You are on page 1of 10

Bahagian A

Jawab semua soalan.

1. Pernyataan manakah yang benar tentang perakaunan?


I Merangkumi skop yang lebih luas daripada simpan kira
II Menganalisis dan mentafsirkan urus niaga perniagaan dan laporan perakaunan
III Berfungsi sebagai bukti dan rujukan bagi urus niaga yang telah berlaku
IV Hanya melibatkan proses merekod urus niaga berdasarkan sistem catatan bergu
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

2. Berikut merupakan sebahagian daripada sebuah Kitaran Perakaunan:

Buku Catatan Pertama Lejar M

Sekiranya peringkat M tidak dilakukan dengan betul, apakah kesannya terhadap


perakaunan perniagaan pada akhir tempoh perakaunan?
A Ketepatan catatan bergu dalam lejar tidak dapat dipastikan.
B Baki akhir bagi semua akaun tidak dapat dihitung dengan tepat.
C Tiada apa-apa kesan yang signifikan terhadap Penyata Kewangan.
D Jurnal Am dan Jurnal Khas tidak dapat disediakan dengan sistematik.

3. Pernyataan berikut menerangkan suatu subbidang perakaunan:

Menyediakan pelaporan maklumat perakaunan dalam bentuk Penyata Kewangan.


Penyata Kewangan digunakan oleh pengguna dalaman dan luaran untuk
membuat keputusan.

Berpandukan pernyataan di atas, apakah subbidang perakaunan yang dimaksudkan?


A Perakaunan kewangan
B Perakaunan pengurusan
C Pengauditan
D Percukaian

4. Badan penggubal piawai perakaunan di Malaysia ialah


A C

B D

5. Pernyataan berikut menerangkan suatu ciri kualitatif Penyata Kewangan:


2
Maklumat dalam Penyata Kewangan mestilah bebas daripada kesilapan
material dan tiada unsur berat sebelah serta pelaporannya tidak
mengelirukan.

Berpandukan pernyataan di atas, apakah ciri kualitatif Penyata Kewangan yang


dimaksudkan?
A Kebolehbandingan C Perwakilan benar
B Kebolehsahan D Kebolehfahaman

6. Maklumat berikut merujuk kepada perniagaan kepunyaan Puan Nuha.

‘Puan Nuha merekodkan yuran tuisyen anaknya berjumlah RM150 ke dalam


buku akaun perniagaan.’
Apakah andaian perakaunan yang gagal beliau patuhi?
A Tempoh Perakaunan C Entiti Berasingan
B Wang Sebagai Ukuran D Usaha Berterusan

7. Pengguna dalaman Penyata Kewangan ialah


A Ahli lembaga pengarah C Lembaga Hasil Dalam Negeri
B Firma pengauditan D Bank Negara

8. Berikut merupakan ciri-ciri sebuah perniagaan:

 Liabiliti tidak terhad.


 Cukai pendapatan individu dikenakan atas pemilik.
 Untung atau rugi perniagaan diagihkan kepada semua pemilik.

Berdasarkan pernyataan di atas, perniagaan manakah menepati semua ciri di atas?


A Kedai Dobi Elysa C Klinik Ain dan Solehah
B Bestmart Sdn Bhd D Ah Lim Penang Prawn Mee

9. Apakah yang dimaksudkan dengan ’liabiliti tidak terhad’?


A Perniagaan mempunyai kapasiti hutang yang besar.
B Perniagaan mendapat pembiayaan bank tanpa had.
C Pemilik diberi kepercayaan untuk mendapatkan pinjaman daripada pihak ketiga.
D Pemilik membayar hutang perniagaan dengan harta peribadi jika aset perniagaan
tidak mencukupi.

10. Situasi berikut berkaitan dengan suatu prinsip perakaunan:

Komisen yang masih belum diterima3 pada akhir tempoh perakaunan


perlu diselaraskan dalam Akaun Komisen sebelum untung bersih
dapat ditentukan.
Berpandukan situasi di atas, apakah prinsip perakaunan yang dipatuhi?
A Ketekalan C Entiti Berasingan
B Prinsip Kos D Pengiktirafan Hasil dan Belanja

11. Maklumat yang berikut menunjukkan andaian perakaunan yang diamalkan oleh Khai
Trading.

Semua urus niaga yang berlaku dari 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember
2018 diambil kira untuk menyediakan penyata kewangan Khai Trading
dalam bentuk nilai mata wang Ringgit Malaysia.

Apakah andaian perakaunan yang terlibat?


I Wang sebagai Ukuran
II Usaha Berterusan
III Entiti Berasingan
IV Tempoh Perakaunan
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

12. Berikut merupakan ciri-ciri bagi suatu akaun:

 Tahap kecairan yang tinggi.


 Digunakan untuk menjana pendapatan kepada perniagaan.

Yang manakah antara berikut menepati ciri-ciri di atas?


A Alat Tulis dan Akaun Belum Terima
B Inventori dan Akaun Belum Bayar
C Tunai di Tangan dan Overdraf Bank
D Simpanan Tetap dan Deposit Telefon

13. Pasangan yang manakah benar tentang Aset Semasa dan Aset Bukan Semasa?
Aset Semasa Aset Bukan Semasa
A Inventori Tanah
B Akaun Belum Terima Akaun Belum Bayar
C Kelengkapan Akaun Belum Terima
D Tunai di bank Premis

14. Semua yang berikut adalah benar tentang Aset Bukan Semasa kecuali
A Aset Bukan Semasa dimiliki untuk dijual semula.
B Aset Bukan Semasa digunakan untuk jangka masa panjang.

4
C Aset Bukan Semasa sukar untuk ditukar menjadi tunai.
D Hampir semua Aset Bukan Semasa mengalami susut nilai.

15. Semua yang berikut merupakan Liabiliti Semasa bagi sebuah pasar raya kecuali
A Akaun Belum Bayar C Overdraf bank
B Akaun Belum Terima D Pinjaman

16. Butiran berikut dipetik daripada buku Perniagaan Irdina:

Aset Liabiliti Modal


RM 36,090 RM 4,780 P

Perniagaan Irdina memperoleh rugi bersih sebanyak RM 5,000. Hitung nilai P.


A RM 35,870 C RM 26,310
B RM 45,870 D RM 36,310

17. Pilih pernyataan yang benar tentang Ekuiti Pemilik.


A Tuntutan pihak luar terhadap aset perniagaan.
B Tuntutan pemilik terhadap aset perniagaan.
C Harta yang digunakan untuk menjana pendapatan.
D Hutang perniagaan terhadap pihak ketiga.

18. Yang manakah antara berikut bukan belanja operasi bagi sebuah kedai elektrik?
A Kadar bayaran C Alat tulis
B Belanja runcit D Rugi pelupusan aset

19. Semua persamaan perakaunan berikut adalah betul kecuali


A Aset = Liabiliti + Modal
B Aset = Liabiliti + Modal + Untung Bersih
C Aset = Liabiliti + Modal – Rugi Bersih
D Aset = Liabiliti + Modal + Ambilan

20. Urus niaga berikut berlaku dalam Kedai Makan Suchitra pada bulan Oktober 2017.

Bangunan premis kedai dibesarkan dan kerja ini dibiayai dengan pinjaman
bank RM 50,000.

Apakah kesan urus niaga di atas terhadap Penyata Kedudukan Kewangan Kedai
Makan Suchitra?
A Aset bertambah, Liabiliti bertambah, Ekuiti Pemilik berkurang
B Aset bertambah, Liabiliti berkurang, Ekuiti Pemilik tidak berubah
C Aset bertambah, Liabiliti tidak berubah, Ekuiti Pemilik bertambah
D Aset bertambah, Liabiliti bertambah, Ekuiti Pemilik tidak berubah

SOALAN SUBJEKTIF

1.Padankan andaian, prinsip dan batasan dalam perakaunan yang berkaitan berdasarkan
pernyataan/situasi yang diberikan.
5
Pernyataan Konsep Perakaunan
Rekod perakaunan LooLoo Enterprise yang dimiliki
oleh Looshinee hanya terhad kepada urusan
1) perniagaan sahaja. Sekiranya Looshinee mengambil
wang atau barang niaga dari perniagaannya, ia akan
direkod dalam Akaun Ambilan.

Perniagaan Aksesori Wanita milik Afrina akan terus


2) beroperasi untuk suatu tempoh masa yang tidak
diketahui.

Pada tahun kewangan 2018, A.Aliah Enterprise masih


merekodkan kenderaan perniagaan pada harga belian
3)
iaitu RM46 000 walaupun harga pasaran ialah RM32
000.

Puan Aisyah telah membeli 30 unit shampoo bernilai


RM2 400. Dalam buku perniagaannya, dia
4)
merekodkan nilai sebanyak RM2 400 dan bukannya
bilangan unit shampoo yang dibeli.

Perniagaan Dayana telah menetapkan kaedah baki


berkurangan dalam pengiraan susut nilai alatan
5)
pejabatnya dan membuat keputusan untuk tidak
mengubah kaedah tersebut.

Walaupun bil elektrik belum dijelaskan pada 2018,


Perniagaan Logashnee tetap mengiktiraf bil elektrik
6) tersebut dan direkodkan dalam Akaun Kadar Bayaran
kerana tahun kewangan Perniagaan Logashnee
berakhir pada 31 Disember 2018.

Trisha Enterprise menyediakan Penyata Kewangan


7) setiap enam bulan untuk mengetahui prestasi
perniagaannya.

(7 markah)

2.Lengkapkan jadual dibawah ini dengan mengklasifikasikan item-item yang berikut


mengikut kategori akaun yang betul iaitu Aset Bukan Semasa, Aset Semasa,
Liabiliti Bukan Semasa, Liabiliti Semasa, Ekuiti Pemilik, Hasil Operasi, Hasil
Bukan Operasi, Belanja Operasi atau Belanja Bukan Operasi.

Item Klasifikasi Akaun


6
1) Faedah atas simpanan tetap

2) Pinjaman kepada pekerja

3) Komputer dan mesin pencetak di pejabat

4) Pelaburan tambahan oleh pemilik

5) Bil telefon belum dibayar

6) Van digunakan untuk menghantar barang niaga

7) Untung atas pelupusan aset bukan semasa

8) Hutang oleh pelanggan

9) Inventori akhir barang niaga

10) Untung bersih tahunan perniagaan

11) Bayaran kepada pembekal

12) Pinjaman daripada bank

13) Diskaun diterima daripada pembekal

(13 markah)

3. Cik Najihah memulakan perniagaan Jihah Enterprise pada 1 Jun 2017 dengan
membawa masuk aset yang berikut.

RM
Perabot 8 000
Premis 80 000
Tunai di bank 30 000
7
Urus niaga berikut telah berlaku sepanjang bulan Jun 2017:-
Jun 2 Beli barang niaga bernilai RM4 400 secara kredit.
6 Bayar gaji dengan cek RM900.
10 Jual barang niaga berkos RM550 secara kredit pada harga RM850.
15 Terima cek daripada Akaun Belum Terima berjumlah RM400.
18 Jelaskan cek kepada Akaun Belum Bayar bernilai RM2 600 dan terima
diskaun RM200.
20 Pemilik membawa masuk meja dan rak peribadi bernilai RM850 untuk
kegunaan perniagaan.
22 Sekeping cek yang diterima daripada Akaun Belum Terima RM300 telah
dipulangkan oleh bank dengan tanda ‘Rujuk Penyuruh Bayar’.
25 Pemilik telah mengeluarkan cek RM240 untuk membayar insurans
peribadinya.
28 Perniagaan telah meminjam daripada bank sebanyak RM7 000. Wang
tersebut dimasukkan ke dalam Akaun Bank perniagaan.

Anda dikehendaki menyediakan:


a) Jadual Persamaan Perakaunan di Lampiran 1 untuk menunjukkan kesan-kesan
urusniaga di atas. (11 markah)

b) Penyata Kedudukan Kewangan selepas mengambil kira semua urus niaga di atas.
(9 markah)

KERTAS JAWAPAN

NAMA : ……………………………………………………………………
TINGKATAN : ……………………………….

BAHAGIAN A:-

1)
2)
8
3)
4)
5)
6)
7)
8)
9)
10)
11)
12)
13)
14)
15)
16)
17)
18)
19)
20)

9
(a)LAMPIRAN 1

Kesan Urus Niaga Terhadap Aset Kesan Urus Niaga Terhadap Liabiliti / Ekuiti
Urus Niaga
(b)

You might also like