You are on page 1of 10

SMJK POI LAM

UJIAN BULAN MAC 2016

EKONOMI ASAS KERTAS 2 TINGKATAN 4

MASA: TARIKH:

NAMA:____________________________ TINGKATAN:________________________

BAHAGIAN A: KERTAS SOALAN INI MENGANDUNGI 40 SOALAN. JAWAB SEMUA SOALAN

Tandakan jawapan anda pada borang jawapan yang disediakan dalam kertas soalan.

1. Ilmu ekonomi merupakan ilmu sains sosial yang mengkaji bagaimana manusia menggunakan sumber

ekonomi yang

A. terhad untuk memenuhi kehendak

B. tidak terhad untuk memenuhi semua kehendak yang terhad

C. terhad untuk memenuhi kehendak yang terhad

D. terhad untuk memenuhi kehendak yang tidak terhad

2.

Rajah di bawah menunjukan faktor-faktor pengeluaran yang digunakan untuk mengeluarkan barang

dan perkhidmatan.

Y ialah salah satu sumber ekonomi. Apakah ganjaran yang diterima oleh Y?

A. Upah B. Sewa C. Ganjaran D. Faedah

3. Pernyataan berikut berkaitan dengan satu masalah ekonomi.

Kekurangan faktor pengeluaran mewujudkan pilihan


Matlamat pilihan tersebut dibuat untuk memaksimumkan

A. Keluaran B. kepuasan C. kebajikan D. Keuntungan

4. Apakah tujuan individu membuat pilihan dalam menyelesaikan masalah ekonomi?

A. Mengutamakan barang kehendak C. Memaksimumkan kepuasaan

B. Memaksimumkan perbelanjaan D. Mengutamakan keselesaan

1
5. Kerajaan ingin membina sebuah hospital pakar sakit puan di Alor Setar, Kedah. Bagaimanakah keputusan
membina hospital tersebut dibuat?

A. Berdasarkan keperluan dan kehendak masyarakat


B. Berdasarkan kebajikan maksimum masyarakat setempat
C. Berdasarkan kecekapan dan kepakaran doktor-doktor di dalam negara
D. Berdasarkan keuntungan yang maksimum

6. Pernyataan manakah yang menerangkan ciri barang awam?

A. Kos lepas tidak wujud C. Pengguna tidak perlu membayar

B. Penawaran tidak terhad D. Orang ramai tidak bebas menggunakannya

7. Maklumat berikut berkaitan dengan ciri sistem ekonomi sebuah negara.

 Wujud persaingan antara firma


 Kerajaan mengawal melalui sistem cukai dan subsidi

Negara tersebut mengamalkan sistem ekonomi

A. Islam B. Kapitalis C. Campuran D. Perancangan pusat

8. Rajah di bawah menunjukan masalah-masalah ekonomi.

KEKURANGAN  PILIHAN  X

Berdasarkan rajah tersebut, X merujuk kepada

A. melepaskan barang kedua terbaik C. Perbelanjaan pengguna

B. sumber ekonomi terhad D. teknik pengeluaran cekap

9. Encik Chong mempunyai wang sebanyak RM 2000 dan bercadang membeli barangan berikut:

Pilihan 1:Komputer riba Pilihan 2: Televisyen Pilihan 3: Telefon bimbit

RM 1900 RM 2000 RM 1500

Sekiranya Encik Man Chong bercadang untuk membeli komputer riba, kos lepas ialah

A. Televisyen dan Telefon bimbit C. Televisyen

B. Telefon bimbit D. Tiada kos lepas

2
10.
Masalah penentuan agihan barang

Tentukan masalah asas ekonomi yang berkaitan.

A. Untuk siapa dikeluarkan C. Bagaimana hendak dikeluarkan

B. Berapa yang hendak dikeluarkan D. Apa yang hendak dikeluarkan

11. Apakah tujuan sistem ekonomi perancangan pusat menggunakan teknik pengeluaran berintensifkan buruh?

A. Memaksimumkan keuntungan C. Mengurangkan kadar pengangguran

B. Memaksimumkan kepuasaan D. Mencapai kebahagian di dunia dan akhirat

12.

 Perkhidmatan pertahanan
 Perkhidmatan bomba

Barangan di atas tergolong dalam

A. Barang awam B. Barang modal C. Barang ekonomi D. Barang percuma

13. Antara yang berikut, yang manakah merupakan ciri-ciri sistem ekonomi kapitalis?

I Individu, swasta dan kerajaan bebas memiliki faktor pengeluaran

II Faktor pengeluaran dimiliki oleh individu dan swasta

III Mekanisme harga menentukan harga sesuatu barang

IV Motif firma ialah memaksimumkan keuntungan di samping menjaga kebajikan masyarakat

A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV

14. Pernyataan di bawah berkaitan dengan sistem ekonomi.

 Sumber ekonomi milik Tuhan


 Prinsip kesederhanaan
 Mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat

A. Sistem ekonomi perancangan pusat C. Sistem ekonomi kapitalis


B. Sistem ekonomi campuran D. Sistem ekonomi Islam

15. Antara jenis pekerjaan yang berikut, yang manakah tergolong dalam sektor ketiga?

I Kaunselor sekolah II Pekerja ladang getah III Pengurus kilang IV Tukang masak hotel

A. I dan II B. I dan IV C. II dan IV D. III dan IV

3
16. Maklumat berikut berkaitan jenis pendapatan individu.

Encik Mukmin bekerja sebagai pembantu tadbir dengan gaji RM1500 sebulan. Dia membuat
pinjaman bank untuk menjalankan perniagaan kedai makan pada waktu malam. Dia menyewa
sebuah gerai daripada majlis daerah tempatan dengan kadar sewa RM 300 sebulan.

Apakah jenis pendapatan yang diterima oleh Encik Mukmin?

I Upah II Untung III Faedah IV Sewa

A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV

17. Antara yang berikut, yang manakah akan mempengaruhi kadar upah?

I Pengalaman kerja II Kelayakan akademik III Pengaruh ahi keluarga IV Minat

A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV

18. Rumus di bawah menerangkan upah benar.

Upah benar = upah nominal / X


Apakah X?

A. Harga purata barang C. Harga barang pengganti


B. Harga umum barang D. Harga barang penggenap

Hari ini dapat


upah RM70
19.

Gambar di atas menunjukkan suatu cara individu memperoleh pendaptan. Apakah sumber
pendapatannya?

A. Bekerja sendiri
B. Bekerja dengan orang lain
C. Menceburi dalam bidang perniagaan
D. Memiliki modal dan membina bangunan

20. Antara berikut, yang manakah adalah kesan perbelanjaan melebihi pendapatan?

I Kepuasaan individu meningkat III Tabungan di bank jatuh

II Pembaziran berlaku IV Harga barang menurun

A. I dan II C. II dan III


B. I dan IV D. III dan IV

4
21. Berikut merupakan maklumat tentang Pn. Husina.

Pn. Husina seorang ibu tunggal yang mempunyai 3 orang anak. Seoarang anak beliau belajar di universiti
tempatan, manakala 2 lagi masih belajar di sekolah menengah. Pendapatannya ialah RM 25000 setahun.
Daripada jumlah itu, RM 250 adalah untuk bayaran zakat harta benda, RM 2750 dicarumkan kepada
KWSP, dan RM 200 untuk cukai pendapatan.

Berapakah jumlah perbelanjaan penggunaan Pn. Husina jika tabungan tahunan ialah RM 3750?

A. RM 18 000 B. RM 18 500 C. RM21 250 D. RM 21 800

22. Apakah peranan isi rumah?

A. Membekalkan faktor-faktor pengeluaran C. Memaksimumkan untung perniagaan

B. Menawarkan barang dan perkhidmatan D. Membuat pelaburan

23.

Kerajaan akan menaikkan harga minyak


pada hujung minggu ini

Gambar di atas menunjukkan suatu faktor yang mempengaruhi permintaan minyak di atas?

A. Perubahan harga barang lain C. Perubahan cita rasa


B. Perubahan kos pengeluaran ` D. Jangkaan harga pada masa depan

24.

Apakah faktor yang menyebabkan pergerakan dari B ke C?

A. Kenaikan harga barang penggenap C. Kenaikan harga barang itu


B. Kejatuhan harga barang penggenap D. Kejatuhan harga barang itu

5
25. Apakah maksud keanjalan harga permintaan?

A. Pengukuran dalam perubahan harga sebagai tindak balas daripada perubahan kuantiti

B. Pengukuran dalam perubahan kuantiti sebagai tindak balas daripada perubahan dalam harga

C. Pengukuran perubahan kuantiti sebagai tindak balas daripada perubahan pendapatan pengguna

D. Pengukuran perubahan harga sebagai tindak balas daripada perubahan pendapatan pengguna

26. Apabila pendapatan individu meningkat, permintaan terhadap barang X berkurangan. Apakah barang X

tersebut?

A. Komputer B. Buku cerita C. Motosikal D. Atap nipah

27. Apakah yang akan berlaku jika harga naik sebanyak 25% bagi permintaan barang yang tidak anjal?

A. Kuantiti dimintanya akan turun kurang daripada 25%

B. Kuantiti dimintanya akan naik kurang daripada 25%

C. Kuantiti dimintanya akan naik lebih daripada 25%

D. Kuantiti dimintanya akan turun lebih daripada 25%

28. Antara berikut yang manakah permintaan anjal?

A. Gula B. Beras C. Garam D. Daging

29. Pernyataan berikut menunjukan suatu proses.

 Proses menukarkan input kepada output

Pernyataan di atas merujuk kepada

A. Pelaburan B. perniagaan C. Pengeluaran D. Penggunaan

Soalan 30 dan 31 berdasarkan jadual berikut.

Output Jumlah kos (RM)


0 50
1 80
2 120
3 200
4 360
30. Hitungkan kos tetap untuk 4 unit output.

A. RM 50 B. RM 90 C. RM 160 D. RM 360

31. Hitungkan kos sut untuk 2 unit output

A. RM 40 B. RM 50 C. RM 60 D. RM 80

6
32. Maklumat berikut berkaitan dengan suatu tindakan kerajaan Malaysia.

 Kerajaan Malaysia telah mengurangkan duti import untuk kereta import

Apakah kesan peristiwa di atas kepada pasaran kereta tempatan?

A. Harga kereta tempatan meningkat


B. Penawaran kereta tempatan menurun
C. Harga kereta import meningkat
D. Penawaran kereta tempatan menngkat

33. Keanjalan harga penawaran anjal menunjukkan bahawa

A. peratus perubahan pendapatan melebihi peratus perubahan kuantiti ditawar

B. peratus perubahan harga melebihi peratus perubahan kuantiti ditawar

C. peratus perubahan dalam kuantiti ditawar melebihi peratus perubahan harga

D. peratus perubahan dalam kuantiti ditawar melebihi peratus perubahan pendapatan

34. Keanjalan harga penawaran sesuatu barang ialah 5. Kirakan peratus perubahan harga jika peratus perubahan

kuantiti ditawar ialah 20%.

A. 4% B. 14% C. 20% D. 100%

35. Pasaran ialah

I mempunyai suatu tingkat harga tertentu

II ada penjual dan pembeli

III pembeli dan penjual mesti bertemu

IV mempunyai barang dan perkhidmatan untuk diurusniagakan

A. I, II dan III B. I, II dan III C. I, III dan IV D. II, III dan IV

36. Terdapat 2 jenis pasaran iaitu

A. pasaran faktor dan pasaran buruh C. pasaran faktor dan pasaran barangan

B. pasaran tanah dan pasaran modal D. pasaran barangan dan pasaran tanah

37. Jadual di bawah menunjukkan kuantiti kasut yang ditawarkan oleh firma P,Q dan R pada pelbagai tingkat

harga.

Harga (RM) Kuantiti ditawar Firma P Kuantiti ditawar Firma Q Kuantiti ditawar Firma R
25 4 3 3
26 8 6 8
27 12 9 13
28 16 12 18
Jika kuantiti permintaan pasaran ialah 34 unit, berapakah harga keseimbangan?

A. RM 25 B. RM 26 C. RM 27 D. RM 28

7
38. Apakah kesan terhadap pasaran buruh di Malaysia apabila kerajaan menggalakkan penggunaan mesin dalam

sektor perkilangan?

A. Wujud lebihan permintaan buruh dan kadar upah meningkat


B. Wujud lebihan permintaan buruh dan kadar upah menurun
C. Wujud lebihan penawaran buruh dan kadar upah menurun
D. Wujud lebihan penawaran buruh dan kadar upah meningkat

39. Faktor pengeluaran yang dirusniagakan dalam pasaran faktor ialah

A. Buruh, modal dan usahawan C. tanah, usahawan dan buruh

B. Buruh, tanah dan modal D. tanah, buruh, modal dan usahawan

40. Aliran fizikal terdiri daripada aliran barang dan

A. aliran faktor pengeluaran antara isi rumah dengan firma

B. aliran perbelanjaan antara isi rumah dengan firma

C. aliran pendapatan antara isi rumah dengan firma

D. aliran wang antara isi rumah dengan firma

***************************************soalan tamat***************************************

Disediakan oleh: Disemak oleh:

(CIK SHALINI DEVI A/P GUNASAIGARAN)

8
BAHAGIAN B: JAWAB SEMUA SOALAN

1. a. Berikan maksud ekonomi. (2 markah)

b. Nyatakan sumber-sumber ekonomi yang digunakan dalam pengeluaran barang dan perkhidmatan serta

ganjaran bagi setiap sumber tersebut. (8 markah)

c. Jelaskan perbandingan antara barang ekonomi dengan barang awam dari segi: (10 markah)

i) penawaran

ii) kos lepas

iii) bayaran

iv) pengeluar

v) prinsip pengecualian

9
d. Terangkan ciri-ciri sistem ekonomi campuran dan sistem perancangan pusat dari segi:

i) Pemilikan sumber (2 markah)

ii) Pilihan (2 markah)

iii) Penentuan harga (2 markah)

iv) Motif (2 markah)

v) Pembuat keputusan (2 markah)

***************************************soalan tamat***************************************

Disediakan oleh: Disemak oleh:

(CIK SHALINI DEVI A/P GUNASAIGARAN)

10

You might also like