You are on page 1of 11

Bab 2 : Permintaan dan Penawaran

Bahagian B : Soalan Esei Ringkas

2002/35
(a) Bezakan antara permintaan individu dengan permintaan pasaran. [2]

(b) Terangkan bagaimana keluk permintaan pasaran diterbitkan. [4]

2003/03
Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan kesan terhadap permintaan barang keperluan
sekiranya pihak kerajaan mengagihkan semula pendapatan negara daripada golongan kaya
kepada golongan miskin. [6]

2003/04
Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan secara ringkas kesan daripada penggunaan
teknologi baru dalam pengeluaran tekstil terhadap keseimbangan pasaran. [6]

2004/03
Huraikan kesan terhadap penawaran sos cili P di pasaran jika
(a) harga cili merah meningkat, [3]
(b) harga sos cili Q menurun. [3]

2004/04
(a) Bezakan antara perubahan kuantiti ditawar dengan perubahan penawaran. [2]
(b) Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan dengan ringkas kesan yang berlaku
terhadap penawaran kereta nasional sekiranya kos input pengeluaran kereta
nasional turun. [4]

2005/03
Terangkan dua sebab mengapa keluk permintaan individu bercerun negatif. [6]

2005/04
(a) Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan bagaimana perubahan
teknologi mempengaruhi keluk penawaran. [3]
(b) Terangkan bagaimana peperangan yang berlaku di negara pengeluar
minyak boleh mempengaruhi penawaran minyak di sesebuah negara pengimport
minyak. [3]

2006/02
Huraikan tiga faktor yang boleh menghalang peningkatan penawaran sesuatu
barang. [6]
2007/01
Gambar rajah di bawah masing-masing menunjukkan keluk permintaan milo dan keluk
permintaan horlicks.

Berdasarkan gambar rajah di atas, jelaskan hubungan antara milo dengan horlicks jika harga
asal adalah di P 0. [6]

2008/02
Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan kesan terhadap penawaran minyak kelapa
sawit akibat kenaikan harga minyak kacang soya. [6]

2009/02
Terangkan kesan terhadap keluk penawaran ikan apabila berlaku perkara yang berikut:
a) Peningkatan subsidi diesel oleh kerajaan
[3]
b) Peningkatan kegiatan pelancongan pantai di kawasan nelayan [3]

2010/2
Jelaskan dua sebab harga dan kuantiti diminta berhubungan secara negatif [6]

2010/3
Terangkan kesan terhadap penawaran minyak kelapa sawit apabila
a) upah pekerja di ladang kelapa sawit meningkat [2]
b) keluasan penanaman kelapa sawit meningkat [2]
c) kemajuan teknologi pengeluaran minyak kelapa sawit meningkat [2]
Bahagian C : Soalan Esei Panjang

2004/09
(a) Dengan menggunakan gambar rajah, bezakan antara perubahan kuantiti diminta dengan
perubahan permintaan. [4]

(b) Huraikan tiga faktor yang menyebabkan berlakunya perubahan permintaan. [6]

2005/10
Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan kesan terhadap permintaan sesuatu barang
sekiranya
(a) berlaku kemelesetan ekonomi dalam negara, [5]
(b) cukai import dikurangkan terhadap barang tersebut. [5]

2006/09
Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan perubahan yang berlaku pada keluk permintaan
bagi kek apabila
(a) harga kek meningkat, [3]
(b) tiba musim perayaan, [3]
(c) cita rasa pengguna beralih kepada kuih tradisional. [4]

2007/09
Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan kesan terhadap harga dan kuantiti
keseimbangan apabila
(a) pertambahan permintaan dan pertambahan penawaran adalah sama besar, [5]
(b) pertambahan penawaran lebih besar daripada pertambahan permintaan. [5]

2008/09
(a) Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan bagaimana keseimbangan pasaran tercapai
jika berlaku lebihan penawaran di pasaran. [3]
(b) Barang X dan barang Y adalah barang penggenap. Dengan menggunakan gambar rajah,
jelaskan apa yang berlaku pada harga dan kuantiti keseimbangan barang Y jika penawaran
barang X meningkat. [7]

2009/09
(a) Apakah maksud permintaan dan penawaran? [2]
(b) Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan proses keseimbangan di pasaran barang.
[8]

2011/

6
SOALAN KUANTITIATIF

2002/43

Fungsi permintaan dan penawaran barang X adalah seperti yang berikut.

Qd = 80 – 2P
Qs = 3P

(a) Hitung harga dan kuantiti keseimbangan pasaran barang X. [3]


(b) Sediakan jadual yang menunjukkan kuantiti diminta dan kuantiti ditawarkan pada
pelbagai tingkat harga, RM40, RM35, RM20, RM10, dan RM5. [2]
(c) Jika fungsi permintaan berubah menjadi 60 – 2P, hitung harga dan kuantiti
keseimbangan yang baru. [2]
(d) Berdasarkan jawapan anda pada soalan (c), nyatakan apa yang terjadi kepada keluk
permintaan, tingkat harga, dan kuantiti keseimbangan. [3]

2003/15

Persamaan penawaran dan permintaan barang X masing-masing diberikan seperti yang


berikut.
Px = 2+ 3Qx
Px = 14 – Qx
Dengan
Px = harga barang X (RM)
Qx = kuantiti barang X (unit)

(a) Hitung harga dan kuantiti keseimbangan barang X. [2]

(b) Sekiranya kerajaan mengenakan cukai sebanyak RM2.00 terhadap setiap unit barang X,
(i) dapatkan persamaan penawaran yang baru, [1]
(ii) hitung harga dan kuantiti keseimbangan barang X selepas cukai dikenakan, [2]
(iii) hitung lebihan pengguna sebelum dan selepas cukai dikenakan, dan [2]
(iv) nyatakan kesan yang timbul terhadap lebihan pengguna. [1]

(c) Dalam keadaan manakah pihak kerajaan perlu menaikkan kadar cukai? Berikan
alas an anda. [2]
2004/14

Persamaan penawaran bagi suatu barang adalah seperti berikut.

Qs = P – 10

dengan Qs = kuantiti penawaran (unit)


P = harga barang (RM)

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan keanjalan penawaran harga? [1]

(b) Apabila harga barang itu naik daripada RM40.00 kepada RM50.00 per unit,
hitung keanjalan penawaran harga barang berkenaan. Jelaskan. [3]

(c) Sekiranya kerajaan mengenakan cukai sebanyak RM3.00 per unit, hitung
(i) nilai keanjalan penawaran harga barang berkenaan apabila harga barang itu naik
daripada RM40.00 kepada RM50.00 per unit, [3]
(ii) bandingkan keanjalan penawaran sebelum dan selepas cukai dikenakan. [1]

(d) Selain cukai kerajaan, nyatakan dua faktor lain yang boleh menyebabkan berlakunya
perubahan keluk penawaran barang berkenaan. [2]

2005/13
Jadual di bawah menunjukkan permintaan dan penawaran telefon bimbit.

Permintaan Penawaran
Harga(RM) Kuantiti(‘000 unit) Harga(RM) Kuantiti (‘000 unit)
500 10 600 35
300 20 400 25
100 30 200 15

(a) Dengan menggunakan kertas graf, lukis keluk permintaan dan keluk penawaran bagi
telefon bimbit. [3]

(b) Nyatakan harga dan kuantiti keseimbangan bagi telefon bimbit. [2]

(c) Jika pada setiap harga pasaran, kuantiti yang diminta telah meningkat sebanyak 5 ribu unit
manakala keluk penawaran tidak berubah,
(i) pada graf yang sama, lukis keluk permintaan telefon bimbit yang baru,
(ii) tentukan harga dan kuantiti keseimbangan telefon bimbit yang baru. [3]
(d) Hitung keanjalan permintaan harga bagi telefon bimbit jika harganya berubah daripada
RM500.00 kepada RM300.00. [2]
2006/13
Persamaan permintaan dan penawaran bagi barang X adalah seperti yang berikut.
QD = 18 – 0.5Px
Qs = Px – 12
dengan
Px = harga barang X (RM)
QD = kuantiti diminta barang X (unit)
Qs = kuantiti ditawar barang X (unit)
(a) Adakah pasaran berada pada keseimbangan jika tingkat harga ialah RM30.00? [4]
(b) Apakah yang akan berlaku pada kuantiti dan harga jika pasaran mencapai
keseimbangan? [4]
(c) Andaikan cita rasa pengguna berubah dan permintaan barang X meningkat kepada
33 – 0.5Px. Hitung harga dan kuantiti keseimbangan yang baru. [2]

2007/13

Persamaan penawaran motosikal tempatan (PL), penawaran motosikal import (PM), dan
permintaan motosikal (PD) di Malaysia diberikan sebagai
PL = 3 + Q,
PM = 5,
PD = 15 – 2Q
dengan
P = harga motosikal (RM ‘000)
Q = kuantiti motosikal (‘000 unit)
(a) Dengan menggunakan kertas graf, lukis keluk penawaran bagi motosikal tempatan dan
motosikal import serta keluk permintaan motosikal. [4]
(b) Pada tingkat keseimbangan PD = PM, hitung
(i) kuantiti motosikal yang dimnta, [1]
(ii) jumlah nilai motosikal yang diimport. [1]
(c) Sekiranya kerajaan mengenakan cukai sebanyak RM1000 per unit atas motosikal yang
diimport, hitung
(i) kuantiti motosikal yang diimport, [1]
(ii) jumlah cukai yang diperoleh oleh kerajaan. [1]
(d) Jika kerajaan tidak lagi mengimport motosikal, hitung kuantiti dan harga motosikal pada
tingkat keseimbangan. [2]
2007/16
Persamaan permitaan dan penawaran bagi barang X diberkan sebagai
QD = 200 – Px
Qs = -40 + Px
dengan
Px = harga barang X (RM)
QD = kuantiti diminta barang X (unit)
Qs = kuantiti ditawar barang X (unit)

(a) Hitung harga dan kuantiti keseimbangan barang X. [2]


(b) Sekiranya kerajaan mengenakan cukai sebanyak RM40.00 per unit atas barang X,
hitung pada keseimbangan,
(i) harga dan kuantiti ditawarkan selepas cukai dikenakan, [3]
(ii) jumlah cukai yang dibayar oleh firma, [2]
(iii) jumah cukai yang dibayar oleh pengguna,
[1]
(iv)jumlah hasil yang diterima oleh firma selepas ditolak cukai. [2]

2008/13
Fungsi permintaan barang X adalah seperti yang berikut:
Qd = 12 – 0.5P
dengan
Qd = permintaan barang X (000 unit)
P = harga barang X (RM)
(a) Hitung kuantiti barang X yang diminta jika barang X diberi percuma. [1]
(b) Andaikan kerajaan menetapkan harga barang X ialah RM10.00, hitung kuantiti barang X
yang diminta. Jika penawaran barang X adalah 6000 unit, tentukan apakah yang akan
berlaku di pasaran. [2]
(c) Akibat daripada perubahan cita rasa terhadap barang X, fungsi permintaan barang X telah
berubah kepada Qd = 12 – 0.8P.
(i) Lukis keluk permintaan sebelum dan selepas berlakunya perubahan cita rasa. [3]
(ii) Hitung perubahan kuantiti permintaan apabila berlaku perubahan cita rasa. [2]
(iii) Apakah yang berlaku di pasaran jika penawaran tidak berubah? [1]
(iv) Hitung jumlah hasil apabila cita rasa berubah. [1]
2008/16
Persamaan permintaan dan persamaan penawaran bagi suatu barang dalam pasaran persaingan
sempurna masing-masing ialah
P = 50 – Q
P = 2 + 3Q
dengan
P = harga (RM)
Q = kuantiti (unit)
Kerajaan mengenakan cukai sebanyak RM 8.00 per unit.
(a) Hitung kuantiti dan harga keseimbangan sebelum cukai. [3]
(b) Hitung kuantiti dan harga keseimbangan selepas cukai. [2]
(c) Hitung peratusan kenaikan harga selepas cukai. [2]
(d) Hitung jumlah hasil cukai yang diperoleh oleh kerajaan. [1]
(e) Hitung peratusan cukai yang dibayar oleh pengguna. [2]

2009/13
Persamaan permintaan dan penawaran bagi daging adalah seperti yang berikut:
Qd = 150 – 5P,
Qs = 30+5P,
dengan
Qd = Kuantiti daging diminta (kg),
Qs = Kuantiti daging ditawarkan (kg),
P = Harga daging (RM),
(a) Hitung harga dan kuantiti keseimbangan. [2]
(b) Dengan menggunakan kertas graf, lukis keluk permintaan dan keluk penawaran. [2]
(c) Apabila berlaku peningkatan pendapatan sebanyak 20%, kuantiti permintaan meningkat
sebanyak 30 unit untuk setiap tingkat harga. Berdasarkan maklumat ini,
(i) nyatakan persamaan permintaan yang baharu, [1]
(ii) lukis keluk permintaan yang baharu dalam gambar rajah yang sama, [1]
(iii) hitung kuantiti dan harga keseimbangan yang baharu, [2]
(iv) hitung keanajalan permintaan pendapatan. [2]
2010/13
Persamaan permintaan dan penawaran bagi barang X adalah
Qd = 150 – 5Px
Qs = 30+3Px
dengan
Qd = Kuantiti diminta barang x (unit),
Qs = Kuantiti ditawarkan barang x (unit),
Px = Harga barang x (RM),
(a) Hitung harga dan kuantiti keseimbangan barang x [2]
(b) Andaikan kerajaan melaksanakan dasar harga minimum pada RM 20.00, Hitung
(i) kuantiti diminta dan kuantiti ditawarkan [2]
(ii) perbelanjaan pengguna sekiranya semua lebihan barang x dalam pasaran dibeli [1]
(iii) jumlah perbelanjaan kerajaan , dan [2]
(iv) perubahan pendapatan pengeluar [3]

2011/13
2013/27
2016/27

Persamaan Permintaan dan penawaran bagi barang Y seperti berikut:

Qd = 40- 0.5Py
Qs = Py+10

Dengan,
Py = Harga barang Y (RM)
Qd = Kuantiti diminta barang Y (unit)
Qs = Kuantiti ditawarkan barang Y (unit)

a) Adakah pasaran berada dalam keseimbangan jika tingkat harga ialah


RM50? [4m]
b) Apakah yang akan berlaku kepada harga dan kuantiti jika pasaran
mencapai keseimbangan? [4m]
c) Andaikan cita rasa pengguna berubah dan permintaan barang Y meningkat
kepada Qd= 100 – 0.5Py, Hitung harga dan kuantiti keseimbangan yang
baru [2m]

You might also like