You are on page 1of 10

PERDAGANGAN

Kertas 1
Nama:

<Tarikh>

Kelas :

Masa :
Markah :

Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan.


71. Pernyataan manakah yang menerangkan pengeluaran langsung?
A Nelayan mengagihkan hasil mereka melalui pemborong
B Puan Mooi menanam sayuran untuk keperluan keluarganya
C Encik Ibrahim, seorang penjual sate memperoleh keuntungan yang lumayan
D Syarikat Zoom mengeluarkan kamera digital yang mempunyai pelbagai fungsi
2.

Kemajuan dalam bidang teknologi membolehkan pengeluaran dijalankan secara besar-besaran.


Apakah faedahnya kepada pengguna?
A Mengurangkan pembaziran
B Mengurangkan harga barang
C Mengurangkan kos pengeluaran
D Mengurangkan kos simpanan stok

3.

Apakah pengeluaran langsung?


A Pengeluaran yang dijalankan untuk memenuhi keperluan sendiri
B Pengeluaran yang dilakukan dengan bantuan pihak lain
C Pengeluaran yang dilakukan secara besarbesaran
D Pengeluaran yang dijalankan dengan mengamalkan pengkhususan

4.

Soalan di bawah berdasarkan pilihan jawapan dalam jadual di bawah.


I Pengkhususan mengikut profesion adalah penumpuan kerja berdasarkan kemahiran.
II Guru adalah contoh pengkhususan mengikut profesion.

5.

Pernyataan manakah yang benar mengenai keperluan sosial mengikut Abraham Maslow?
A Mendapat perlindungan daripada pihak polis
B Membeli sebuah kereta Mercedes
C Membeli pakaian di pasar raya
D Menerima ijazah dari pihak universiti

6.

Pernyataan manakah yang merupakan ciri kehendak manusia?


A Mudah dipenuhi
B Hidup lebih selesa
C Sama untuk semua individu
D Mempunyai batasan

7.

Antara berikut, yang manakah merujuk kepada keperluan fisiologi mengikut Abraham Maslow?
1

A
B
C
D

Mendapat pendidikan tinggi


Sentiasa mengikut perubahan fesyen
Dipenuhi melalui penghargaan masyarakat
Menikmati kemudahan kesihatan yang mencukupi

8.

Antara yang berikut, yang manakah mewujudkan pengkhususan?


I Pengeluaran langsung diamalkan
II Keperluan manusia ringkas
III Kemahiran pekerja berbeza
IV Peningkatan penggunaan teknologi
A I dan II
C II dan III
B I dan IV
D III dan IV

9.

Pernyataan yang manakah menunjukkan kelemahan pengkhususan?


A Mencapai kemahiran yang tinggi di kalangan pekerja
B Menghasilkan keluaran yang seragam
C Meningkatkan daya pengeluaran
D Menjimatkan kos latihan

10. Jawab soalan berdasarkan pilihan jawapan seperti jadual di bawah.


I Pengeluaran langsung merupakan aktiviti yang berdasarkan pengkhususan dan pembahagian kerja.
II Pembahagian kerja dalam pengkhususan mengikut proses menjadikan seseorang itu lebih mahir.

11. Antara berikut, pekerjaan yang manakah berkaitan dengan perdagangan?


I Juruteknik kilang sabun
II Peniaga runcit
III Pegawai pertanian
IV Pemandu lori
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
12. Perdagangan dikaitkan dengan pengeluaran kerana membantu
A meningkatkan keuntungan peniaga
B proses mencipta nilai faedah
C mewujudkan lebihan barang
D proses pengkhususan
13. Pernyataan manakah yang menerangkan maksud perniagaan?
A Menghasilkan barangan untuk memenuhi keperluan manusia
B Mengagihkan barangan daripada pengeluar kepada pengguna
2

C Membeli dan menjual barangan untuk mendapatkan keuntungan


D Menyelaraskan permintaan dan penawaran sesuatu barang di pasaran
14. Rajah di bawah menunjukkan bantuan perniagaan.

Rajah
Apakah peranan X kepada peniaga?
A Memudahkan pembayaran dan penerimaan wang
B Mengurangkan kebimbangan terhadap risiko
C Memperkenalkan keluaran baru di pasaran
D Mengelakkan pembaziran dan kerosakan barang
15. Maklumat berikut berkaitan dengan bantuan perniagaan.

Apakah X dan Y?

16. Pernyataan manakah yang menerangkan kaitan antara pengeluaran dengan perdagangan?
A Mewujudkan nilai faedah
B Menghasilkan barang
C Melibatkan aktiviti jual beli
D Mengamalkan pengkhususan
17. Pernyataan manakah yang menerangkan aktiviti broker?
A Menyediakan perkhidmatan penghantaran barang
B Menemukan antara pihak penjual dan pembeli
C Membekalkan barang di kedai tanpa dipesan
D Menyimpankan barang perniagaan

18. Pernyataan manakah yang merupakan kelebihan perniagaan secara sewa beli kepada pembeli?
A Kadar faedah tidak dicaj ke atas ansuran
B Hak milik barang diperoleh sebaik sahaja deposit dibayar
C Wang pendahuluan dikecualikan ketika membeli
D Barang mewah mampu dinikmati
19. Pernyataan manakah yang menunjukkan kelebihan perniagaan francais kepada francaisi?
A Menjual barang keluaran sendiri
B Menggunakan jenama yang sudah terkenal
C Menaikkan harga berdasarkan permintaan pasaran
D Mengubah suai premis mengikut cita rasa pelanggan
20. Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan perniagaan dalam negeri?
I Menggunakan sistem ukuran dan timbangan yang sama
II Membuat pembayaran secara tunai ataucek
III Melibatkan kegiatan borong dan runcit
IV Menggunakan kredit berdokumen
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
21. Maklumat berikut berkaitan dengan satu bentuk lain peruncitan.

Apakah bentuk perniagaan runcit tersebut?


A Francais
B E-dagang
C Pesanan mel
D Jualan langsung
22. Berikut adalah maklumat mengenai Kedai Kasut Ramu.

Dokumen manakah yang akan dikeluarkan oleh Syarikat Zunar Sendirian Berhad kepada Kedai Kasut Ramu?
A Nota Makluman
B Nota Serahan
C Nota Kredit
D Nota Debit
23. Merujuk kepada dokumen perniagaan berikut.

Berapakah jumlah bersih bayaran yang akan dibayar oleh Kedai Bunga Dahlia jika dia membayar pada 2 Mac
2004?
A RM589.00
B RM607.60
C RM736.25
D RM759.50
24. Maklumat berikut merupakan satu keadaan yang menyebabkan pengambilalihan fungsi pemborong.
E-dagang
Kedai katalog
Pesanan mel
Apakah keadaan tersebut?
A Perlantikan ejen oleh pengeluar
B Bentuk lain peruncitan
C Penubuhan kedai sejaras
D Barang yang dipesan khas

25. Gambar di bawah menunjukkan agihan sejenis keluaran.

Gambar
Apakah jenis saluran agihan yang sesuai digunakan dalam perniagaan di atas?
A Pengeluar Pemborong Peruncit Pengguna
B Pengeluar Ejen Peruncit Pengguna
C Pengeluar Pemborong Pengguna
D Pengeluar Peruncit Pengguna
26. Apakah kelemahan jualan prabayar kepada pembeli?
A Risiko penipuan
B Aliran tunai merosot
C Menanggung hutang lapuk
D Pembaziran masa
27. Apakah fungsi peruncit kecil-kecilan kepada pengguna?
A Memberikan khidmat layan diri
B Menyediakan khidmat lepas jualan
C Menghasilkan barang mengikut cita rasa pelanggan
D Menstabilkan harga barang
28. Maklumat berikut berkaitan dengan urus niaga antara Syarikat Putra dengan Kedai Bersatu.

Apakah dokumen yang perlu dihantar oleh Syarikat Putra pada 3 Januari 2011?
A Nota makluman
B Nota serahan
C Nota kiriman
D Nota kredit
7

29. Dokumen yang manakah digunakan semasa urus niaga barang?


A Sebut harga
C Invois
B Katalog
D Resit
30. Maklumat berikut menunjukkan kelemahan sejenis kaedah jualan kepada penjual.

Apakah kaedah jualan tersebut?


A Prabayar
B Sewa beli
C Konsainan
D Bayaran tertunda
31. Berikut adalah nilai tetap kadar tukaran asing yang pernah diamalkan di Malaysia.

Apakah kesannya kepada peniaga?


A Dapat merancang aktiviti perniagaan dengan tepat
B Dapat keuntungan besar melalui aktiviti spekulasi mata wang
C Menghadapi kesukaran mendapatkan rakan kongsi dari luar negara
D Mengalami kerugian kerana tidak dapat meramal kadar tukaran asing
32. Encik Shamsul menghadapi masalah kuota dan tarif semasa mengimport batik dari Indonesia.
Apakah halangan dalam perniagaan tersebut?
A Mata wang yang berbeza
B Prosedur kastam
C Risiko yang tinggi
D Kesukaran mendapat maklumat
33. Gambar di bawah menunjukkan satu pertandingan bertaraf antarabangsa yang diadakan di Malaysia.

Gambar
Mengapakah Malaysia menganjurkanpertandingan tersebut?
A Menambahkan eksport tak nyata
B Menambahkan import nyata
8

C Mengurangkan import nyata


D Mengurangkan eksport tak nyata
34. Antara yang berikut, yang manakah halangan yang dihadapi oleh pengeksport dalam perniagaan
antarabangsa?
I Duti eksport
II Subsidi eksport
III Embargo
IV Kuota
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
35. Apakah inden?
A Pesanan bertulis
B Dokumen hak milik
C Pemulangan barang
D Dokumen pembayaran
36. Bagaimanakah pengimport dan pengeksport mengatasi halangan dalam urus niaga mereka?
I Mengeratkan kerjasama dengan peniaga negara lain
II Mengadakan pameran perdagangan di luar negara
III Memudahkan prosedur pengangkutan
IV Menurunkan kadar tukaran wang asing
A I dan II
C II dan III
B I dan IV
D III dan IV
37. Antara berikut, yang manakah bukan penerangan bagi perniagaan antarabangsa?
A Menggunakan kadar pertukaran wang yang sama
B Melibatkan aktiviti jual beli antara negara
C Melibatkan pengeksport dan pengimport
D Menggunakan bahasa yang berbeza
38. Apakah tatacara yang perlu dipatuhi oleh pengeksport setelah menerima inden?
I Memuatkan barang ke dalam kapal
II Menyediakan dokumen berkenaan
III Menuntut bayaran daripada pengimport
IV Menempah ruang dalam kapal
A II, I, IV dan III
B IV, III, I dan II
C IV, II, I dan III
D III, IV, II dan I
39. Buruh warganegara Malaysia bekerja di pelantar minyak di Brunei. Apakah aktiviti perniagaan itu?
A Import nyata
B Eksport nyata
C Import tak nyata
D Eksport tak nyata
40. Berikut adalah situasi perniagaan antarabangsa.

Situasi tersebut wujud kerana terdapat perbezaan


A sumber semula jadi
B pendapatan
C teknologi
D cita rasa

10

You might also like