You are on page 1of 6

1

SULIT 3757/2

Bahagian A

[75 markah]

Jawab tiga soalan sahaja.

1 (a) Huraikan tiga jenis wang yang terdapat dalam ekonomi. [9 markah]

(b) Gambar 4 dan Gambar 5 berkaitan dengan urusniaga barang.

Gambar 4 Gambar 5

(i) Apakah sistem urusniaga dalam Gambar 4 dan Gambar 5? [2 markah]

(ii) Jelaskan tiga kebaikan urusniaga dalam Gambar 4 berbanding Gambar 5.


[3 markah]

(c) Bank Pusat telah menurunkan kadar rizab tunai dan rizab berkanun.

(i) Jelaskan maksud rizab tunai dan rizab berkanun.


[2 markah]

(ii) Jelaskan tiga kesan perubahan kadar rizab tersebut kepada bank perdagangan.
[3 markah]

(d) Jelaskan dua persamaan dan dua perbezaan Bank SimpananNasional (BSN) dengan
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
[6 markah]

3757/2 Hakcipta Panitia Ekonomi Asas SMKSJ SULIT


2
SULIT 3757/2

2 (a) Maklumat di bawah menunjukkan satu keadaan ketidakstabilan ekonomi.

Kadar pengangguran tinggi

Lambakan stok barang niaga dalam pasaran

Bagaimanakah bank pusat mengawal keadaan ketidakstabilan ekonomi tersebut melalui:

(i) kadar rizab berkanun [3 markah]

(ii) syarat sewa beli [3 markah]

(b) Jelaskan institusi kewangan bukan bank berikut:

(i) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja [4 markah]

(ii) Lembaga Tabung Haji [3 markah]

(c) Jadual 3 berkaitan dengan belanjawan negara yang diumumkan oleh kerajaan pada

suatu tahun.

Item Jumlah (RM Juta)


Sumber Hasil Kerajaan

Cukai langsung 70 000


Cukai tak langsung 35 000
Hasil bukan cukai 15 000

Perbelanjaan kerajaan

Perbelanjaan mengurus
90 000
Perbelanjaan pembangunan
45 000

Apakah jenis belanjawan yang telah diumumkan oleh kerajaan?

Buktikan jawapan anda. [4 markah]

(d) Bezakan antara perbelanjaan mengurus dengan pernbelanjaan pembangunan kerajaan.

[8 markah]

3757/2 Hakcipta Panitia Ekonomi Asas SMKSJ SULIT


3
SULIT 3757/2

3 (a) Jadual di bawah menunjukkan peratus sumbangan sektor ekonomi kepada Keluaran

Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi tempoh lima tahun.

Tahun Peratus %
Sektor 2002 2003 2004 2005 2006
Sektor Utama 14.77 14.77 14.41 14.19 14.10
Sektor Kedua 31.03 31.63 32.12 31.91 31.68
Sektor Ketiga 54.20 53.60 53.47 53.9 54.22

(i) Terangkan dua sebab arah aliran sumbangan sektor utama bercorak sedemikian .

[4 markah]

(ii) Jelaskan arah aliran sumbangan sektor kedua dan sektor ketiga kepada ekonomi

Malaysia .

[4 markah]

(b) Perbualan berikut berkaitan dengan satu keadaan ketidakstabilan ekonomi.

Wartawan : Apakah komen Yang Berhormat mengenai isu pemberhentian 60 ribu

orang pekerja dalam industry pembuatan dan pembinaan?

Yang Berhormat: Isu ini sangat membimbangkan. Malah persatuan pengilang-pengilang

juga berdepan dengan masalah lebihan stok. Kita perlu bersama-sama

menangani masalah ini secara berkesan.

(i) Tentukan keadaan ketidakstabilan ekonomi tersebut. [1 markah]

(ii) Huraikan dua cara bank pusat mengatasi keadaan di 3(b)(i). [6 markah]

(c) Terangkan tiga tujuan kerajaan membuat pinjaman. [6 markah]

(d) Bandingkan antara cukai langsung dengan cukai tak langsung. [4 markah]

3757/2 Hakcipta Panitia Ekonomi Asas SMKSJ SULIT


4
SULIT 3757/2

4 (a) Maklumat di bawah berkaitan dengan dua jenis cukai.

Puan kasturi membayar RM 240 setahun kerana memiliki rumah


kediaman di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan.
Puan Eng membayar tambahan 5% daripada harga makanan yang
dibeli daripada restoran makanan segera.

Jelaskan tiga perbezaan antara jenis cukai yang dibayar oleh Puan Kasturi dengan jenis cukai yang

dibayar oleh Puan Eng. [6 markah]

(b) Maklumat di bawah berkaitan dengan satu komponen dalam perbelanjaan mengurus.

Kerajaan member bayaran bonus sebulan gaji kepada semua


penjawat awam pada tahun 2011.

(i) Apakah komponen perbelanjaan tersebut? [1 markah]

(ii) Jelaskan kesan tindakan kerajaan kepada ekonomi negara. [5 markah]

(c) Huraikan tiga sektor ekonomi yang terdapat di Malaysia. [6 markah]

(d) Perbualan berikut berkaitan dengan satu keadaan ketidakstabilan ekonomi

Sejak awal tahun ni, tambang


pengangkutan awam dan harga
Macam mana tak naik, harga
barang keperluan berterusan naik.
bahan mentah dah naik.
Saya tak faham mengapa keadaan ini
Harga petroleum di pasaran
berlaku?
pun dah naik. Tapi kau
jangan bimbang,kerajaan
ada cara nak atasinya

Bagaimanakah kerajaan menggunakan belanjawan negara sebagai alat untuk mengawal

ketidakstabilan ekonomi tersebut? [7 markah]

3757/2 Hakcipta Panitia Ekonomi Asas SMKSJ SULIT


5
SULIT 3757/2

Bahagian B
[25 markah]
Soalan ini wajib dijawab.

5 Angin monsun yang melanda pantai timur Malaysia dan bencana alam yang berlaku
secara berterusan menyebabkan para nelayan tidak dapat turun ke laut. Kesannya stok
bekalan ikan negara terjejas menyebabkan pengguna yang panik telah membeli ikan secara
berlebihan. Segelintir pemborong pula menyorok bekalan ikan dengan tujuan meningkatkan
keuntungan. Tindakan tersebut memburukkan lagi keadaan pasaran ikan dalam negara.
Sehubungan itu, persatuan pengguna menjalankan kempen menasihati pengguna
menggantikan pengambilan ikan laut dengan ikan air tawar tetapi kempen tersebut tidak
berjaya. Oleh itu, pihak persatuan mendesak kerajaan meningkatkan import ikan daripada
Thailand untuk mengawal kenaikan harga ikan secara berterusan dan melampau.
Bagi tempoh jangka panjang, kerajaan memodenkan industri perikanan dengan meningkatkan
kapasiti melalui penyediaan peralatan dan kemudahan penangkapan ikan kepada nelayan.
Kerajaan turut membina 1000 bot yang dilengkapi dengan peralatan moden dan diperbuat
daripada bahan komposit untuk penangkapan ikan di laut dalam.
Berdasarkan situasi di atas, jawab soalan berikut:

(a) Berdasarkan ilmu ekonomi yang dipelajari, adakah anda bersetuju dengan tindakan
pengguna tersebut? Beri tiga alasan anda. [4 markah]
(b) Jelaskan kesan tindakan segelintir pemborong terhadap:
(i) Pengguna [4 markah]
(ii) Pasaran ikan tempatan [4 markah]
(c) Mengapakah kempen persatuan pengguna tidak berjaya? [3 markah]
(d) Wajarkah tindakan persatuan pengguna mendesak kerajaan mengawal kenaikan harga
ikan. Beri tiga alasan anda. [4 markah]
(e) Jelaskan dua kebaikan kerajaan meningkatkan import ikan. [2 markah]
(f) Tentukan jenis perbelanjaan kerajaan dalam memodenkan industri perikanan. Beri tiga
alasan. [4 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

3757/2 Hakcipta Panitia Ekonomi Asas SMKSJ SULIT


6
SULIT 3757/2

3757/2 Hakcipta Panitia Ekonomi Asas SMKSJ SULIT

You might also like