You are on page 1of 4

Kertas 2

Bahagian A
4 Maklumat berikut berkaitan dengan Syarikat Danau Kosmetik Sendirian Berhad.

Syarikat Danau Kosmetik Sendirian Berhad akan memberikan insentif dalam


bentuk pemberian tunai kepada pekerja-pekerja yang terlibat untuk
meningkatkan kualiti produknya di kilang mereka di Hutan Melintang. Bagi
memastikan kulaiti produk sentiasa terpelihara, syarikat membuat keputusan
untuk menyelenggara kilang dan mesin sekurang-kurangnya dua kali setahun.

a) Jelaskan peranan pengurusan sumber manusia tersebut? [5 markah]


b) Mengapakah syarikat membuat keputusan tersebut? [5 markah]

Bahagian B
9 (a) Gambar 4 menunjukkan alat-alat komunikasi yang digunakan dalam Syarikat
Maria Dalila Enterprise

Jelaskan kepentingan teknologi maklumat dalam bahagian fungsian kewangan.


[3 markah]
(b) Maklumat kewangan dalam Jadual 1 diambil daripada penyata kewangan

Syarikat Iltizam Berhad.

Butiran Tahun 2017 Tahun 2018


(RM ) (RM)
Untung kasar 5000 9000

Jualan bersih 20 000 30 000

Untung bersih 3000 4800

Kos jualan 20 000 24 000

Modal Awal 45 000 40 000

Jadual 1

Berdasarkan Jadual 1:

(i) Terangkan pihak yang berkepentingan kepada penyata kewangan tersebut?

[6 markah]

(ii) Hitungkan peratusan nisbah untung Syarikat Iltizam Berhad bagi tahun 2017 dan
2018. [6 markah]

SKEMA JAWAPAN
Soalan 9
9 (a) H1 memperoleh maklumat dengan mudah/cepat 1
H2 aktiviti kewangan dijalankan lebih tepat dan berkesan 1
H3 dapat menyimpan maklumat dan data 1
H4 operasi perniagaan lebih efektif/efisien 1
H5 penggunaan perisian membantu ketepatan pengiraan dan 1
H6 kemasukan data 1
H7 mengurangkan kesilapan 1
H8 memudahkan penyampaian/penyebaran maklumat dalam organisasi 1
H9 membuat keputusan dengan cekap 1

Maks 3m
9 (b) i F1 Pemegang saham/pemilik 1
H1a Boleh menentukan kedudukan kewangan/hala tuju perniagaan 1
H1b Mengetahui keberuntungan perniagaan/bakal pulangan 1
F2 Pelabur 1
H2 dapat menyakinkan pelabur untuk melabur dalam perniagaan. 1
F3 Pihak pengurusan 1
H3a Dapat menilai prestasi sesuatu perniagaan. 1
H3b Sebagai garis panduan untuk perancangan pengagihan sumber 1
dengan berkesan.
H3c Perbandingan prestasi kewangan antara tahun semasa dengan 1
tahun sebelumnya
F4 Pembiaya/ institusi kewangan 1
H4 Mengetahui kemampuan perniagaan membayar hutang dan kredit. 1
F5 Pembekal/ vendor 1
H5a Menilai keupayaan/kecekapan dalam pengurusan hutang 1
H5b memberi kemudahan kredit/ memberikan pinjaman kepada 1
perniagaan
mana-mana 3F+3H Maks 6m

9 (b) ii H1 Peratusan margin untung kasar 1


H1a Untung kasar x 100% 1
Jualan bersih
H1b RM 5000/RM 20000 x 100% = 25% (tahun 2017) 1
H1c RM 9000/RM 30000 x 100% = 30% (tahun 2018) 1

H2 Peratusan margin untung bersih 1


H2a Untung bersih x 100% 1
Jualan bersih
H2b RM 3000/RM 20000 x 100% = 15% (tahun 2017) 1
H2c RM 4800/RM 30000 x 100% = 16% (tahun 2018) 1

H3 Peratusan Untung Tokokan 1


H3a Untung kasar x 100% 1
Kos jualan
H3b RM 5000/ RM20000 x 100% = 25% (tahun 2017) 1
H3c RM 9000/ RM24000 x 100% = 37.5% (tahun 2018) 1

H4 Peratusan pulangan atas modal 1


H4a Untung kasar x 100% 1
Kos jualan
H4b RM 3000/ RM45000 x 100% = 6.66% (tahun 2017) 1
H4c RM 4800 / RM40000 x 100% = 12% (tahun 2018) 1

Maks 6m

You might also like