You are on page 1of 10

2

Jawab semua soalan di bawah ini.


1. Maklumat di bawah ini menunjukkan perbualan antara dua orang rakan kongsi. Encik
Marzuki dengan Encik Sarath

Encik Marzuki : Encik Sarath, saya cadang kita ubah pengkongsian kita kepada
Syarikat Sendirian Berhad

Encik Sarath : Encik Marzuki, pada pandangan saya lebih baik kita ubah perniagaan
ini kepada Perkongsian Liabiliti Terhad(PLT)

Mengapakah Encik Sarath berpandangan sedemikian?

I PLT mudah ditubuhkan dan diuruskan


II Bilangan rakan kongsi PLT tidak terhad
III PLT tidak dibenarkan membuat sebarang pinjaman
IV Rakan kongsi PLT membayar cukai pendapatan yang terhad
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

2. Maklumat berikut berkaitan dengan tujuan perniagaan.

Kedai Runcit Arumugan menjual pelbagai


jenis barang keperluan harian

Apakah tujuan perniagaan tersebut?

A Menawarkan barang secara percuma


B Menawarkan barang pada harga kos
C Menawarkan barang dan perkhidmatan
D Menawarkan barang di bawah harga kos

3. Apakah tujuan sesebuah koperasi mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan?

A Memilih anggota baharu


B Meluluskan undang-undang kecil
C Mendapat sijil perakuan pendaftaran
D Menubuhkan jawatankuasa Penaja

[Lihat halaman sebelah]


[Sulit]
3

4. Maklumat berikut berkaitan dengan Syarikat Pos Ekspres Laju

Syarikat Pos Ekspres Laju merupakan sebuah syarikat yang


menyediakan perkhidmatan pos laju. Syarikat ini mempunyai 20
orang pekerja dan mencapai jualan tahunan sebanyak RM 1 juta.

Apakah jenis syarikat tersebut?

A Perusahaan kecil
B Perusahaan besar
C Perusahaan mikro
D Perusahaan sederhana

5. Maklumat di bawah ini berkaitan dengan Cendol Encik Sameer.

Perniagaan cendol Encik Sameer sangat terkenal di bandar tempat beliau berniaga.
Selain menjual cendol, beliau juga menjual pelbagai jenis makanan lain seperti nasi
lemak dan nasi ayam di restoran miliknya. Baru-baru ini, wujud beberapa restoran
francais cendol yang memasarkan cendol unik dengan jenama ‘Besdol’.
Memandangkan jenama ‘Besdol’ semakin terkenal. Encik Sameer mengambil
keputusan untuk menutup perniagaan cendolnya dan menjadi francaisi ‘Besdol’.

Pada pendapat anda, apakah kekurangan yang akan dihadapi oleh Encik Sameer
dengan tindakannya itu?
A Kualiti produk yang kurang bermutu
B Tidak mendapat sokongan francaisor
C Menikmati keuntungan yang lebih rendah
D Tidak boleh menjual produk ciptaan sendiri

6. Maklumat di bawah ini berkaitan dengan peranan suatu agensi kerajaan yang terlibat
dalam penyelidikan dan pembangunan(R&D)

 Memastikan hasil keluaran industri menepati piawaian yang ditetapkan


 Memastikan produk tidak menyeleweng dari segi kualiti yang ditetapkannya
 Aktiviti penyelidikan membantu dalam pembangunan dan perubahan teknologi

Apakah agensi berkenaan?

A MEDEC
B MARDI
C SIRIM
D FELDA

[Lihat halaman sebelah]


[Sulit]
4

7. Gambar 1 di bawah berkaitan dengan sektor perniagaan.

Pembalakan

Gambar 1

Pernyataan manakah yang menerangkan aktiviti di atas?

A Merupakan aktiviti sektor tertier


B Aktiviti memproses bahan mentah menjadi barang siap
C Aktiviti sektor ini memberi sokongan kepada sektor utama
D Aktiviti pengeluaran sumber semula jadi dari permukaan bumi

8. Apakah jenis pengangguran yang boleh berlaku walaupun ekonomi sudah mencapai
guna tenaga penuh?
A Pengangguran geseran
B Pengangguran teknologi
C Pengangguran kitaran
D Pengangguran struktur

9. Pernyataan manakah yang tepat tentang Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)?


A PBT melaksanakan tanggungjawab sosial
B PBT ditubuhkan di bawah Enakmen Negeri
C PBT melaksanakan aktiviti perniagaan tempatan
D PBT memainkan peranan penting untuk melatih para peniaga tempatan

10. Apakah kesan inflasi?


A Kuasa beli meningkat
B Meningkatkan daya saing
C Pendapatan negara menurun
D Penambahan pendapatan benar

[Lihat halaman sebelah]


[Sulit]
5

11. Apakah faktor dalaman yang mempengaruhi trend persekitaran perniagaan?


I Sumber manusia
II Teknologi maklumat
III Persaingan dan jaringan
IV Sosiobudaya
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

12. Maklumat berikut merupakan matlamat sebuah organisasi

Memaksimumkan keuntungan cawangan baharu dalam tempoh enam bulan

Organisasi manakah yang mungkin memiliki objektif di atas?


A Pertubuhan sukarela
B Organisasi bermotifkan kebajikan
C Organisasi bermotifkan keuntungan
D Organisasi bukan bermotifkan untung

13. Antara yang berikut, yang manakah faktor yang mempengaruhi daya saing sesebuah
perniagaan?
I Ekonomi
II Kewangan
III Sumber manusia
IV Teknologi
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II,III dan IV

14. Maklumat berikut menunjukkan tahap kitaran hayat ekonomi.

Pada masa ini, pengangguran mula berkurang dan inflasi mula meningkat

Apakah tahap tersebut?


A Melambung
B Kemelesatan
C Kemerosotan
D Pertumbuhan

15. Pernyataan manakah yang menunjukkan trend pertumbuhan ekonomi yang baik?
A Guna tenaga semakin menurun
[Lihat halaman sebelah]
[Sulit]
6

B Peniaga mengurangkan operasi pengeluaran


C Cukai yang dikutip oleh kerajaan semakin meningkat
D Jualan dan keuntungan perniagaan adalah malar
16. Pernyataan manakah yang benar tentang Organisasi Bermotifkan Untung(OBU)?
A OBU terdiri daripada pelbagai pertubuhan secara sukarela
B OBU menyediakan barang dan perkhidmatan percuma
C OBU bermatlamat untuk memaksimumkan keuntungan pemegang saham
D OBU didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia

17. Gambar 2 di bawah ini menunjukkan suatu jenis perniagaan.

VISI MENJADI SYARIKAT MINYAK DAN GAS

ANTARABANGSA YANG TERULUNG DAN TERPILIH

Gambar 2
Pernyataan manakah yang membuktikan bahawa Petronas Berhad Berjaya mencapai
visinya?
A Menjalankan tanggungjawab sosial korporat
B Beroperasi secara langsung di merata Negara
C Membangunkan dan menambahkan nilai sumber asli
D Membuat bayaran royalti yang banyak kepada kerajaan

18. Apakah agensi kerajaan yang perlu dihubungi oleh sesebuah organisasi jika ingin
mengambil pekerja asing?
A Jabatan Kastam
B Jabatan Penerangan
C Jabatan Pengangkutan
D Jabatan Imigresen Malaysia

19. Apakah peranan pengurusan sumber manusia?


A Jaminan kerja seumur hidup
B Penyediaan penyata kewangan
C Menggalakkan perhubungan awam dan publisiti
D Menyediakan latihan peningkatan kemahiran

[Lihat halaman sebelah]


[Sulit]
7

20. Maklumat berikut berkaitan dengan pengelolaan sumber manusia

Merupakan dokumen arahan bertulis untuk mencapai keseragaman


pelaksanaan tugas dan fungsi tertentu

Apakah dokumen tersebut?


A Rancangan perniagaan
B Sistem Tepat Masa (JIT)
C Indeks Pencapaian Utama (KPI)
D Standard Prosedur Operasi (SOP)

21. Antara yang berikut, yang manakah merupakan faedah kerja?


I Elaun
II Gaji asas
III Kemudahan cuti
IV Biasiswa pendidikan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

22. Maklumat berikut menunjukkan maklumat penyata aliran tunai.

RM

Jualan 70 000
Gaji 15 000
Sewa dibayar 1 500
Faedah di bayar 1 000
Pinjaman 50 000
Pembelian kenderaan 60 000
Kos jualan 50 000

Berapakah baki penyata di atas?


A Lebihan RM4 500
B Kurangan RM4 500
C Lebihan RM7 500
D Kurangan RM7 500

23. Pengantara komunikasi teknologi maklumat dan komunikasi manakah yang


memudahkan komunikasi dalaman?
A Internet
B Intranet

[Lihat halaman sebelah]


[Sulit]
8

C E-dagang
D E-banking

24. Apakah matlamat utama pengeluar merumus campuran pemasaran?


A Mempromosikan keluaran
B Mengagihkan hasil keluaran
C Menghasilkan proses pertukaran nilai
D Membantu menetapkan harga barang

25. Perniagaan manakah yang sesuai untuk mengamalkan stuktur organisasi berdasarkan
matriks?
A Agensi pengiklanan
B Institusi kewangan
C Kilang roti dan kek
D Pengeluar kereta

26. Manakah yang merupakan maksud gaji?


A Elaun, bonus dan komisen yang di bayar kepada pekerja tetap syarikat
B Bayaran yang dibayar kepada kakitangan yang bekerja lebih daripada lapan jam
C Bayaran yang dibayar kepada pekerja berdasarkan tempoh jam bekerja
D Bayaran tetap yang di bayar kepada pekerja yang menyumbangkan tenaga

27. Akta manakah yang mengawal tindak-tanduk pihak pengurusan sebuah syarikat
pengeluaran kereta berhubung prosedur mengurus sumber fizikal?
A Akta Syarikat 2016
B Akta Alam Sekeliling 1974
C Akta Kilang dan Jentera 1967
D Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994

28. Siapakah memiliki ciri-ciri kreatif dan inovatif?


A Perniagaan Mutiara giat meneroka pasaran baharu
B Encik Harun tabah menghadapi risiko perniagaan
C Cik Shuhadah mengeluar produk mengikut keperluan pelanggan
D Encik Lai mengeluar produk sarapan pagi baharu yang mementingkan kesihatan

29. Antara yang berikut, manakah merupakan ciri-ciri usahawan?


I Fleksibel
II Berani untuk gagal
III Mementingkan diri
IV Kreatif dan inovatif
A I,II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II,III dan IV

[Lihat halaman sebelah]


[Sulit]
9

30. Maklumat berikut menunjukkan agensi kerajaan dan badan berkanun

 Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)


 SME Corporation Malaysia (SME Corp)

Apakah bantuan profesional yang disediakan oleh agensi kerajaan dan badan berkanun
tersebut?
A Kewangan
B Ruang Niaga
C Penyelidikan
D Khidmat nasihat

31. Apakah kepentingan menyimpan dokumen perniagaan?


A Tujuan pembayaran gaji pekerja
B Kegunaan pendaftaran perniagaan
C Mengingatkan peniaga tentang stok dalam perniagaan
D Sebagai sumber rekod dalam penyediaan akaun perniagaan

32. Perniagaan membayar sewa kilang pada setiap bulan. Apakah jenis kos yang terlibat?
A Kos tetap
B Kos berubah
C Kos jualan
D Kos belian

33. Peratusan margin untung bersih Syarikat KMK Berhad semakin meningkat. Apakah
kesimpulan anda?
A Pengurusan operasi syarikat yang cekap
B Syarikat mengurangkan jualan secara hutang
C Syarikat meningkatkan pembelian secara kredit
D Syarikat menggunakan aset bukan semasa dengan cekap

34. Pada pendapat anda, bagaimanakah bantuan khidmat nasihat dan rundingan agensi
kerajaan secara langsung membantu usahawan tempatan?
I Dapat mengatasi masalah pembiayaan perniagaan
II Dapat meningkatkan kemahiran memasarkan produk baharu
III Membantu menggunakan sumber kewangan dengan cekap
IV Dapat menikmati kemudahan infrastuktur yang serba lengkap
A I dan II
B II dan III
C I dan IV
D III dan IV

[Lihat halaman sebelah]


[Sulit]
10

35. Maklumat berikut berkaitan dengan perkara yang terkandung dalam bahagian
rancangan perniagaan

 Carta organisasi perniagaan


 Jadual imbuhan dan gaji

Apakah bahagian rancangan perniagaan tersebut?

A Rancangan operasi
B Rancangan kewangan
C Rancangan pemasaran
D Rancangan pentabdiran

36. Dokumen X ialah dokumen bertulis yang menerangkan maklumat perniagaan atau
projek yang hendak dijalankan secara menyeluruh. Apakah dokumen X?
A Rancangan kualiti
B Rancangan operasi
C Rancangan pengurusan
D Rancangan perniagaan

37. Antara yang berikut, yang manakah terkandung dalam objektif projek dalam sesebuah
rancangan perniagaan?
I Sasaran pelanggan
II Sasaran aset
III Sasaran belian
IV Sasaran untung
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

38. Antara yang berikut, yang manakah merupakan elemen dalam rancangan pemasaran?
I Maklumat pembekal
II Keperluan pelanggan
III Campuran pemasaran
IV Potensi untuk meluaskan perniagaan
A I,II dan III
B I,II dan IV
C I,III dan IV
D II,III dan IV

[Lihat halaman sebelah]


[Sulit]
11

39. Akta manakah yang mengawal pendaftaran sesebuah perniagaan yang


menggabungkan ciri-ciri sebuah syarikat dan perkongsian konvensional?
A Akta Syarikat 2016
B Akta Koperasi 1993
C Akta Pendaftaran Perniagaan 1956
D Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012

40. Manakah yang merupakan ciri-ciri SMART?


A Boleh dilihat
B Boleh dicapai
C Boleh diterima
D Boleh dikomunikasikan

***************************************KERTAS SOALAN TAMAT**************************************

Disediakan oleh Disemak oleh Disahkan oleh


______________________, _______________________, ______________________,

(Pn.Nurulhusna bt Zakaria) (Pn.Yuggeneswary Karuppannan) (Pn.Lee Kuee Hiong)


Guru Mata Pelajaran Penyelaras Perniagaan Guru Kanan Teknik &
Vokasional
SMK Subang Utama SMK Subang Utama SMK Subang Utama

[Lihat halaman sebelah]


[Sulit]

You might also like