You are on page 1of 9

Bahagian A

[ 50 markah ]
Jawab mana-mana lima soalan daripada bahagian ini.

1. (a) Gambar berikut berkaitan dengan dua buah perniagaan

Gambar 1 Gambar 2

Terangkan aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh kedua-dua gambar di atas.


[5 markah]
(b) Maklumat berikut berkaitan dengan Syarikat Cermat Sdn.Bhd.

Nama Perniagaan : Syarikat Cermat Sendirian Berhad


Alamat : Lot 2021 Kawasan Perindustrian Chendering,
Kuala Terengganu.
Jualan Tahun 2021 : RM 10 juta
Bilangan Pekerja Tetap : 50 Orang
Aktiviti Pasaran : Menyediakan perkhidmatan penghantaran barang
Ke seluruh negara.

(i) Apakah saiz perniagaan Syarikat Cermat Sendirian Berhad ? [1 markah]

(ii) Terangkan cabaran yang dihadapi oleh Perniagaan di 1(b)(i). [4 markah]

1
2. (a) Bagi sesebuah perniagaan, keuntungan sangat penting dan merupakan objektif

Utama perniagaan. Jelaskan kepentingan keuntungan dalam perniagaan.


[4 markah]

(b) gambar berikut berkaitan dengan suatu bentuk lain pemilikan perniagaan.

(i) Jelaskan tiga ciri-ciri perniagaan tersebut. [3 markah]


(ii) Apakah kelebihan perniagaan tersebut ? [3 markah]

3. (a) Maklumat berikut merupakan perbualan antara dua orang rakan mengenai
Pekerjaan masing-masing.

Azree : Sudah lama saya tidak berjumpa dengan kamu, Asraf. Sekarang
kamu bekerja di mana ?
Asraf : Gembira dapat berjumpa dengan kamu hari ini. Sekarang saya
bekerja di sebuah kilang membuat sarung tangan. Bagaimana
pula dengan kamu Azree ?
Azree : Sekarang saya mengajar di sebuah sekolah menengah di Pulau Pinang

Terangkan sektor perniagaan yang terlibat dalam situasi di atas. [4 markah]

(b) Gambar 1 menunjukkan dua jenis organisasi perniagaan.

Organisasi A Organisasi B

(i) Apakah jenis Organisasi A dan Organisasi B ? [2 markah]


(ii) Jelaskan perbezaan antara Organisasi A dengan Organisasi B.
[4 markah]

2
4. (a) Bagaimanakah inflasi boleh berlaku. [2 markah]

(b) Dialog berikut menunjukkan gaya pengurusan Encik Amin dan Puan Shira.

Encik Amin : Saya sentiasa memberi peluang dan kebebasan


sepenuhnya kepada pekerja saya untuk memberi idea
dan membuat keputusan dalam kerja. Saya percaya
dan yakin pekerja saya boleh melakukan kerja dengan
cemerlang.
Puan Shira : Saya tidak begitu Encik Amin, saya lebih suka
membuat keputusan sendiri dan pekerja hanya perlu
ikut arahan sahaja. Saya ingin pastikan matlamat
yang ditetapkan dapat dicapai tepat pada masanya.

Terangkan gaya pengurusan yang diamalkan oleh Encik Amin dan Puan Shira.
[4 markah]

(c) Rajah 1 menunjukkan perubahan tingkat jualan yang berlaku kepada Syarikat
Smentari Sdn.Bhd mengeluarkan produk minuman ke atas.

Jelaskan faktor-faktor luaran yang mempengaruhi perubahan


Trend persekitaran perniagaan tersebut. [4 markah]

3
5. (a) Bagaimanakah MATRADE membantu usahawan mengembangkan
Perniagaannya ? [4 markah]

(b) Jelaskan jenis-jenis pengangguran berikut :


(i) Pengangguran kitaran [2 markah]
(ii) Pengangguran bermusim [2 markah]

(c ) Bagaimanakah kerajaan mengatasi pengangguran di 2(b)(ii) ? [2 markah]

6. (a) Situasi berikut berkaitan dengan peranan kerajaan dari aspek ekonomi.

Fenomena A Fenomena B
Kenaikan harga barang dan Kejatuhan harga barang dana
perkhidmatan secara berterusan perkhidmatan secara berterusan

(i) Nyatakan Fenomena A dan Fenomena B [2 markah]


(ii) Jelaskan peranan kerajaan dalam menangani masalah
Fenomena B. [4 markah]

(b) Rajah 1 menunjukkan graf kitaran ekonomi

Fasa I Fasa II

Jelaskan kitaran ekonomi yang berlaku pada fasa I dan fasa II. [4 markah]

4
Bahagian B
[ 30 markah ]
Jawab mana-mana dua soalan daripada bahagian ini

7. Jadual 1 yang berikut berkaitan dengan perniagaan Encik Ahmad

Perkara Butiran

Nama Perniagaan Melon Farm Sdn. Bhd

Bentuk pemilikan Sendirian Berhad

Aktiviti perniagaan Pelbagai variasi buah melon dan biji benih

Jumlah jualan pada tahun RM2.5 juta


2019

Bilangan Pekerja tetap 10 orang

Modal berbayar RM250000

Rajah 1

(a) Nyatakan saiz perniagaan Encik Ahmad berdasarkan jadual 1. [1 markah]

(b) Jelaskan kelebihan perniagaan Encik Ahmad berdasarkan saiz perniagaan


yang dinyatakan pada soalan 7 (a). [7 markah]

(c) Terangkan cabaran yang dihadapi oleh Encik Ahmad apabila memilih
Saiz perniagaan tersebut. [7 markah]

5
8. Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah syarikat pembuatan dan pengilangan.

Pedas Pedas Sdn. Bhd., pengeluar pelbagai jenis sos Cap Stadium telah ditubuhkan
pada 2010. Berpusat di Kangar, Perlis, syarikat ini mempunyai 100 orang pekerja tetap.
Kedudukan kewangan syarikat menunjukkan trend positif dengan kenaikan keuntungan
setiap tahun. dengan mencatatkan jualan tahunan berjumlah RM 20 juta pada tahun 2020.
Produk keluaran Pedas Pedas Sdn. Bhd. boleh didapati di seluruh Perlis, Kedah, Pulau
Pinang dan Perak.

Pihak lembaga pengurusan syarikat turut mengikuti trend terkini dalam usaha
mengembangkan lagi perniagaannya mereka. Dalam mesyuarat agung tahunan mereka
pada awal 2021, syarikat mengambil keputusan untuk menceburi perniagaan perkhidmatan
penghantaran makanan memandangkan potensi perkhidmatan tersebut yang semakin
mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia. Sehubungan dengan itu, syarikat telah
berjaya menjalinkan usaha sama dengan Food Monkey, sebuah syarikat penghantar
makanan yang beroperasi di sekitar kawasan utara Semenanjung Malaysia.

(a) Jelaskan skala perniagaan Syarikat Pedas Pedas Sdn. Bhd. [3 markah]

(b) Jelaskan perkaitan antara saiz syarikat dengan bentuk pemilikan perniagaan.
[6 markah]

(c ) Bersetujukah anda dengan keputusan Syarikat Pedas Pedas Sdn. Bhd untuk
menjalinkan usaha sama dengan Food Monkey? Kemukakan alasan anda.

[6 markah]

1.

6
9. Maklumat berikut berkaitan seorang pengusaha kilang.

Puan Chea adalah seorang pengusaha hasil laut di Pulau


Pangkor, Perak. Beliau menghasilkan pelbagai jenis hasil laut
yang diedarkan melalui para pemborong ke seluruh negeri Perak.

Beliau menggaji seramai 15 orang pekerja tetap di


kilangnya.Secara purata, hasil jualan tahunan adalah sebanyak
RM750 000.

(a) Jelaskan cabaran yang mungkin dihadapi oleh Puan Chea. [4 markah]

(b) Maklumat di bawah berkaitan Encik Eswaran seorang usahawan yang


berjaya.

Encik Eswaran merupakan seorang usahawan yang menjalankan


perniagaan roti bersama 10 orang pekerjanya. Pekerjanya sentiasa
mengemukakan cadangan terbaik dalam meningkatkan jualan. Hal
ini menyebabkan berlaku peningkatan permintaan roti secara
mendadak. Oleh yang demikian, Encik Eswaran telah membuat
keputusan untuk mewujudkan jawatan baru iaitu pengurus
pemasaran bagi menguruskan promosi. Beliau bercadang untuk
mengambil sumber manusia luaran.

Pada pendapat anda, apakah trend perniagaan yang dialami oleh perniagaan di atas.
Berikan alasan. [5 markah]

(c ) Terangkan tiga faktor luaran yang boleh membawa kepada trend perniagaan di
9 (b). [4 markah]

7
Bahagian C
[20 markah]
Soalan ini wajib dijawab.

10. Lia Layer Enterprise (LLE) telah ditubuhkan pada 1 Januari 2015 oleh Encik Buhari dan
beroperasi di sebuah bangunan yang dibeli secara sewa beli di Johor Bahru. Beliau di
bantu oleh 10 orang pekerja tetap yang tinggal di kawasan berhampiran premis
perniagaannya.

Perniagaan LLE menjual kek sejuk beku dengan menggunakan jenama Kek Twister Lia
(KTL). KTL terdiri daripada kek pelbagai perisa seperti pandan, strawberi, durian,
harumanis dan coklat. Selain membuat jualan di premis, Encik Buhari menggunakan
facebook dan instagram untuk mempromosikan produknya. Beliau juga bersedia
menerima tempahan secara atas talian untuk majlis perkahwinan, cenderamata, hari
jadi dan hantaran perkahwinan. Produk tersebut di datangkan dalam satu bentuk
pembungkusan sahaja seperti berikut:

Selepas tiga tahun beroperasi adiknya, Encik Azam menyertai perniagaan tersebut
sebagai rakan kongsi. Namun begitu dia membuat keputusan untuk menyumbangkan
modal sahaja. Mereka bersetuju menukar nama perniagaan kepada Lia Layer
Bersaudara (LLB). Berikut merupakan graf target jualan sebenar bagi perniagaan LLE.

8
Encik Buhari mengambil perhatian serius terhadap masalah yang dihadapinya. Dengan
tambahan modal yang di peroleh, beliau membuat kajian untuk menambah baik
perniagaan LLB. Beliau mendapati bukan sahaja strategi pemasaran dan jualan perlu
ditingkatkan bahkan terdapat tindakan lain yang perlu dilakukan bagi memastikan target
jualan pada tahun 2018 mencapai sasarannya.

Berdasarkan kes di atas, jawab soalan-soalan berikut:

(a) Terangkan klasifikasi perniagaan Lia Layer Enterprise (LLE) [4 markah]

(b) Bersetujukan anda dengan cara pembungkusan yang digunakan oleh LLE?
Beri alasan anda. [4 markah]
(c) Mengapakah Encik Azam membuat keputusan sedemikian? [5 markah]

(d) Apakah trend perniagaan LLE bagi tempoh tiga tahun tersebut?
Beri alasan anda. [2 markah]
(e) Jelaskan tindakan lain yang di maksudkan oleh Encik Buhari bagi mencapai target
jualan pada tahun 2018. [5 markah]

You might also like