You are on page 1of 8

3766/2 Bengkel Menjawab Perniagaan 2021

Bahagian A
[50 markah]
Jawab mana-mana lima soalan daaripada bahagian ini.
1. (a) Gambar di bawah berkaitan dengan sebuah perniagaan.

Kedai Gunting Rambut Mansor


Lot 2A, Bandar Seri Makmur,
Maran

(i) Terangkan skala perniagaan tersebut. [3 markah]


(ii) Jelaskan perkaitan di antara penawaran produk dengan pemilikan perniagaan. [4 markah]
(b) Kenalpasti saluran pengagihan yang sesuai digunakan bagi perniagan tersebut.
Beri alasan. [3 markah]

2. (a) Gambar menunjukkan satu bentuk perniagaan lain..

Mengapakah anda bercadang untuk membuka bentuk perniagaan tersebut. [5 markah]

1
3766/2 Bengkel Menjawab Perniagaan 2021

(b). Rajah di bawah berkaitan jenis trend persekitaran perniagaan.

Trend Persekitaran
Perniagaan

Trend Mendatar

Trend X Trend Y

(i) Nyatakan Trend Y. [1 markah]

(ii) Jelaskan faktor dalaman yang mempengaruhi persekitaran perniagaan bagi Trend X.
[4 markah]

3. (a) Gambar menunjukkan aktivitii yang berlaku di dalam kilang pemprosesan makanan.

Jelaskan tujuan aktiviti tersebut dilaksanakan. [4 markah]


(b) Situasi berikut berkaitan dengan strategi pembangunan pasaran baharu.

Syarikat Perabot Q’Antik Sdn Bhd mempunyai pasaran sekitar


Melaka sahaja. Pemilik syarikat bercadang untuk meluaskan
pasarannya ke negara Filipina dan Singapura

Jelaskan strategi tersebut. [3 markah]

2
3766/2 Bengkel Menjawab Perniagaan 2021

(c) Pak Jusoh bekerja sebagai pembuat roti bun di Syarikat Roti Sedap selama 5 tahun.
Khidmatnya ditamatkan kerana pihak syarikat mengutamakan teknologi baharu disebabkan
permintaan roti bunnya semakin meningkat.
(i) Kenal pasti jenis pengangguran yang dialami oleh Pak Jusoh? [1 markah]
(ii) Bagaimanakah cara mengatasi penganguran tersebut? [2 markah]

4. Maklumat berikut berkaitan Syarikat Kopi Segar Sdn Bhd

Pemilik syarikat, Encik Kobe akan memberikan insentif dalam bentuk ganjaran
tunai kepada pekerjanya yang terlibat untuk meningkatkan kualiti produk di kilang
yang terletak di Temerloh. Bagi memastikan kualiti produk sentiasa terpelihara,
syarikat membuat keputusan untuk menyelenggara kilang dan mesin sekurang-
kurangnya 2 kali sethaun.

(a) Jelaskan peranan pengurusan sumber manusia. [5 markah]


(b) Mengapakah syarikat membuat keputusan tersebut? [5 markah]

5. (a) Maklumat berikut berkaitan dengan satu jenis sumber pembiayaan luaran.

Puan Emilia berhasrat untuk membuka perniagaan refleksologi di Beserah,


Kuantan. Beliau menggunakan barang kemasnya untuk mendapatkan
pembiayaan daripada sebuah bank di Kuantan.

Cadangkan sumber pembiayaan tersebut.


Beri alasan anda. [4 markah]

(b) Maklumat berikut berkaitan dengan satu aspek campuran pemasaran.

Syarikat EnakRasa Jus Sdn Bhd yang terletak di Raub bercadang untuk
menghasilkan minuman dalam botol berperisa buah durian belanda secara besar-
besaran. Pengurus pemasaran, Encik Ben telah diarahkan oleh syarikat untuk
merancang promosi minuman tersebut.

Terangkan aspek campuran pemasaran tersebut. [6 markah]

3
3766/2 Bengkel Menjawab Perniagaan 2021

6. (a) Gambar menunjukkan satu faktor penyumbang untuk memulakan perniagaan.

Faktor
X

Jelaskan faktor X tersebut. [5 markah]

(b) Rajah di bawah menunjukkan graf titik pulang modal bagi pengeluaran novel Syarikat
Percetakan Ilmu Sdn. Bhd.

(i) Hitung titik pulang modal bagi perniagaan tersebut sekiranya harga jualan sebuah novel
ialah RM40 dan kos berubah sebuah RM25. [3 markah]

(ii) Sekiranya kos berubah sebuah novel meningkat sebanyak RM5, hitung titik pulang modal
yang baharu. [2 markah]

4
3766/2 Bengkel Menjawab Perniagaan 2021

Bahagian B
[30 markah]
Jawab mana-mana dua soalan daaripada bahagian ini.
7. Maklumat berikut berkenaan dengan sebuah perniagaan.

Allen dan Josh mempunyai sebuah perniagaan perkongsian yang menjual komponen
komputer. Mereka bercita-cita untuk memperluaskan pasaran komponen komputer
keluarannya ke peringkat antarabangsa. Oleh yang demikian, mereka perlu mendapatkan
lebih banyak bekalan tetapi mereka menghadapi masalah kekurangan modal.
Setelah berbincang, Allen dan Josh bersepakat untuk menggabungkan perniagaan
perkongsian mereka dengan sebuah syarikat sendirian berhad untuk membuka sebuah
kilang mengeluarkan komponen komputer bagi mencapai cita-cita mereka.

(a) Kenal pasti jenis gabungan perniagaan baharu yang ditubuhkan oleh mereka. Jelaskan.
[7 markah]

(b) Terangkan prosedur pendaftaran perniagaan bagi gabungan tersebut. [4 markah]

(c) Jelaskan faktor persekitaran luaran yang dapat menjayakan hasrat gabungan perniagaa
tersebut. [4 markah]

8. Maklumat berikut berkaitan sebuah perniagaan.


Puan Lydia adalah pemilik Klasik Andaman Pengantin di Temerloh, Pahang menceburi
perniagaan ini sejak 2018. Perkhidmatan yang disediakan ialah perancang perkahwinan,
hiasan pelamin dan katering. Puan Lydia telah mengambil keputusan untuk membawa masuk
dua orang rakan kongsi lelap. Ini bagi membolehkannya menambah beberapa orang pekerja
yang mempunyai kemahiran dalam bidang masing-masing.
Pembelian sebuah lori baharu amat penting untuk memudahkan urusan penghantaran barang
setelah menerima tempahan daripada pelanggan. Cadangan awal untuk menggunakan
simpanan peribadi sebanyak RM40 000 tidak dipersetujui oleh rakan kongsi sebaliknya
berpendapat boleh memiliki lori tersebut dengan membayar secara ansuran.

(a) Anda berpendapat keputusan yang diambil oleh Puan Lydia adalah tepat.
Kemukakan alasan anda. [6 markah]

(b) Bagaiamanakah perkaitan antara sumber fizikal dan sumber teknologi Klasik Andaman
Pengantin membolehkan perniagaan ini terus berkembang maju? [4 markah]

(c) Apakah sumber pembiayaan yang sesuai dipilih oleh Klasik Andaman Pengantin.
Beri alasan anda. [5 markah]

5
3766/2 Bengkel Menjawab Perniagaan 2021

9. Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah organisasi perniagaan.


Encik Mansor merupakan pemilik syarikat pengeluar sos tomato dan cili di Pekan, Pahang.
Pada tahun 2020, jualannya tidak mencapai sasaran disebabkan ciri fizikal pada produknya
tidak menarik. Oleh itu, beliau telah membuat keputusan untuk mengubah ciri fizikal serta
membangunkan laman sesawang bagi melancarkan pengurusan perniagaannya bermula
tahun 2021. Justeru terdapat kesan yang ketara terhadap peningkatan jualan sos tomato dan
cilinya. Berikut adalah adalah perbandingan jualan dan sasaran jualan pada tahun 2021.
Bulan Sasaran Jualan (RM) Jualan (RM)
Mac 25 000 40 000
April 45 000 60 000
Mei 60 000 80 000
Jun 70 000 95 000

Encik Mansor mendapati ramai pekerja mahirnya telah bekerja di syarikat lain disebabkan
gaji yang ditawarkan lebih tinggi. Beliau tidak memandang pemberhentian pekerja ini
sebagai satu yang membimbangkan kerana akan membuat pemgambilan pekerja baharu
walaupun kos melatih akan meningkat.
(a) Cadangkan ciri-ciri fizikal sos tomato dan cili yang boleh menarik pengguna untuk
membeli. [5 markah]

(b) Anda bersetuju dengan keputusan yang dibuat oleh Encik Mansor pada tahun 2021.
Jelaskan. [5 markah]

(c) Jelaskan aspek pengelolaan sumber manusia yang perlu dilakukan oleh Encik Mansor.
[5 markah]

6
3766/2 Bengkel Menjawab Perniagaan 2021

Bahagian C
[20 markah]

Soalan ini wajib dijawab

10. Syarikat Mentari Timut (SMT) Sdn Bhd merupakan pengeluar rempah masakan jenama
“Aroma” di Pahang. Syarikat milik Encik Rashid ini beroperasi di daerah Jerantut dengan
bilangan pekerja tetap seramai 40 orang berbanding hanya 20 orang pada awal penubuhan
pada tahun 2018. Kilang ini telah berjaya memenuhi setiap tempahan dari pelagai pelanggan
di seluruh negeri Pahang.

Permintaan dari peniaga dan pelanggan yang semakin meningkat disebabkan kualiti perencah
masakan yang diyakini bersih, halal dan selamat digunakan. Promosi yang dijalankan juga
turut memainkan peranan dalam membantu usaha Encik Rashid meningkatkan jualan rempah
masakkannya. Berikut adalah data berkaitan jumlah jualan tahunan Syarikat Mentari Timur
(SMT) Sdn Bhd:

Tahun Nilai Jualan Tahunan (RM)


2018 500 000
2019 580 000
2020 610 000
2021 700 000
2022 750 000

Akhir-akhir ini pihak syarikat menghadapi masalah pekerja lama yang berpengalaman
bertukar jawatan, kenaikan pangkat atau berhenti menyebabkan berlaku beberapa kekosongan
jawatan. Tambahan pula mesin dan peralatan selalu rosak dan sukar dibaiki. Situasi ini
secara tidak langsung menyebabkan prestasi syarikat makin merosot.

Bagi memenuhi kekosongan jawatan ini, pengurus sumber manusia iaitu Puan Hayati
mencadangkan agar pekerja luar dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan. Walau
bagaimanapun Encik Rashid tidak setuju dengan cadangan ini kerana Syarikat Mentari Timur
(SMT) Sdn Bhd juga bercadang menggantikan mesin memproses rempah dan peralatan yang
telah lama digunakan dengan peralatan teknologi yang baharu.

7
3766/2 Bengkel Menjawab Perniagaan 2021

Berdasarkan kes tersebut, jawab soalan-soalan berikut:

(a)(i) Apakah trend perniagaan Syarikat Mentari Timur (SMT) Sdn Bhd tahun 2018 hingga
2022. Beri alasan anda. [3 markah]

(ii) Lakarkan graf yang menunjkkan trend di 10 (a)(i). [2 markah]

(b) Pada pendapat anda mengapakah Encik Rashid tidak bersetuju dengan cadangan Puan
Hayati? [4 markah]

(c) Bagaimanakah kemudahan teknologi mempengaruhi produktiviti di kilang Encik Rashid?


[5 markah]

(d) Huraikan prosedur yang diperlukan oleh Encik Rashid untuk menguruskan mesin dan
peralatan serta kemudahan teknologi yang digunakan? [6 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

You might also like