You are on page 1of 19

Disediakan oleh:

KHOO YU TING
ISU HARTA INTELEK
Hak Cipta (Copyright) “©”
- satu set hak eksklusif yang mengawal penggunaan sesuatu pernyataan
idea atau maklumat.

- Harta intelek (intellectual property atau IP) dalam bidang undang-


undang merujuk kepada hasil kreativiti manusia yang merangkumi
pelbagai perkara seperti karya muzik, sastera dan seni; reka cipta; dan
simbol, nama, imej dan reka bentuk yang digunakan dalam perniagaan
termasuk hak cipta, cap dagangan, paten dan hak-hak lain yang berkaitan.
ISU HARTA INTELEK
- Di Malaysia, harta intelek yang dilindungi di bawah undang-undang
adalah paten, hakcipta, cap dagangan, rekabentuk perindustrian,
petunjuk geografi dan reka bentuk susun atur litar bersepadu.

1. Akta Cap Dagangan 1976

2. Akta Paten 1983

3. Akta Hakcipta 1987

4. Akta Rekabentuk Ciptaan Industri 1996


UNDANG-UNDANG SIBER
- Undang-undang siber menerangkan mengenai isu-isu dan undang-undang
berkenaan dengan penggunaan teknologi maklumat antara rangkaian.

- Kerajaan Malaysia telah menggubal lima undang-undang siber khusus


untuk menghalang aktiviti jenayah siber dari berleluasadi Malaysia.
• Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
• Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998
• Akta Tandantangan Digital 1997
• Akta Jenayah Komputer 1997
• Akta Teleperubatan 1997
PLAGIAT
- Aktiviti ini merupakan budaya negatif dan amat merbahaya kepada
dunia intelektual negara jika tidak dibendung sebijak mungkin.

- Meringkas dan memparafrasakan dengan mengutip secara tidak


langsung tanpa menyebutkan sumbernya.

- Melibatkan etika dan moral penulisan di mana penulis adalah


bertanggungjawab ke atas apa yang ditulis serta memberikan pengiktiran
sewajarnya kepada hasil penulisan orang lain sewajarnya.
PLAGIAT
Kesan

- Menjejaskan imej, integriti dan kualiti IPT.

- mempengaruhi minda dan psikologi para pelajar universiti secara tidak


langsung di mana pelajar yang melakukan kegiatan tidak bermoral ini akan
terus dibelenggu rasa bersalah, malu dan hilang keyakinan diri.
KERAHSIAAN
- International Organization for Standardization (ISO) telah
menakrifkan kerahsiaan bermaksud “memastikan bahawa sesuatu
maklumat itu hanya boleh dicapai oleh orang-orang yang tertentu sahaja
dengan kebenaran.

- Kerahsiaan juga bermaksud mengekalkan sekatan terhadap akses dan


pendedahan maklumat yang diizinkan.

- Hilang kerahsiaan bererti pendedahan maklumat tanpa izin.


KESELAMATAN
Keselamatan Pengguna
- Pastikan tempat kerja (meja komputer) terurus, system unit terletak
di tempat yang sesuai dan mempunyai ruang untuk semua alat peranti.

- Pastikan tempat duduk anda selesa, kerusi dilaraskan mengikut


kesesuaian anda, duduk dengan tegak untuk mengelakkan sakit pinggang.

- Gunakan penapis cahaya monitor untuk keselesaan dan keselamatan


mata.
KESELAMATAN
- Laraskan kedudukan monitor dengan mata, jarak monitor dari mata
harus berada antara 18 hingga 24 inci.

- Jangan sekali-kali membuka casing system unit, anda mungkin terkena


kejutan elektrik.

- Matikan komputer, kuasa elektrik dan cabut plug dari sumber kuasa
apabila kerja-kerja penyenggaraan hendak dilakukan ke atas system unit.
KESELAMATAN
Keselamatan Data
- Fail yang dicipta dan disimpan ke dalam cakera keras perlu dibuat
salinan ke dalam cakera liut atau kedalam storan sekunder yang lain. Ini
adalah untuk memastikan salinan fail asal ada sekiranya fail asal
dirosakkan oleh virus.

- Cakera liut yang ada fail salinan perlu di lindungi tulis (writeprotect).
PENYEBARAN MAKLUMAT
- Isu penyebaran berita palsu merupakan masalah yang dihadapi secara global ekoran
revolusi teknologi komunikasi yang berkembang dengan pesat dan terlalu pantas.

- Penyebaran maklumat palsu adalah kesalahan di bawah undang-undang Malaysia,


termasuk seksyen 233 AKM 1998.

- Adalah menjadi kesalahan bagi seseorang untuk menggunakan perkhidmatan aplikasi


seperti Whatsapp, untuk membuat dan memulakan penghantaran apa-apa komen,
permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau
jelik sifatnya dengan niat menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu
orang lain
CABARAN APLIKASI
TEKNOLOGI DALAM PDP
KESEDIAAN GURU
Sikap negatif segelintir pendidik
- Tidak mahu menyesuaikan diri dengan ledakan revolusi teknologi dalam
pendidikan

Kelemahan guru dalam kemahiran dan pengetahuan tentang teknologi


- Kurang mendapat pendedahan mengenai aplikasi yang terdapat dalam
Web 2.0 sebagai alat untuk membantu mereka melaksanakan
pembelajaran dan pengajaran
KESEDIAAN MURID
Tidak mempunyai sikap motivasi yang tinggi untuk mempelajari
sesuatu suasana pembelajaran yang baru yang berasaskan teknologi
- Mereka hanya menggunakan aplikasi web 2.0 apabila guru mewajibkan
mereka untuk menggunakannya

Kemahiran yang rendah dalam menggunakan TMK


- Kurangnya tahap pembelajaran secara kendiri oleh pelajar.
PIHAK SEKOLAH
Kemudahan perkakasan dan jalur lebar yang lemah
- Pelajar tidak dapat menggunakan aplikasi Web 2.0 apabila mereka
sukar untuk mendapatkan sambungan internet di dalam kampus.

Kurang memberikan pendedahan atau menekankan kepentingan


penggunaan aplikasi Web 2.0
- Mengabaikan penggunaan teknologi dalam pendidikan.
PIAWAIAN INTERNATIONAL
SOCIETY FOR TECHNOLOGY
IN EDUCATION (ISTE)
ISTE UNTUK GURU
Merancang dan mereka Berkebolehan
bentuk persekitaran melaksanakan pelan
Memahami operasi dan
pembelajaran yang perancangan yang
konsep ICT teknologi
disokong oleh teknologi melibatkan kaedah
dengan efektif penggunaan teknologi

Memahami isu yang


Berkebolehan Berkebolehan
berkaitan dengan sosial,
menggunakan teknologi menggunakan teknologi
etika, undang-undang dan
untuk memudahkan untuk memupuk
manusia terhadap
penilaian produktiviti
penggunaan teknologi
ISTE menggariskan lima kategori utama yang berkaitan dengan
kompetensi ICT yang perlu dikuasai oleh guru.

Berkebolehan mereka bentuk pengalaman pembelajaran dan membangunkan penilaian


berdasarkan era zaman digital

Berkebolehan memudahkan murid dan Berkebolehan mengamalkan modul


membangkitkan kreativiti murid kerja dan pembelajaran era digital

Berkebolehan menggalakkan serta memodelkan


Melibatkan diri dalam peningkatan
ciri-ciri dan tanggungjawab sebagai rakyat era
profesional dan kepimpinan
digital
RUJUKAN
• Fong Soon Fook. (2016). Memartabatkan kompetensi teknologi untuk kecemerlangan keguruan abad ke-21. Pulau Pinang:
Universiti Sains Malaysia.

• Madzlina Nordin. (2009). Plagiat jejas imej, integriti pendidikan. Utusan Online.
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0928&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_08.htm

• McGill.T. (2003). Current Issues in IT Education. Melbourne Australia: IRM Press.

• Sarizah Sariffuddin. (2013). Undang-undang Siber. https://www.slideshare. net/sarizahsensei/juliana-26779490

• Sinar Harian Online. (2017). Sebar berita palsu masalah global. http://www.sinar harian.com.my/nasional/sebar-berita-palsu-masalah-
global-1.768937

• Syaida. (2015). Teknologi dalam pendidikan. https://cikgusyaida.wordpress.com /2015/12/17/isu-dan-cabaran-teknologi-dalam-pendidikan/

• Wikipedia. http://ms.wikipedia.org/wiki/Hak_cipta

You might also like