak-kanak sekolah telah mencapai kejayaan.

3.0 MATLAMAT

Memberi kesedaran kepada para murid, warga sekolah,ibu bapa dan masyarakat setempat terhadap
tanggungjawab menghapuskan tempat pembiakan dan cara mencegah pembiakan nyamuk aedes di
kawasan rumah mereka sekaligus mendedahkan kanak-kanak sekolah kepada aktiviti pencegahan dan
kawalan denggi dengan tujuan mewujud satu kumpulan yang menjadikan “agen perubah” kepada
masyarakat.

4.0 OBJEKTIF

 Murid dapat mengetahui dan menyedari bahaya denggi dan kesan-


kesannya.
 Dapat menyemai sikap tanggungjawab melindungi keluarga dan jiran
daripada jangkitan denggi.
 Membentuk murid yang bertanggungjawab dan prihatin terhadap
persekitaran mereka dan bertindak dengan segera.
 Untuk memberi kefahaman, kesedaran dan kemahiran di dalam
mencegah dan mengawal kejadian demam denggi di sekolah.
 Untuk melibatkan semua golongan termasuk ibubapa dan kakitangan
sekolah di dalam aktiviti pencegahan dan pengawalan demam denggi.

5.0 PELAKSANAAN

Tarikh : 28 Ogos dan 29 Ogos 2019


Hari : Rabu dan Khamis
Masa : (Rujuk Lampiran)
Tempat : SMK Engku Husain

6.0 KUMPULAN SASARAN

Semua Murid-murid, warga pendidik dan staf SMK Engku Husain.


7.0 SENARAI JAWATANKUASA

JAWATAN KUASA INDUK PROGRAM BEBAS DENGGI 2019

Pengerusi : En Abdul Gaffar Bin Kunchi Mohamad (Pengetua


Cemerlang)
Naib Pengerusi : Pn. Asnah Binti Shafie
(GPK HEM)
Penyelaras Program : Pn. Rosmini Binti Ab Rahman
Setiausaha : Pn. Kartini Binti Sa‘adon
AJK : Semua Guru sesi Petang

JAWATANKUASA PELAKSANA

Pameran Mengumpulkan bahan pameran.

 Menyiapkan tempat pameran.


 Mengawalselia semasa pameran dijalankan.
 Mengemas semula tempat pameran dan
menyimpan bahan pameran di tempat
selamat.
Sistem Siaraya dan LCD Menyediakan peralatan sIstem suara (mikrofon) yang berfungsi
sepanjang program berlangsung.

 Menyediakan LCD dan Laptop untuk


pembentangan oleh penceramah.
 Memastikan semua peralatan lengkap sebelum
Program berlangsung.
 Mengemas semula semua peralatan tersebut
serta disimpan di tempat selamat.

Fotografi Merakam semua aktiviti yang dijalankan sepanjang program


berlangsung.

 Menyerahkan gambar tersebut kepada ajk


dokumentasi.

Pengacara Majlis Mengendalikan Majlis Perasmian, Penutupan dan


Aktiviti Ceramah

Dokumentasi Merekod dan menyediakan laporan selepas program


berlangsung.

 Laporan yang telah siap hendaklah dihantar


kepada SU Program Bebas Denggi.
 Tempoh Masa 1 minggu selepas program.

Kawalan Murid Memastikan murid berdisiplin dan menepati masa sepanjang


program berlangsung.
 Memastikan semua murid menjalankan aktiviti
dan tugasan yang diberikan.
 Mengumpulkan bahan penyertaan murid dan
menyerahkan kepada hakim penilai.

8.0 TENTATIF PROGRAM SEKOLAH BEBAS DENGGI 2019

Rabu (28 Ogos 2019)

1.10 – 1.45 - Ceramah Cegah Denggi oleh wakil Pejabat Kesihatan Majlis Perbandaran
Kajang
1.45 – 4.05 - Pameran Bebas Denggi oleh MP Kajang (mengikut giliran kelas)

Khamis (29 April 2019)

1.10 -1.30 - Kuiz Spontan “Bebas Denggi”

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN DAN SUMBER KEWANGAN

Pendapatan RM Perbelanjaan RM
1. SUWA / PIBG 110.00 1. Hadiah Kuiz Spontan 60.00
(10 x RM6.00)
2. Cenderahati dan Sijil 50.00
Penceramah

JUMLAH 110.00 JUMLAH 110.00

10.0 JAWATANKUASA PELAKSANA


Hadiah dan Cenderahati
Puan Rosmini Binti Ab Rahman
Puan Kartini binti Sa’adon

Persiapan tempat
Pn. Rubiah Binti Ahmad
Pn. Razikhah Binti Yusoff Hilmi
Pn. Rose Affiza Binti Mohamad

Jamuan Ringan
Puan Rosmini Binti Ab Rahman

Siaraya
En. Amat Wali Bin Ebrahim
Persiapan Sudut Pameran
Pegawai dan staf Majlis Pembandaran Kajang

Kawalan Disiplin
Pn. Kartini Wati Binti Jamal
En. Wahid Bin Hashim
Pn. Parameswary A/P Sinnathamby
Guru mata pelajaran

Juru acara
En. Razali Bin Jaarus

Bacaan Doa
Pengawas bertugas

Fotografi dan Dokumentasi


Pn. Nor Lina Binti Zakaria
Puan Rosmini Binti Ab Rahman

11.0 JADUAL PELAKSANAAN

TARIKH MASA AKTIVITI SASARAN TINDAKAN TEMPAT

1.10-1.45 1. Perhimpunan Pengetua Tapak


pm 2. Ceramah Bebas Semua PK Hem Perhimpunan
28/8/2016 Denggi Murid Semua Guru sesi
(RABU) petang

1.45-4.05 1. Pameran Bebas Denggi Semua Guru AJK Pelaksana Astaka


pm (mengikut giliran kelas)

Kuiz Spontan BEBAS DENGGI


1.10-1.30 Semua Guru AJK Pelaksana Tapak
29/8/2019 Perhimpunan
(KHAMIS)

12.0 PENUTUP
Semoga program yang akan dijalankan selama 2 hari ini akan dapat memberi kesedaran kepada
para murid tentang bahaya jangkitan denggi dan kesan-kesannya. Selain itu, ianya juga bertujuan untuk
melahirkan insan yang sihat dan cergas serta dapat menimbulkan rasa tanggungjawab kepada diri,
keluarga, agama dan negara. Pencegahan tempat pembiakan nyamuk aedes adalah tanggungjawab bersama.

You might also like