You are on page 1of 10

Bahagian A

Jawab semua soalan

1. Antara berikut, yang manakah tujuan utama perniagaan?


A. Mewujudkan peluang pekerjaan
B. Membantu masyarakat setempat
C. Meningkatkan pendapatan Negara
D. Menawarkan barang dan perkhidmatan

2. Pilih jawapan yang betul.

Perkhidmatan Barang
A. Pendidikan Kereta
B. Salun kecantikan Pelancongan
C. Buku majalah Pusat tuisyen
D. Kereta Telefon bimbit

3 Gula, petrol, beras dan minyak masak adalah Antara barang keperluan yang dijual pada
harga subsidi.
Pernyataan ini bermakna barang tersebut,
A. dijual pada harga kos
B. dijual di atas harga kos
C. dijual di bawah harga kos
D. diberikan secara percuma

4. Apakah kelebihan perniagaan perkongsian berbanding perniagaan milikan tunggal ?


A Tanggungan terhad
B Berkongsi kepakaran
C perniagaan berterusan
D Mudah untuk membuat keputusan

5.

Rajah 1
Apakah tujuan kewujudan organisasi NGO berdasarkan rajah 1 tersebut?
I Mewujudkan kesedaran tentang sesuatu perkara
II Mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat
III Memperoleh keuntungan daripada aktiviti yang dijalankan
IV Membantu golongan kurang berkemampuan mendapatkan keperluan

A. I dan II
B. II dan III
C. I dan IV
D. III dan IV
1
6.
 Aktiviti yang melibatkan urusniaga jual beli barang dan perkhidmatan
 Melibatkan penjual dan pembeli
 Bertujuan memenuhi keperluan dan kehendak
 Melibatkan pertukaran nilai bagi mendapatkan keuntungan

Apakah aktiviti yang sesuai berdasarkan pernyataan di atas.


A. Perniagaan
B. Pengeluaran
C. Perdagangan
D. Khidmat langsung

7. Berdasarkan pernyataan di bawah.


Pernyataan tersebut merujuk kepada

Organisasi yang dibentuk bagi menjaga kepentingan dan mencapai tujuan masyarakat atau
ahli mereka
A. Organisasi bukan bermotifkan untung
B. Organisasi dalam perniagaan
C. Organisasi dalam syarikat awam berhad
D. Aktiviti pembelian aset dalam organisasi kerajaan

8. Maklumat berikut berkaitan dengan motif utama dalam perniagaan sesebuah syarikat.

A = Jumlah Hasil – Jumlah Kos


Apakah A?
A. Bonus
B. Faedah
C. Untung
D. Dividen

9. Pernyataan di bawah berkaitan dengan konsep asas perniagaan.

X – Sesuatu yang boleh dilihat atau disentuh


Y – Sesuatu yang tidak boleh disentuh atau dirasa

Antara yang berikut, pilih pernyataan tentang X dan Y.

X Y
A Barang Keuntungan
B Barang Perkhidmatan
C Perniagaan Perkhidmatan
D Keperluan Kehendak

2
10. Gambar di bawah berkaitan dengan pemilikan perniagaan.

Mengapakah Encik Zakaria memilih penubuhan perniagaan tersebut?


A Liabiliti terhad
B Proses penubuhan adalah rumit
C Bilangan pemilik ialah 2-20 orang
D Pemilik mempunyai kawalan sepenuhnya ke atas perniagaan

11. Antara yang berikut, yang manakah merupakan tujuan koperasi mengadakan mesyuarat
agung tahunan?

I Untuk meluluskan undang-undang kecil


II Untuk memilih ahli lembaga koperasi
III Untuk menubuhkan Jawatankuasa Penaja
IV Untuk mendapatkan sijil perakuan pendaftaran

A I dan II
B II dan III
C I dan IV
D III dan IV

12. Antara yang berikut, kriteria yang manakah menentukan saiz perniagaan?
I Bilangan pekerja
II Jumlah jualan tahunan
III Jumlah bahan mentah
IV Jumlah aset dan pembangunan

A I dan II
B II dan III
C I dan IV
D III dan IV

3
13. Maklumat di bawah berkaitan dengan klasifikasi perniagaan.

Sykt. Logistik Cemerlang ialah sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan


pengangkutan. Syarikat ini mempunyai 80 orang pekerja dan mencapai jualan tahunan
sebanyak RM25 juta.
Syarikat di atas dikenal sebagai.
A perniagaan bersaiz kecil
B perniagaan bersaiz mikro
C perniagaan bersaiz besar
D perniagaan bersaiz sederhana

14. Pernyataan di bawah menunjukkan suatu sektor perniagaan.

* Mengekstrakan sumber semula jadi iaitu bahan mentah


X boleh dikenal sebagai.
A sektor mikro
B sektor kedua
C sektor pertama
D sektor ketiga

15. Maklumat di bawah berkaitan dengan skala perniagaan.


Skala perniagaan tersebut ialah.

Aktiviti perniagaan yang melibatkan sebuah Negara dengan Negara yang lain. Barang
yang dihasilkan dieksport ke luar Negara.
A skala zon
B skala tempatan
C skala negeri
D skala kebangsaan

16. Pilih pernyataan yang tepat tentang maksud pengurusan sumber manusia.
A Satu usaha mengenal pasti dan mengambil pekerja baharu dalam organisasi
B Merujuk kepada pendekatan dan cara mengurus pekerja organisasi secara cekap
C Aktiviti melatih pekerja baharu untuk mencapai matlamat jangka panjang organisasi
D Satu usaha pembangunan tenaga kerja strategik untuk mencapai matlamat organisasi

17. Maklumat yang berikut berkaitan dengan peranan pengurusan sumber manusia.
4
“Pengurus menetapkan Indeks Pencapaian Utama (KPI) untuk memastikan hasil kerja
yang ditetapkan dapat dicapai”

Apakah peranan KPI dalam pengurusan sumber manusia?


A Menentukan deskripsi tugas
B Pemantapan budaya profesional
C Menggalakkan kreativiti dan inovasi
D Membangunkan pasukan untuk mencapai sasaran

18. Antara yang berikut, manakah fungsi ganjaran kepada pekerja?


I Meningkatkan motivasi
II Meningkatkan kreativiti
III Meningkatkan kesetiaan
IV Meningkatkan kemahiran

A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV

19. Maklumat yang berikut berkaitan dengan salah satu aspek pengelolaan sumber manusia
dalam organisasi.

Syarikat M-Force merupakan sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan


keselamatan di seluruh negara dengan bilangan kakitangan seramai 1 500 orang.
Pengurus sumber manusia mengutamakan keselamatan pekerja dalam melaksanakan
tugas harian mereka. Setiap pagi, setiap penyelia di semua cawangan diwajibkan untuk
memberi taklimat tentang kaedah dan peraturan serta langkah-langkah keselamatan
semasa menghadapi sebarang situasi yang boleh menyebabkan kecederaan atau
kematian.

Apakah aspek berkenaan?


A Struktur organisasi
B Penempatan pekerja
C Penyelesaian masalah
D Standard prosedur operasi (SOP)

20. Berikut merupakan rekod kesalahan Encik Malik Kudus, seorang kerani akaun.

Lewat datang kerja sebanyak dua kali

Apakah tindakan yang patut diambil oleh majikan?


A Dipecat kerja
B Amaran bertulis
C Ditahan kenaikan gaji
D Tiada kenaikan pangkat

21. Apakah definisi kebolehkerjaan?


A Peralatan yang sesuai digunakan dalam proses kerja
B Etika kerja yang perlu ada pada kakitangan organisasi
5
C Sistem dan peraturan kerja dalam sesebuah organisasi
D Kemahiran yang dimiliki oleh pekerja untuk melaksanakan tugas dalam organisasi

22. Maklumat di bawah ini berkaitan dengan keperluan kemahiran kebolehkerjaan untuk
melaksanakan kerja dengan cekap.

Encik Nizam berumur 45 tahun dan bertugas sebagai jurujual kereta dengan Syarikat X
Motors Sdn. Bhd. Sebelum ini, beliau pernah bekerja sebagai juruteknik menguji kereta
di kilang pengeluaran kereta selama 25 tahun setelah menamatkan pengajian di
peringkat diploma dalam bidang keiuruteraan mekanikal

Apakah keperluan kemahiran kebolehkerjaan berkenaan?


I Berpengalaman
II Kelayakan yang sesuai
III Berpengetahuan tentang produk
IV Keberkesanan mencapai sasaran individu dan pasukan

A I dan 11
B I dan 111
C II dan IV
I) III dan IV

23. Mengapakah bank mengamalkan struktur organisasi berdasarkan pelanggan?


A Bilangan pelanggan bank adalah ramai
B Bank mempunyai cawangan di merata-rata
C Bank dapat meminimumkan kos operasi perniagaan
D Bank menyediakan pelbagai perkhidmatan kewangan

24. Maklumat dibawah ini berkaitan dengan Syarikat Nisley Berhad.

Syarikat Nisley Berhad adalah sebuah syarikat tempatan bersaiz besar memasarkan
pelbagai keluaran di Malaysia, Negara ASEAN, Timur Tengah, dan China. Pada masa
terdekat, syarikat bercita cita untuk mengedarkan hasilnya ke Asia Barat dan Amerika
Selatan.

Struktur organisasi manakah yang paling sesuai untuk Syarikat Nisley Berhad untuk
mencapai matlamat perniagaan?

A Struktur organisasi berdasarkan fungsi


B Struktur organisasi berdasarkan produk
C Struktur organisasi berdasarkan matriks
D Struktur organisasi berdasarkan geografi

25. Apakah maksud gaji?


A Elaun, bonus, dan komisen yang dibayar kepada pekerja tetap syarikat
B Bayaran yang dibayar kepada kakitangan yang bekerja lebih daripada lapan jam
C Bayaran yang dibayar kepada pekerja berdasarkan tempoh jam bekerja
D Bayaran tetap yang dibayar kepada pekerja yang menyumbangkan tenaga

6
26. Antara yang berikut, yang manakah tergolong sebagai komponen gaji?
I Upah
II Bonus
III Komisen
IV Gaji asas

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D II dan IV

27. Apakah contoh faedah yang diterima oleh pekerja daripada majikan?
I Elaun
II Insurans
III Gaji asas
IV Pinjaman kewangan

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D II dan IV

28. Maklumat yang berikut berkaitan dengan penggajian.

Encik Nizam al-Lakazam bertugas sebagai pengurus cawangan sebuah syarikat


insurans. Beliau dibayar gaji asas sebanyak RM12 000 sebulan. Kadar caruman
bulanan KWSP beliau ialah 11% dan bahagian majikan ialah 12%.

Berapakah jumlah caruman KWSP bagi Encik Nizam al-Lakazam dalam sebulan?
A RM1 320
B RM1 815
C RM2 760
D RM3 795

29. Faktor manakah yang bukan penentu sistem penggajian yang diamalkan oleh sesebuah
organisasi?
A Kos sara hidup setempat
B Undang-undang dan peraturan kerajaan
C Latihan dan pembangunan yang disediakan organisasi
D Kemampuan organisasi dari segi kedudukan

30. Maklumat di bawah ini berkaitan dengan Syarikat Ez-fly Berhad.

Keadaan ekonomi dunia yang meleset antara tahun 2008 dan tahun 2013 menyebabkan
beberapa syarikat penerbangan yang menjadi pesaing kepada Syarikat Ez-fly Berhad
terpaksa mengurangkan operasi dan menamatkan perkhidmatan juruterbang mereka.
Ketua Pegawai Eksekutif Ez-fly Berhad, Encik Joe Lernandez mengambil keputusan
untuk menawarkan perkhidmatan kepada juruterbang ini dengan pakej penggajian yang
jauh lebih rendah daripada yang ditawarkan oleh majikan asal. Kebanyakan mereka
bersetuju menerima tawaran Ez-fly Berhad.

7
Apakah faktor penentu sistem penggajian Syarikat Ez-fly Berhad?
A Bentuk dan jenis tugas
B Kemampuan organisasi
C Permintaan dan penawaran buruh
D Undang-undang dan peraturan kerajaan

RUANGAN JAWAPAN SOALAN OBJEKTIF

1 11 21
2 12 22
3 13 23
4 14 24
5 15 25
6 16 26
7 17 27
8 18 28
9 19 29
10 20 30

Bahagian B
Jawab semua soalan

1. a) Mengapakah peniaga mementingkan keuntungan dalam perniagaan? (4 markah)

b) Gaya pengurusan sesebuah organisasi boleh membawa perubahan kepada


persekitaran sesebuah perniagaan.

Terangkan tiga jenis gaya pengurusan. (6 markah)

Encik Halim
2. Maklumat adalah
berikut seorang
berkaitan pengusaha
Encik kilang jem
Halim, seorang buah-buahan
pengusaha kilang di
jemKluang, Johor.
buah-buahan.
Beliau menubuhkan kilang ini sejak 2015 dengan menggunakan simpanan peribadi.
Kilang beliau menghasilkan pelbagai jenis jem buah-buahan seperti jem nanas, jem
strawberi, jem oren dan pelbagai perisa lain. Jem beliau telah dipasarkan kepada
beberapa pemborong di seluruh Malaysia. Kilang beliau mempunyai pekerja
sepenuh masa seramai 60 orang pekerja. Pada penghujung tahun 2018 beliau 8
mencatatkan hasil jualan sebanyak RM 750,000.
a) Kenal pasti bentuk pemilikan perniagaan bagi perniagaan yang ditunjukkan di atas.
Kemudian, jelaskan pemilikan perniagaan tersebut berdasarkan saiz, skala dan sektor
yang terlibat.
(4 Markah)

b) Gambar berikut adalah perbualan antara Aziz dan Lee.

Saya terpaksa berhenti kerja


Ekonomi negara sedang kerana kilang telah menggunakan
meleset, kilang banyak mesin yang canggih tanpa perlu
ditutup, saya pun tenaga manusia yang ramai.
menganggur.

AZIZ Lee

Huraikan jenis pengangguran yang dihadapi oleh Aziz dan Lee.


(6 markah)

3. a) Gambar di bawah menunjukkan logo agensi kerajaan

Huraikan peranan yang dijalankan oleh agensi di atas. (4 markah)

b) Maklumat di bawah berkaitan dengan Objektif perniagaan

Ciri-ciri objektif yang baik dibentuk berdasarkan konsep SMART, di


mana SMART merupakan akronim yang dirangka untuk membentuk
objektif yang berkesan.
9
Berdasarkan pernyataan di atas, nyatakan empat ciri-ciri objektif yang baik.
(4 markah)

c) Nyatakan dua kesan yang dihadapi oleh perniagaan apabila gagal mencapai
matlamat dan objektif.
(2 markah)

4 a) Apakah yang dimaksudkan dengan pengurusan sumber manusia (3 markah)

b) Terangkan dua jenis kemahiran kebolehkerjaan yang perlu dimiliki oleh pekerja.
(4 markah)

c) Senaraikan tiga faktor penentu sistem penggajian dalam organisasi.


(3 markah)

----------KERTAS SOALAN TAMAT----------

10

You might also like