You are on page 1of 10

BAB 3: WANG , BANK DAN PENDAPATAN INDIVIDU

KERTAS 1

1. Antara yang berikut, yang manakah yang berkaitan dengan sistem barter ?

A memerlukan kehendak serentak


B mudah digunakan dalam urus niaga pelbagai hala
C merupakan sistem pertukaran barang dengan wang
D menggunakan cek sebagai alat perantaraan pertukaran

2. Situasi di bawah berkaitan dengan fungsi wang.

Encik Ramli membeli sebuah peti sejuk berharga


RM2,000.00 secara tunai. Beliau juga membayar
yuran tuisyen anaknya sebanyak RM140.00.

Fungsi wang dalam situasi di atas ialah

I alat perantaraan pertukaran


II alat ukuran nilai
III alat simpanan nilai
IV alat bayaran tertunda

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

3. Bagaimanakah bank pusat menstabilkan nilai mata wang ?

A mengawal pengeluaran cek


B mengawal kemelesetan
C mewujudkan sandaran minimum
D mengeluarkan jumlah wang yang sama setiap tahun

4. Rizab berkanun ialah simpanan wajib

A bank pusat di bank perdagangan


B bank perdagangan di bank pusat
C Kementerian Kewangan Malaysia di bank pusat
D bank pusat di Kementerian Kewangan Malaysia

5. Apakah kelebihan akaun semasa berbanding akaun simpanan yang disediakan oleh
bank perdagangan ?

A kemudahan cek
B faedah yang lebih tinggi
C boleh mengeluarkan wang pada bila-bila masa
D syarat pembukaan akaun yang lebih mudah
6. Pernyataan di bawah berkaitan dengan suatu kemudahan bank perdagangan.

Pasar raya DEON membayar gaji kepada 600 orang


pekerja melalui kemudahan pembayaran yang
disediakan oleh perdagangan.

A Cek
B Debit langsung
C pindahan kredit
D perintah sedia ada

7. Maklumat di bawah berkaitan dengan suatu prinsip perbankan Islam

 Pindah milik harta yang disewa

 Sesuai untuk membeli kenderaan dan


mesin

Prinsip perbankan Islam di atas ialah

A Takjiri
B Wadiah
C Mudharabah
D Bai Bithaman Ajil

8. Berikut adalah pernyataan mengenai sejenis pendapatan.

Pendapatan yang diterima tanpa menyumbang tenaga dalam proses pengeluaran

Antara berikut, maklumat yang manakah berkaitan dengan jenis pendapatan tersebut?

I. Keuntungan peniaga restoran


II. Biasiswa pelajar universiti
III. Bonus tahunan kerani firma guaman
IV. Pencen pesara polis

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

9. Antara berikut, yang manakah bayaran pindahan?

I. Wang saku
II. Derma Hari Pahlawan
III. Komisen jualan
IV. Bonus tahunan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

10. Antara berikut, yang manakah merupakan faedah sampingan dalam pemilihan sesuatu
pekerjaan?

I. Subsidi tempat tinggal


II. Kemudahan pengangkutan
III. Peluang kenaikan pangkat
IV. Rawatan perubatan percuma

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

11. Manakah antara berikut menunjukkan contoh pekerjaan dalam sektor utama?
I. Melombong minyak
II. Menternak ikan air tawar
III. Menyimpan stok di gudang
IV. Menanam pokok kelapa sawit
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

12. En Zamani merupakan seorang lepasan universiti. Antara berikut, faktor yang manakah
akan mempengaruhi beliau dalam membuat pemilihan pekerjaan?

I. Minat
II. Upah wang
III. Kelayakan akademik
IV. Janji-janji pihak pengurus syarikat

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan III
D II, III dan IV

13. Ahmad bekerja disebuah syarikat. Gajinya RM1 500 sebulan. Jika isteri dan anaknya sakit
pihak syarikat akan menanggung perbelanjaan rawatan mereka. Perbelanjaan rawatan itu
dipanggil
A bayaran insentif
B upah bukan wang
C faedah sampingan
D bayaran pindahan
14. Jadual menunjukkan jenis pekerjaan dan upah yang diterima.

Jawatan GajiRM)
Eksekutif pemasaran 2 000
Guru 2 800
Pegawai bank 2 500

Berdasarkan jadual di atas, perbezaan upah mungkin disebabkan


I. minat
II. kemahiran
III. kelayakan
IV. bebanan tanggungjawab

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

15. Maklumat di bawah menunjukkan suatu rumus dalam ekonomi

Upah benar = ________X___________


Harga purata barang

Dalam rumus di atas, apakah X?


A Upah kasar
B Upah bersih
C Upah wang
D Pendapatan boleh guna

16. Untung adalah ganjaran kepada


A pekerja
B pemodal
C pengusaha
D pelombong

17.
Tahun Harga purata barang(RM/kg) Pendapatan wang (RM)
2014 65 1100
2015 80 1200
2016 95 1250
2017 100 1620

Berdasarkan jadual di atas, tahun manakah menunjukkan upah benar paling tinggi?
A 2014
B 2015
C 2016
D 2017
18. Antara berikut, manakah pendapatan yang diterima oleh seseorang yang bekerja sendiri
atau bekerja dengan orang lain?
A Untung dan Upah
B Faedah dan bayaran pindahan
C Untung dan bayaran pindahan
D Faedah dan dividen

19.
Encik Fauzi memiliki 8 ekar dusun buah-buahan. Beliau mengusahakan
sebahagian dusun tersebut dan memperolehi pendapatan sebanyak RM3 000
setahun. Encik Fauzi turut menerima RM3 600 setahun daripada Encik Kanna
kerana membenarkan beliau mengusahakan sebahagian lagi kawasan dusunnya.

Apakah bentuk pendapatan yang diperolehi oleh Encik Fauzi?


A Upah dan sewa
B Untung dan sewa
C Untung dan faedah
D Faedah dan upah

20. Encik Muhamad seorang pengurus bank yang menerima gaji RM4 000 sebulan. Isterinya
menerima dividen daripada Bank Islam sebanyak RM500 sebulan.
Antara berikut, yang manakah yang benar?

Encik Muhamad Isteri


A Menggabungkan faktor-faktor Menyumbangkan kepada pengeluaran
pengeluaran
B Menangguhkan penggunaan Menggabungkan faktor-faktor pengeluaran
semasa
C Menyumbangkan kepada Menggabungkan faktor-faktor pengeluaran
pengeluaran
D Menyumbangkan kepada Menangguhkan penggunaan semasa
pengeluaran

21. Bagi seseorang individu yang bekerja sendiri, apakah bentuk pendapatan yang akan
diperolehi?
A Bonus
B Upah
C Untung
D Dividen

22.
Butiran RM
Pendapatan 25 000
KWSP 2 750
Cukai pendapatan 320
Pendapatan yang boleh dikenakan zakat 7 600
Berdasarkan jadual di atas, kirakan pendapatan boleh guna Encik Azmir jika kadar zakat
ialah 2.5%.
A RM14 330
B RM21 740
C RM21 930
D RM22 120

23. Encik Azam menerima gaji RM3 500 sebulan. Kadar caruman KWSP bagi pekerja ialah
11% dan bagi majikan ialah 12%?

Hitungkan caruman Encik Azam dalam setahun.


A RM385
B RM805
C RM4 620
D RM5 040

24. Rajah di bawah menunjukkan pendapatan boleh guna.

Jumlah Pendapatan Individu - A Tabungan + B

Pendapatan Boleh Guna

Apakah A dan B?

A B
A Caruman KWSP Membayar zakat
B Potongan Tabung Haji Membayar cukai
C Caruman PERKESO Membayar sewa
D Potongan Koperasi Membayar insuran

25. Rumus berikut digunakan dalam pengiraan suatu pendapatan.

Pendapatan – Potongan Wajib = X

Apakah X?
A Pendapatan boleh cukai
B Pendapatan boleh guna
C Pendapatan individu
D Pendapatan benar

26. Antara yang berikut, yang manakah potongan wajib?


I. Caruman PERKESO
II. Ansuran kereta
III. Premium insurans
IV. Cukai pendapatan perseorangan

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

27.Butiran yang manakah merupakan pelepasan cukai pendapatan perseorangan?


A Zakat
B Perubatan ibu bapa
C Premium insurans kenderaan
D Faedah atas pinjaman

28. Gambar di bawah ini menunjukkan KWSP dan PERKESO.

KWSP R
PERKESO

Kawasan R mewakili

A caruman pekerja
B perlindungan luar jangka
C sumber kewangan untuk hari tua
D bayaran kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri

29. Berdasarkan jadual di bawah, manakah yang menerangkan perbezaan antara kehendak
dengan keperluan?

A I Keperluan
d a n I I Kehendak
I Lebih penting dari segi Kurang penting dari segi keutamaan.
keutamaan.
II Dipengaruhi oleh pendapatan. Tidak dipengaruhi oleh pendapatan.
B I III Semua
d individu
a n memerlukannya.
I I I Tidak semua individu memerlukannya.
I Televisyen, alat solek, kereta. Rumah kediaman, pakaian, makanan.
V
C II dan IV
D III dan IV

30. Antara berikut yang manakah bukan penggunaan pendapatan boleh guna?
A Membeli saham
B Mencarum dalam KWSP
C Menyimpan dalam Tabung Haji
D Membeli barang dan perkhidmatan

31.
Pilihan Pernyataan I Pernyataan II
A Betul Salah
B Salah betul
C Salah Salah
D Betul Betul

I Kehendak individu terhadap barang-barang dan perkhidmatan tidak terhad


II Semua individu mempunyai kehendak dan keperluan yang sama untuk
memaksimumkan kepuasan

32. Persamaan berikut merupakan satu rumus dalam ekonomi.

Tabungan = Pendapatan Boleh Guna – U


Apakah U?
A Cukai pendapatan perseorangan
B Perbelanjaan penggunaan
C Pelaburan
D Zakat

33. Tentukan langkah menyediakan belanjawan peribadi mengikut urutan yang betul.
I. Mencatatkan semua perbelanjaan
II. Mengenal pasti punca pendapatan
III. Menyusun perbelanjaan mengikut keutamaan
IV. Mengimbangkan anggaran pendapatan boleh guna dengan perbelanjaan

A I, II, III dan IV


B I, III, II dan IV
C II, I, III dan IV
D II, III, I dan IV

34. Apakah akibat dari perbelanjaan yang tidak dirancang?


I. Perbelanjaan melebihi pendapatan
II. Tabungan di bank berkurangan
III. Menggalakkan berhutang
IV. Memaksimumkan kepuasan

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

35.
P = Q + R
Jika P = Pendapatan individu
Q = Potongan wajib
R = Pendapatan boleh guna

Antara berikut yang manakah benar menerangkan pasangan Q dan R.


Q R.
A Membayar cukai pendapatan. Membeli makanan dan membayar sewa
rumah.
B Potongan koperasi Membayar premium insurans.

C Caruman Tabung Haji. Membayar bil elektrik dan telefon.

D Membeli peralatan sekolah. Membayar zakat.

36.
Pendapatan boleh guna = Penggunaan + X

Apakah X?
A Pelaburan
B Tabungan
C Pendapatan individu
D Cukai pendapatan individu

37. Maklumat di bawah mengenai pelaburan Encik Hadiff .

Encik Hadiff telah membeli sebidang tanah di Batu Pahat.

Mengapakah aktiviti di atas dianggap sebagai satu bentuk pelaburan ?

A melibatkan penggunaan wang


B tidak melibatkan sebarang risiko
C boleh mengurangkan bayaran cukai
D meningkatkan keuntungan pada masa hadapan

38. Antara yang berikut, yang manakah kombinasi yang tepat ?

Jenis Pelaburan Tahap Risiko Tahap Pulangan Tahap Kecairan


A Sekuriti kerajaan Rendah Rendah Sederhana
B Saham syarikat Tinggi Tinggi Tinggi
C Unit amanah Rendah Tinggi Rendah
D Hartanah Rendah Tinggi Tinggi

39. Antara yang berikut, yang manakah kelebihan bayaran tunai dalam sesuatu urus niaga?

I Meringankan beban kewangan


II Meningkatkan taraf hidup
III Perbelanjaan dalam kawalan
IV Mengelakkan pembaziran

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

40. Perbualan di bawah ini berkaitan dengan pelaburan.

Amin : Saya sudah membeli sebuah rumah apartment di Shah Alam

Shazwin: Saya pula hanya menyimpan wang di akaun tetap di bank

perdagangan

Manakah pendapatan pelaburan yang diterima oleh kedua-dua individu tersebut ?

A Sewa dan untung


B Faedah dan dividen
C Sewa dan faedah
D Untung dan sewa

You might also like