You are on page 1of 8

SULIT 3766/2

SMK RIAM, MIRI


PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM II
NOVEMBER 2021
PERNIAGAAN
KERTAS 2 Nama : ______________________________________
3766/2
2 JAM 15 MINIT Kelas : ______________________________________
TINGKATAN 5

Arahan : Kertas soalan ini mengandungi 3 bahagian, Bahagian A : Mengandungi (6 soalan), Bahagian B : Mengandungi (3
soalan) dan Bahagian C: (1 soalan)

Bahagian A
[50 markah]
Arahan: Jawab 5 soalan sahaja.
1. (a) Terangkan tujuan perniagaan menawarkan barang dan perkhidmatan. [4 markah]

(b) Gambar yang berikut menunjukkan bentuk perniagaan lain yang terdapat di Malaysia.

i. Terangkan pihak-pihak yang terlibat dalam perjanjian urus niaga bagi perniagaan tersebut. [4 markah]
ii. Berikan ciri-ciri umum bentuk perniagaan dalam gambar di atas. [2 markah]

2. Maklumat di bawah ini berkaitan dengan Negara X.


Negara X mempunyai suatu masalah ekonomi yang semakin serius. Harga barang dan perkhidmatan menurun
secara berterusan untuk tempoh dua tahun. Faktor yang menyebabkan keadaan ini berlaku termasuklah faktor
permintaan jatuh disebabkan oleh penduduk meramalkan harga barang dan perkhidmatan akan terus jatuh.
Pembeli memilih untuk menangguhkan pembelian.

(a) i. Apakah masalah ekonomi yang berlaku di negara X? [1 markah]


ii. Jelaskan bagaimana kerajaan negara X dapat mengatasi masalah ekonomi tersebut. [6 markah]
(b) Berikan tiga kesan masalah ekonomi di 2(a)i. kepada negara X. [3 markah]

3. (a) Senaraikan dua peranan bagi bahagian fungsian di bawah.


i. Bahagian fungsian pentadbiran [2 markah]
ii. Bahagian fungsian sumber manusia [2 markah]
(b) Terangkan tiga kaedah yang digunakan untuk mengaplikasikan teknologi maklumat dalam perniagaan. [6 markah]

4. (a) Pengurusan sumber manusia dalam sesebuah perniagaan mempunyai peranan yang tertentu.
Jelaskan peranan pengurus sumber manusia dari aspek pemberhentian pekerja. [3 markah]

1
SULIT 3766/2
(b) Syarikat Pembinaan Mega Makna telah menyediakan Standard Prosedur Operasi (SOP) untuk menjaga keselamatan
pekerjanya.
Jelaskan aspek pengelolaan sumber manusia berkaitan Standard Prosedur Operasi (SOP). [4 markah]
(c) Nyatakan tiga jenis sumber teknologi yang diperlukan dalam operasi sesebuah organisasi. [3 markah]

5. (a) Maklumat yang berikut berkaitan dengan sejenis sumber pembiayaan luaran.

Puan Zumiah bercadang untuk memulakan perniagaan salun kecantikan. Beliau memerlukan modal
permulaan sebanyak RM35000 dengan kadar segera. Beliau berhasrat menjelaskan pinjaman dalam
tempoh tujuh bulan. Puan Zumiah menjadikan barang-barang yang berikut sebagai cagaran yang
dianggarkan bernilai lebih daripada RM90000.

Jelaskan satu sumber pembiayaan luaran yang paling sesuai digunakan oleh Puan Zumiah. [4 markah]
(b) Jelaskan kelebihan overdraf dalam membantu peniaga meluaskan perniagaan. [6 markah]

6. (a) Jelaskan kelebihan berniaga sebagai satu peluang kerjaya dari aspek matlamat peribadi dan objektif perniagaan.
[6 markah]
(b) Nyatakan perbezaan antara stok bergerak pantas dan stok bergerak perlahan. [4 markah]

2
SULIT 3766/2
Bahagian B
[30 markah]
Arahan: Jawab 2 soalan sahaja.
7. Maklumat yang berikut berkaitan dengan visi, misi dan objektif perniagaan Bread House, sebuah perniagaan milikan
tunggal dengan modal permulaan RM80000 di Kuala Terengganu.
Motto Roti Lembut dan Sedap
Visi Menjadi syarikat terbaik di Malaysia dalam industri kek dan bakeri halal
Objektif - Menipta peluang perniagaan dalam industri kek dan bakeri
- Membangunkan satu konsep perniagaan rangkaian kek dan bakeri yang bertaraf dunia
meliputi seluruh negara
- Peningkatan 45% keuntungan setahun
(a) Mengapakah perniagaan Bread House perlu menyediakan visi, misi dan objektif perniagaan? [3 markah]
(b) Adakah objektif perniagaan Bread House menepati ciri-ciri SMART. Berikan alasan anda. [6 markah]
(c) Pengurus Bread House mendapati keuntungan yang diperoleh tidak mencapai objektif. Beliau bercadang untuk
mengubah objektif perniagaannya dengan mengaplikasikan analisis SWOT. Jelaskan analisis SWOT yang boleh
diperhalusi untuk menyediakan semula objektif perniagaannya. [6 markah]

8. Maklumat di bawah ini berkaitan dengan perniagaan Encik Meisa.

Encik Meisa ingin menjalankan perniagaan memproses keropok. Dia memerlukan modal awal sebanyak RM120000
manakala simpanannya hanya RM50000. Beliau menghadapi masalah kekurangan sumber kewangan untuk
menjalankan perniagaan. Maka, Encik Meisa memerlukan pembiayaan untuk menjalankan perniagaan ini.

(a) Apakah sumber pembiayaan dalaman dan pembiayaan luaran yang dapat membantu Encik Meisa menjalankan
perniagaannya? [4 markah]
(b) Sekiranya perniagaan Encik Meisa memperoleh keuntungan kasar, beliau bercadang untuk mengembangkan
perniagaannya.
Cadangkan sumber pembiayaan yang sesuai dan berikan alasan. [4 markah]
(c) Huraikan faktor-faktor yang perlu dipertimbang oleh Encik Meisa untuk memulakan perniagaannya. [7 markah]

9. (a) Maklumat yang berikut berkaitan dengan Syarikat Memeti.


Syarikat Memeti merancang untuk mengeluarkan Cendawan Goreng Crispy secara besar-besaran. Puan Titi, pengurus
pemasaran diminta untuk merancang campuran pemasaran bagi produk tersebut. Pada masa yang sama, Syarikat
Memeti menghadapi masalah kekurangan modal. Untuk mengatasi masalah tersebut, Syarikat Memeti menyediakan
rancangan perniagaan untuk memohon pinjaman daripada pihak bank.
Nyatakan kepentingan menyediakan rancangan perniagaan tersebut [4 markah]
(b) Jelaskan elemen rancangan pentadbiran yang dihasilkan dalam rancangan perniagaan Syarikat Memeti. [3
markah]
(c) Terangkan campuran pemasaran bagi produk Cendawan Goreng Crispy. [8 markah]

3
SULIT 3766/2
KAMPAR (PERAK)
Bahagian A
[ 50 markah ]
Jawab mana-mana lima soalan daripada bahagian ini.

1. (a) Nyatakan empat komponen asas yang membolehkan wujudnya sesuatu urus niaga.
[4 markah]
(b) Gambar di bawah menunjukkan sejenis perniagaan di Malaysia.

(i) Nyatakan bentuk perniagaan tersebut. [1 markah]


(ii) Jelaskan kelebihan perniagaan di (b) (i) kepada francaisi. [5 markah]

2. (a) Nyatakan empat prinsip koperasi. [4 markah]

(b) Maklumat di bawah ini berkaitan dengan seorang pengusaha kek.

Puan Mila ialah seorang pengusaha kek di Teluk Intan, Perak. Beliau
menghasilkan pelbagai jenis kek yang diedarkan melalui para pemborong ke
seluruh negeri Perak. Beliau menggaji seramai 17 orang pekerja tetap di
kilangnya. Secara purata, hasil jualan tahunannya adalah sebanyak RM750 000.

(i) Jelaskan klasifikasi perniagaan Puan Mila mengikut saiz dan sektor. [2 markah]
(ii) Mengapakah Puan Mila memilih untuk menubuhkan saiz perniagaan tersebut ?
[4 markah]

4
SULIT 3766/2
3. (a) Maklumat di bawah ini berkaitan dengan Analisis SWOT.

Analisis SWOT

Faktor Luaran Faktor dalaman

Ekonomi Teknologi X Y Z Sumber manusia

Nyatakan X, Y dan Z. [3 markah]

(b) Gambar di bawah ini berkaitan dengan bahagian fungsian pengagihan.

Gambar A Gambar B
(i) Nyatakan saluran agihan yang sesuai digunakan bagi Gambar A dan B. [2 markah]
(ii) Jelaskan tentang saluran agihan bagi gambar A dan B di 3(b)(i) ? [2 markah]

(c) Gambar di bawah berkaitan dengan kaedah aplikasi teknologi maklumat dalam perniagaan.

Nyatakan kaedah tersebut dan dua lagi kaedah lain yang boleh digunakan. [3 markah]

4. (a) Pengurusan sumber manusia dalam sesebuah perniagaan sangat penting bagi mencapai
matlamat organisasi.

Jelaskan kepentingan pengurusan sumber manusia dalam organisasi perniagaan. [4 markah]

5
SULIT 3766/2
(b) Nyatakan kelebihan menjadi usahawan kepada diri sendiri ? [3 markah]

(c) Maklumat berikut berkaitan dengan perbelanjaan yang ditanggung oleh kedai kek Puan Mila.

RM
Pembelian oven 2 300
Pembelian rak pameran 500
Pembelian tepung 240
Pembelian 10 tin planta 450
Pembelian bahan lain membuat kek 360

(i) Apakah yang dimaksudkan dengan kos berubah ? [1 markah]


(ii) Hitung kos berubah kedai kek Puan Mila. [2 markah]

5. (a) Senaraikan tiga faktor penentu sistem penggajian dalam sesebuah organisasi. [3 markah]
(b) Maklumat berikut menunjukkan urus niaga yang dilakukan oleh Syarikat BUSU Sdn. Bhd.

1. Memulakan perniagaan dengan memasukkan RM10,000 ke dalam bank


sebagai modal permulaan.
2. Membeli barang niaga secara kredit.
3. Membuat jualan barang niaga secara tunai.

Nyatakan setiap dokumen yang terlibat di atas. [3 markah]

(c) Terangkan tentang sumber pembiayaan dalaman. [4 markah]

6. (a) Maklumat berikut berkaitan dengan kemahiran kebolehkerjaan.

Haris merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dari Universiti Putra
Malaysia. Dia sangat berminat untuk menjadi seorang pendidik.

Apakah kemahiran kebolehkerjaan yang seharusnya dimiliki oleh Haris sekiranya dia ingin menjadi
pendidik ? [2 markah]
(b) Nyatakan bentuk faedah yang boleh diterima oleh seseorang pekerja. [2 markah]
(c) Terangkan sumber fizikal yang terdapat dalam sesebuah bengkel motosikal. [6 markah]

6
SULIT 3766/2
Bahagian B
[ 30 markah ]
Jawab mana-mana dua soalan daripada bahagian ini.

7. Maklumat berikut berkaitan dengan perniagaan Puan Zaleha.

Puan Zaleha merupakan pengeluar roti dan kek yang terkenal di Perak. Baru-baru ini
beliau telah mendapat kontrak membekalkan roti dan kek ke asrama sekolah di seluruh
negeri Perak selama dua tahun. Bagi memenuhi permintaan tersebut, beliau
memerlukan beberapa mesin pengadun dan pembakar roti dan kek yang lebih canggih
tanpa menanggung kos penyelenggaraan dan baik pulih peralatan.

(a) Cadangkan satu jenis pembiayaan luaran yang ditawarkan oleh bank dan institusi kewangan bagi
membolehkan Puan Zaleha memiliki mesin tersebut. [6 markah]

(b) Nyatakan tiga sumber pembiayaan luaran dari bank & institusi kewangan selain dari jawapan di 7(a).
[3 markah]

(c) Maklumat berikut berkaitan dengan Encik Sulaiman.

Encik Sulaiman bercadang membuka perniagaan mengeluarkan pelbagai produk


makanan sejuk beku. Beliau telah menyediakan rancangan perniagaan untuk
perniagaan yang akan dimulakan.

Jelaskan dua pihak yang memerlukan rancangan perniagaan tersebut. [6 markah]

8. (a) Gambar di bawah ini menunjukkan sejenis produk.

Jelaskan empat elemen campuran pemasaran bagi memasarkan produk berkenaan.


[8 markah]

(b) Maklumat yang berikut berkaitan dengan nisbah kecekapan Syarikat Berdiri Teguh Sdn. Bhd.

Nisbah Kecekapan 2019 2020

7
SULIT 3766/2
4.0 kali 6.5 kali
Nisbah pusing ganti stok
5.5 kali 4.0 kali
Nisbah pusing ganti aset

(i) Jelaskan tentang nisbah kecekapan. [2 markah]


(ii) Berikan komen anda tentang nisbah kecekapan Syarikat Berdiri Teguh Sdn. Bhd.
[5 markah]

9. (a) Maklumat berikut berkaitan dengan Syarikat Berjaya Construction Sdn. Bhd.

Syarikat Berjaya Construction Sdn. Bhd ditubuhkan pada 30 Disember 2020


bertapak di Ipoh, Perak. Pada awalnya. Struktur organisasi Syarikat Berjaya
Construction Sdn. Bhd terdiri daripada seorang pengurus besar dan seorang
pengurus bagi setiap jabatan iaitu pembinaan dan kewangan. Pada Jun 2021, satu
lagi jawatan baharu ditubuhkan iaitu pengurus pemasaran.

(i) Nyatakan jenis struktur organisasi yang terlibat dalam Syarikat Berjaya Construction Sdn. Bhd.
[1 markah]
(ii) Jelaskan ciri-ciri struktur organisasi di 9(a)(i). [3 markah]
(b) Jelaskan peranan bahagian fungsian kewangan dan pemasaran dalam Syarikat Berjaya Construction Sdn.
Bhd. [6 markah]
(c) Maklumat berikut berkaitan dengan Puan Rosnah.

Puan Rosnah merupakan seorang balu yang tidak bekerja dan mempunyai lima orang
anak. Beliau bercadang untuk memulakan perniagaan membuat kek di rumah. Beliau
mempunyai simpanan barang kemas dan berhasrat menggunakan kemudahan
gadaian bagi mendapatkan modal.

Huraikan kekuatan dan kelemahan jenis pembiayaan yang dipilih oleh Puan Rosnah. [5
markah]

You might also like