You are on page 1of 9

Bahagian A

[50 markah]
Jawab mana-mana LIMA soalan daripada bahagian ini

1. a) Terangkan kaedah perniagaan yang digunakan oleh organisasi bukan


bermotifkan untung [4 markah]

b) Gambar 1 berkaitan perniagaan milik Encik Nazman

Gambar 1

Jelaskan 3 kelebihan dan kekurangan bentuk pemilikan Encik Nazman [6 markah]

2. a) Jadual berikut berkaitan dengan saiz perniagaan berasaskan pengilangan bagi dua
buah perniagaan.

Faktor Perniagaan S Perniagaan T

Jumlah Jualan Tahunan RM 300 000 hingga kurang Melebihi RM 50 juta


daripada 15 juta

Bilangan Pekerja Tetap 5 ingga kurang 75 orang 200 orang ke atas

Berdasarkan maklumat di atas :


i) Tentukan saiz perniagaan S dan T [2 markah]
ii) Jelaskan kelebihan saiz perniagaan S berbanding dengan saiz perniagaan T [4 markah]
b) Bezakan antara barang dan perkhidmatan. [4 markah]
3. Gambar 2 menunjukkan maklumat berkaitan satu iklan jawatan kosong.

Gambar 2

a) Terangkan kemahiran kebolehkerjaan yang perlu dimiliki oleh individu [4 markah]


yang berminat untuk memohon jawatan kosong tersebut.

b) Pengurusan sumber manusia dalam sesebuah perniagaan mempunyai peranan yang


tertentu.

Jelaskan peranan yang berikut :

(i) Pemberian insentif yang munasabah [3 markah]


(ii) Perberhentian kerja [3 markah]
4. Gambar 3 menunjukkan jawatan baru yang akan diperkenalkan oleh Syarikat Alam Bina Sdn
Bhd.

Gambar 3

a) Terangkan aspek pengelolaan sumber manusia yang boleh dilaksanakan oleh [6 markah]
Syarikat Alam Bina Sdn. Bhd bagi jawatan baru ditubuhkan.

b) Nyatakan jenis-jenis faedah yang disediakan oleh Syarikat Alam Bina [4 markah]
Sdn. Bhd kepada pekerja-pekerjanya.

5. Situasi berikut menunjukkan seorang usahawan produk berasaskan makanan.

Encik Azhar bercadang untuk mengeluarkan produk baharu iaitu jeruk buah mangga asam
boi untuk memenuhi kehendak penduduk Pahang. Produk tersebut akan dijual di sekitar
Bentong, Maran, Raub dan Kuala Lipis.Bagi memenuhi permintaan yang meningkat , beliau
juga bercadang untuk menjual produk tersebut secara dalam talian

a) Terangkan jenis sumber fizikal yang diperlukan oleh Encik Ahmad [6 markah]

b) Bagaimanakah prosedur mengurus sumber fizikal di atas? [4 markah]

6. a) Maklumat berikut berkaitan dengan tujuan mengurus sumber teknologi.


Syarikat Miju Sdn. Bhd membuat keputusan mengikat kontrak selama enam tahun dengan
lima orang pekeja yang telah diberi latihan insentif di Korea

Mengapakah Syarikat Miju Sdn. Bhd membuat keputusan tersebut? [3 markah]

b) Mengapakah sesebuah perniagaan mengambil perlindungan insurans untuk [3 markah]


sumber fizikalnya.

c) Jelaskan perbezaan antara sumber fizikal dan teknologi. [4 markah]


Bahagian B
[30 markah]
Jawab mana-mana dua soalan daripada bahagian ini.

7. Maklumat berikut berkaitan dengan perniagaan Encik Safuan.

Encik Safuan ingin menubuhkan syarikat yang menawarkan perniagaan menjual perabot
dan peralatan pejabat. Beliau akan mendaftarkan perniagaannya di Syarikat Suruhanjaya
Malaysia (SSM). Beliau bercadang menubuhkan Syarikat Sendirian Berhad namun
rakannya, Encik Zaki lebih berminat menubuhkan Syarikat Awam Berhad.

a) Jelaskan faedah Encik Safuan mendaftarkan perniagaan sebagaimana di atas. [3 markah]

b) Bandingkan milikan perniagaan yang dicadangkan oleh Encik Safuan dan [9 markah]
Encik Zaki.
c) Kenal pasti jenis sumber pembiayaan yang sesuai bagi setiap pernyataan berikut:
i) Encik Zaki telah mendapat kelulusan daripada pihak bank untuk [1 markah]
menggunakan wang melebihi baki di dalam akaun semasa syarikatnya.
ii) Puan Anzalna telah mendapat pinjaman dengan meletakkan emasnya [1 markah]
sebagai jaminan
iii) Syarikat Alaf Interaktif Sdn. Bhd telah menjual invois pelanggannya [1 markah]
kepada institusi kewangan untuk memperolehi pembiayaan tunai.

8. a) Rajah di bawah menunjukkan jenis sumber teknologi.

i. Jelaskan jenis sumber teknologi tersebut. [3 markah]

ii. Jelaskan prosedur mengurus sumber teknologi di atas. [3 markah]


b) Petikan berkaitan Syarikat Maju Construction Sdn. Bhd.

Syarikat Maju Construction Sdn Bhd ditubuhkan pada 30 Disember 2018 bertapak di Ipoh,
Perak. Pada awalnya struktur organisasi Syarikat Maju Construction Sdn Bhd terdiri daripada
seorang pengurus besar dan seorang pengurus bagi setiap jabatan iaitu pembinaan dan
kewangan. Pada Mei 2019 satu lagi jawatan baru ditubuhkan iaitu pengurus pemasaran.

i. Nyatakan jenis struktur organisasi yang terlibat dalam Syarikat Maju [1 markah]
Construction Sdn Bhd.

ii. Jelaskan ciri-ciri struktur organisasi di atas [3 markah]

iii. Lakarkan struktur organisasi 8b(i) [2 markah]

c) Maklumat berikut berkaitan dengan satu jenis pembiayaan.

Zaleha mengambil keputusan memulakan perniagaan jahitan baju pengantin secara


kecil-kecilan. Beliau memerlukan modal tetapi tidak bercadang untuk membuat pinjaman
daripada agensi kerajaan ataupun bank.

Apakah jenis sumber pembiayaan yang sesuai dipilih oleh Zaleha? [3 markah]
Kemukakan alasan.
9. Jadual 1 menunjukkan maklumat yang dipetik dari penyata kedudukan kewangan dua buah
perniagaan pakaian.

Butiran Pan Global Textile Fira Boutique &


Fashion

Aset Semasa 105 000 80 000

Ekuiti Pemilik 120 000 108 000

Liabiliti Semasa 25 000 17 000

Aset Bukan Semasa 90 000 70 000

Liabiliti Bukan Semasa 50 000 25 000

a) Jelaskan konsep nisbah kecairan [1 markah]

Untung bersih RM 300 000


Jualan bersih RM 550 000
Modal awal RM 1 350 000

b) Hitungkan Nisbah Semasa perniagaan Pan Global Textile dan [6 markah]


Fira Boutique & Fashion.

c) Maklumat berikut berkaitan dengan kewangan Adilahz Songket Terengganu.

Kirakan:
(i) Peratus margin untung bersih [2 markah]
(ii) Peratus pulangan atas modal [2 markah]

d) Jelaskan sumber pembiayaan berikut:


(i) Sewa beli [2 markah]
(ii) Ar-Rahnu [2 markah]
BAHAGIAN C

(20 MARKAH)

Soalan ini WAJIB Jawab

10. Encik Ali mengusahakan kedai makan yang menjual mi bandung di Jasin dibantu isterinya
Puan Aini. Mi bandung mereka mendapat sambutan hangat daripada penduduk dan juga pekerja
pejabat di kawasan berdekatan. Antara tarikan kedai makannya ialah dia menjual pelbagai jenis
mi bandung iaitu mi bandung ayam, mi bandung udang, mi bandung sotong, mi bandung ketam
dan mi bandung daging. Seorang pelanggan tetapnya, Encik Ahmad berminat untuk
menyumbangkan modal dan kepakaran. Beliau juga mencadangkan agar mereka mengusahakan
penjualan perencah mi bandung secara besar-besaran.

Idea ini telah mendorong Encik Ali untuk membuat perubahan pada perniagaannya.
Beliau hendak mengembangkan perniagaannya ke tahap yang lebih mencabar. Beliau mula
menetapkan sasaran untuk membawa produk mereka ke seluruh negara. Encik Ali membina
sebuah kilang kecil di belakang rumahnya untuk membungkus perencah mi bandung dengan
menggunakan label “Perencah Mi Bandung Sedap”.

Anak mereka, Amira mencadangkan agar ayahnya membuat promosi yang agresif. Amira
juga telah Berjaya memperkenalkan “Perencah Mi Bandung Sedap” kepada kawan-kawannya.
Usaha ini telah membuahkan kejayaan yang amat memberangsangkan. Lantaran itu, Encik Ali
ingin membesarkan lagi perusahaan kecilnya.

Perkembangan perniagaan hanya boleh dilakukan dengan adanya wang modal yang
mencukupi. Amira membantu ibubapanya menyediakan Rancangan Perniagaan kerana dia sedar
kepentingan dokumen ini. Mereka sepakat berikhtiar dan tidak akan berputus asa untuk mengejar
kejayaan yang diimpikan selama ini untuk membawa “Perencah Mi Bandung Sedap” ke seluruh
negara.

a) Jelaskan jenis milikan perniagaan yang diusahakan oleh Encik Ali di [2 markah]
kampungnya.
b) Encik Ali bersetuju dengan cadangan Encik Ahmad untuk mengusahakan [4 markah]
penjualan perencah mi bandung. Huraikan milikan perniagaan yang sesuai
ditubuhkan oleh mereka.
c) Mengapakah kejayaan Amira menjadi pendorong kepada Encik Ali untuk [4 markah]
memperbesarkan lagi perniagaannya?
d) Cadangkan cara terbaik yang boleh digunakan untuk memperkenalkan “Perencah [6 markah]
Mi Bandung Sedap kepada masyarakat.
e) Mengapakah seorang peniaga bercadang mengambil rakan kongsi dalam [4 markah]
perniagaannya.

KERTAS SOALAN TAMAT


JAWAB DALAM KERTAS JAWAPAN

You might also like