You are on page 1of 13

SMK BANDAR RINCHING

SEKSYEN 5, BANDAR
RINCHING,
43500 SEMENYIH,
SELANGOR D.E
(BEA 4632)
Tel: 03-87247578
Faks: 03-8784206

PERNIAGAAN
KERTAS 1
OKTOBER
2017
1 JAM 15 MINIT

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2017

PERNIAGAAN
KERTAS 1
TINGKATAN 4

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas ini mengandungi 40 soalan.


2. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Antaranya, ada
satu jawapan sahaja yang paling sesuai. Tandakan jawapan kamu dengan menghitamkan
ruangan pada kertas jawapan yang disediakan.
3. Jawab semua soalan.
4. Anda dibenarkan menggunakan kalkulator saintifik yang tidak boleh diprogramkan.

Kertas soalan ini mengandungi 14 halaman bercetak termasuk muka hadapan

Disediakan oleh Disahkan oleh

…………………………… ………………………………..
(Pn. Selamiah Bt. Haldin) (Pn. Nor Azazlina Bt. Sidek)
Ketua Panitia Perdagangan GKMP Teknk dan Vokasional
SMK Bandar Rinching SMK Bandar Rinching
Arahan: Jawab semua soalan.

1. Pernyataan manakah yang berkaitan dengan tujuan perniagaan kepada peniaga?


A. Mewujudkan faedah kepada pihak pengguna
B. Mengagihkan barang daripada pengeluar kepada pengguna
C. Menjual barang dan perkhidmatan untuk mendapat keuntungan
D. Melakukan pengeluaran barang dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan

2. Maklumat di bawah ini berkaitan dengan dua aktiviti perniagaan.

Jenis Perniagaan
I II
Kilang kasut Pusat tuisyen

Apakah aktiviti perniagaan I dan perniagaan II?


I II
A. Aktiviti berasaskan barang Aktiviti berasaskan perkhidmatan
B. Aktiviti berasaskan perkhidmatan Aktiviti berasaskan barang
C. Aktiviti berasaskan perdagangan Aktiviti berasaskan sumber alam
D. Aktiviti berasaskan perdagangan dan Aktiviti berasaskan perdagangan dan
perkhidmatan sumber alam

3. Pernyataan manakah yang menerangkan maksud pertukaran nilai?


A. Urus niaga antara penjual dan pembeli melibatkan pertukaran wang semata-mata
B. Pembeli mendapat kualiti barang yang tinggi bagi wang yang dibayar kepada penjual
C. Pembeli memberikan sesuatu yang bernilai kepada penjual untuk keluaran yang
diterimanya
D. Penjual menyediakan barang dan perkhidmatan yang bermutu tinggi sebelum bertukar
dengan pelanggan

4. Apakah itu milikan tunggal?


I. Perniagaan yang dikawal oleh seorang individu
II. Perniagaan yang ditubuhkan oleh seorang individu
III. Perniagaan yang ditubuhkan oleh seorang tetapi dikawal beberapa orang
IV. Perniagaan yang ditubuhkan oleh beberapa orang tetapi dikawal oleh seorang individu

2
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

5. Pilih langkah proses pendaftaran perniagaan milikan tunggal yang betul.


A. Mendapat Borang D → membuat pembayaran → mengisi Borang A → mengisi Borang
Carian Nama
B. Membuat pembayaran → mengisi Borang A → mengisi Borang Carian Nama →
mendapat Borang D
C. Mengisi Borang A → mengisi Borang Carian Nama → mendapat Borang D → membuat
pembayaran
D. Mengisi Borang Carian Nama → mengisi Borang A → membuat pembayaran →
mendapat Borang D

6. Antara yang berikut, manakah kelebihan usaha sama?


I. Dapat meningkatkan keuntungan
II. Risiko perniagaan dapat dikurangkan
III. Dapat mengelakkan berlakunya konflik
IV. Mudah untuk mendapat pelbagai sumber
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

7. Maklumat di bawah ini berkaitan dengan suatu bentuk perniagaan.

 Perniagaan dikendalikan mengikut satu sistem piawaian yang ditetapkan


oleh pemegang hak sesuatu jenama.
 Peniaga boleh menggunakan jenama atau rahsia perdagangan pemegang
hak.

Apakah bentuk perniagaan tersebut?


A. Francais
B. Usaha sama

3
C. Kedai sejaras
D. Kontrak pengeluaran

8. Manakah yang boleh digolongkan sebagai perniagaan bersaiz kecil?


A. Kilang pakaian
B. Kedai kek dan biskut
C. Loji penapisan minyak
D. Pengeluaran ubat-ubatan

9. Aktiviti perniagaan antarabangsa dijalankan…..


A. Antara penduduk luar negara
B. Antara negara dengan negara
C. Antara penduduk dalam negara
D. Antara sempadan sesebuah negara

10. Rajah di bawah ini menunjukkan skala perniagaan.

Skala Perniagaan

X Antarabangsa

Apakah X?
A. Zon
B. Global
C. Negeri
D. Domestik

11. Apakah peranan yang dimainkan oleh MATRADE?


A. Mempromosikan produk keluaran tempatan di luar negara
B. Menyediakan pembiayaan kepada para usahawan kecil
C. Menjalankan kajian dan penyelidikan dalam bidang pertanian
D. Menyediakan latihan keusahawanan kepada usahawan tempatan

4
12. Apakah itu inflasi?
A. Satu fenomena lambakan barang dan perkhidmatan di pasaran
B. Satu fenomena kenaikan barang dan perkhidmatan secara berterusan
C. Satu keadaan di mana harga barang menurun akibat pengeluaran yang berlebihan
D. Satu keadaan di mana permintaan untuk barang dan perkhidmatan jatuh mendadak

13. Apakah kesan daripada inflasi?


A. Kuasa beli wang meningkat
B. Taraf hidup rakyat meningkat
C. Kos sara hidup semakin meningkat
D. Pendapatan boleh guna meningkat

14. Trend menurun dalam persekitaran perniagaan menunjukkan aktiviti perniagaan semakin
menurun. Faktor luaran manakah yang membawa kepada keadaan sedemikian?
A. Pekerja kurang bermotivasi
B. Keadaan ekonomi semakin lembap
C. Strategi pemasaran yang kurang berkesan
D. Kos pengeluaran semakin meningkat

15. Maklumat yang berikut berkaitan dengan sejenis gaya pengurusan.

Daya Pengurusan

 Pekerja diberikan kebebasan


untuk membuat keputusan
 Pengurus kurang mengawal
tingkah laku pekerja
 Objektif mungkin tidak tercapai

Apakah gaya pengurusan berkenaan?


A. Gaya pengurusan laissez-faire
B. Gaya pengurusan autokratik
C. Gaya pengurusan demokratik
D. Gaya pengurusan sokongan

5
16. Gaya pengurusan yang manakah berkaitan dengan tindakan pengurus yang mengamalkan
toleransi dan menjalin hubungan yang baik dengan pekerja?
A. Gaya pengurusan laissez-faire
B. Gaya pengurusan autokratik
C. Gaya pengurusan demokratik
D. Gaya pengurusan sokongan

17. Rajah di bawah ini berkaitan dengan campuran pemasaran.

Produk Harga

Campuran Pemasaran

X Promosi

Pernyataan manakah yang berkaitan dengan unsur yang bertanda X?


A. Kos pengeluaran yang tinggi akan merugikan peniaga
B. Pembungkusan penting untuk menjamin produk tahan lama
C. Barang perlu diedarkan ke merata-rata tempat untuk meningkatkan jualan
D. Peniaga perlu menjalankan kegiatan pengiklanan untuk meningkatkan jualan

18. Pernyataan manakah yang berkaitan dengan guna tenaga penuh?


A. Tidak berlaku keadaan inflasi dalam ekonomi
B. Kadar pengangguran kurang daripada empat peratus
C. Ekonomi negara bakal mengalami kemelesetan
D. Semua orang dewasa dalam sesebuah negara bekerja

19. Antara yang berikut, manakah kesan trend penurunan dalam guna tenaga?
I. Permintaan untuk barang meningkat
II. Pendapatan kerajaan akan menurun
III. Aktiviti perniagaan akan meningkat
IV. Kadar pengangguran akan meningkat

6
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

20. Maklumat di bawah menunjukkan dua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur


(DBKL)
 Majlis Perbandaran Kuantan (MPK)

Antara yang berikut, manakah yang merupakan bidang kuasa pihak-pihak di atas?
I. Menggubal undang-undang kecil berkaitan perniagaan
II. Mendaftar dan mengawal selia semua pemaju perumahan tempatan
III. Merangka dan melaksanakan dasar-dasar pembangunan setempat
IV. Menguatkuasakan semua undang-undang jalan raya di sesuatu kawasan
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

21. Mengapakah penetapan visi penting untuk sesebuah organisasi?


I. Membantu mencapai matlamat penubuhan organisasi
II. Bertindak sebagai garis panduan pekerja bahagian operasi
III. Menjadi pendorong kuat kepada pihak pengurusan dan pekerja
IV. Membantu meningkatkan jualan dan keuntungan dalam jangka masa pendek
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. I dan IV

7
22. Manakah rumus yang digunakan untuk mengira Titik Pulang Modal (TPM)?
A. Jumlah hasil = Jumlah kos
B. Kos tetap = kos berubah
C. Jumlah hasil melebihi jumlah kos
D. Jumlah hasil kurang daripada jumlah kos

23. Pernyataan manakah yang merupakan bukti bahawa sesuatu perniagaan itu sedang
mengalami pertumbuhan?
A. Pemilik mengubah lokasi perniagaan
B. Pemilik meningkatkan bilangan pekerja
C. Hasil meningkat dari semasa ke semasa
D. Pemilik membawa masuk modal tambahan

24. Kegagalan mendapat untung boleh menyebabkan imej perniagaan terjejas. Apakah
kesannya kepada perniagaan?
A. Sukar untuk mendapatkan pembiayaan bank
B. Terpaksa membayar pembekal secara tunai
C. Pengguna tidak akan membeli produk syarikat
D. Sukar untuk mendapatkan bekalan bahan mentah

25. Mengapakah perniagaan yang gagal mendapat keuntungan akan mengalami kesukaran
dalam mengembangkan perniagaannya?
A. Motivasi pekerja akan terjejas
B. Imej produk terjejas di mata pengguna
C. Tidak dapat meningkatkan operasi perniagaan
D. Terpaksa mengurangkan harga jualan barang

26. Apakah langkah yang perlu diambil oleh organisasi untuk meningkatkan keupayaan sumber
manusia organisasi?
A. Meningkatkan pembayaran gaji
B. Membawa masuk teknologi baharu
C. Meningkatkan bilangan kakitangan
D. Mengadakan latihan dan pembangunan

8
27. Antara yang berikut, manakah yang merupakan faktor dalaman yang mempengaruhi visi,
misi dan objektif perniagaan?
I. Kekuatan III. Peluang
II. Kelemahan IV. Ancaman
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

Soalan 28, 29 dan 30 adalah berdasarkan petikan berikut.

Syarikat Darma Sdn. Bhd. Adalah sebuah syarikat penerbitan buku. Pengarah urusan ialah
Encik Jack. Beliau mempunyai pengalaman dalam bidang penerbitan buku dan majalah
berunsur pendidikan selama 25 tahun. Encik Jack sentiasa memberitahu para ahli lembaga
pengarah bahawa beliau tidak terlalu mementingkan prestasi syarikat dalam jangka pendek.
Malah beraspirasi untuk membentuk masyarakat Malaysia yang berpengetahuan luas dalam
jangka panjang. Dalam mesyuarat mingguan dengan pengurus jabatannya, beliau akan
sentiasa memberi kata perangsang kepada mereka bahawa syarikat mereka harus sentiasa
berusaha menjadi penerbit buku terulung dalam negara dan memenuhi permintaan semua
lapisan masyarakat di Malaysia. Beliau juga sentiasa mengingatkan penyelia di bahagian
operasi bahawa syarikat akan menerbitkan sekurang-kurangnya 100 judul buku ilmiah setiap
tahun untuk lima tahun bermula 2017 hingga 2021.

28. Dengan badan manakah Syarikat Darma Sdn. Bhd. didaftarkan?


A. Jabatan Pendaftaran Koperasi
B. Suruhanjaya Syarikat Malaysia
C. Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Belia
D. Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia

29. Siapakah yang digolongkan dalam peringkat pengurusan pertengahan Syarikat Darma Sdn.
Bhd.?
A. Encik Jack
B. Penyelia operasi
C. Pegurus jabatan
D. Lembaga Pengarah

9
30. Siapakah yang mewakili peringkat pengurusan atasan Syarikat Darma Sdn. Bhd.?
I. Encik Jack III. Pengurus jabatan
II. Penyelia operasi IV. Lembaga Pengarah

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. I dan IV

31. Rajah di bawah ini menunjukkan suatu carta organisasi.

Pengurus Pengurus
kewangan pemasaran

Pasangan manakah yang mewakili X dan Y?


X Y
A. Penyelia Pengarah urusan
B. Pengurus sumber manusia Penyelia
C. Penyelia Pengurus pengeluaran
D. Pengarah urusan Penyelia

32. Maklumat manakah yang boleh diperoleh melalui sesebuah carta organisasi?
I. Jadual tugas
II. Pembahagian kerja
III. Hierarki pengurusan
IV. Hubungan antara ketua dengan pekerja
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV

10
D. II, III dan IV

33. Rajah di bawah menunjukkan peranan salah satu bahagian fungsian organisasi.

Mereka cipta Meningkatkan Memenuhi keperluan


produk baharu + kualiti produk = dan kehendak
sedia ada pengguna

Apakah bahagian fungsian tersebut?


A. Pemasaran
B. Pengeluaran
C. Penyelidikan dan pembanguna (R & D)
D. Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)

34. Mengapakah pengurus pengeluaran melaksanakan kawalan awalan?


I. Memastikan proses pengeluaran berjalan lancar
II. Memastikan bahan mentah memenuhi spesifikasi
III. Memastikan hasil keluaran memenuhi piawaian yang ditetapkan
IV. Memastikan pekerja operasi mempunyai kemahiran yang mencukupi
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

35. Maklumat di bawah ini berkaitan dengan Encik Adam.

Encik Adam mengusahakan dusun durian seluas 20 hektar. Hasil durian diperoleh
dengan banyak pada setiap kali musim buah. Beliau menjual hasil durian berkenaan di
beberapa pasar malam yang berdekatan dengan tempat tinggalnya. Oleh kerana jualan
di pasar malam adalah terhad, beliau menjual pada harga yang murah. Namun, banyak
buah durian yang terpaksa dibuang kerana rosak.

Apakah saluran agihan yang paling sesuai digunakan agar duriannya dapat diagihkan ke
seluruh negara?
A. Pengeluar → Pengguna
B. Pengeluar → Ejen → Pengguna

11
C. Pengeluar → Peruncit → Pengguna
D. Pengeluar → Pemborong → Peruncit → Pengguna

36. Gambar di bawah ini menunjukkan sejenis keluaran.

Apakah jenis saluran agihan yang paling sesuai digunakan untuk mengagihkan keluaran
di atas?
A. Pengeluar → Pemborong → Peruncit → Pengguna
B. Pengeluar → Pemborong → Pengguna
C. Pengeluar → Ejen → Pengguna
D. Pengeluar → Peruncit → Pengguna

37. Organisasi perniagaan manakah yang perlu mewujudkan bahagian khidmat pelanggan?
A. Pengeluar pakaian
B. Syarikat telekomunikasi
C. Pembekal bahan mentah
D. Pengeluar makanan ringan

38. Antara yang berikut, bahagian fungsian manakah yang terlibat secara langsung dalam
perancangan dan pembangunan produk baharu dalam organisasi?
I. Pemasaran III. Pengagihan
II. Pentadbiran IV. Penyelidikan dan pembangunan
A. I dan II
B. I dan III
C. I dan IV
D. III dan IV

12
39. Bagaimanakah penggunaan teknologi maklumat mampu membantu perniagaan?
A. Peniaga dapat memproses data jualan dengan segera
B. Peniaga boleh melakukan aktiviti kewangan dengan lebih berkesan
C. Perniagaan boleh dijalankan secara cekap dan berkesan untuk mencapai matlamat
D. Peniaga boleh berhubung dengan pembekal dan pelanggan dengan serta-merta

40. Mengapakah syarikat insurans melantik ejen untuk berinteraksi dengan pelanggan?
A. Untuk mempengaruhi pelanggan membeli produk
B. Untuk menjalin kerjasama strategik dengan pelanggan
C. Untuk mengukuhkan hubungan baik dengan pelanggan
D. Untuk mewujudkan jaringan perniagaan dengan pelanggan

KERTAS SOALAN TAMAT

13

You might also like