You are on page 1of 7

PERCUBAAN SPM 2018 3767/2

Bahagian A
[ 60 markah ]

Arahan: Jawab semua soalan dalam bahagian ini.

1a) “ Buruh dan Usahawan merupakan faktor pengeluaran yang digunakan untuk mengeluarkan
barang dan perkhidmatan “.
Berikan tiga perbezaan antara buruh dan usahawan. [6 markah]

b) Maklumat yang berikut berkaitan dengan keluaran Syarikat Krafkerang

Pada mulanya, Syarikat Krafkerang bercadang untuk mengeluarkan novel dan


majalah dengan peruntukan sebanyak RM 20 000. Tetapi pada saat akhir,
syarikat itu membuat keputusan untuk mengeluarkan novel.

Terangkan masalah ekonomi yang dihadapi oleh Syarikat Krafkerang. [6 markah]

c) Jadual di bawah menunjukkan permintaan terhadap kereta mainan kawalan jauh.

Harga (RM) Kuantiti diminta (unit)


40 1200
50 1000
60 700

Lakarkan dan terangkan keluk permintaan individu terhadap kereta mainan kawalan jauh.
[6
markah]

d) Nyatakan dua andaian untuk analisis Keluk Kemungkinan Pengeluaran [2 markah]

2. (a) Jadual di bawah menunjukkan kuantiti diminta oleh Saufi dan Tan Ying terhadap ayam
goreng pada pelbagai tingkat harga.

Harga Kuantiti diminta (ketul)


(RM)
Saufi Tan Ying
2.50 10 9
2.80 8 7
3.00 6 5

(i) Jelaskan konsep permintaan pasaran pada pelbagai tingkat harga. [3 markah]

1
PERCUBAAN SPM 2018 3767/2

(ii) Dengan menggunakan jadual di atas, lukiskan keluk permintaan pasaran di atas kertas
graf dengan menggunakan skala yang sesuai. [6 markah]

(iii) Jelaskan proses pembentukan keluk permintaan pasaran dalam (a) (i). [4 markah]

(b) Rajah di bawah menunjukkan keadaan ketidakseimbangan dalam pasaran barangan.

Harga (RM)

Dp Sp

G H

Sp Dp

0 Kuantiti (unit)

Jelaskan keadaan pasaran di situasi GH. [3 markah]

(c) Jadual di bawah menunjukkan peratus perubahan harga dan kuantiti yang ditawarkan
bagi kereta MPV dan buah durian.

Jenis barang Peratus perubahan harga (%) Peratus perubahan


kuantiti ditawarkan (%)
Kereta MPV 10 18
Buah durian 20 15

i) Hitungkan pekali keanjalan harga penawaran bagi kereta MPV dan buah durian. [2
markah]

ii) Bezakan jenis keanjalan harga penawaran bagi kereta MPV dan buah durian. [2 markah]

2
PERCUBAAN SPM 2018 3767/2

3 (a) Maklumat di bawah berkaitan dengan satu projek pembangunan kerajaan.

Kerajaan negeri Selangor bercadang membina sebuah lebuh raya baharu yang
menyambungkan Bandar-bandar utama di kawasan selatan negeri tersebut.

(i) Jelaskan faedah sosial daripada projek pembangunan tersebut? [5 markah]

(ii) “Projek pembangunan tersebut telah membawa kos sosial kepada penduduk di
kawasan sekitar” dan anda bersetuju anda dengan pernyataan tersebut?
Berikan hujah anda. [5 markah]

(b) Huraikan tiga sektor ekonomi dalam pekerjaan. [6 markah]

KUALA LUMPUR 6 Januari 2017 – Eksport Malaysia mencatatkan pertumbuhan 7.8 peratus
mencecah RM72.83 bilion pada November 2016, eksport bulanan tertinggi yang dicatatkan
pada tahun 2016. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) melaporkan
bahawa prestasi tersebut didorong oleh permintaan yang kukuh daripada pasaran ASEAN ,
China, Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat, Hong Kong dan India.

Sumber : Berita Ekonomi, bIl 2


2017

(c) Pada pendapat anda, bagaimanakah penyataan di atas membantu meningkatkan


ekonomi Malaysia? Berikan alasan anda. [4 markah]

3
PERCUBAAN SPM 2018 3767/2

Bahagian B
[ 40 markah ]

Arahan: Jawab mana-mana dua soalan dalam bahagian ini.

4 (a) i. Nyatakan masalah asas ekonomi yang dihadapi oleh Amerika Syarikat? [ 4 markah]

ii. Berdasarkan soalan 4 a (i) terangkan bagaimana sistem ekonomi yang diamalkan
oleh Amerika Syarikat menyelesaikan masalah tersebut. [ 7 markah]

(b) Nyatakan tiga ciri utama Sistem Ekonomi Islam [3 markah]

(c) Maklumat berikut menunjukkan perbelanjaan Syarikat QNQ bagi dua produk yang
hendak dikeluarkan bagi tahun 2018.
Perancangan Produk Terkini
Peruntukan : RM 3 Juta

Beg Tangan Wanita


Kos : RM 2.7 Juta Baju Kemeja Wanita
Kos : RM 2.8 Juta

Bagaimanakah Syarikat QNQ menyelesaikan masalah ekonomi tersebut? [6 markah]

5. Rajah di bawah menunjukkan dua jenis kerjaya.

4
PERCUBAAN SPM 2018 3767/2

Kerjaya A
Kerjaya B

(a) Mengapakah kerjaya A lebih diminati oleh seseorang individu berbanding kerjaya B?
[8 markah]

b) Jadual di bawah menunjukkan harga dan kuantiti diminta dan ditawarkan bagi barang X

Harga (RM) Kuantiti diminta (unit) Kuantiti ditawarkan (unit)

20 30 12
30 24 24
35 10 40
Jelaskan keadaan pasaran pada tingkat harga yang berikut:

i) RM20 [2markah]
ii) RM30 [2markah]
iii) RM35 [2markah]

(c) Jadual berikut menunjukkan pendapatan, perbelanjaan dan potongan wajib bagi tempoh
satu bulan.

Butir RM
Gaji 4000
Zakat 150
KWSP 440
Elaun 650
Makanan 800
Cukai pendapatan 20
Ansuran kereta 400
Bil semasa 250
Ansuran rumah 1300
Premium insuran nyawa 400
Perubatan 200
Hitungkan Wang saku 300 berikut:

i) Pendapatan boleh guna [3 markah]


ii) Tabungan [3 markah]
6 (a) Jelaskan mengapa bank pusat akan menaikkan kadar faedah apabila harga minyak dunia
naik. [6 markah]

5
PERCUBAAN SPM 2018 3767/2

(b)
PROJEK LEBUHRAYA PAN BORNEO BERI MANFAAT KEPADA RAKYAT SABAH

LAHAD DATU: Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo akan manfaatkan jangka panjang
kepada rakyat sabah, kata Datuk Seri Musa Aman. Beliau berkata projek berkenaan
juga akan memberi peluang pekerjaan dalam pelbagai sector kepada rakyat
tempatan di negeri ini samaada secara langsung atau tidak. “Peluang pekerjaan ini
termasuklah untuk kontraktor , arkitek , jurutera,tenaga kepakaran, juruukur dan
peluang-peluang perkerja kemahiran dan teknologi ,” katanya ketika berucap
sempena pelancaran projek Lebuhraya Pan Borneo Jalan Pintas Lahad Datu, disini
hari ini. Menurut Musa , projek berkenaan juga bukti komitmen kerajaan pusat di
bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untu
membangunkan Sabah dan Datuk Sri Najib sudah tiga kali melawat Sabah semata-
mata untuk projek berkenaan.
Diterbitan pada Disember 19, 2016 (Sumber: http:// www.astroawani )

(i) Nyatakan jenis barang yang disediakan oleh kerajaan [ 1 markah]


(ii) Apakah kebaikan yang boleh dinikmati oleh rakyat Sabah daripada jawapan di 6b (i).

[6 markah]
(c) Berdasarkan penyataan di atas, dapatlah kita rumuskan bahawa ekonomi Malaysia
mengalami pertumbuhan yang positif. Adakah anda bersetuju? Jelaskan [7 markah]

7. Jadual di bawah menunjukkan senarai komponen imbangan akaun semasa Malaysia pada
tahun 2013.

Butiran Bersih (RM Juta)

Eksport 298 576


Import 185 685
Pengangkutan (2 570)
Perkhidmatan telekomunikasi 1 304
Perkhidmatan kewangan 706
Pampasan Pekerja 15 385
Pendapatan Pelaburan (8790)
Pendapatan Sekunder 21 500

(a) i) Hitungkan imbangan akaun semasa Malaysia pada tahun tersebut. [5 markah]

ii) Nyatakan mengapa lebihan akaun semasa memberi kesan positif terhadap ekonomi negara.
[5
markah]

6
PERCUBAAN SPM 2018 3767/2

(b) Maklumat berikut berkaitan dengan kadar pertukaran asing di Pasaran Pertukaran Asing
Malaysia.

Kemerosotan nilai Ringgit Malaysia melonjakkan pelancongan domestik apabila


lebih ramai rakyat tempatan memilih untuk melancong di dalam negara daripada
membuat perjalanan keluar negara, kata ketua Pegawai Eksekutif Persatuan
Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA).
Sumber:http://www.bernama.com/bernama/

Terangkan implikasi kemerosotan nilai Ringgit Malaysia kepada imbangan akaun semasa
Malaysia. [6 markah]

(c) Maklumat berikut berkaitan dengan aliran wang keluar oleh pekerja asing

ALIRAN WANG KELUAR OLEH PEKERJA ASING

KUALA LUMPUR – Jumlah wang yang dikirimkan ke negara asal oleh pekerja asing
meningkat sebanyak 23.2 peratus kepada RM34.75 billion pada tahun 2015. Menurut
Timbalan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani, sebanyak RM28.21 bilion
telah dihantar keluar negara oleh pekerja asing di negara kita.

Sumber: Wang pekerja asing RM34.75 bilion oleh Ahmad Mustakim Zulkifli, tahun 2016

Berdasarkan petikan di atas, jelaskan kesan pergantungan kepada pekerja asing terhadap
ekonomi Malaysia. [6 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

You might also like