You are on page 1of 3

2

PEPERIKSAAN PERCUBAAN EKONOMI P3 PERLIS 2021

Bahagian A
[30 markah]
Jawab lima soalan sahaja.

1. Berikan jenis pengangguran berdasarkan situasi berikut.


(a) Kemelesetan ekonomi pada tahun 1985-1987 yang disebabkan oleh kenaikan harga
minyak dunia serta pengangguran yang berlaku pada akhir tahun 1990-an akibat krisis
kewangan telah menyebabkan banyak firma atau kilang terpaksa mengurangkan penggunaan
buruh. [1]

(b) Projek membina jambatan yang hanya perlu menggunakan seramai 50 orang buruh,
tetapi buruh yang diambil ialah 60 orang.
[1]
(c) Pada musim hujan, penoreh getah tidak dapat menjalankan pekerjaannya. [1]
(d) Pekerja-pekerja secara sukarela berhenti kerja untuk mencari pekerjaan yang lebih baik.

[1]
(e) Apabila sesebuah negara mengalami perubahan struktur ekonomi daripada sektor utama
kepada sektor pembuatan, maka pekerja-pekerja di sektor utama yang tidak mempunyai
kemahiran dan tidak mempunyai mobiliti akan menganggur. [1]
(f) Penciptaan alat-alatan moden dan canggih seperti mesin, jentera, robot dan komputer
telah mengambil alih tugas yang dilakukan oleh buruh.
[1]

2. (a) Berikan maksud indeks harga pengguna dan inflasi, dan apakah hubungan antara kedua-
duanya? [3]
(b) Berikan tiga kegunaan maklumat indeks harga pengguna dan inflasi. [3]

3. Terangkan tiga kesan negatif ekonomi terbuka kepada ekonomi negara. [6]

4. Terangkan tiga masalah yang dihadapi oleh Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di
Malaysia.
[6]

944/3 SULIT*
3

5. Berbantukan contoh, terangkan dua fungsi institusi kewangan. [6]

6. (a) Apakah maksud kemiskinan mutlak dan kemiskinan relatif? [2]


(b) Jelaskan dua punca kemiskinan. [4]

Bahagian B

[10 markah]

Jawab satu soalan sahaja.

7. Jadual di bawah menunjukkan indeks harga pengguna di Malaysia dari tahun 2016 hingga
tahun 2019.

Tahun Indeks Harga Pengguna


2016 104
2017 106.7
2018 112.3
2019 113.2

(Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia, 2019)

(a)  Tahun manakah yang dipilih sebagai tahun asas? Jelaskan sebab tahun itu dipilih sebagai
tahun asas. [2]

(b) Apakah yang dimaksudkan dengan kadar inflasi? [2]

(c)  (i) Hitung kadar inflasi dari tahun 2016 hingga tahun 2019. [3]

(ii) Hitung kadar inflasi purata dari tahun 2016 hingga tahun 2019. [1]

(d) Berdasarkan jawapan (c), jelaskan hubungan antara kos sara hidup dengan indeks harga
pengguna. [2]

944/3 SULIT*
4

8 Jadual berikut menunjukkan nilai Imbangan Akaun dagangan, Akaun Perkhidmatan, Akaun
Pendapatan dan Akaun Pindahan Semasa Malaysia pada tahun 2010 dalam RM juta.

Butiran RM juta
Eksport 641,043
Import 505 317
Pengangkutan -22 150
Perjalanan 32 627
Perkhidmatan lain -7 953
Urus niaga -523
Pendapatan - 25 514
Pindahan semasa - 22 831

(Sumber : Laporan Ekonomi 2012/2013, Kementerian Kewangan Malaysia)

(a)  Apakah maksud imbangan pembayaran? [2]

(b)  Hitungkan:

(i) imbangan akaun dagangan [2]

(ii) imbangan akaun perkhidmatan [2]

(iii) imbangan akaun semasa [2]

(d) Nyatakan dua kejayaan kerajaan dalan imbangan akaun perkhidmatan. [2]

944/3 SULIT*

You might also like