You are on page 1of 3

BAHAGIAN A - TAKSIRAN INDIVIDU 1

[40 markah]
NASKHAH CALON

TEMA : SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI


Baca bahan rangsangan yang diberikan di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan-
soalan yang dikemukakan secara lisan dengan menggunakan ayat yang gramatis.

KERETA TERBANG

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) sedia bekerjasama dengan Kementerian


Pembangunan Usahawan dan agensi lain membangunkan kereta terbang di negara ini. Naib
Canselornya, Datuk Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal, berkata kereta terbang bukanlah sesuatu
yang mustahil direalisasikan di Malaysia dan boleh menjadi kenyataan dengan perkembangan
teknologi yang kian pesat pada abad ini. Kereta terbang hampir menyamai fungsi dron dan
mampu dibangunkan. Halangan utama ialah kos pembangunan kereta terbang memerlukan
peruntukan serta bajet yang tinggi kerana melibatkan penggunaan teknologi sistem tanpa
pemandu (UAS) yang terkini. Selain itu, usaha giat perlu dikemukakan secara berfasa dan
semua pihak harus menyokong inovasi dan penciptaan warga tempatan dalam bidang UAS
kerana dengan kepakaran dan perkembangan teknologi yang dimiliki.

Dipetik dan diubah suai daripada


UNIMAP Sedia Bekerjasama Bangunkan Kereta Terbang
Berita Harian 10 Mac 2019
BAHAGIAN A - TAKSIRAN INDIVIDU 1
[40 markah]
NASKHAH PENTAKSIR

TEMA : SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI


Baca bahan rangsangan yang diberikan di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan-
soalan yang dikemukakan secara lisan dengan menggunakan ayat yang gramatis.

KERETA TERBANG

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) sedia bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan


Usahawan dan agensi lain membangunkan kereta terbang di negara ini. Naib Canselornya, Datuk Prof
Dr Zul Azhar Zahid Jamal, berkata kereta terbang bukanlah sesuatu yang mustahil direalisasikan di
Malaysia dan boleh menjadi kenyataan dengan perkembangan teknologi yang kian pesat pada abad
ini. Kereta terbang hampir menyamai fungsi dron dan mampu dibangunkan. Halangan utama ialah
kos pembangunan kereta terbang memerlukan peruntukan serta bajet yang tinggi kerana melibatkan
penggunaan teknologi sistem tanpa pemandu (UAS) yang terkini. Selain itu, usaha giat perlu
dikemukakan secara berfasa dan semua pihak harus menyokong inovasi dan penciptaan warga
tempatan dalam bidang UAS kerana dengan kepakaran dan perkembangan teknologi yang dimiliki.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘UNIMAP Sedia Bekerjasama Bangunkan Kereta Terbang’
Berita Harian 10 Mac 2019
SOALAN

1. Apakah yang sedang dibangunkan oleh Universiti Malaysia Perlis?

2. Nyatakan halangan utama pembangunan kereta terbang.

3. Jelaskan dua sebab masyarakat tidak berani membangunkan sesuatu inovasi.

4. Huraikan cara anda menggunakan peralatan sains dan teknologi dalam kehidupan.

You might also like