You are on page 1of 11

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

MODUL 2/ G-CAKNA

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2015 3755/2


PERDAGANGAN
Kertas 2

2 jam Dua jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B


2. Jawab tiga soalan daripada Bahagian A dan satu soalan wajib di Bahagian B.
3. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam buku jawapan yang disediakan. Sekiranya ruang
dalam buku jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan helaian tambahan daripada pengawas
peperiksaan. Helaian tambahan (jika ada) hendaklah diikat dan dihantar bersama-sama buku
jawapan pada akhir peperiksaan
4. Anda dinasihati supaya mengambil masa 80 minit untuk menjawab soalan dalam Bahagian A
dan 40 minit untuk menjawab soalan dalam Bahagian B.
5. Markah yang diperuntukkan bagi setiap soalan atau ceraian soalan ditunjukkan dalam
kurungan
6. Sekiranya anda hendak menukar jawapan, batalkan dengan kemas jawapan yang telah dibuat.
Kemudian tulis jawapan yang baru
7. Anda dibenarkan menggunakan kalkulator saintifik yang tidak boleh diprogramkan
8. Semua kertas jawapan anda hendaklah diserahkan pada akhir peperiksaan

Kertas soalan ini mengandungi 11 halaman bercetak

g-Cakna 2015@ Hak Cipta Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan 1


Bahagian A
[75 markah]
Jawab mana-mana tiga soalan daripada bahagian ini.

1 (a) Gambar berikut menunjukkan satu keperluan manusia yang perlu dipenuhi mengikut
Model Hierarki Keperluan Maslow.

(i) Apakah keperluan X tersebut? [1 markah]


(ii) Jelaskan keperluan di 1(a)(i). [3 markah]

(b) Maklumat berikut berkait dengan dua jenis pengeluaran.

Jenis Pengeluaran Keterangan


Amir memburu rusa bagi memenuhi keperluan ahli
X
keluarganya.
Ahmad menangkap ikan untuk dipasarkan bagi
memenuhi permintaan penduduk setempat. Hasil
Y
jualannya digunakan untuk membeli barangan keperluan
keluarganya.

Bezakan antara jenis pengeluaran X dan Y. [6 markah]

g-Cakna 2015@ Hak Cipta Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan 2


(c) Rajah 1 menunjukkan maklumat berkaitan dengan cabang pengeluaran.

PENGELUARAN

KHIDMAT PERDAGANGAN PERUSAHAAN


LANGSUNG

LANGSUNG

PERKILANGAN P Q

Huraikan cabang pengeluaran berikut:

(i) P [3 markah]
(ii) Q [3 markah]

(d) Gambar menunjukkan aktiviti pertukaran barang antara dua pihak.

Nyatakan lima kelemahan amalan pertukaran tersebut. [5 markah]

(e) Terangkan bagaimana aktiviti perniagaan dalam negeri boleh dibantu oleh
bantuan perniagaan berikut:
(i) Promosi [2 markah]
(ii) Insurans [2 markah]

g-Cakna 2015@ Hak Cipta Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan 3


2 (a) Siti sering kali membeli daripada Kedai Runcit Pak Abu?

Bukankah lebih baik kalau Siti membeli terus daripada pengeluar yang menawarkan
harga lebih murah?
Beri pendapat anda. [6 markah]

(b) Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah perniagaan runcit.

 Lokasinya di sebuah bangunan setingkat yang mempunyai ruang lantai yang luas.
 Disasarkan kepada pelanggan mingguan yang berkenderaan
 Troli besar disediakan.

(i) Apakah jenis perniagaan runcit tersebut? [1 markah]


(ii) Jelaskan kelebihan perniagaan di 2 (b) (i) kepada pengguna? [3 markah]

(c) Gambar menunjukkan sejenis bentuk lain peruncitan.

Sesuai ke untuk Jangan bimbang. Ia


kulit saya ni ? amat sesuai untuk
awak. Lagi pun ramai
dah yang mencubanya

Mengapakah perniagaan ini semakin berkembang dewasa ini. [3 markah]

g-Cakna 2015@ Hak Cipta Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan 4


(d) Berikut adalah dokumen yang diterima oleh Mega Enterprise berkaitan pembelian
secara kredit daripada Ridzuan Trading.

INVOIS No : A125

Ridzuan Trading
35, Jalan Nilam,
Kota Tinggi

Kepada :
Mega Enterprise,
56, Jalan Harmoni,
Kulai. Tarikh : 2 Mac 2015

Kuantiti Harga seunit Jumlah


(unit) Butir (RM) (RM)
10 Mesin basuh 1 200 12 000
10 Peti sejuk 1 600 16 000
10 Seterika 120 1 200
29 200
TolakDiskaun niaga 10% X
Jumlah Y

(RINGGIT MALAYSIA : --------------------------------------------------------------------)

Syarat : 5% 7 hari
2% 14 hari

Serahan : Angkutan dibayar


K & K di K.

Johan Ridzuan
______________ _______________

Penerima Pengurus

(i) Hitungkan jumlah yang perlu dijelaskan jika Mega Enterprise membuat pembayaran
pada 12 Mac 2015? [3 markah]

(ii)Nyatakan dua kesan syarat serahan tersebut kepada Mega enterprise [2 markah]

g-Cakna 2015@ Hak Cipta Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan 5


(e) Jelaskan kaedah jualan yang sesuai untuk barangan di bawah. [3 markah]

(f) Berikut perbualan antara Ramli dengan Jamil.

Ramli, bagaimanakah perniagaan awak ? Ya Jamil. Sekarang saya mendapat


Awak masih menerima tempahan tempahan dari Jepun pula. Bagaimana
daripada pelanggan awak di Singapura ? dengan perniagaan runcit awak ?
Tentu semakin maju.

Nyatakan dua perbezaan jenis perniagaan yang dijalankan oleh mereka berdua.
[4 markah]
3 (a) Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis pemilikan perniagaan.

Encik Bakri ialah pemilik kedai alat tulis.Perniagaannya mempunyai ramai


pelanggan dari pelbagai kaum.Dua orang rakan beliau mempelawanya
membesarkan perniagaan secara perkongsian tetapi beliau bertindak untuk menolak
pelawaan tersebut

Nyatakan tiga kelebihan yang akan Encik Bakri peroleh atas tindakannya itu. [3 markah]

g-Cakna 2015@ Hak Cipta Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan 6


(b) Jelaskan kelebihan yang diperoleh oleh seseorang peniaga memilih cara
memulakan perniagaan secara mengambilalih. [4 markah]

(c) Dialog berikut adalah antara Encik Hamid,pemilik syarikat dengan Encik Jafri,
pengurus syarikat berkaitan pengurusan stok.

Encik Hamid :Encik Jafri, bagaimanakah dengan stok syarikat kita? Adakah stok kita
mencukupi untuk bulan ini?

Encik Jafri :Cukup tuan. Saya dah senaraikan semua barang. Saya memesan lagi
stok tambahan dari pembekal. Pembekal terpaksa beri kita kualiti barang
yang agak rendah sebab bekalan kurang.

Encik Hamid :Adakah mereka sudah hantar barang yang dipesan?

Encik Jafri :Sudah tuan.

Encik Hamid :Barang-barang ni bersepah-sepah. Ada awak rekod semua stok keluar
masuk?

Encik Jafri :Ada tuan. Saya dah catat atas kertas. Barang-barang ini saya belum
sempat susun. Barang-barang ini diterima oleh pengawal keselamatan
sebab saya cuti semalam.

Jika anda adalah Encik Hamid,adakah anda bersetuju dengan pengurusan stok tersebut?
Kemukakan lima alasan. [6 markah]

(d) Gambar di bawah menunjukkan perbualan tentang syer.

Adakah anda bersetuju dengan Mimi?

Terangkan tiga sebab. [6 markah]

g-Cakna 2015@ Hak Cipta Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan 7


(e) Jelaskan tiga perbezaan antara pelabur dengan spekulator. [6 markah]

4 (a) Cek berikut digunakan dalam satu urus niaga

(i) Terangkan tiga pihak yang terlibat dalam cek tersebut [6 markah]

(ii) Pada 15 Oktober 2015, Puan Noraini membawa cek itu untuk
ditunaikan di Bank Padu Berhad, Kota Bharu,Kelantan tetapi ceknya
tidak diterima.Mengapakah Bank Padu Berhad, Kota Bharu, Kelantan
enggan menerima cek itu? [3 markah]

(b) Pernyataan di bawah berkaitan dengan Syarikat ABC

Syarikat ABC merupakan sebuah syarikat yang terkemuka di Tawau. Syarikat ini
menjalankan perniagaan membekalkan bahan mentah kepada 40 kantin sekolah di
daerah Tawau dan Lahad Datu. Semua pengusaha kantin diberi tempoh selama
6 bulan untuk menjelaskan belian yang dibuat secara kredit. Akhir-akhir ini
Syarikat ABC menghadapi masalah kekurangan tunai untuk membayar gaji pekerja
dan membayar kos-kos yang lain. Pihak pengurusan syarikat tidak mahu membuat
pinjaman dari bank kerana pinjaman hanya akan membebankan syarikat.

(i) Terangkan bagaimana Syarikat Pemfaktoran dapat membantu Syarikat ABC


untuk mengatasi masalah perniagaannya ? [5 markah]

g-Cakna 2015@ Hak Cipta Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan 8


(ii) Maklumat berikut adalah mengenai sebuah syarikat pembekal minuman.

Syarikat Peraeh Senja membekalkan minuman ke pasar raya dan kedai-kedai


runcit di seluruh negari dari gudangnya di Pengkalan Chepa.

Untuk menampung permintaan yang semakin meningkat, syarikat ini telah


membeli 5 buah van tambahan dan mengambil 8 orang pekerja baru untuk
melancarkan lagi sistem pengedarannya.

Jelaskan 2 jenis insurans yang perlu diambil oleh Syarikat Peraeh Senja. [6 markah]

(c) Dato’ Khalil menjalankan perniagaan import kereta dari Jepun. Kereta-kereta tersebut
dikenakan cukai import yang tinggi. Beliau menyimpan kereta-keretanya dalam sebuah gudang
tetapi tidak boleh mengeluarkan selagi cukai tidak dijelaskan

Jelaskan lima kelebihan gudang tersebut [5 markah]

5. (a). Pernyataan berikut berkaitan dengan promosi.

JUALAN GUDANG
Kini kembali
7 Hari Sahaja!

Potongan 40%-70%
02/02/2015 - 08/02/2015

BELILAH BARANG
BUATAN MALAYSIA

(i) Nyatakan dan terangkan jenis promosi di atas [6 markah]

g-Cakna 2015@ Hak Cipta Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan 9


(ii)
Untuk mendapatkan badan yang langsing ,minumlah susu rendah lemak
“Low fat”

Terangkan jenis pengiklanan berdasarkan maklumat di atas. [4 markah]

(b) Terangkan 3 agensi yang memainkan peranan dalam bidang latihan


dan pengurusan.
[9 markah]

(c) Gambar menunjukkan masalah yang dihadapi oleh Puan Mimi

Terangkan 3 aspek yang harus diberi perhatian oleh Puan Mimi semasa membeli
supaya tidak menimbulkan masalah kepada beliau. [6 markah]

g-Cakna 2015@ Hak Cipta Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan 10


Bahagian B
[25 markah]
Soalan ini wajib dijawab.

Baca dengan teliti kes di bawah.

En.Ilmi ialah pemilik kilang pengeluar pelbagai jenis kasut berjenama Dengroo untuk pasaran tempatan
dan antarabangsa. Kilangnya terletak di kawasan perindustrian ringan di Pengkalan Chepa. Operasi
pengeluaran di kilangnya menggunakan teknik pengeluaran berteknologi tinggi. Setiap pekerja ditugaskan
mengikut bahagian-bahagian tertentu sahaja.

Untuk menyimpan stok yang dikeluarkan secara besar-besaran, dia telah membina sebuah gudang besar
yang dilengkapi ciri-ciri keselamatan yang terkini seperti alat penggera, kamera dan sistem pemadam api
automatik. Pada anggapan beliau, ciri tersebut telah mencukupi untuk sebuah gudang yang baik.Beberapa orang
kakitangan dengan diketuai oleh seorang penyelia ditugaskan untuk memastikan gudang berkenaan diurus
dengan baik seperti menyediakan rekod keluar masuk stok yang lengkap.

Dalam mengendalikan perniagaannya, beliau juga terpaksa menanggung pelbagai risiko. Antara risiko
yang kerap dialami oleh beliau ialah banyak stok lama tidak dapat dipasarkan akibat perubahan citarasa
pengguna dan risiko rompakan yang mungkin berlaku semasa penghantaran barangan. Sebagai seorang
usahawan yang berwawasan, beliau berusaha untuk mendapatkan perlindungan daripada syarikat insurans
tempatan.

Berdasarkan kes di atas, jawab soalan-soalan berikut.

a) Terangkan kebaikan jenis pengkhususan yang diamalkan di kilang milik Encik Ilmi. [8 markah]

b) Encik Ilmi beranggapan bahawa gudang yang dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan
telah mencukupi untuk menjadi gudang yang baik. Adakah anda bersetuju dengan
anggapan beliau?
Kemukakan alasan anda. [10 markah]

c ) Pada pendapat anda, adakah usaha En.Ilmi untuk mendapatkan perlindungan daripada
syarikat insurans bagi kedua-dua risiko tersebut berjaya?
Jelaskan pendapat anda tersebut. [7 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

g-Cakna 2015@ Hak Cipta Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan 11

You might also like