You are on page 1of 3

KERTAS SOALAN PERNIAGAAN

TINGKATAN 4

MENGANDUNGI 5 SOALAN SAHAJA

HAK CIPTA TERPELIHARA


PENGGUBAL:
MUHAMMAD IZZUDDIN SAMSOR
KERTAS 1
1. Maklumat di bawah ini berkaitan dengan Syarikat Harpers Sendirian Berhad.

Syarikat Harpers Sendirian Berhad membekalkan minyak kelapa sawit mentah


sebanyak 100 tan bernilai RM250000 kepada sebuah syarikat di Vietnam. Syarikat
berkenaan pula tidak membayar secara tunai sebaliknya membekalkan 275 tan beras
bernilai RM250000 kepada Syarikat Harpers Sendirian Berhad.

Pada pendapat anda, adakah pertukaran nilai berlaku dalam urusan berkenaan?
A Ya, kerana wujud unsur balasan
B Ya, kerana ada pembeli dan penjual
C Tidak, kerana tiada kontrak perniagaan
D Tidak, kerana tiada bayaran berupa wang

2. Mengapakah organisasi bukan bermotifkan untung menjual barang pada harga di


bawah kos?

A Untuk mempromosikan barang


B Untuk mengusir pesaing dari pasaran
C Untuk membantu ahli masyarakat yang kurang mampu
D Untuk meningkatkan keuntungan pada jangka panjang

3. Pernyataan manakah yang berkaitan dengan aktiviti perniagaan yang berasaskan


barang?

A Syarikat TamanCantik Sdn. Bhd. menyediakan kursus landskap


B Syarikat DIY menghasilkan pelbagai jenis peralatan landskap
C Syarikat Futurescap Sdn. Bhd. menyediakan perkhidmatan landskap
D Syarikat Advais Bhd. pakar dalam mempromosikan bahan landskap

HAK CIPTA TERPELIHARA


4. Perniagaan secara langsung memainkan peranan meningkatkan taraf hidup
masyarakat.
Bagaimanakah perniagaan memainkan peranan ini?

A Membantu perkembangan ekonomi negara


B Menjalankan tanggungjawab sosial korporat
C Menyediakan peluang pekerjaan
D Menyediakan pelbagai barang dan perkhidmatan

5. Maklumat di bawah ini berkaitan dengan sejenis konsep asas perniagaan.

Pembeli membayar wang kepada penjual sebagai balasan kepada barang dan
perkhidmatan yang diperoleh daripada penjual.

Apakah konsep asas perniagaan berkenaan?


A Barang dan perkhidmatan
B Penjual dan pembeli
C Memuaskan keperluan dan kehendak
D Pertukaran nilai

6. Mengapakah perniagaan yang terlibat dalam penyediaan perkhidmatan seperti firma


perakaunan ditubuhkan secara perkongsian?

A Dapat berkongsi kepakaran


B Mudah mengumpulkan modal
C Risiko dapat dikurangkan
D Dikecualikan daripada pembayaran cukai

____________SOALAN TAMAT_____________

HAK CIPTA TERPELIHARA

You might also like