You are on page 1of 7

SET 1

SOALAN ULANGKAJI UNTUK MIDTERM


SEMESTER OKTOBER 2018/2019
BKAL1013 PERAKAUNAN PERNIAGAAN

BAHAGIAN A
1. Yang mana satukah di antara berikut menerangkan dengan TEPAT tentang perakaunan?
A. Perakaunan merekod data ekonomi tetapi tidak menyampaikan data tersebut kepada
pengguna
B. Perakaunan kurang berguna kepada individu di luar daripada perniagaan
C. Perakaunan bergantung kepada konsep dan prinsip yang bebas daripada keperluan
pengguna yang spesifik
D. Perakaunan merekod data ekonomi dan menyampaikan maklumat ekonomi kepada
pengguna

2. Kredit _______________
A. meningkatkan kedua-dua hasil dan belanja
B. mengurangkan kedua-dua liabiliti dan belanja
C. meningkatkan hasil dan mengurangkan aset
D. mengurangkan hasil dan meningkatkan liabiliti

3. Manakah antara berikut merupakan akaun aset?


A. Belanja Sewa
B. Akaun Belum Terima
C. Ambilan
D. Akaun Belum Bayar

4. Dalam kitaran perakaunan yang normal, __________________


A. penyata kewangan disediakan sebelum catatan pelarasan dipindah catat
B. catatan pelarasan dan penutupan dicatat sebelum penyata kewangan disediakan
C. imbangan duga selepas penutupan disediakan sebelum catatan penutupan dipindah
catat
D. penyata kewangan disediakan selepas catatan pelarasan dipindah catat

5. Hasil perkhidmatan belum terperoleh dilaporkan dalam lembaran imbangan


sebagai___________
A. liabiliti jangka panjang
B. aset semasa
C. liabiliti semasa
D. aset tetap

6. Konsep entiti perniagaan bermaksud ________________


A. pemilik adalah sebahagian daripada entiti perniagaan
B. entiti disusun mengikut kehendak undang-undang negeri atau persekutuan
C. pemilik adalah berasingan daripada perniagaan
D. entiti disusun mengikut undang-undang yang digubal oleh FASB

Disediakan oleh Miss Suraya Page 1


SET 1

7. Manakah antara yang berikut BUKAN ciri-ciri kualitatif maklumat perakaunan?


A. Relevan
B. Kebolehpercayaan
C. Bebas
D. Kebolehbandingan

8. Untung bersih yang dilaporkan dalam penyata pendapatan ialah RM50,000.


Walaubagaimanapun, catatan pelarasan untuk belanja bekalan sebanyak RM500 dan gaji
terakru sebanyak RM1,500 masih belum direkod pada hujung tempoh perakaunan tersebut.
Untung bersih, selepas pelarasan ialah ______________
A. RM48,000
B. RM48,500
C. RM49,500
D. RM49,000

9. Bekalan Pejabat dilaporkan di dalam lembaran imbangan sebagai ______________


A. ekuiti pemilik
B. aset tetap
C. liabiliti semasa
D. aset semasa

10. Yang manakah antara berikut ciri-ciri perniagaan syarikat awam?


A. Tiada tanggungan peribadi
B. Modal kecil
C. Mudah ditubuhkan
D. Dikawal oleh pemilik

11. Manakah antara badan profesional berikut yang bertanggungjawab dalam membangunkan
dan mengeluarkan standard perakaunan dan perekodan kewangan di Malaysia?
A. Institut Akauntan Malaysia (MIA)
B. Yayasan Laporan Kewangan (FRF)
C. Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (MASB)
D. Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MICPA)

12. Pada 1 Disember tahun semasa, Perniagaan Samad Buang mempunyai aset dan liabiliti
seperti berikut : Tunai RM4,000; Akaun Belum Terima RM8,200; Bekalan RM1,050;
Tanah RM25,000; Akaun Belum Bayar RM6,530. Berapakah jumlah ekuiti pemilik (Modal
Samad) pada 1 Disember tahun tersebut?
A. RM30,670
B. RM31,720
C. RM42,250
D. RM48,780

13. Yang manakah antara aplikasi berikut TIDAK BENAR mengikut peraturan debit dan
kredit?
A. Penurunan Akaun Belum Terima dengan kredit dan baki normal adalah debit
B. Peningkatan Akaun Belum Bayar dengan kredit dan baki normal adalah kredit
C. Peningkatan Belanja Sewa dengan debit dan baki normal adalah debit
D. Penurunan Tunai dengan debit dan baki normal adalah kredit

Disediakan oleh Miss Suraya Page 2


SET 1

14. Iman Amal, pemilik Perniagaan Ikram Muslimin telah membeli komputer berharga
RM3,000 untuk anak perempuannya. Pembayaran telah dibuat menerusi kutipan tunai yang
diterima dari hutang pelanggan perniagaannya. Pegawai akaun perniagaannya telah
merekod urusniaga tersebut seperti berikut:

Dt Peralatan Komputer RM3,000


Kt Tunai RM3,000
Andaian/prinsip yang tidak diambil kira oleh syarikat adalah __________________
A. Andaian entiti berasingan
B. Prinsip pengiktirafan hasil
C. Prinsip kos sejarah
D. Prinsip materialiti

15. Jenis akaun yang manakah akan muncul di dalam penyata pendapatan?
A. Akaun kekal (benar)
B. Akaun sementara (nominal)
C. Akaun yang ditunjukkan di dalam kolum penyata pendapatan pada lembaran kerja
D. Tiada satu pun di atas

16. Ciri kualitatif perakaunan yang memberi jaminan bahawa maklumat adalah bebas daripada
sebarang kesilapan dan ‘bias’ adalah __________________
A. Boleh dibandingkan
B. Boleh difahami
C. Boleh dipercayai
D. Relevan

17. Berikut merupakan pengguna luaran maklumat perakaunan bagi sesebuah syarikat
KECUALI ____________________
A. Pelabur
B. Pemiutang
C. Pihak pengurusan
D. Pihak kerajaan

18. Berikut adalah contoh item-item liabiliti sesebuah perniagaan KECUALI _____________
A. Gaji Belum Bayar
B. Akaun Belum Bayar
C. Akaun Belum Terima
D. Hasil belum terperoleh

19. Zaila dan Zaili memiliki perniagaan Z&Z Enterprise. Mereka berdua bertanggungjawab
terhadap hutang perniagaan mereka. Tentukan jenis eniti perniagaan yang dikendalikan
oleh Zaila dan Zaili.

Disediakan oleh Miss Suraya Page 3


SET 1

A. Perniagaan Tunggal
B. Perniagaan Perkongsian
C. Syarikat Awam Berhad
D. Syarikat Sendirian Berhad

20. Pilih kitaran perakaunan yang betul


A. Dokumen – lejar – jurnal – imbangan duga – penyata kewangan
B. Dokumen- jurnal - lejar – imbangan duga – penyata kewangan
C. Lejar – jurnal – dokumen – imbangan duga – penyata kewangan
D. Jurnal – dokumen – lejar-imbangan duga – penyata kewangan

21. Lembaran Imbangan Perniagaan Alat Tulis Aminah mempunyai baki berikut: Tunai
RM20,000; Akaun Belum Terima RM14,000; Peralatan Pejabat RM35,000; Akaun Belum
Bayar RM10,000 dan Hasil Sewa RM50,000. Tentukan jumlah aset bagi perniagaan ini.
A. RM69,000
B. RM65,000
C. RM55,000
D. RM49,000

22. Konsep perakaunan yang menyatakan bahawa sesebuah perniagaan itu akan terus
beroperasi dalam jangka masa akan datang adalah ________________
A. Komsep usaha berterusan
B. Konsep materialiti
C. Konsep entiti perniagana
D. Konsep tempoh masa

23. Apabila perniagaan menjelaskan akaun belum bayar berjumlah RM5,900 tunai.
A. Jumlah aset meningkat dna jumlah modal menurun
B. Jumlah aset menurun dan jumlah modal meningkat
C. Jumlah aset menurun dan jumlah liability menurun
D. Jumlah aset meningkat dan jumlah liability menurun

24. Pilih pernyataan yang salah.


Aset Liabiliti Ekuiti Pemilik
A 12,900 9,600 3,300
B 8,500 2,900 5,600
C 11,001 2,765 8,245/
D 5,300 3,720 1,580

25. Lembaran imbangan TIDAK memberikan maklumat perakaunan berikut kepada para
penggunanya.
A. Jumlah aset
B. Jumlah keuntungan atau kerugian
C. Jumlah hasil atau belanja

Disediakan oleh Miss Suraya Page 4


SET 1

D. Jumlah ekuiti pemilik

26. Pilih urusniaga yang TIDAK member kesan kepada jumlah aset sesebuah syarikat.
A. Membayar gaji pekerja secara tunai
B. Membeli peralatan pejabat secara tunai
C. Memberi khidmat nasihat kepada pelanggan dan menerima tunai
D. Membeli kenderaan untuk pejabat secara kredit

27. Noon & Co membeli peralatan pejabat secara kredit daripada pembekal dan menjelaskan
hutangnya dua minggu kemudian. Catatan jurnal bagi merekod penjelasan hutang tersbeut
adalah ______________________
A. Debit akaun peralatan pejabat, kredit akaun belum bayar
B. Debit akaun tunai, kredit akaun belum bayar
C. Debit akaun belum bayar, kreidt akaun peralatan pejabat
D. Debit akaun belum bayar, kredit akaun tunai

28. Tentukan kesan ambilan tunai terhadap persamaan perakaunan sesebuah perniagaan.
A. Meningkat aset dan mengurangkan ekuiti pemilik
B. Meningkatkan aset dan liabiliti
C. Meningkatkan aset dan mengurangkan liabiliti
D. Mengurangkan aset dan ekuiti pemilik

29. Belanja adalah berbeza dengan ambilan kerana __________________


A. Belanja mengurangkan ekuiti pemilik manakala ambilan meningkatkan ekuiti
pemilik.
B. Belanja dialami dalam proses mendapatkan hasil manakala ambilan dilakukan oleh
pemilik untuk kegunaan peribadi.
C. Ambilan dikira dalam pengiraan untung atau rugi bersih manakala belanja tidak.
D. Ambilan merupakan asset manakala belanja merupakan asset kontra.

30. Akaun susutnilai terkumpul akan dilaporkan dalam_________________


A. Penyata pendapatan sebagai sejenis belanja
B. Penyata pendapatan sebagai pengurangan daripada hasil
C. Lembaran imbangan sebagai pengurangan daripada aset tertentu.
D. Lembaran imbangan sebagai liabiliti semasa.

31. Berikut adalah aplikasi debit dan kredit serta baki normal. Manakah antara berikut adalah
TIDAK BENAR?
Akaun peningkatan pengurangan baki normal
A. Asset debit kredit debit
B. Liabiliti kredit debit kredit

Disediakan oleh Miss Suraya Page 5


SET 1

C. Hasil kredit debit debit


D. Belanja debit kredit debit

32. Jika hasil adalah RM65,000, belanja ialah RM20,000 dan ambilan ialah RM5,000, tentukan
pendapatan bersih atau rugi bersih bagi tempoh tersebut.
A. Pendapatan bersih sebanyak RM40,000
B. Pendapatan bersih sebanyak RM45,000/
C. Rugi bersih sebanyak RM20,000
D. Rugi bersih sebanyak RM25,000

33. Manakah antara berikut BUKAN merupakan satu urusniaga?


A. Membayar gaji kepada pekerja
B. Membeli barangniaga secara kredit
C. Menerima tunai daripad aperkhidmatan yang telah diberikan
D. Menandatangani perjanjian untuk membeli barang niaga pada masa hadapan./

34. Pada awal tahun 2016, Perniagaan Atan berminat untuk membeli sebidang tanah pada harga
RM150,000. Setelah tawar menawar dengan pemilik tanah tersebut, beliau bersetuju untuk
menjualnya kepada Atan pada harga RM130,000. Pada awal tahun 2017, seorang rakan
Atan memberitahu bahawa nilai tanah tersebut meningkat kepada RM180,000. Berdasrkan
prinsip kos sejarah, tanah tersebutkan dilaporkan dalam penyata kewangan Perniagaan
Atan pada nilai _______________
A. RM150,000
B. RM130,000
C. RM180,000
D. RM50,000

35. Catatan penutup disediakan ______________


A. untuk membolehkan penyata kewangan disediakan
B. supaya jumlah debit dan kredit dalam imbangan duga adalah sama
C. supaya semua akaun sementara berbaki kosong sebelum tamat tempoh perakaunan
yang berikutnya bermula.
D. apabila perniagaan hendak ditamatkan.

36. Pilih kenyataan yang BENAR.


A. Belanja terakru merupakan asset dan hasil terakru merupakan liabiliti.
B. Belanja terakru merupakan liabiliti dan hasil terakru merupakan aset.
C. Belanja dan hasil terakru merupakan liabiliti.
D. Hasil terakru dan hasil belum terperoleh hasil.

Disediakan oleh Miss Suraya Page 6


SET 1

BAHAGIAN B
SOALAN 1
Imbangan Duga bagi perniagaan Maju Jaya pada 31 Januari 2018 adalah seperti berikut:
Akaun Debit Kredit
Tunai 3,425
Akaun Belum Terima 7,000
Bekalan 1,270
Insurans Prabayar 620
Kenderaan 51,650
Susutnilai Terkumpul Kenderaan 9,700
Akaun Belum Bayar 925
Hasil Belum terperoleh 1,250
Modal 29,000
Ambilan 5,200
Hasil Perkhidmatan 59,125
Belanja gaji 22,415
Belanja pelbagai 8,420

Maklumat pelarasan:
i. Bekalan yang ada di tangan pada 31 Januari 2018 adalah sebanyak RM280.
ii. Premium insurans yang telah luput sepanjang tahun sebanyak RM315.
iii. Susutnilai kenderaan sebanyak RM4,950 setiap tahun.
iv. Gaji yang telah terakru, tetapi belum lagi dijelaskan pada 31 Januari 2018 ialah
RM440.
v. Hasil perkhidmatan yang telah terakru, tetapi belum direkodkan sebanyak RM1,000.
vi. Hasil belum terperoleh pada 31 Januari adalah sebanyak RM750.

Dikehendaki:
i. Sediakan catatan jurnal untuk merekod semua pelarasan.
ii. Sediakan imbangan duga terselaras.
iii. Sediakan penyata pendapatan, penyata ekuiti pemilik dan lembaran imbangan.

Disediakan oleh Miss Suraya Page 7

You might also like