You are on page 1of 7

1. Mata wang dalam edaran terdiri daripada....

A Duit syiling dan wang kertas

B Duit syiling dan deposit semasa

C Wang kertas dan deposit semasa

D Duit syiling, wang kertas dan deposit semasa

2. Maklumat yang berikut mengenai Encik Mahmood.

Encik Mahmood membeli sebuah kereta tempatan


berharga RM 50,000. Dia membayar pendahuluan
sebanyak RM 10,000 dan ansuran bulanan sebanyak
RM 1000 selama empat tahun.

Apakah fungsi wang yang berikut, manakah yang berkaitan dengan maklumat di atas?

I Alat ukuran nilai

II Alat simpanan nilai

III Alat bayaran tertunda

IV Alat perantaraan pertukaran

A I, II, dan III C I, III, dan IV

B I, II, dan IV D II, III, dan IV

3. Antara yang berikut, manakah yang merupakan fungsi wang?

I Nilai yang stabil

II Alat perantaraan pertukaran

III Alat simpanan nilai

IV Penawaran yang terhad

A I dan II C III dan IV

B II dan III D I dan IV


4. Aktiviti ciri wang yang berikut, manakah yang membolehkan wang berfungsi sebagai alat
bayaran tertunda?

A Diterima umum

B Tahan lama

C Mudah dikenal

D Mempunyai nilai yang stabil

5. Antara fungsi wang yang berikut, manakah yang dapat mengatasi masalah urusniaga
secara kredit?

A Alat ukuran nilai

B Alat simpanan nilai

C Alat bayaran tertunda

D Alat perantaraan pertukaran

6. Maklumat di bawah ini berkaitan dengan sistem barter?

Urus niaga memerlukan dua kehendak serentak

Apakah fungsi wang yang dapat mengatasi masalah tersebut?

A Alat ukuran nilai

B Alat simpanan nilai

C Alat bayaran tertunda

D Alat perantaraan pertukaran

7. Apakah syarat yang membolehkan sistem barter berlaku?

A Lebihan barang

B Nilai barang stabil

C Barang mudah dibawa

D Ketahanan sesuatu barang


8. Maklumat yang berikut berkaitan dengan fungsi sebuah institusi kewangan?

Menerima deposit tetap dan deposit tabungan


sahaja
Mengendalikan pembiayaan sewa beli

Apakah institusi yang dimaksudkan itu?

A Bank pusat

B Bank saudagar

C Syarikat kewangan

D Bank perdagangan

9. Maklumat berikut berkaitan dengan fungsi institusi kewangan.


Mengubah nisbah rizab berkanun dan rizab tunai.

Institusi kewangan yang dimaksudkan ialah....

A Bank pusat

B Syarikat kewangan

C Bank saudagar

D Bank perdagangan

10. Rizab berkanun ialah simpanan wajib....

A Bank perdagangan di bank pusat.

B Bank saudagar di bank perdagangan

C Syarikat kewangan di bank saudagar.

D Bank pusat di syarikat kewangan


11. Maklumat yang berikut berkaitan dengan keadaan ekonomi.

Lebihan penawaran
X Ekonomi stabil
Tingkat harga umum jatuh

Apakah tindakan X yang perlu diambil oleh kerajaan untuk menstabilkan ekonomi?

I Menurunkan kadar faedah

II Menurunkan kadar cukai

III Mengurangkan perbelanjaan kerajaan

IV Menurunkan rizab tunai dan rizab berkanun

A I, II, dan III C I, III, dan IV

B I, II, dan IV D II, III, dan IV

12. Apakah langkah yang perlu diambil oleh bank pusat untuk membendung inflasi?

I Memanjangkan tempoh bayaran balik pinjaman

II Menjual surat jaminan kerajaan

III Menaikkan kadar faedah pinjaman

IV Menaikkan kadar rizab berkanun

A I, II, dan III C I, III, dan IV

B I, II, dan IV D II, III, dan IV

13. Antara institusi kewangan yang berikut, yang manakah tidak menerima deposit daripada

orang ramai?

A Bank pusat.

B Bank Simpanan Nasional

C Syarikat kewangan.

D Bank perdagangan
14. Antara yang berikut, manakah yang merupakan kemudahan yang diberikan kepada

pemegang akaun semasa?

I Dapat membuat overdraf

II Diberikan sijil simpanan

III Memperoleh pulangan yang tinggi

IV Dapat menggunakan cek untuk membuat pembayaran

A I dan II C III dan IV

B II dan III D I dan IV

15. Maklumat yang berikut berkaitan dengan perkhidmatan sebuah institusi kewangan.

Menyediakan kemudahan deposit tabungan,


deposit semasa, dan deposit tetap.
Menyediakan kemudahan pinjaman.

Tentukan institusi kewangan tersebut.

A Bank pusat.

B Syarikat insurans

C Syarikat kewangan.

D Bank perdagangan

16. Rajah di bawah ini menunjukkan kesan suatu tindakan yang dijalankan oleh kerajaan.

Kos pinjaman Pelaburan merosot


Penawaran wang Kestabilan ekonomi
meningkat
berkurang
Apakah tindakan tersebut?

A Menaikkan kadar faedah.

B Menaikkan kadar rizab berkanun

C Menjual surat jaminan kerajaan

D Memanjangkan tempoh pembiayaan

17. Antara institusi kewangan yang berikut, manakah yang menerima tabungan daripada

orang Islam sahaja?

A Syarikat Takaful.

B Lembaga Tabung Haji

C Bank Islam Malaysia Berhad

D Bank Muamalat Malaysia Berhad

18. Semua yang berikut menerangkan sumbangan institusi kewangan bukan bank terhadap

pertumbuhan ekonomi negara, kecuali......

A menggalakkan pelaburan.

B Meningkatkan guna tenaga

C Mengawal kestabilan nilai mata wang

D Mengurangkan pinjaman luar negara.

19. Apakah fungsi institusi kewangan bukan bank kepada perkembangan ekonomi negara?

A Memberi overdraf.

B Memberi pinjaman bersindiket

C Menjadi jurubank kepada kerajaan

D Menyediakan sumber dana dalam negara.


20. Pilih pasangan yang betul

Institusi Kewangan Cara menerima deposit

A Kumpulan Wang Pampasan kepada


Simpanan Pekerja pencarum

B Lembaga Tabung Haji Simpanan daripada orang


ramai

C Bank Simapanan Deposit tetap dan deposit


Nasional tabungan

D Syarikat insurans Pencarum dijamin


kedudukan kewangan pada
hari tua

You might also like