You are on page 1of 4

Ujian Ulangan Ekonomi 2020

Bahagian A
[60 markah]

Arahan : Jawab semua soalan dalam bahagian ini.

1. a) Dengan menggunakan contoh yang sesuai, takrifkan konsep kos lepas bagi unit isi rumah.
[5 markah]
b) Jadual 1 menunjukkan kombinasi pengeluaran barang X dan barang Y.
Kombinasi Barang X (unit) Barang Y (unit)
A 0 120
B 10 100
C 20 70
D 30 40
E 40 0
Jadual 1
Lukiskan keluk kemungkinan pengeluaran pada kertas graf [5 markah]
c) Terangkan tiga kelebihan sistem ekonomi perancangan pusat. [6 markah]
d) Jelaskan cara penyelesaian masalah asas ekonomi yang berikut oleh sistem ekonomi campuran
i. Bagaimana hendak dikeluarkan [2 markah]
ii. Untuk siapa dikeluarkan [2 markah]

2. a) Jadual 2 menunjukkan permintaan Zahira terhadap aksesori wanita pada pelbagai tingkat harga.
Harga Kuantiti diminta
(RM/ unit) (unit)
7 4
6 5
5 6
4 7
3 8
Jadual 2
Berdasarkan jadual di atas, lukiskan keluk permintaan Zahira terhadap aksesori wanita pada
kertas graf. [5 markah]
b) (i) Maklumat di bawah berkaitan dengan pengeluaran Syarikat Do Re Mi Berhad.

“Syarikat Do Re Mi Berhad merupakan sebuah syarikat yang mengeluarkan kasut sukan.


Sasaran pasaran syarikat ini ialah golongan berpendapatan sederhana dan tinggi.”

(ii) Terangkan dua masalah asas ekonomi yang belum diselesaikan oleh Syarikat Do Re Mi
Berhad. [4 markah]
c) Terangkan perbezaan antara sistem ekonomi pasaran bebas dengan sistem ekonomi
perancangan pusat.
[6 markah]

1
d) Jelaskan lima cara kerajaan Malaysia menjaga kebajikan masyarakat yang berpendapatan
rendah. [5 markah]
.
3. a)

Bardasarkan peristiwa berikut, analisis pergerakan titik yang akan berlaku.


(i) Kadar cukai pendapatan diturunkan 1% [1 markah]
(ii) Harga barang Z dijangka akan meningkat [1 markah]
(iii) Harga barang pengganti barang Z meningkat [1 markah]
(iv) Harga barang penggenap barang Z meningkat [1 markah]
(v) Harga barang z menurun [1 markah]
(vi) Kadar pengangguran meningkat [1 markah]
b) Perubahan penawaran merujuk kepada peralihan keluk penawaran sama ada ke kiri atau ke
kanan selari dengan keluk penawaran yang asal. Apakah faktor yang menyebabkan pengurangan
penawaran. [4 markah]
c) Dengan menggunakan rajah, jelaskan pembentukan keluk penawaran pasaran [4 markah]
d) Jadual di bawah ini menunjukkan hubungan antara harga barang P dengan permintaan terhadap
barang Q dan barang R
Keadaan Harga barang P Permintaan barang Permintaan barang R
Q
1 Turun Berkurang Bertambah
2 Naik Bertambah Berkurang

(i) Apakah hubungan antara barang P dengan barang Q dan barang R [3 markah]
(ii) Berikan contoh barang P, Barang Q dan barang R [3 markah]

Bahagian B
(40 markah)
2
Arahan : Jawab dua soalan sahaja dalam bahagian ini

4. “ Pada tahun 1949 hingga akhir tahun 1978, hamper tiga per empat daripada pengeluaran
perindustrian negara china telah dihasilkan oleh syarikat milik negara yang dikawal badan
perancangan pusat dan pada masa itu, hamper tidak ada syarikat swasta atau firma pelaburan asing di
negara china. dianggarkan keluaran dalam negara kasar negara china berkembang pada kadar
tahunan purata kira-kira 5.3 peratus pada tempoh masa tersebut. taraf hidup rakyat negara china pada
masa itu juga jauh lebih rendah berbanding dengan negara-negara membangun yang lain. keadaan
berubah sejak dasar pembaharuan dan dasar buka pintu dijalankan pada tahun 1978, ekonomi negara
china berkembang dengan pesat dengan kadar pertumbuhan 9% setiap tahun. kini, negara china telah
menjadi kuasa ekonomi kedua terbesar selepas amerika syarikat.”
(sumber:http://malay.cri.cn/chinaabc/chapter3/chapter30101.htm)

a) Jelaskan tiga ciri sistem ekonomi negara china pada tahun 1949 – 1978. [3 markah]
b) apakah perubahan yang telah berlaku ke atas sistem ekonomi negara china selepas akhir tahun
1978? [7 markah]
c) adakah anda bersetuju dengan pembaharuan yang dijalankan oleh negara china? berikan
justifikasi jawapan anda. [10 markah]
5.
Encik Murali ialah seorang pengusaha dan pereka kasut yang terkenal di bayan baru, pulau pinang.
syarikat kasut beliau mengeluarkan pelbagai jenis kasut wanita untuk pasaran tempatan dan juga
dieksport ke rantau negara-negara ASEAN. Bersempena dengan sambutan ulang tahun syarikat
yang ke-10, Encik Murli telah menghasilkan satu siri kasut wanita yang unik iaitu ‘Comfortness’,
yang khas disasarkan kepada golongan wanita korporat yang berpendapatan tignggi.
Untuk menguasai pasaran kasut tempatan yang semakin meluas, syarikat Encik Murli telah
melibatkan diri dalam pengeluaran kasut lelaki. dalam mesyuarat pengurusan syarikat yang terkini
keputusan telah diambil untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran kilang sebanyak 100%. syarikat
akan menambahkan penggunaan mesin dan peralatan moden dalam proses pengeluaran supaya
matlamat syarikat dapat dicapai.
Dalam usaha mengembangkan lagi perniagaan syarikat, dengan jumlah wang sebanyak RM1.5 juta,
Encik Murli telah mengesyorkan dua cadangan iaitu sama ada membina sebuah kilang pembuatan
yang baharu di batu kawan, pulau pinang ataupun mengambil alih syarikat pesaing iaitu syarikat seri
wani sdn. bhd. akhirnya, keputusan telah diambil untuk memulakan proses pengambilalihan ke atas
syarikat seri wani sdn. bhd.
Pada minggu lalu, syarikat encik murli telah menerima notis amaran bertulis daripada pihak jabatan
alam sekitar pulau pinang (JAPP) kerana menyalurkan bahan buangan ke sungai yang
berkhampiran dengan kilang beliau. tanpa menolak tanggungjawab sosial yang harus dipikul, Encik
Murli telah mengambil langkah yang drastic untuk menyelesaikan masalah tersebut.
a) Apakah masalah asas ekonomi yang telah berjaya di selesaikan oleh syarikat encik murli dalam
pengeluaran sempena sambutan ulang tahun syarikat? Jelaskan kesan terhadap syarikat encik
murli jika perancangan syarikat berjaya dicapai. [8 markah]

3
b) Terangkan cara penyelesaian masalah ekonomi oleh syarikat encik murli dalam usaha
mengembangkan lagi perniagaan syarikat. [6 markah]
c) jelaskan kesan terhadap syarikat encik murli jika pihak jabatan alam sekitar pulau pinang
mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikatnya. [6 markah]

6. jadual berikut menunjukkan penawaran baju bayi oleh dua buah firma dalam pasaran

Harga Kuantiti ditawarkan (unit) Penawaran pasaran


Firma A Firma B
(RM) (unit)
1 6 5 11
2 12 Y 22
3 X 15 33
4 24 20 Z
5 30 25 55
6 36 30 66

a) Lukis keluk penawaran pasaran di atas kertas graf [7 markah]


b) Berdasarkan (a) jelaskan pembentukan keluk penawaran pasaran. [8 markah]
c) pada pendapat anda, mengapakah keluk penawaran firma dan pasaran bercerun positif?
d) Jelaskan dua sebab. [5
markah]

7.
kenaikan harga petrol baru-baru ini telah memberi kesan lansung kepada pengeluar amnya dan
para pengguna khususnya.

a) Jelaskan kesan kenaikan harga petrol terhadap pengguna dan pengeluar. [10 markah]
b) Apakah tindakan yang boleh diambil oleh pengeluar untuk mengatasi masalah kos pengeluaran
yang semakin meningkat? berikan alasan anda. [5 markah]
c) Terangkan bagaimanakah kerajaan dapat membantu pengeluar untuk mengurangkan beban
kosnya? [5
markah]

...SOALAN TAMAT...

You might also like