You are on page 1of 8

SULIT | 3766/2

Bahagian A Jawab lima soalan sahaja.

[50 markah]
Kedai 1.Dobi Anaqeen dimiliki oleh Puan Nur Aiqeen. Perniagaan ini menjalankan
perkhidmatan mencuci pakaian dan mempunyai bilangan pekerja tetap seramai 6 orang.
Perniagaan ini beroperasi di Bagan Datuk dan memberikan perkhidmatan kepada
penduduk di sekitar bandar ini. Jumlah jualan tahunan syarikat ini melebihi RM
350,000 setahun.

a) Nyatakan bentuk pemilikan perniagaaan Puan Nur Aiqeen. Berikan alasan anda.
[2 markah]
b) Huraikan klasifikasi perniagaan Puan Nur Aiqeen [2 markah]
c) Nyatakan saiz dan skala perniagaan di atas. [2 markah]
d) Berikan idea baharu bagi mengembangkan perniagaan Puan Nur Aiqeen. [3 markah]

2. Graf 1 di bawah menunjukkan trend persekitaran perniagaan

Graf 1
a) Terangkan trend berdasarkan graf 1? [2 markah]
b) Nyatakan peranan kerajaan dalam menangani inflasi. [3 markah]
c) Maklumat berikut adalah berkaitan dengan pernyataan objektif Creative Furniture
Sdn. Bhd.

Berikan dua ciri-ciri objektif perniagaan Creative Furniture Sdn. Bhd. dalam
menterjemahkan kejayaan sesebuah perniagaan? [2 markah]

1
SULIT | 3766/2

Gambar 4
d) Jelaskan peranan bahagian fungsian yang berkaitan dengan gambar 4 di atas. [2 markah]

3. Berikut merupakan satu iklan permohonan jawatan kosong di sebuah organisasi

a) Terangkan kemahiran kebolehkerjaan yang perlu ada pada calon-calon bagi jawatan
di atas? [3 markah]

b) Berikan perkaitan antara bahagian fungsian dalam organisasi dengan organisasi luar,
aliran maklumat dan aliran barang. [2 markah]

Gambar 5

c) Terangkan prosedur mengurus sumber fizikal yang diperlukan dalam operasi sesuatu
perniagaan berkaitan dengan gambar 5 di atas. [3 markah]

d) Berikan dua kesan pengurusan sumber fizikal dan teknologi dalam mempertingkatkan
kecekapan sesebuah organisasi perniagaan. [2 markah]

2
SULIT | 3766/2

4. Maklumat berikut adalah berkaitan dengan penyata pendapatan yang disediakan oleh
Perniagaan ABC.

Perniagaan ABC
Penyata pendapatan bagi tahun berakhir 31 Disember 2018
RM
Jualan 200 000
Tolak: Kos jualan 90 000
P 110 000
Tolak: Belanja operasi 60 000
Q 50 000

a) Apakah P dan Q? [2 markah]

b) Berikan justifikasi anda terhadap kedudukan kewangan organisasi tersebut


berdasarkan peratus nisbah-nisbah berdasarkan penyata kewangan yang diberi
[2 markah]
c) Berikan tiga faktor penyumbang untuk memulakan perniagaan. [3 markah]

d) Apakah keperluan pembiayaan bagi sesebuah perniagaan. [3 markah]

5. a) Terangkan prosedur mendapatkan sumber pembiayaan untuk sesebuah perniagaan.


[3 markah]

b) Berikan dua kegunaan penyata kewangan terhadap operasi kewangan sesebuah


perniagaan. [2 markah]

c) Nyatakan akta-akta berkaitan penubuhan perniagaan. [3 markah]

d) Berikan dua tanggungjawab yang perlu dipatuhi oleh usahawan setelah


memperoleh sijil pendaftaran perniagaan. [2 markah]

3
SULIT | 3766/2

6. a) Maklumat berikut berkaitan dengan Encik Haiqal seorang usahawan muda.

b) Jelaskan dokumen perniagaan yang perlu disimpan dengan lengkap oleh perniagaan
Haiqal. [4 markah]

c) Huraikan persediaan untuk menjalankan aktiviti pemasaran dan jualan bagi produk
dan perkhidmatannya. [3 markah]

d) Terangkan bahagian-bahagian fungsian utama dalam organisasi perniagaan Haiqal


[3 markah]

4
SULIT | 3766/2

BAHAGIAN B
[ 30 markah ]
Jawab dua soalan sahaja

Pembukaan Jakel Mall dengan ruang seluas 330,000 kaki persegi gedung tekstil adalah antara
simbol kejayaan seorang bumiputera. Gedung gergasi kain ini umpama syurga kepada
pelanggan yang ingin membeli belah di sini, keutamaan kami adalah kepentingan pelanggan
kami.

7. a) Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang membawa perubahan kepada


persekitaran perniagaan Jakel. [7 markah]
b) Apakah kesan keupayaan mengubah visi, misi dan objektif kepada sesebuah
perniagaan akibat perubahan persekitaran. [8 markah]

8. a) Jelaskan saiz dan skala perniagaan Dobi Harum [4 markah]


b) Huraikan kekuatan dan kelemahan jenis pembiayaan untuk perniagaan Dobi Harum.

[5 markah]

c) Berikan tujuan mengurus sumber teknologi yang diperlukan dalam operasi sesuatu
perniagaan Dobi Harum. [6 markah]

5
SULIT | 3766/2

9. a) Jenis pembiayaan dalaman dan luaran yang sesuai untuk perniagaan Kedai Bakeri
Mastura Cake.
[6 markah]
b) Berikan justifikasi jenis pembiayaan yang sesuai digunakan untuk memulakan
sesebuah perniagaan Kedai Bakeri Mastura Cake. [9 markah]

BAHAGIAN C
6
SULIT | 3766/2

[20 markah]
Soalan ini wajib dijawab.

10. En Norabidin Sapuan, 39 tahun merupakan pemilik kilang roti Radenia di Simpang
Renggam. En Norabidin merupakan seorang pemuda yang berkeyakinan tinggi dan
tidak gentar dengan cabaran. Semasa kecil beliau pernah menjual ais krim untuk
mencari duit sendiri. Hal ini telah membentuk En Norabidin untuk mengusahakan
sesuatu dengan bersungguh-sungguh.
En Norabidin memulakan perniagaan dengan mendapatkan modal daripada
isterinya dan memohon pinjaman daripada Perbadanan Usahawan Nasional Berhad
(PUNB). Beliau memilih untuk mendapatkan pinjaman daripada PUNB kerana tidak
mahu terikat dengan perjanjian bank. Lagipun pinjaman menerusi bank memerlukan
pembayaran feadah yang tinggi. Untuk memastikan beliau terus berjaya beliau juga
telah mengikuti pelbagai latihan dan kursus antaranya ialah kursus asas usahawan,
perakaunan, pengurusan stok, prosedur bahan dan sistem automasi kilang yang
dianjurkan oleh Utama Business Sales & Investment Sdn Berhad dan Program Latihan
Keusahawanan oleh MARA
Kini kilang roti Radenia En Norabidin memasuki tahun kelima operasi di bawah
kendalian beliau mempunyai reputasi tersendiri. Selain daripada mendapat anugerah
Most Improve Sales Performance, kilang roti Radenia En Norabidin terus menjadi
pilihan penaja sebuah acara Larian Merdeka sempena hari kemerdekaan Malaysia pada
tahun 2017 yang melibatkan kerjasama Radenia dengan syarikat lain. Menjalankan
perniagaan kilang roti Radenia yang beroperasi 24 jam membabitkan pelbagai risiko
seperti kecurian dan rompakan berikutan penerimaan jumlah wang tunai yang sangat
banyak pada setiap hari. En Norabidin mengambil langkah berjaga-jaga demi
mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Beliau cekal dan tegas untuk
mengambil tindakan atas salah laku yang dilakukan oleh pekerjanya. Akan tetapi semua
ini dilakukan berdasarkan bukti. Justeru kilang roti Radenia kendalian beliau dilengkapi
dengan kamera litar tertutup (CCTV) di setiap sudut yang disambungkan terus ke
telefon bimbitnya supaya beliau dapat memantau keadaan setiap masa. Beliau akan
meluangkan masa sekurang-kurangnya dua jam pada waktu pagi dan malam untuk
melihat CCTV. Beliau akan hadir ke kilang rotinya setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad.
Berkat usaha yang bersungguh-sungguh En Norabidin telah memperolehi untung
kasar sebanyak RM420 000 dan jualan bersih sebanyak RM640 000 pada Januari 2019.

7
SULIT | 3766/2

Baca dengan teliti kajian kes di atas ini dan jawab soalan yang diberikan.

(a) (i) Terangkan dua ciri keperibadian usahawan En Norabidin (4 markah)

(ii) Nyatakan tiga kepentingan latihan kepada usahawan (3 markah)

(b) Nyatakan dua jenis sumber yang diperlukan oleh kilang roti (4 markah)
Radenia untuk mengoperasikan perniagaannya.

(c) Kirakan peratus margin untung kasar kilang roti Radenia (4 markah)
untuk bulan Januari 2019

(d) Terangkan tujuan En Norabidin membuat pengiklanan dalam (5 markah)


perniagaannya?

----------KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT-----------

You might also like