You are on page 1of 12

SULIT 1

SOALAN PRAKTIS BESTARI


PROJEK JAWAB UNTUK JAYA (JUJ) 2017

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 3757/2


EKONOMI ASAS
Kertas 2 Set 1

2 jam Dua jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.

2. Jawab tiga soalan daripada Bahagian A dan satu saoalan wajib di Bahagian B.

3. Jawapan anda hendaklah ditulis di atas kertas kajang. Helaian tambahan (jika
ada) hendaklah diikat dan dihantar bersama-sama kertas kajang pada akhir
peperiksaan.

4. Anda dinasihati supaya mengambil masa 80 minit untuk menjawab soalan dalam
Bahagian A dan 40 minit untuk menjawab soalan dalam Bahagian B.

5. Markah yang diperuntukkan bagi setiap soalan atau ceraian soalan ditunjukkan
dalam kurungan.

6. Sekiranya anda hendak menukar jawapan, batalkan dengan kemas jawapan


yang telah dibuat. Kemudian tulis jawapan yang baru.

7. Anda dibenarkan menggunakan kalkulator saintifik.

8. Semua kertas jawapan anda hendaklah diserahkan pada akhir peperiksaan.

Kertas soalan ini mengandungi 12 halaman bercetak

Bahagian A
3757/2 © Hak Cipta JUJ Pahang 2017 [Lihat halaman sebelah]
SULIT
SULIT 2

[75 markah]

Jawab mana- mana tiga soalan dalam bahagian ini.

1 (a) Gambar di bawah menunjukkan perbualan satu unit ekonomi berkaitan masalah
ekonomi.

Saya belikan tali leher Bukankah awak cuma ada


dan kemeja itu untuk RM100 sahaja? Tali leher ini
abang ya. berharga RM70 dan baju itu
berharga RM90

Terangkan cara unit ekonomi di atas menyelesaikan masalah ekonomi mereka.


[6 Markah]

(b) Gambar di bawah menunjukkan dua jenis barang dalam ekonomi

Gambar 1 Gambar 2

(i) Kenalpasti jenis barang di atas. [2 Markah]

(ii) Bandingkan kedua-dua jenis barang di 1(b)(i) [5 Markah]

3757/2 © Hak Cipta JUJ Pahang 2017 [Lihat halaman sebelah]


SULIT
SULIT 3

(c) Maklumat yang berikut tentang ciri sistem ekonomi negara Q.

 Firma di Negara Q bebas mengumpul


kekayaan dan mengaut keuntungan

 penduduk di negara tersebut bebas


memilih pekerjaan yang hendak
diceburi

Jelaskan penyelesaian masalah asas sistem ekonomi negara Q. [6 markah]

(d) Perbualan berikut berkaitan dengan konsep pelaburan dan tabungan.

Hafiz, saya dengar awak dapat bonus Tak naklah Clara. Saya akan
tiga bulan gaji. Bolehlah awak guna duit menabung kesemua wang
itu untuk membuat bayaran tersebut di bank.
pendahuluan membeli rumah.

(i) Bersetujukah anda dengan keputusan Hafiz? Kemukakan alasan.

[3 Markah]

(ii) Jelaskan kebaikan daripada saranan Clara.

[3 Markah]

3757/2 © Hak Cipta JUJ Pahang 2017 [Lihat halaman sebelah]


SULIT
SULIT 4

2 (a) Rajah di bawah menunjukkan hubungan antara harga Barang X dengan


kuantiti permintaan Barang Y.

Harga Barang X Kuantiti permintaan Barang Y


RM10 9 kg
RM5 6 kg

(i) Apakah kaitan antara Barang X dengan Barang Y? [1 markah]

(ii) Dengan menggunakan rajah, jelaskan hubungan antara


harga barang X dengan kuantiti permintaan barang Y. [5 markah]

(b) Gambar di bawah menunjukkan satu unit ekonomi.

(i) Nyatakan unit ekonomi tersebut. [1 markah]

(ii) Huraikan peranan unit ekonomi di 2(b)(i) [4 markah]

3757/2 © Hak Cipta JUJ Pahang 2017 [Lihat halaman sebelah]


SULIT
SULIT 5

(c) Maklumat di bawah berkaitan satu situasi dalam pasaran.

Fahami Kesan Kenaikan Harga Minyak Masak

Wujud kecenderungan yang tinggi peningkatan harga minyak


masak akan meningkatkan lagi harga makanan di restoran.
Kesan atau impak tidak langsung akan dirasai pengguna
apabila mereka berbelanja di restoran.

Sumber: Petikan daripada Utusan Online, 15 November 2016

(i) Adakah anda bersetuju dengan tindakan pengusaha di atas?


Kemukakan alasan anda. [3 markah]

(ii) Sebagai pengguna yang rasional, apakah tindakan yang boleh anda
ambil untuk memperbaiki situasi tersebut? [3 markah]

(d) Gambar menunjukkan input yang digunakan untuk pengeluaran kek.

Input A Input B

(i) Kenalpasti input tersebut. [2 markah]

(ii) Bezakan kedua-dua input di 2(d)(i) [6 markah]

3757/2 © Hak Cipta JUJ Pahang 2017 [Lihat halaman sebelah]


SULIT
SULIT 6

3 (a) Maklumat berikut berkaitan dengan pasaran minyak masak tempatan.

Penstrukturan semula Skim Penstabilan Harga Minyak Masak


(COSS) pada 1 November 2016 lalu telah menyebabkan
peningkatan harga minyak di pasaran.
KERTAS SOALAN TAMAT
Sumber: Petikan daripada Utusan Online, 15 November 2016

Jelaskan kesan peristiwa di atas terhadap masyarakat. [4 markah]

(b) Maklumat berikut berkaitan dengan aliran pusingan pendapatan ekonomi dua
sektor.

Syarikat Aaron Berhad mengeluarkan tablet untuk pembelajaran kanak-kanak


berjenama BLM. Encik Farid bekerja sebagai Pengurus Sumber Manusia di
syarikat tersebut dan menerima gaji sebanyak RM3 000 sebulan. Dia membeli
satu set tablet keluaran syarikatnya dengan harga RM200.00.

(i) Lakarkan rajah aliran pusingan pendapatan tersebut. [4 markah]

(ii) Jelaskan rajah di 3(b)(i). [3 markah]

(c) Rajah di bawah menunjukkan keluk keseimbangan pasaran bagi kasut bola.

Harga(RM)
D S

60

E
40

20
D
S

0 Kuantiti(unit)
20 40 60

(i) Jelaskan keadaan pasaran pada tingkat harga RM 20 . [3 markah]

(ii) Bagaimanakah titik E dicapai? [4 markah]

3757/2 © Hak Cipta JUJ Pahang 2017 [Lihat halaman sebelah]


SULIT
SULIT 7

(d) Gambar menunjukkan sejenis bank yang terdapat di Malaysia.

(i) Apakah jenis bank tersebut?. [1 markah]

(ii) Terangkan deposit yang diterima oleh bank di 3(d)(i).


[6 markah]

4 (a) Petikan berikut berkaitan pergantungan kepada sektor utama.

Pergantungan kepada sektor utama memberi kesan negatif


kepada pertumbuhan ekonomi negara. Oleh itu kerajaan telah
mengambil langkah untuk membangunkan sektor perindustrian.

Jelaskan faktor yang mendorong perubahan di atas. [4 markah]

(b) Maklumat berikut berkaitan satu sumber hasil kerajaan.

Bagi perniagaan perkongsian, keuntungan perniagaan akan dikira sebagai


pendapatan individu. Oleh yang demikian, kadar cukainya adalah
berdasarkan kadar cukai pendapatan individu. Manakala Syarikat Sdn. Bhd.
cukainya ditanggung oleh syarikat, maka kadarnya adalah berdasarkan cukai
pendapatan syarikat.

Sumber: Petikan daripada cukaisyarikat.blogsport.my, 1 Mac 2017

(i) Nyatakan sumber hasil kerajaan yang dinyatakan di dalam petikan?


[1 markah]

(ii) Perincikan mengenai jenis cukai di 4(b)(i). [4 markah]

3757/2 © Hak Cipta JUJ Pahang 2017 [Lihat halaman sebelah]


SULIT
SULIT 8

(c) Maklumat berikut berkaitan satu keadaan ketidakstabilan ekonomi.

37, 699 Pekerja Diberhentikan Pada Tahun 2016

Kementerian Sumber Manusia berkata berdasarkan statistik


pemberhentian pekerja yang dilaporkan kepada Jabatan Tenaga Kerja
(JTK), majoriti pemberhentian melibatkan 32, 552 pekerja tempatan
(86.3%) manakala bakinya merupakan pekerja asing. Berlaku
peningkatan sebanyak 4% berbanding tahun sebelumnya.
Sumber: Petikan SMASA NEWS.com, 24 Februari 2017

(i) Pada pendapat anda, apakah kesan tindakan di atas ke atas masyarakat?
[4 markah]

(ii) Bagaimanakah belanjawan negara dapat mengatasi masalah


ketidakstabilan ekonomi di atas. [4 markah]

(d) Petikan di bawah berkaitan dengan sejenis perbelanjaan kerajaan.

KUALA LUMPUR 22 Ogos – Selaras dengan usaha Malaysia


menjadi negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang 2020,
Kerajaan Persekutuan memberi keutamaan kepada pembangunan
Sarawak untuk meningkatkan ekonomi dan kesejahteraan sosial
rakyat negeri itu. Menurut Kementerian Kewangan, Kerajaan
Persekutuan melalui Bajet 2016 telah memperuntukkan sebanyak
RM 29.2 billion bagi program pembangunan Sarawak dan Sabah
termasuk Lebuh Raya Pan Borneo sepanjang 1,089 kilometer yang
akan meningkatkan perhubungan dan merapatkan jurang antara
kawasan bandar dan luar bandar di Sarawak.

Sumber: Petikan Utusan Online, 23 Ogos 2016

(i) Nyatakan komponen perbelanjaan kerajaan di atas. [1 markah]

(ii) Berdasarkan maklumat di atas, terangkan perbelanjaan lain yang dibuat


oleh kerajaan. [4 markah]

(iii) Wajarkah tindakan yang diambil oleh kerajaan di dalam petikan di


atas? Kemukakan alasan anda.
[3 markah]

3757/2 © Hak Cipta JUJ Pahang 2017 [Lihat halaman sebelah]


SULIT
SULIT 9

5 (a) Maklumat berikut berkaitan masalah dalam perdagangan antarabangsa.

Seramai 23 pengilang beras Melayu yang menjalankan operasi berskala kecil


dan sederhana mendakwa mereka bakal gulung tikar sekiranya kerajaan tidak
campur tangan berhubung isu lambakan beras yang tidak terjual sejak tiga
tahun lalu. Penyumbang utama kepada masalah ini adalah kadar kemasukan
beras import yang melebihi keperluan semasa.

Sumber: Ubahsuai daripada Utusan Online, 14 Mac 2016.

(i) Apakah yang boleh dilakukan oleh kerajaan untuk mengawal keadaan
di atas.

[5 markah]

(ii) Sebagai pengguna yang rasional, apakah langkah yang boleh anda
lakukan untuk memperbaik keadaan tersebut. [4 markah]

(b) Maklumat berikut berkaitan kadar pertukaran asing.

KUALA LUMPUR: Nilai ringgit dijangka rendah berbanding


dolar AS minggu depan dan berlegar sekitar paras USD1= RM
4.45 berbanding RM 4.00 sebelumnya.

Sumber: Petikan daripada astro AWANI, 18 Februari 2017.

Jelaskan kesan peristiwa di atas ke atas imbangan dagangan. [5 markah]

(c) Jelaskan kesan setiap peristiwa berikut ke atas kadar pertukaran Ringgit
Malaysia (setiap peristiwa adalah secara berasingan)

(i) Malaysia mengeksport 2000 tan kelapa sawit ke Jepun.


[2 markah]

(ii) Malaysia melancarkan Kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia


[2 markah]

3757/2 © Hak Cipta JUJ Pahang 2017 [Lihat halaman sebelah]


SULIT
SULIT 10

(d) Syarikat Acralic Berhad telah mengimport 150 unit LCD Projector dari Jepun
yang bernilai RM1 450 seunit.

(i) Hitungkan jumlah Yen Jepun yang perlu dibayar oleh syarikat
sekiranya kadar pertukaran antara Yen Jepun dengan Ringgit Malaysia
(RM) seperti berikut :

100 ¥ = RM3.70
[2 markah]

(ii) Terangkan kepentingan Yen Jepun kepada Malaysia. [3 markah]

(e) Maklumat berikut berkaitan dengan import Malaysia dari Jepun.

Duta Malaysia ke Jepun, Datuk Ahmad Izlan Idris berkata,


barangan import utama Malaysia dari Jepun adalah elektrik
dan elektronik, peralatan mesin, alat-alat ganti dan aksesori
kenderaan serta kereta.

Sumber: Ubahsuai daripada BH Online, 15 Mac 2015

Berdasarkan petikan di atas,jelaskan komposisi import Malaysia. [2 markah]

3757/2 © Hak Cipta JUJ Pahang 2017 [Lihat halaman sebelah]


SULIT
SULIT 11

Bahagian B

[25 markah]

Soalan ini wajib dijawab.

Di penghujung tahun2015, penduduk di negeri-negeri pantai timur bertarung mengharungi


banjir. Banjir boleh mengakibatkan kerugian besar terhadap mangsanya.Salah seorang
mangsa yang terjejas ialah keluarga Encik Rosli. Beliau kehilangan tempat tinggal apabila
kediamannya runtuh dan dihanyutkan banjir. Kini beliau dan mangsa lain mengharapkan
rumah gantian yang dijanjikan oleh kerajaan. Beliau ditawarkan kediaman baharu di kawasan
berhampiran tempat kerjanya tetapi beliau membuat keputusan untuk tinggal di kampung asal
kerana dapat menghirup udara segar setiap hari serta menikmati ketenangan tanpa kesesakan
lalu lintas.Walau pun pendapatan yang diterimanya hanya RM3 000 dan menyara isteri dan
dua orang anak, beliau mampu hidup dengan selesa.

Baru-baru ini berlaku kenaikan harga minyak masak di pasaran.Begitu juga dengan harga
barangan lain seperti harga ayam, pakaian dan perkhidmatan sedangkan gajinya masih di
takuk lama. Jika dahulu wang sebanyak RM500 boleh digunakan untuk perbelanjaan sekolah
dua orang anak, kini jumlah itu hanya cukup untuk menampung keperluan seorang anak
sahaja. Fenomena ini juga dialami oleh rakan Encik Rosli. Rakan beliau mengajak Encik
Rosli berkongsi mengusahakan tanahnya dengan menanam getah. Bagaimana pun terdapat
beberapa situasi yang menggusarkan mereka berdua.

Maklumat 1

Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan walaupun terpaksa menghadapi senario harga
komoditi rendah.
Sumber :Berita Harian 22 Oktober 2016

Biarpun berdepan keadaan yang menggusarkan tersebut, Encik Rosli dan rakan terus
membuat kajian mengenai indusrti getah tempatan khususnya cabaran yang dihadapi oleh
pekebun kecil getah. Kini penggunaan buruh untuk menoreh getah dapat dikurangkan kerana
pengusaha boleh menggunakan alat penoreh getah automatik. Bagaimana pun kos seunit alat
tersebut mencecah RM50 menyebabkan ianya bukan pilihan popular dalam kalangan
pekebun. Mesin dan kelengkapan berkualiti tinggi pula diimport dari Amerika Syarikat dan
Australia.

Maklumat 2 Maklumat 3

KADAR TUKARAN ASING KADAR TUKARAN ASING


Jualan RM TT atau OD2 Jualan RM TT atau OD2
1 unit mata wang asing bagi setiap RM 1 unit mata wang asing bagi setiap RM
Dolar Amerika 4.2560 Dolar Amerika 4.5110
Dolar Australia 3.3550 Dolar Australia 3.4660
Dolar Brunei 3.0640 Dolar Brunei 3.1753
Sumber : Berita Harian 14 Februari 2017 Sumber : Berita Harian 14 Februari 2017

3757/2 © Hak Cipta JUJ Pahang 2017 [Lihat halaman sebelah]


SULIT

D D
SULIT 12

(a) (i) Jelaskan jenis barang yang terdapat di dalam perenggan pertama.
[4 markah]

(ii) Wajarkah keputusan yang diambil oleh Encik Rosli di dalam perenggan 1?
[4 markah]

(b) (i) Apakah kesan peristiwa yang berlaku di dalam perenggan kedua terhadap keluarga
Encik Rosli ? [3 markah]

(ii) Bagaimanakah Encik Rosli boleh membaiki keadaan di (b)(i)? [4 markah]

(c) (i) Apakah yang akan berlaku jika negara bergantung kepada produk dalam
maklumat 1 bagi jangkamasa yang panjang? [1 markah]

(ii) Adakah wajar Encik Rosli dan rakan meneruskan hasrat mereka? Berikan alasan.
[3 markah]

(d) (i) Apakah kaedah popular yang digunakan oleh pekebun kecil getah di dalam
petikan di atas? [1 markah]

(ii) Berdasarkan maklumat 2, cadangkan mesin dari negara manakah yang wajar
dipilih pekebun kecil getah.Berikan alasan. [2 markah]

(e) Berdasarkan maklumat 2 dan maklumat 3, jelaskan kesan situasi tersebut ke atas
imbangan dagangan. [3 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

3757/2 © Hak Cipta JUJ Pahang 2017 [Lihat halaman sebelah]


SULIT

You might also like