You are on page 1of 2

LATIHAN MINGGU 1

1. Pernyataan di bawah berkaitan dengan sebuah perniagaan

Zizi Enterprise merupakan sebuah perniagaan yang menghasilkan shawl dengan


jenama sendiri. Perniagaan ini baru ditubuhkan selama 3 bulan, dan dimiliki oleh Cik Zizi
Amira. Beliau dibantu oleh tiga orang pengurus iaitu Yasmin sebagai pengurus kewangan,
Sara sebagai pengurus pemasaran dan Ling Yee sebagai pengurus operasi. Bilangan
pekerja tetapnya adalah seramai 30 orang. Butik tudung Zizi menyasarkan jualan secara
terus bagi kawasan sekitar Sungai Petani, dan juga membuat penghantaran melalui kurier ke
seluruh Malaysia.

Perubahan fesyen dan citarasa pengguna kini yang gemarkan ‘bawal instant’
berbanding shawl, menyebabkan prestasi jualan semakin menurun dan permintaan semakin
berkurang. Sebagai pengurus pemasaran, Cik Sara mengemukakan beberapa cadangan
kepada Cik Zizi bagi mengatasi masalah tersebut,

a. Apakah jenis milikan bagi perniagaan di atas. [2 markah]


b. Jelaskan klasifikasi perniagaan tersebut [4 markah]
c. Apakah kelebihan skala perniagaan organisasi di atas. [4 markah]

2. Maklumat di bawah berkaitan sebuah syarikat yang mengeluarkan produk perkilangan.


Syarikat Maju Jaya Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang mengeluarkan produk
perkilangan kepada orang ramai. Syarikat mempunyai 100 orang pekerja dan
jumlah jualan tahunan sebanyak RM20 juta setahun. Syarikat bercadang menukar
bentuk pemilikan perniagaan mereka dengan menjual saham kepada orang ramai
untuk mendapatkan modal tambahan. Walau bagaimanapun ada di kalangan ahli
tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.

a. Apakah saiz perniagaan Syarikat Maju Jaya Sdn Bhd. [3 markah]


b. Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh Syarikat Maju Jaya Sdn Bhd berdasarkan
saiz di 2(a) [3 markah]
c. Mengapakah syarikat mengemukakan cadangan tersebut? [4 markah]

3. Berikut adalah logo sebuah organisasi

a. Apakah jenis organisasi tersebut [2 markah]


b. Jelaskan sumber modal bagi organisasi di 3(a)? [2 markah]
c. Bagaimanakah kaedah jualan bagi organisasi di tersebut? [6 markah]

4.a.Maklumat berikut berkaitan dengan objektif perniagaan sebuah syarikat


pelancongan.
Syarikat Terap Inn Sdn Bhd menetapkan objektif perniagaan mereka untuk
“Meningkatkan hasil perkhidmatan sebanyak RM3 juta pada tahun 2022”.

Terangkan dua ciri objektif perniagaan tersebut. [4 markah]


b. Penurunan harga barangan dan perkhidmatan secara berterusan
i. Jelaskan faktor yang mempengaruhi situasi di atas. [4 markah]
ii. Apakah cara untuk mengatasi masalah di b(i)? [2 markah]

5. a. Gambar l menunjukkan sejenis barang yang diiklankan di media elektronik.

Gambar 1
Jelaskan dua elemen campuran pemasaran yang terlibat bagi barang tersebut.
[4 markah]

b. Rajah berikut berkaitan dengan Trend persekitaran perniagaan.

i. Apakah situasi yang berlaku pada trend X? [4 markah]


ii. Terangkan jenis pengangguran yang mungkin berlaku dalam situasi b(i)
[2 markah]

You might also like