You are on page 1of 9

1. Apakah tujuan setiap perniagaan menyediakan barangan dan perkhidmatan?

A. Meningkatkan imej perniagaan


B. Meningkatkan taraf hidup masyarakat
C. Menjalankan penyelidikan dan pembangunan
D. Memenuhi keperluan dan kehendak pengguna

2. Antara berikut, yang manakah merupakan komponen dalam konsep asas perniagaan?

I. Pertukaran nilai III Pemasaran


II. Penjual dan pembeli IV Syer pasaran
A. I dan II C. II dan III
B. I dan IV D. III dan IV

3. Aktiviti perniagaan dibahagikan kepada aktiviti berasaskan barang dan perkhidmatan.


Pilih pernyataan yang betul.

Aktiviti berasaskan barang Aktiviti berasaskan perkhidmatan


A Kembara Travel & Tour Sdn Bhd Butik Jahit dan Sulaman Aida
B Kilang Perabot Sammy Sdn Bhd Kilang Elektronik Maju
C Kilang Kopi Berkat Sdn Bhd Pusat Tuisyen Akademik Berjaya
D Kedai Gunting Rambut Adha Kedai Dobi Pink Enterprise

4. Antara berikut, pernyataan yang manakah benar tentang tujuan penubuhan organisasi
bukan bermotifkan untung (OBBU)?

I. Memberi bantuan kepada orang yang kurang berkemampuan


II. Meningkatkan penglibatan sektor awam dalam kegiatan kemasyarakatan
III. Menawarkan barang dan perkhidmatan yang mendatangkan keuntungan
maksimum
IV. Menyediakan khidmat latihan seperti kursus dan bimbingan kepada pekerja
tempatan
A. I dan II C. II dan III
B. I dan IV D. III dan IV

5. Pernyataan berikut berkaitan dengan peranan kerajaan dalam mengawal harga barang.

Kerajaan memberi subsidi gula untuk mengawal harga gula yang


meningkat secara mendadak

Apakah kaedah perniagaan ini?

A. Secara percuma C. Pada harga kos

1
B. Pada harga di bawah kos D. Secara sumbangan masyarakat
6. Susun langkah-langkah pendaftaran penubuhan perniagaan milikan tunggal selepas
langkah mengisi borang carian nama.

I. Mengisi borang A III Mendapat borang D


II. Membuat pembayaran IV Menghantar kepada SSM

A. I, II, III, IV C. IV, I, III, II


B. I, IV, II, III D. IV, I, II, III

7. Maklumat berikut menunjukkan sebuah bentuk pemilikan perniagaan.

Jaya Bintang Sendirian Berhad


Antara berikut, yang manakah
benartentang bentuk pemilikan perniagaan di atas?

I. Kadar bayaran cukai syarikat adalah rendah


II. Semua pemegang saham menanggung liabiliti tidak terhad
III. Bilangan ahli yang dibenarkan adalah antara 2 hingga 50 orang
IV. Milik saham hanya boleh dipindah selepas mendapat kebenaran ahli lembaga
pengarah

A. I dan II C. II dan III


B. I dan IV D. III dan IV

8. Syarikat Satria ialah sebuah syarikat yang mempunyai bilangan pekerja sebanyak 400
orang dan jumlah jualan tahunan sebanyak RM 80 juta. Namun syarikat ini tetap
menghadapi cabaran. Apakah cabaran yang mungkin dihadapi oleh syarikat tersebut?

A. Bebanan kerja C. Ketidakpastian passaran


B. Masalah aliran tunai D. kos overhed yang tinggi

9. Pernyataan yang manakah menerangkan sektor ketiga?

A. Memproseskan bahan mentah untuk menghasilkan barang separuh siap


B. Menggunakan sumber semula jadi dalam proses pengeluaran
C. Memproses bahan mentah menjadi bahan penggunaan
D. Menyediakan perkhidmatan tertentu kepada pengguna

10. Maklumat berikut menunjukkan syarikat-syarikat di Malaysia.

- Air Asia - Tabung Haji - Petronas


Syarikat-
syarikat di atas telah berjaya menembusi pasaran

2
A. Global C. Tempatan
B. Zon D. Kebangsaan
11. Antara berikut, yang manakah merupakan tujuan akta perniagaan digubal?

I. Mengawal perjalanan aktiviti perniagaan


II. Memastikan setiap perniagaan didaftarkan
III. Memastikan barang dan perkhidmatan halal diniagakan
IV. Mengawal hubungan antara penjual dengan pembeli sesuatu produk

A. I dan II C. II dan III


B. I dan IV D. III dan IV

12. Isu perlindungan pengguna akan dikemukakan kepada pihak bertanggungjawab seperti

A. Parlimen
B. Kerajaan pusat
C. Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia
D. Suruhanjaya Syarikat Malaysia

13. Maklumat di bawah menunjukkan dua buah agensi kerajaan

- Majlis Amanah Rakyat (MARA) - TEKUN Nasional


Apakah
persamaan
peranan yang dimainkan oleh kedua-dua agensi kerajaan di atas?

A. Agensi pembangunan perniagaan


B. Agensi pembiayaan perniagaan
C. Agensi penggubalan undang-undang
D. Agensi penyelidikan dan pembangunan perniagaan

14. Pernyataan berikut berkaitan dengan suatu jenis pengangguran

Encik Zahid bekerja sebagai seorang nelayan. Beliau terpaksa berhenti


bekerja pada musim tengkujuh

Apakah jenis pengangguran yang dialami oleh Encik Zahid pada musim tengkujuh?

A. Pengangguran kitaran C. Pengangguran sementara


B. Pengangguran struktur D. Pengangguran bermusim

3
15. Harga barang dan perkhidmatan meningkat secara berterusan telah menjejaskan taraf
hidup masyarakat. Apakah tindakan yang boleh dilakukan oleh kerajaan untuk
mengatasi masalah ini?

A. Menurunkan kadar cukai C. Meningkatkan kadar faedah


B. Menurunkan kadar faedah D. Meningkatkan peluang pekerjaan

16. Trend persekitaran perniagaan bermaksud suatu arah aliran perkembangan sesuatu
perniagaan. Pernyataan yang manakah adalah tepat?

Trend Pernyataan
A Trend menurun Operasi perniagaan tidak stabil
B Trend meningkat Operasi perniagaan semakin merosot
C Trend menurun Operasi perniagaan dalam keadaan malar
D Trend mendatar Operasi perniagaan tiada perubahan ketara

17. Maklumat berikut berkaitan dengan suatu jenis gaya pengurusan.

Puan Hidayah merupakan seorang majikan di Syarikat Pelangi Sdn Bhd. Beliau
memberi kebebasan kepada pekerja untuk membuat keputusan dalam tugas.

Apakah jenis gaya pengurusan yang dilaksanakan oleh Puan Hidayah?

A. Gaya pengurusan laissez-faire C. Gaya pengurusan autokratik


B. Gaya pengurusan demokratik D. Gaya pengurusan sokongan

18. Apakah kelebihan dan kekurangan pengambilan pekerja melalui sumber luaran?

Kelebihan Kekurangan
A Mempunyai semangat yang tinggi Berlaku kekosongan jawatan
B Melahirkan idea yang baharu Memerlukan program induksi
C Maklumat pekerja sedia ada Mempunyai pengetahuan stereotaip
D Perlu memotivasikan pekerja Tidak membawa idea baharu

19. Antara berikut, yang manakah benar tentang analisis faktor dalaman dan faktor
luaran?

I. Analisis ini boleh dilakukan dengan menggunakan analisis SWOT


II. Peluang dan ancaman merupakan komponen analisis faktor dalaman
III. Kekuatan dan kelemahan merupakan komponen analisis faktor luaran
IV. Dapat menilai kesan perubahan persekitaran yang mempengaruhi perniagaan

4
A. I dan II C. II dan III
B. I dan IV D. III dan IV

20. Maklumat berikut menunjukkan suatu situasi dalam perniagaan.

Syarikat ABC telah menyalin semula filem yang dikeluarkan oleh Syarikat XYZ
dengan tujuan mendapatkan keuntungan dengan segera

Apakah akta berkaitan yang dapat mengelakkan berlakunya situasi di atas?


A. Akta Kontrak 1950 C. Akta Hak Cipta 1987
B. Akta Persaingan 2010 D. Akta Perkongsian 1961
21. Sesuatu objektif yang hendak dibentuk haruslah bersifat spesifik. Apakah maksud
spesifik?

A. Objektif yang dibentuk perlu dinyatakan dengan jelas dan bersistem


B. Jangka masa untuk sesuatu objektif dicapai perlu dinyatakan secara tepat
C. Objektif yang dibentuk mesti mendatangkan manfaat kepada pemilik
D. Objektif yang ditetapkan mestilah dicapai dalam tempoh masa yang diberikan

22. Pernyataan berikut berkaitan dengan suatu ciri objektif.

Jika kita hendak membentuk objektif, maka objektif yang dibentuk itu mestilah
bersifat praktikal dan boleh dilaksanakan

Apakah ciri yang dimaksudkan di atas?

A. Spesifik C. Boleh diukur


B. Munasabah D. Boleh dicapai

23. Maklumat berikut berkaitan dengan pernyataan objektif bagi sebuah organisasi
perniagaan.

“Meningkatkan keuntungan sebanyak 15% daripada hasil jualan dalam jangka


masa tiga bulan yang akan datang”

Apakah ciri-ciri SMART yang terdapat dalam pernyataan objektif di atas?


I. Fleksibel III. Boleh diukur

5
II. Jangka masa IV. Mudah difahami
A. I dan II C. II dan III
B. I dan IV D. III dan IV

24. Syarikat Super menanggung kos tetap sebanyak RM 250 000 dalam pengeluaran
basikal. Harga sebuah basikal dijual ialah RM 200 manakala kos berubah bagi sebuah
basikal ialah RM 150. Hitungkan titik pulang modal Syarikat Super.

A. 625 buah basikal C. 2500 buah basikal


B. 800 buah basikal D. 5000 buah basikal

25. Maklumat berikut berkaitan dengan Syarikat Lim Sdn Bhd yang mengeluarkan kek.

Harga seunit kek RM 8


Kuantiti dijual 750 unit
Jumlah kos berubah RM 500
Hitungkan jumlah hasil Syarikat Lim Sdn Bhd

A. RM 4000 C. RM 6000
B. RM 5000 D. RM 7000
26. Antara berikut, yang manakah merupakan kos berubah?

A. Bahan mentah C. Insurans kilang


B. Sewa kilang D. Susut nilai mesin

27. Apakah maksud syer pasaran?

A. Jumlah penduduk yang terdapat di sebuah pasaran


B. Jumlah barang yang dijual oleh penjual di pasaran
C. Peratus barang yang dikeluarkan di sebuah perniagaan
D. Peratus penguasaan jumlah pengguna yang membeli barang sesebuah perniagaan

28. Perniagaan yang gagal mencapai matlamat dan objektif harus mengambil tindakan
yang sewajar untuk menangani masalah tersebut. Antara berikut, tindakan yang
manakah wajar diambil oleh perniagaan?

A. Menaikkan harga produk


B. Menyemak semula objektif
C. Pengeluaran perlu dihentikan
D. Mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar

29. Antara berikut, yang manakah merupakan kesan perniagaan akibat kegagalan
mencapai matlamat dan objektif?

I. Imej perniagaan terjejas III. Wujud kelemahan perniagaan

6
II. Syer pasaran meningkat IV. Jualan merosot

A. I dan II C. II dan III


B. I dan IV D. III dan IV

30. Bagaimanakah dasar fiskal dapat mengawal keadaan ekonomi?

A. Menggubal Perlembagaan Malaysia


B. Mengetatkan syarat menjalankan perniagaan
C. Mengubah kadar cukai dan perbelanjaan kerajaan
D. Memberhentikan sesetengah perniagaan di pasaran tempatan

31. Antara berikut, yang manakah merupakan aspek penting dalam carta organisasi?

I. Pembahagian kerja III. Panduan keselamatan


II. Hierarki pengurusan IV. Peraturan dalam organisasi
A. I dan II C. II dan III
B. I dan IV D. III dan IV

32. Pernyataan yang manakah merupakan peranan pengurusan pertengahan?

A. Merangka polisi organisasi


B. Memastikan tugas operasi dijalankan dengan lancar
C. Merancang segala aktiviti untuk keseluruhan organisasi
D. Menyelaraskan aktiviti bahagian fungsian masing-masing

33. Antara berikut, yang manakah merupakan kepentingan aktiviti pemasaran kepada
organisasi perniagaan?

A. Menjimatkan kos C. Meningkatkan kualiti produk


B. Meluaskan pasaran produk D. Meningkatkan kecekapan pengeluaran

34. Maklumat berikut berkaitan dengan bahagian fungsian yang terlibat dalam perniagaan
Puan Ariana.

Puan Ariana telah menjalankan perniagaan kek melalui jualan secara atas talian.
Pelanggan-pelanggan beliau akan membuat tempahan secara atas talian dan
penghantaran kek dilakukan oleh Puan Ariana dengan menggunakan kereta.

Apakah bahagian fungsian yang terlibat dalam petikan di atas?

7
I. Pembelian III. Pengagihan
II. Kewangan IV. Teknologi maklumat dan komunikasi
A. I dan II C. II dan III
B. I dan IV D. III dan IV

35. Maklumat berikut berkaitan dengan perniagaan yang dijalankan oleh Encik Zainal.

Encik Zainal ialah pemilik ZAR Trading. Baru-baru ini, ZAR Trading telah
menerima pesanan sebanyak 500 unit produk A.

Antara berikut, bahagian fungsian yang manakah perlu digerakkan bagi memastikan
produk A sampai ke tangan pelanggan?

A. Pemasaran C. Pengagihan
B. Pentadbiran D. Pengeluaran

36. Maklumat berikut menunjukkan peranan suatu bahagian fungsian.

- Melatih pekerja - Memilih pekerja - Merekrut pekerja

Apakah bahagian fungsian tersebut?

A. Pengagihan C. Pengurusan sumber manusia


B. Pengeluaran D. Teknologi maklumat dan komunikasi
37. Pernyataan yang manakah benar tentang fungsi bahagian penyelidikan dan
pembangunan?

A. Menambahbaik produk sedia ada C. Menetapkan harga produk


B. Menyelesaikan masalah pelanggan D. Memasarkan produk di pasaran

38. Apakah bahagian fungsian yang terlibat oleh pekerja tersebut?

Pekerja: Saya menjawab pertanyaan pelanggan berkenaan dengan barang dan


perkhidmatan

A. Kewangan C. Pengagihan
B. Khidmat pelanggan D. Pentadbiran

8
39. Maklumat berikut berkaitan dengan penggunaan laman sosial.

- Facebook - Twitter - Instagram


Apakah
kegunaan laman sosial tersebut dalam perniagaan?

A. Mengiklankan barang dan perkhidmatan


B. Melancarkan operasi perniagaan
C. Menyelaraskan proses pengeluaran
D. Menghantar barang tepat pada masanya

40. Apakah kepentingan mewujudkan interaksi dengan organisasi luar?

A. Mewujudkan persaingan dengan organisasi luar


B. Memenuhi keperluan dan kehendak pengguna
C. Menyimpan maklumat dan data perniagaan
D. Menjalin kerjasama strategik

You might also like