You are on page 1of 30

PANITIA PERNIAGAAN

SMI AL-IRSYAD,
KUANTAN

MODUL PERNIAGAAN KERTAS 1


[120 SOALAN OBJEKTIF]

NAMA MURID;____________________________________

TINGKATAN:_____________________________________
1. Apakah tujuan penubuhan organisasi bukan bermotif untung ? [T4 ms15]
A. Membantu golongan berkemampuan mendapatkan perkhidmatan percuma
B. Meningkatkan penglibatan semua pihak dalam aktiviti kemasyarakatan
C. Menyediakan premis perniagaan kepada usahawan
D. Menawarkan produk berkualiti tinggi

2. Apakah kelebihan bentuk pemilikan Synergy Power Berhad berbanding Kuasa Teguh
Sendirian Berhad ? [T4 ms 28]
A. Saham boleh diurus niaga di Bursa Saham
B. Pemegang syer menanggung liabiliti terhad
C. Bilangan ahli maksimum adalah 50 orang
D. Dikenakan cukai yang rendah

3. Maklumat berikut merujuk kepada jenis rakan kongsi. [T4 ms 21]

 Menanggung liabiliti tidak terhad


 Tidak aktif dalam pengurusan
 Menyumbang modal sahaja

A. Rakan kongsi nominal


B. Rakan kongsi lelap
C. Rakan kongsi berhad
D. Rakan kongsi biasa

4. Apakah kelebihan perniagaan milikan tunggal ? [T4 ms 20]


A. Perniagaan kekal berterusan
B. Keputusan adalah hak pemilik
C. Cukai keuntungan dikecualikan
D. Pemilik menanggung liabiliti terhad

5. Pernyataan manakah yang menerangkan persamaan antara perniagaan bersaiz kecil


dengan perniagaan bersaiz sederhana ? [T4 ms 40/42]
A. Pengkhususan kerja mudah dilakukan
B. Pekerja berpengalaman mudah diperoleh
C. Perniagaan menikmati ekonomi bidangan
D. Perubahan dalam strategi perniagaan mudah dilakukan

6. Rajah menunjukkan perubahan jenis milikan perniagaan. [T4 ms 28]

Syarikat Smart Sdn. Bhd Syarikat Smart Bhd

Mengapakah perubahan tersebut berlaku ?


A. Menggalakkan pengumpulan modal yang lebih besar
B. Membenarkan kawalan ahli ke atas perjalanan syarikat
C. Membolehkan ahli menanggung liabiliti terhad
D. Memudahkan pertukaran ahli lembaga pengarah

~1~
7. Maklumat berikut berkaitan dengan ciri suatu bentuk pemilikan perniagaan. [T4 ms
21]

 Tertakluk di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956


(Pindaan 1978)
 Kerjasama antara dua atau lebih individu
 Setiap ahli menggabungkan modal, kepakaran, pengalaman dan
pengetahuan

Apakah bentuk pemilikan tersebut ?


A. Koperasi C. Milikan tunggal
B. Perkongsian D. Syarikat Berhad

8. Rajah merupakan kategori dalam sektor sekunder. [T4 ms 47]

Sektor Sekunder

Kejuruteraan X Pembekalan Tenaga Pembinaan

Apakah aktiviti perniagaan yang berkaitan X ?


A. Pemprosesan ikan
B. Penternakan lembu tenusu
C. Perkhidmatan bas sekolah
D. Pembekalan barang runcit

9. Antara berikut, yang manakah kelebihan francais kepada francaisor. [T4 ms 35]
I. Menikmati ekonomi bidangan
II. Mengembangkan perniagaan secara global
III. Menanggung risiko kegagalan yang rendah
IV. Mendapat sokongan pihak pengurusan

A. I dan II C II dan IV
B. I dan III D I dan IIII

10. Rajah berkaitan dengan prinsip sebuah milikan perniagaan. [T4 ms 30]

Pemilikan Q

Prihatin terhadap Keanggotaan Kebebasan


komuniti sukarela autonomi

Apakah pemilikan Q ?
A. Usaha sama
B. Perkongsian
C. Francais
D. Koperasi
~2~
11. Rajah berkaitan dengan perkembangan sektor perniagaan di Malaysia. [T4 ms 54/55]

1960-an 1990-an 2000-an

Sektor utama P Q

Apakah aktiviti berkaitan P dan Q ?

P Q
A Pembinaan Pengilangan
B Pelancongan Pembinaan
C Pelancongan Pendidikan
D Pengilangan Pelancongan

12. Pilih pernyataan benar tentang Syarikat Sendirian Berhad dan Syarikat Awam Berhad.
[T4 ms
26/28]
Syarikat Sdn. Bhd. Syarikat Awam Berhad
A Hal ehwal syarikat diumumkan Hal ehwal syarikat dirahsiakan
B Bilangan pemegang syer tidak terhad
Bilangan pemegang syer terhad
C Syer boleh dijual kepada orang ramai
Syer dijual kepada sekumpulan
individu tertentu
D Syer boleh dipindah milik dengan Syer boleh dipindah milik dengan
kebenaran bebas

13. Maklumat berikut berkaitan dengan bentuk pemilikan perniagaan. [T4 ms 20]

 Mudah ditubuhkan dan mudah diurus


 Dikenakan cukai individu
 Keputusan dibuat sepenuhnya oleh pemilik

Apakah contoh pemilikan perniagaan tersebut ?


A. Prima Global Sdn. Bhd
B. Tiga Dimensi Enterprise
C. Koperasi Belia Johor Bahru Berhad
D. Perniagaan Rahmat dan Rakan-rakan

14. Apakah peranan Bank Negara ? [T4 ms 65]


A. Menyediakan bantuan kewangan kepada usahawan
B. Menawarkan pembiayaan kepada orang ramai
C. Memantau dan mengawal keadaan ekonomi
~3~
D. Menerbitkan syer syarikat awam berhad

15. Maklumat di bawah berkaitan rakan kongsi Encik Harun. [T4 ms 21]

Encik Harun ialah rakan kongsi kepada sebuah restoran bersama Encik
Mahfus. Beliau tiada masa untuk terlibat dalam hal ehwal perniagaan
restoran memandangkan beliau sibuk dengan tugas sebagai pengurus
di sebuah syarikat pembinaan.

Apakah jenis rakan kongsi tersebut ?


A. Rakan kongsi aktif C Rakan kongsi berhad
B. Rakan kongsi lelap D Rakan kongsi nominal

16. Perbezaan manakah yang betul tentang Syarikat Sendirian Berhad dan Syarikat Awam
Berhad ? [T4 ms 26/28]
Syarikat Sendirian Berhad Syarikat Awam Berhad
A Bilangan ahli sekurang-kurang 2 Bilangan ahli antara 2 hingga 50 orang
dan tiada had maksimum
B Saham tidak boleh diurus niaga di Saham boleh diurus niaga di Bursa
Bursa Malaysia Malaysia
C Pemegang saham menanggung Pemegang saham menanggung liabiliti
liabiliti tidak terhad terhad
D Laporan kewangan akan diumum Laporan kewangan tidak perlu
kepada orang ramai diumumkan kepada orang ramai

17. Bagaimanakah kerajaan mengatasi masalah pengangguran bermusim ? [T4 ms 82]


A. Mengehadkan penggunaan mesin moden untuk proses tertentu
B. Melaksanakan dasar fiskal untuk mengekang kemelesetan ekonomi
C. Memberi insentif kepada peniaga yang membenarkan pekerja terus bekerja
D. Membuat perancangan ekonomi sesuai dengan trend perubahan ekonomi semasa

18. Kriteria manakah yang digunakan untuk menentukan saiz perniagaan ? [T4 ms 38]
I. Modal yang dimiliki
II. Bilangan pekerja
III. Jumlah jualan tahunan
IV. Jumlah bahan mentah

A. I dan II C. II dan III


B. I dan IV D. III dan IV

19. Pilih pernyataan yang benar berkaitan francais. [T4 ms 35/36]

Francaisor Francaisi
A Memiliki hak asal jenama produk Risiko kegagalan perniagaan rendah
B Pengalaman perniagaan tidak Melibatkan jenama terkenal dan
diperlukan jaringan luas
C Menyediakan khidmat latihan Dapat mengembangkan perniagaan
kepada pelanggan secara global
D Tiada kawalan berterusan kepada Tiada beban cukai
~4~
peniaga

20. Pernyataan manakah merupakan persekitaran luaran yang boleh menjayakan sesebuah
perniagaan ? [T4 ms 108]
A. Struktur organisasi yang mantap dapat menyelaraskan aktiviti antara jabatan
B. Pembekal bahan mentah memberikan kemudahan kredit jangka pendek
C. Peluang kenaikan pangkat disediakan sebagai strategi untuk meningkatkan
motivasi pekerja
D. Sumber kewangan syarikat mencukupi untuk membiayai kos pembangunan

21.Gambar berkaitan sejenis agensi kerajaan . [T4 ms 77]

Apakah peranan agensi kerajaan tersebut ?


I. Memberi pelepasan cukai
II. Memberi latihan dan seminar
III. Menyediakan kemudahan infrastruktur
IV. Menyediakan pusat perniagaan

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

22. Apakah tanggungjawab francaisi dalam perniagaan francais ? [T4 ms 33]


A. Membayar fi tertentu kepada francaisor
B. Melaksanakan penyelidikan produk
C. Menyediakan skim latihan pekerja
D. Melakukan promosi

23. Maklumat berikut berkaitan dengan pengangguran. [T4 ms 81]

Perubahan dalam industri secara keseluruhan menyebabkan


kemahiran pekerja tidak lagi diperlukan.

Apakah jenis pengangguran tersebut ?


A. Bermusim
B. Struktur

~5~
C. Kitaran
D. Teknologi

24. Dialog berikut antara seorang pengurus (Encik Abas) dengan staf bawahannya (Puan
Najibah. [T4 ms 81]

Puan Najibah: Encik Anas, anak saya deman panas. Bolehkah saya minta izin balik
sekarang? Esok saya akan siapkan kerja ini.

Encik Anas; Maaf Puan Najibah. Kerja ini mesti siap segera sebelum esok. Saya nak
awak selesaikan kerja ini sebelum uruskan hal keluarga awak.

Apakah gaya pengurusan yang ditunjukkan oleh Encik Abas ?


A. Laissez-faire
B. Demokratik
C. Sederhana
D. Autokratik

25. Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis bentuk pemilikan perniagaan. [T4 ms 36]

 Perkongsian strategik antara dua syarikat


 Perniagaan diurus sehingga tercapainya objektif

Apakah bentuk pemilikan perniagaan tersebut ?


A. Koperasi
B. Francais
C. Usaha sama
D. Perkongsian

26. Apakah halangan dalaman yang membantutkan pencapaian wawasan ? [T4 ms 108]
A. Ekonomi semasa
B. Kemahiran teknikal
C. Kemudahan infrastruktur
D. Penguatkuasaan undang-undang

27. Graf di bawah menunjukkan satu trend persekitaran perniagaan. {T4 ms 87]

Apakah faktor dalaman yang mempengaruhi trend tersebut ?


A. Politik yang stabil
B. Pekerja yang rajin
C. Teknologi yang berkembang
~6~
D. Ekonomi yang stabil

28. Gambar di bawah menunjukkan logo suatu bentuk pemilikan perniagaan. [T4 ms 26]

Antara yang berikut, yang manakah ciri pemilikan perniagaan tersebut ?


I. Saham syarikat diniagakan di Bursa Saham
II. Tertakluk kepada Akta Syarikat 1965
III. Ahli menanggung liabiliti terhad
IV. Bilangan ahli antara 2 hingga 20 orang

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

29. Pernyataan manakah yang betul tentang fungsian pengurusan pelanggan ? [T4 ms
198]
A. Menambah baik produk sedia ada
B. Menghasilkan barang melalui proses menukarkan input
C. Melaksanakan sesuatu tugas untuk mencapai visi dan misi
D. Menyampaikan produk untuk memenuhi keperluan pengguna

30. Faktor persekitaran yang manakah membawa perubahan kepada persekitaran


perniagaan ? [T4 ms 102/107]

Faktor Dalaman Faktor Luaran


A Sumber manusia Ekologi
B Sosiobudaya Politik
C Teknologi Kewangan
D Pemasaran Teknologi maklumat

31. Antara yang berikut, yang manakah menerangkan ciri – ciri koperasi? [T4 ms 29]
I Ahli mempunyai kepentingan yang sama
II Modal perniagaan disumbangkan oleh syarikat korporat
III Anggota koperasi menanggung liabiliti tidak terhad
IV Setiap anggota berhak membuat keputusan

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
32. Pernyataan manakah yang menerangkan fungsian penyelidikan dan pembangunan?
[T4 ms 184]
A. Menambah baik produk sedia ada
B. Menukarkan input menjadi barang
~7~
C. Menggalakkan berlaku pertukaran barang
D. Menggunakan alat transaksi untuk pertukaran barang

33. Antara yang berikut, yang manakah merupakan kos tetap? [T4 ms 149]
I Sewa bangunan
II Upah pekerja
III Bil elektrik
IV Insurans

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

34. Pernyataan berikut berkaitan dengan bentuk pemilikan perniagaan. [T4 ms36]

Terowong SMART di Kuala Lumpur dibina hasil gabungan


syarikat dari Malaysia dengan syarikat asing.

Apakah bentuk perniagaan tersebut?


A. Francais
B. Usaha sama
C. Perkongsian
D. Syarikat senidirian berhad

35. Mengapakah bahagian fungsian pembelian penting dalam organisasi perniagaan?


[T4 ms 186]
A. Menghasilkan barang dan perkhidmatan
B. Mencetak dan mengedarkan bahan risalah
C. Menentukan pemilihan pembekal yang bersesuaian dan cekap
D. Memastikan tidak berlaku kekurangan bekalan produk di pasaran

36. Antara yang berikut, ciri yang manakah perlu diambil kira dalam penetapan
objektif
sesebuah perniagaan? [T4 ms 127]
Dinyatakan secara khusus
I. Mengambil kira persekitaran perniagaan
II. Penjelasan kemudahan perkhidmatan yang disediakan
III. Mampu dicapai dengan keupayaan yang ada

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

37. Aktiviti manakah yang terlibat dalam sektor primer? [T4 ms 46]
A. Sharmimi menjual ketam
B. Haikal menternak udang dalam kolam
C. Athirah memproses ikan dijadikan keropok

~8~
D. Luqman menghantar sayur – sayuran ke pasar

38. Mengapakah penggunaan teknologi maklumat penting dalam urusan perniagaan?


[T4 ms 204]
A. Meningkatkan persaingan perniagaan
B. Memudahkan pelanggan mencuba barang
C. Memaksimumkan keuntungan perniagaan
D. Mewujudkan hubungan dan jaringan yang luas

39. Bagaimanakah pengurus sumber manusia dapat menjaga kebajikan pekerja?


[T5 ms 8]
A. Melaksanakan program motivasi
B. Menyediakan skim latihan kemahiran
C. Menyediakan kemudahan klinik panel
D. Mengamalkan prinsip pengkhususan tugas

40. Manakah yang merupakan faktor dalaman organisasi yang mempengaruhi


pencapaian visi, misi dan objektif perniagaan? [T4 ms151]
A. Politik
B. Ekonomi
C. Undang-undang
D. Sumber manusia

41. Graf di bawah berkaitan dengan titik pulang modal. [T4 ms 136]

Hasil/ Kos

Jumlah Hasil

Jumlah Kos

Kos Tetap

Kuantiti (Unit)
0 Y Z
Apakah yang akan terjadi jika kuantiti keluaran berada pada Y ?
A. Imej perniagaaan terjejas
B. Saiz perniagaan mengecil
C. Cawangan perniagaan bertambah

~9~
D. Perniagaan mencapai keuntungan minimum

42. Rajah di bawah berkaitan dengan sektor perniagaan [T4 ms 46]

Sektor Primer

Sektor Perniagaan Sektor X

Sektor Tertier

Apakah bidang pekerjaan yang boleh dikategorikan dalam sektor X?


A. Pelancongan
B. Pemasangan kereta
C. Pengangkutan awam
D. Perlombongan emas

43. Maklumat berikut berkaitan dengan klasifikasi perniagaan perkilangan berdasarkan


saiz. [T4 ms 39]
I II
Jualan tahunan RM300 000 hingga kurang Bilangan pekerja tetap 75 orang hingga
daripada RM15 juta. kurang daripada 200 orang

Klasifikasi saiz manakah yang tepat?

I II
A. Besar Sederhana
B. Kecil Besar
C. Kecil Sederhana
D. Besar Kecil

44. Situasi berikut berkaitan dengan faedah sistem penggajian sebuah perniagaan.
[T5 ms 27]
Pekerja menerima ganjaran pada setiap akhir tahun
R
berdasarkan prestasi perniagaan.
Pekerja menerima ganjaran berdasarkan jumlah jualan
S
yang diperolehi.

Apakah R dan S?

R S
~ 10 ~
A Bonus Komisen
B Bonus Upah
C Elaun Upah
D Elaun Komisen

45. Antara yang berikut, manakah yang benar tentang struktur organisasi?
[T4 ms 176]
I Merupakan komponen utama perancangan strategik
II Dapat digambarkan melalui carta organisasi
III Merujuk kepada visi dan misi sesebuah perniagaan
IV Membantu ahli organisasi mengetahui tanggungjawab masing-masing

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

46. Apakah faktor dalaman dan faktor luaran yang mempengaruhi persekitaran
perniagaan? [T4 ms 104/105]

Faktor Dalaman Faktor Luaran


A Ekonomi Undang – undang
.
B. Ekologi Pemasaran
C. Kewangan Gaya Pengurusan
D Sumber manusia Politik
.

47. Pernyataan berikut merupakan prosedur pengurusan sumber perniagaan. [T5 ms 46]
 Perlindungan insurans dan keselamatan
 Penyelenggaraan dan baik pulih secara terancang

Prosedur pengurusan tersebut melibatkan sumber


A. fizikal
B. manusia
C. teknologi
D. pembiayaan

48. Rajah menunjukkan peranan salah satu bahagian fungsian. [T4 ms179]

Latihan dan pembanbangunan

X Perhubungan Industri

Kebajikan pekerja
~ 11 ~
Apakah X ?
A. Peranan bahagian pentadbiran
B. Peranan penyelidikan dan pembangunan (R&D)
C. Peranan pengurusan sumber manusia
D. Peranan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)

49. Antara yang berikut, yang manakah punca berlakunya inflasi? [T4 ms 83/84]
I Peningkatan tinggi permintaan berbanding penawaran barang
II Peningkatan tinggi penawaran berbanding permintaan barang
III Penduduk meramalkan kejatuhan harga barang dan perkhidmatan
IV Kenaikan kos pengeluaran barang dan perkhidmatan

A. I dan II C. II dan III


B. I dan IV D III dan IV

50. Antara yang berikut, yang manakah sumber fizikal dalam operasi sesebuah
perniagaan? [T4 ms 44/45]
I Tepung gandum
II Mesin pengisar
III Perisian komputer
IV Karya seni

A. I dan II C. II dan III


B. I dan IV D. III dan IV

51. Produk pada gambar di bawah perlu melalui saluran agihan untuk sampai kepada
pengguna. [T4 ms 193]

Apakah saluran agihan yang sesuai digunakan bagi produk tersebut?


A. Pengeluar Pengguna
B. Pengeluar Peruncit Pengguna
C. Pengeluar Ejen Peruncit Pengguna
D. Pengeluar Pemborong Peruncit Pengguna

52. Carta di bawah berkaitan dengan pengeluaran perabot oleh Syarikat Mohis Berhad
pada tahun 2018. [T4 ms 165]

Apakah tindakan yang perlu dilakukan bagi menangani jualan sedemikian?


~ 12 ~
I Mengeluarkan produk baharu
II Meneroka pasaran di tempat lain
III Memulakan perniagaan yang baharu
IV Meningkatkan pengeluaran secara besar – besaran

A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV


53. Apakah faktor yang akan dipertimbangkan oleh pihak bank untuk meluluskan
sesuatu pinjaman? [T5 ms 78]
I Nama perniagaan
II Bilangan rakan kongsi
III Nilai aset yang dicagar
IV Tempoh bayaran balik pinjaman

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

54. Rajah di bawah berkaitan dengan saluran agihan. [T4 ms 193]

Pengeluar Pengguna

Produk yang manakah sesuai menggunakan saluran agihan tersebut?


A. Kosmetik
B. Ubat-ubatan
C. Alat elektrik
D. Kapal terbang

55. Puan Maria merupakan seorang pekerja di bahagian pentadbiran sebuah syarikat.
Apakah tugas beliau? [T4 ms 178]

A. Mengedarkan produk bagi memenuhi keperluan pengguna


B. Meningkatkan tahap pengeluaran produk
C. Membuat penyata kewangan syarikat
Z
D. Menyelia fail dan dokumen syarikat

56. Maklumat berikut berkaitan dengan sumber pembiayaan luaran. [T5 ms 71]

 Ditawarkan kepada pemegang akaun semasa.


 Faedah pinjaman yang dikenakan mengikut kadar
harian.

Apakah Z?
A. Syer B. Pajakan C. Overdraf D. Pemfaktoran

57. Maklumat berikut berkaitan dengan suatu bahagian fungsian. [T4 ms 186]

Nadthan bekerja di syarikat pengeluaran pakaian . Dia menghubungi beberapa


pembekal untuk mendapatkan sebut harga kain bagi mengeluarkan pakaian unit
beruniform sekolah.

~ 13 ~
Nathan telah menjalankan tugas dan tanggungjawabnya di bahagian fungsian
A. Pemasaran
B. Pembelian
C. Pentadbiran
D. Pengagihan

58. Maklumat berikut berkaitan dengan bahagian fungsian dalam organisasi


perniagaan. [T4 ms 196]

 Menyediakan sebut harga


 Memberi khidmat teknikal kepada pengguna

Apakah bahagian fungsian tersebut?


A. Jualan B. Kewangan C. Pemasaran D. Pengagihan

59. Apakah kelemahan sumber pembiayaan dalaman? [T5 ms 77]


A. Penjamin diperlukan
B. Cagaran perlu disediakan
C. Kadar faedah yang tinggi perlu dibayar
D. Modal sukar ditambah dalam tempoh masa yang singkat

60. Pekerja perlu diberikan penerangan tanggungjawab tertentu dengan jelas.


Apakah yang perlu dilakukan oleh pengurusan sumber manusia? [T5 ms 6]
A. Merancang deskripsi tugas
B. Memantapkan budaya professional
C. Membentuk persekitaran kerja yang harmoni
D. Membangunkan pasukan bagi mencapai sasaran.

61. Maklumat berikut berkaitan dengan peranan bagi suatu bahagian fungsian.
[T4 ms
Bahagian Fungsian Peranan
P Memastikan keselamatan sistem
182]

Apakah P?
A. Pengagihan
B. Khidmat pelanggan
C. Pengurusan sumber manusia
D. Teknologi maklumat dan komunikasi

62. Pernyataan yang manakah merupakan kelebihan pembiayaan sewa beli kepada
usahawan ? [T5 ms 71]
A. Jentera berkos tinggi mampu digunakan
B. Kadar faedah tidak dicaj ke atas ansuran
C. Wang pendahuluan tidak diperlukan ketika membeli
D. Hak milik jentera diperoleh sebaik sahaja deposit dibayar

63. Manakah aspek pengelolaan sumber manusia dalam pembangunan perniagaan?

~ 14 ~
[T5 ms
15]
A. Persekitaran kondusif
B. Kreativiti dan inovasi
C. Budaya profesioanl
D. Struktur organisasi

64. Apakah kelebihan e-dagang kepada peniaga ? [T4 ms 204]


A. Mengurangkan persaingan
B. Meluaskan liputan persaingan
C. Memudahkan jualan kredit
D. Mengurangkan risiko penyelewengan

65. Berikut adalah perbualan antara Pak Hamid dengan anaknya, Mueez. [T5 ms 73]

Pak Hamid: Mueez ayah bercadang nak buka kedai gunting rambut tetapi tak cukup
modal
Mueez: Ayah, ada agensi yang menyediakan Program Pembangunan Usahawan untuk
bekas tentera seperti ayah.

Apakah agensi yang dimaksudkan oleh Mueez?


A. Agrobank
B. Pihak Berkuasa Tempatan
C. Syarikat Jaminan Kredit Malaysia (CGC)
D. Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN)

66. Pernyataan yang manakah betul menerangkan struktur organisasi berdasarkan matriks.
[T5 ms
23]
A. Gabungan mengikut fungsi dan produk
B. Mengikut fungsi utama dan kemahiran
C. Berdasarkan keperluan dan kehendak
D. Kawasan pasaran dan fokus syaraik

67. Maklumat berikut berkaitan dengan penggunaan teknologi maklumat. [T4 ms 205]

Apakah risiko yang dihadapi oleh peniaga sekiranya menggunakan saluran tersebut?
I. Pasaran yang terlalu luas
II. Komen negatif terhadap produk

~ 15 ~
III Terdedah kepada penipuan bayaran
IV Meningkatkan kos promosi perniagaan

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

68. Apakah kelebihan pinjaman melalui agensi kerajaan berbanding pinjaman bank ?
[T5 ms 77]
A. Cagaran dalam apa jua bentuk C. Kadar faedah yang rendah
B. Jumlah pinjaman yang kecil D. Tiada syarat pinjaman

69. Majikan menawarkan faedah kepada pekerja, diantaranya panel kesihatan untuk
pekerja mendapatkan rawatan..

Apakah manfaat yang diperoleh daripada penawaran faedah tersebut? [T5 ms 27]

A. Menjimatkan perbelanjaan majikan C. Membina keyakinan pelanggan


B. Meningkatkan kemahiran pekerja D. Menjamin kesetiaan pekerja

70. Maklumat berikut berkaitan dengan satu bahagian fungsian. [T4 ms 179]
 Menyediakan faedah perubatan untuk staf dan ahli keluarga
 Mewujudkan sistem kenaikan pangkat berasaskan kecemerlangan
 Mengadakan program latihan pembangunan kerjaya
Apakah bahagian fungsian yang bertanggungjawab terhadap perkara-perkara tersebut?
A. Kewangan B. Pemasaran C. Sumber manusia D.Khidmat pelanggan

71. Apakah contoh kos berubah ? [T5 ms107]


A. Harga jentera
B. Sewa kilang
C. Premium insurans
D. Bayaran bahan mentah

72. Prime Tech Sdn. Bhd.

Nama : Wan Nur Binti Wan Mat


No. K/P: 870516-03-XXXX
Pendapatan Potongan

Gaji asas 3722.00


Elaun Wilayah 400.00
Elaun Kritikal 650.00
Jumlah 4772.00
Maklumat berikut berkaitan dengan sistem penggajian (T5 ms 28]

~ 16 ~
Antara yang berikut, yang manakah merupakan faktor penentu bagi pemberian elaun
tersebut?
I. Undang-undang kerajaan II. Permintaan pekerja III. Lokasi pekerja IV. Jenis tugas

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
73. Pernyataan manakah yang menerangkan kos tetap ? [T4 ms 149]
A. Kos bahan mentah adalah kos tetap
B. Kos yang berkadaran dengan tingkat keluaran
C. Kos yang tidak berubah dalam jangka panjang
D. Kos yang malar walaupun tingkat pengeluaran sifar

74. Gambar di bawah berkaitan dengan aliran kerja satu bahagian fungsian dalam aktiviti
perniagaan. [T4 ms 184]

Proses
ubah suai

Apakah bahagian fungsian tersebut?


A. Jualan C. Pengurusan sumber manusia
B. Pemasaran D. Penyelidikan dan pembangunan

75. Contoh yang manakah menunjukkan pengiraan komisen ? [T5 ms 27]

A. 20 peratus wang pendahuluan diri kepada pekerja


B. 5 peratus insentif daripada jumlah hasil jualan bulanan
C. 10 peratus bayaran tambahan daripada gaji asas bagi kehadiran penuh
D. 50 peratus tambahan daripada gaji asas bagi setiap jam kerja lebih masa

76. Encik Daniel menghadapi masalah kemerosotan jualan akibat lambakan produk
baharu yang lebih berkualiti dan menarik di pasaran. [T4 ms 184]

Bahagian fungsian manakah yang bertanggungjawab menangani masalah tersebut?

~ 17 ~
A. Pemasaran B. Pengeluaran C.Khidmat pelanggan D. Penyelidikan dan
pembangunan

77. Maklumat berikut berkaitan dengan Kunci Kira-Kira Syarikat Cahaya Alam Sendirian
Berhad. [T5 ms 102]
RM
Modal awal 150 000
Untung bersih 72 000
Ambilan 570
Pinjaman bank 50 000
Pemiutang 17 800

Berapakah ekuiti pemilik?


A. RM 217 800
B. RM 221 430
C. RM 222 000
D. RM 289 230
78. Bagaimanakah syarikat dapat mengurangkan kerugian akibat pekerja yang melakukan
pecah amanah ? [T5 ms 14]
A. Menjaga kebajikan pekerja
B. Melaporkan kepada pihak polis
C. Mengambil polisi insurans jaminan setia
D. Mengemas kini profil pekerja secara berkala

79. Jawatan manakah yang terlibat dalam bahagian fungsian kewangan ? [T4 ms 180]
A. Pengurus belian
B. Penyelia jualan
C. Penyelaras ICT
D. Pegawai kredit

80. Maklumat berikut diambil daripada buku perniagaan Chok Chek. [T5 ms 100]

RM
Untung kasar 46 200
Kadar bayaran 4 800
Faedah atas simpanan 2 525
Insurans 3 600
Gaji 12 000
Komisen diterima 1 500

Berapakah untung bersih perniagaan tersebut?


A. RM 21 775
B. RM 24 775
C. RM 26 825
D. RM 29 825

81. Penyataan berikut berkaitan dengan komponen penggajian. [T5 ms 27]

Syarikat Shahmin Bhd. memberi penghargaan berbentuk wang kepada


pekerjanya berdasarkan prestasi perniagaan pada akhir tahun.
~ 18 ~
Apakah jenis faedah tersebut?
A. Komisen
B. Elaun
C. Bonus
D. Upah

82. Maklumat berikut berkaitan dengan peranan bahagian fungsian dalam aktiviti
perniagaan. [T4 ms 185]

 Menentukan pemilihan pembekal


 Menentukan kuantiti dan spesifikasi barang
Apakah bahagian fungsian yang terlibat?
A. Pengeluaran
B. Pemasaran
C. Pembelian
D. Pengagihan

83. Rajah 8 berkaitan dengan graf kos dan hasil yang terlibat dalam suatu pengeluaran.
[T4 ms
136]

Rajah 8

Titik pulang modal berlaku pada titik ....


A. w
B. x
C. y
D. z

84. Maklumat di bawah menerangkan sejenis sumber fizikal. [T5 ms 45]


Barang X
 Melalui proses perubahan bentuk
 Diuruskan dengan teliti supaya tidak berlaku kerosakan
sebelum diproses
Apakah X?
A. Bahan mentah
B. Produk siap
C. Mesin

~ 19 ~
D. Stok

85. Apakah aplikasi teknologi maklumat yang digunakan untuk membuat tempahan dan
pengesahan pembelian barangan ?[T4 ms 204/205]
A. e-dagang
B. e-banking
C. e-pemasaran
D. e-government

86. Syarikat Smartees Sdn. Bhd. mengeluarkan beg sekolah. Kos tetap yang ditanggung
oleh syarikat ialah RM350 000. Beg dijual dengan harga RM60 seunit. Kos berubah
seunit RM25. Modal syarikat berjumlah RM400 000.
Berapakah titik pulang modal? [T4 ms 137]
A. 10 000 unit
B. 14 000 unit
C. 16 000 unit
D. 20 000 unit

87. Rajah di bawah berkaitan dengan prosedur mengurus sumber fizikal [T5 ms 46/47]

Prosedur mengurus sumber fizikal

Perlindungan insurans dan


keselamatan R
Apakah contoh yang sesuai bagi R.
A. Menjamin kesetiaan pekerja
B. Latihan kebakaran dan keselamatan
C. Pemeriksaan mesin dua kali sebulan
D. Kawalan kerugian akibat kecurian

88. Bahagian fungsian manakah yang dapat membantu peniaga menjual produknya secara
atas talian ? [T4 ms 182]
A. Teknologi maklumat dan komunikasi
B. Pengurusan pelanggan
C. Pengagihan
D. Pemasaran

89. Apakah kesan yang ditunjukkan oleh nisbah kecairan yang tinggi ?[T5 ms 113]
A. Membolehkan hutang dibayar dalam tempoh yang singkat
B. Mengukur kadar untung yang boleh diperoleh
C. Menggambarkan kecekapan pusingan stok
D. Menunjukkan kecekapan penggunaan aset

90. Pernyataan berikut merujuk kepada sumber teknologi.[T5 ms 49]


~ 20 ~
Mengurus hasil kreativiti daripada ancaman cetak rompak.
Apakah jenis sumber teknologi tersebut ?
A. Aset semasa
B. Harta intelek
C. Lesen perisian
D. Kemahiran dan pengalaman

91. Encik Rahim seorang pemilik restoran menerima bahan mentah perniagaannya
daripada pemborong Hidayah setiap 3 hari. Beliau membuat bayaran dengan
menggunakan cek. [T4 ms 207]
Encik Rahim terlibat dalam interaksi dengan .......

A bank
B pembekal
C pelanggan
D agensi kerajaan

92. Apakah peranan usahawan kepada masyarakat? [T5 ms 141]

A Meningkatkan nilai sumber


.
B. Mewujudkan kerjasama serantau
C. Menyediakan pelbagai jenis barang
D Mempercepatkan proses pembangunan ekonomi
.

93. Rajah 10 menunjukkan sumber pembiayaan perniagaan. [T5 ms 70]

R
Dalaman
Sumber Pembiayaan
Perniagaan S
Luaran

Rajah 10
Apakah R dan S?
A Sewa beli dan pajakan
.
B. Ar-Rahnu dan pemfaktoran
C. Simpanan peribadi dan rizab
D Jaminan kredit dan overdraf
.

94. Apakah kepentingan yang diperolehi oleh peniaga yang berinteraksi dengan
organisasi luar? [T4 ms 206/207]

I Menambah sumber perniagaan


II Mewujudkan jaringan perniagaan
III Mematuhi jadual pengeluaran yang ditetapkan
~ 21 ~
IV Menggunakan dokumen perniagaan dengan cekap

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

95. Gambar berikut berkaitan dengan sejenis stok. [T5 ms 144]

Mengapakah stok ini dikatakan stok yang berisiko tinggi?

A Mudah rosak
.
B. Boleh dijual dengan cepat
C. Perlukan khidmat selepas jualan
D Ketinggalan zaman jika disimpan lama
.

96. Maklumat berikut diambil daripada buku perniagaan Syarikat Budi Sdn. Bhd. bagi
tahun berakhir 31 Disember 2018. [T5 ms 100]

RM
Jualan 40 500
Belian 30 000
Insurans atas belian 1 505
Sewa diterima 2 400
Gaji 2 500

Berapakah nilai untung bersih ?


A RM 11 395
.
B. RM 10 500
C. RM 8 995
D RM 8 895
.

97. Rajah 11 berkaitan dengan bahagian fungsian pengurusan sumber manusia.


[T4 ms 179]

~ 22 ~
Rajah 11

Apakah X ?

A Kemudahan pekerja semasa bertugas


.
B. Perkhidmatan kesatuan sekerja
C. Proses pengambilan pekerja
D Latihan dan pembangunan
.

98. Apakah tindakan yang perlu Encik Husni lakukan selepas perniagaannya
diisytiharkan bankrup ? [T5 ms 171]

A Melaporkan kewangan perniagaan kepada pendaftar perniagaan


.
B. Memperbaharu sijil perakuan pendaftaran perniagaan
C. Menukarkan jenis pemilikan perniagaan
D Menamatkan pendaftaran perniagaan
.

99. Situasi manakah akan mewujudkan kos berubah ? [T5 ms 107]

A Samad membayar sewa kedai perniagaan


.
B. Ain Sdn Bhd membayar balik pinjaman kepada MARA
C. Syarikat Anuar mengambil polisi insurans untuk pekerjanya
D Abu mendapat bekalan bahan mentah dari Rafi Enterprise
.

100. Antara berikut, aspek manakah mampu meningkatkan kecekapan pekerja? [T5 ms 7]

I Mengagihkan tugas mengikut kebolehan


II Menyediakan penginapan untuk pekerja
III Menjalankan program motivasi
IV Mewujudkan hubungan harmonis

A. I dan II
B. I dan III
C. I dan IV

~ 23 ~
D. III dan IV

101. Pilih pasangan yang betul. [T5 ms 173]

Dokumen Keterangan
A Penyata bank Dokumen yang mengandungi catatan aktiviti perbelanjaan
perniagaan.
B Rekod jualan Catatan ambilan oleh pemilik untuk kegunaan sendiri.
C Rekod kos operasi Catatan aktiviti pembelian barang niaga.
D Rekod pembelian Dokumen yang mencatat semua rekod belian oleh
perniagaan,

102. Perusahaan Khalid Katering mempunyai aset semasa sebanyak RM 277 351 dan
liabiliti semasa sebanyak RM 31 042.

Berapakah nisbah semasa perniagaan tersebut? [T5 ms 113]


A 0.11 : 1
.
B. 0.13 : 1
C. 7.93 : 1
D 8.93 : 1
.

103. Apakah fungsi unit latihan dan pembangunan dalam pengurusan sumber manusia?
[T5 ms

A Kenaikan pangkat
.
B. Kemudahan rekreasi
C. Proses pengambilan pekerja
D Program induksi untuk pekerja
.

104. Apakah tujuan nota kredit dikeluarkan? [T5 ms 172/173]


I Pembeli memulangkan bekas kosong yang telah dicaj dalam invois
II Caj pengangkutan yang dikenakan ke atas pembeli
III Jumlah dalam invois terkurang caj
IV Komisen diberi kepada pembeli

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

105. Rajah 12 berkaitan dengan analisis nisbah kecekapan. [T4 ms 115]

~ 24 ~
Nisbah
Kecekapan

Pusing
ganti stok

K
Rajah 12

106. Apakah faktor yang akan dipertimbangkan oleh pihak bank untuk meluluskan
sesuatu pinjaman? [T5 ms 78]

I Nama perniagaan
II Lokasi kilang
III Nilai aset yang dicagar
IV Tempoh bayaran balik pinjaman

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

107. Situasi manakah merupakan contoh ambilan oleh pemilik perniagaan? {T5 ms 173]

A Menerima barang daripada pengeluar


.
B. Memperoleh bekalan daripada pembekal
C. Menerima stok untuk memenuhi pesanan
D Memperoleh stok untuk kegunaan keluarga
.

108. Apakah sumbangan usahawan kepada negara? [T5 ms 141]

A Mempelbagaikan pilihan barang


.
B. Memenuhi keperluan dan kehendak
C. Mewujudkan pengaliran masuk modal asing
D Mewariskan perniagaan kepada generasi akan datang
.

109. Antara yang berikut, yang manakah kepentingan penyata kewangan kepada pihak-
pihak tertentu dalam perniagaan? [T5 ms 108]

Pihak Kepentingan
Berkepentingan
I Pengurusan Menentukan jumlah dividen yang perlu dibayar kepada
pemegang saham.
II Pelabur Membuat keputusan untuk melabur atau melepaskan
pegangan ke atas saham syarikat
III Pembiaya Panduan bagi menyusun strategi perniagaan seterusnya

~ 25 ~
IV Pekerja Asas kepada tuntutan untuk mendapatkan royalti

A I dan II
.
B. I dan IV
C. II dan III
D III dan IV
.

110. Maklumat berikut diambil daripada penyata aliran tunai Encik Ismail yang
bercadang memulakan ternakan udang pada Januari 2019. [T5 ms 104]

Berapakah baki akhir bulan Januari 2019 ?


A RM92 000
.
B. RM122 000
C. RM142 000
D RM162 000
.

111. Situasi yang manakah menggambarkan stok bergerak pantas ? [T5 ms 144]

A Kedai Perabot Aktif menerima tempahan 65 set meja makan


B Datin Nora membeli cincin emas mengikut trend terkini
C Pak Atan menjual 100 ekor ayam di pasar tani setiap hari
D Encik Abu menjual lima buah kereta dalam sebulan

112. Mengapakah sesetengah iklan yang disiarkan di televisyen tidak mempamerkan


harga produk ? [T5 ms 186]

A Menjimatkan kos penyiaran iklan


.
B. Meningkatkan jualan dan keuntungan
C. Mengelakkan pesaing mengeluarkan produk yang sama
D Mendorong pengguna mencari produk tersebut di pasaran
.

113. Dokumen berikut merupakan format penyata aliran tunai. [T5 ms 182]

~ 26 ~
Apakah contoh item bagi F dan G?

F G
A Modal Iklan
B Gaji Komisen diterima
C Jualan tunai Modal
D Belian tunai Belanja utiliti

114. Rajah 13 berkaitan dengan penubuhan perniagaan. [T5 ms 161]


Akta Penubuhan
Perniagaan

Akta Pendaftaran
Z Akta Syarikat 2016
Perniagaan 1956
Rajah 13

Apakah Z?
A Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012
.
B. Akta Perhubungan Industri 1967
C. Akta Perihal Dagangan 1972
D Akta Kontrak 1950
.

115. Pernyataan berikut berkaitan dengan bahagian fungsian pengagihan. [T4 ms 193]

Encik Abu mendapatkan stok baju daripada A & Z Enterprise


dan menjualnya di pasar malam.

Apakah saluran agihan yang digunakan?


A Pengeluar  Pengguna
.
B. Pengeluar  Peruncit  Pengguna
C. Pengeluar  Ejen  Peruncit  Pengguna
D Pengeluar  Pemborong  Peruncit  Pengguna
.

~ 27 ~
116. Rajah 14 menunjukkan prestasi jualan kasut sukan perniagaan Encik Rashid.
[T4 ms 165]

Rajah 14

Apakah tindakan yang boleh diambil oleh Encik Rashid untuk memulihkan
perniagaannya?
A Mengubah cita rasa dan permintaan pengguna
.
B. Mewujudkan hubungan baik dengan pekerja
C. Mengubah strategi pemasaran produk
D Menambah jumlah stok semasa
.

117. Rajah 15 berkaitan dengan aspek dalam pemasaran dan jualan produk.
[T5 ms 183/184]

Rajah 15
Apakah aktiviti K?
A Memastikan perniagaan memperoleh keuntungan
.
B. Menyedarkan pengguna akan kewujudan barang
C. Membolehkan barang mampu berdaya saing
D Membolehkan output diperoleh pengguna
.

118. Rajah menunjukkan aspek yang perlu diambil kira dalam aktiviti pemasaran dan
jualan. [T5 ms 184/184]

Harga
Campuran Pemasaran X
Tempat
Produk

Pernyataan manakah yang menerangkan X?


A Pengiraan kos pengeluaran melibatkan semua perbelanjaan
.
B. Penggunaan mesin berteknologi tinggi dalam pengeluaran
~ 28 ~
C. Penyampaian maklumat barangan melalui media massa
D Penghantaran barang tepat pada masanya
.

119. Maklumat berikut berkaitan dengan media pengiklanan. [T5 ms 186]

Sebuah pasar mini baru dibuka di sebuah taman perumahan


ingin mengadakan promosi kepada penduduk sekitar.

Antara yang berikut, media pengiklanan manakah yang sesuai digunakan?


I Surat khabar
II Halaman kuning
III Risalah
IV Poster

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

120. Soalan ini berdasarkan pilihan jawapan pada pernyataan di bawah. [T5 ms 198]

I Rancangan Perniagaan membantu ushawan untuk menilai kebolehan sesebuah


perniagaan.
II Sasaran keuntungan dinyatakan di bahagian Rancangan Pentadbiran.

Pernyataan I Pernyataan II
A Betul Salah
B Salah Betul
C Salah Salah
D Betul Betul

~ 29 ~

You might also like