You are on page 1of 7

BAHAGIAN A

(75 MARKAH)

Jawab tiga soalan sahaja.

1. (a) Gambar di bawah menunjukkan dua jenis barang yang terdapat di pasaran. Terangkan

persamaan antara dua jenis barang tersebut. (2 markah)

(b) Jelaskan perbezaan antara sistem


ekonomi kapitalis dengan sistem
ekonomi

perancangan pusat.

(8 markah)

(c) i) Nyatakan empat jenis


pendapatan.
(4 markah)

ii) Berikan maksud pendapatan boleh guna. (2 markah)

iii) Jadual dibawah berkaitan dengan pendapatan dan perbelanjaan Encik Amiruddin
pada satu bulan tertentu.

Butiran RM
Gaji 4000.00
KWSP 360.00
Cukai Pendapatan 15.00
PERKESO 20.00
Insurans nyawa 100.00
Faedah Simpanan 100.00

Hitungkan pendapatan boleh guna Encik Amiruddin pada bulan tersebut.


(5 markah)
(d) Jelaskan empat kepentingan belanjawan peribadi (4 markah)

2. (a) Huraikan perbezaan antara barang keperluan dan barang kehendak. (6 markah)

(b) Jadual berkaitan dengan tingkat harga dan kuantiti diminta bagi barang X.

Harga (RM) Kuantiti diminta (RM)

1
10 25
20 20
30 15
40 10

i) Dengan menggunakan kertas graf, lukis keluk permintaan barang tersebut.


(Gunakan skala 2cm =RM10 pada paksi harga dan 2cm= 5 unit pada paksi kuantiti)
(2 markah)
ii) Pada graf yang sama di (2)(b)(i), lukis keluk permintaan yang baru jika kuantiti
yang diminta bagi Barang X telah bertambah 5 unit pada setiap tingkat harga.
(2 markah)
iii) Terangkan dua faktor yang menyebabkan perubahan permintaan tersebut bagi
Barang X. (4 markah)
(c) Terangkan hukum penawaran dengan menggunakan jadual penawaran yang sesuai.

(5 markah)

(d) Jadual di bawah menunjukkan peratus perubahan harga dan peratus perubahan kuantiti

ditawar bagi tiga jenis barang X,Y dan Z.

Jenis Peratus Perubahan Harga Peratus perubahan Kuantiti


Barang Ditawar
X 12 3
Y 8 32
Z 20 20

i) Kirakan keanjalan harga penawaran bagi barang X, Y dan Z? (3 markah)

ii) Tentukan jenis keanjalan harga penawaran bagi barang X, Y dan Z. (3 markah)

3. (a) Gunakan kertas graf untuk menjawab soalan di bawah.


Jadual menunjukkan kuantiti permintaan dan kuantiti penawaran suatu barang di pasaran.

2
Harga (RM) Kuantiti Barang (unit)
Permintaan pasaran Penawaran pasaran
20 30 10
40 20 20
60 10 30
i) Tentukan harga dan kuantiti keseimbangan pasaran barang tersebut. (1 markah)
ii) Jelaskan keadaan pasaran barang tersebut pada tingkat harga RM 60. (3 markah)
(b) Huraikan dua perbezaan antara Aliran Wang dan Aliran Fizikal dalam aliran pusingan
pendapatan ekonomi 2 sektor. (4 markah)
(c) Gambar di bawah menunjukkan iklan Komputer daripada Syarikat Bakti Sdn. Bhd.

KOMPUTER RIBA

HARGA TUNAI : RM 2800

BAYARAN ANSURAN : RM 25 SEMINGGU

i) Terangkan dua fungsi wang dalam iklan itu. (4 markah)

SISTEM A SISTEM B

Sistem ini melibatkan pertukaran barang Sistem ini melibatkan pertukaran wang
dengan barang. dengan barang.

ii) Terangkan empat kebaikan Sistem B berbanding Sistem A. (8 markah)

(d) i) Gambar di bawah menunjukkan sekeping cek. Huraikan kelebihan penggunaan cek

dalam urus niaga harian. (5 markah)

4. a. i Terdapat
empat jenis bank di Malaysia. Terangkan dua jenis bank yang anda tahu.

(6 markah)

3
ii. Jelaskan fungsi bank pusat sebagai jurubank kepada kerajaan. (5 markah)

b. Logo di bawah merujuk kepada sebuah institusi kewangan bank di Malaysia.

Huraikan bagaimana bank ini akan menggunakan alat dasar kewangan di bawah untuk

mengawal inflasi dan kemelesetan ekonomi.

i kadar rizab tunai (2 markah)

ii. kadar faedah (2 markah)

c. i Huraikan perbezaan antara Syarikat Insurans Konvensional dengan Syarikat Takaful.

(6 markah)

ii. Berikan dua tujuan Lembaga Tabung Haji ditubuhkan di Malaysia. (2 markah)

d. Bagaimanakah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membantu menstabilkan

ekonomi negara. (2 markah)

5.
Negara X mempunyai motif
untuk memaksimumkan
keuntungan4 sahaja. Segala
keputusan akan dibuat oleh
swasta dan individu sahaja.
a. Apakah sistem yang diamalkan oleh Negara X. Jelaskan bagaimana Negara X akan

menyelesaikan masalah asas ekonomi. (8 markah)

NAMA: CIK MARIAM

TAHAP PENDIDIKAN : IJAZAH SARJANA MUDA

PERAKAUNAN

PEKERJAAN SEKARANG : PENYANYI DAN PELAKON

b. Huraikan tiga faktor-faktor pemilihan pekerjaan oleh Cik Mariam.

(6 markah)

c. Terangkan faktor pengeluaran yang digunakan dalam pengeluaran barang.


(6 markah)
d. Perbualan berikut berlaku antara Encik Daniel dan Encik Kumar.

Berdasarkan maklumat di atas, jelaskan cara pelaburan yang dimaksudkan oleh Encik Kumar.
(5 markah)

BAHAGIAN B
SOALAN WAJIB

5
(25 MARKAH)

Encik Ahmad seorang tentera yang sangat bertanggungjawab dan sanggup berkorban
demi negara.
Pada tahun 2014, beliau telah bersara dan telah menerima ganjaran sebanyak RM 80
ribu atas perkhidmatan beliau. Di samping itu, beliau juga menerima wang pencen sebanyak
RM 900 pada setiap bulan.
Beliau bercadang untuk membeli dua ekar kebun getah di Skudai. Tetapi, anaknya
seorang guru memberitahu kepada beliau bahawa harga getah semakin menurun. Hal ini
kerana permintaan getah tiruan semakin meningkat.
Namun, setelah berfikir panjang, beliau memutuskan untuk membeli kebun getah
tersebut. Selepas beberapa bulan, harga getah semakin menurun.
Beliau berasa sedih kerana mengalami kerugian. Tetapi, beliau bersyukur kerana masih
lagi mempunyai RM 40 ribu dalam simpanan tetap di Bank Islam. Beliau ingin
menggunakkan wang tersebut untuk mengusahakan penternakan ikan air tawar. Anaknya
menasihati beliau agar tidak mengusahakan penternakan ikan air tawar kerana melibatkan kos
dan risiko yang tinggi.
Akhirnya, beliau bercadang untuk menambahkan pendapatan dengan mengambil upah
membina rumah. Bagi meringankan beban Encik Ahmad, isterinya membuat kerja sambilan
mengambil upah menjahit baju di rumah.

a) Apakah sektor pekerjaan yang dipilih oleh Encik Ahmad? (1 markah)

b) Apakah jenis pendapatan yang diterima oleh Encik Ahmad? (3 markah)

c) Jelaskan kesan penurunan harga getah kepada Encik Ahmad? (5 markah)

d) Apakah kelebihan Encik Ahmad menyimpan wang dalam simpanan tetap di Bank Islam.

(5 markah)

e) Adakah tindakan anak Encik Ahmad wajar? Berikan cadangan kepada Encik Ahmad untuk

menggunakan wang simpanan untuk menambahkan pendapatan beliau. (5 markah)

f) Bezakan sumber pendapatan yang diterima oleh anak dan isteri Encik Ahmad. (6 markah)

__________________________KERTAS SOALAN TAMAT_______________________


Disediakan oleh: Disemak oleh:

(CIK SHALINI DEVI A/P GUNASAIGARAN)

6
7

You might also like