You are on page 1of 6

SEKOLAH PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN SOSIAL

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU(PPG)

KOD KURSUS

TT01003
ASAS PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

TUGASAN

Buat analisis jurnal pendidikan berdasarkan kajian. Nyatakan ciri-ciri


penyelidikan yang ada pada jurnal itu
NAMA PENSYARAH :
DR. MUHAMAD SUHAIMI TAAT

NAMA PELAJAR
MIHAIL BIN MOSULIN
ZAINALIUS BIN KIBAK
SUNGSON BIN GANTAR
JOHNING JOMOM
ROSLEY STEVEN KALUNANG

NOMBOR MATRIK
CT10210465
CT10210836
CT10210752
CT10210316
CT10210646
1

1.0 Tajuk Jurnal


Penggunaan ICT Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Di kalangan Guru Sekolah
Menengah Teknik Dan Vokasional : Sikap Guru, Peranan ICT Dan Kekangan / Cabaran
Penggunaan ICT oleh Ting Kung Shuing dan Woo Yoke Ling, Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia.
2.0 Penyediaan abstrak oleh penulis
ICT adalah alat bantu mengajar yang penting dalam SM Teknik dan Vokasional. Tetapi terdapat
pelbagai kekangan dan cabaran seperti kekangan guru untuk menghabiskan silibus, sikap negatif
guru, kekurangan kemahiran, kekurangan prasarana dan bahan sokongan, jurang ICT dan digital,
sumber kewangan yang tidak mencukupi. Penulis mengesyorkan supaya penggunaan ICT
bersesuaian dengan keperluan kurikulum, perubahan sikap dan nilai guru terhadap ICT,
penganjuran kursus pendek untuk guru, penyediaan infrastruktur komunikasi dan multimedia
serta infrastruktur yang lengkap serta penyediaan kemudahan komputer di luar bandar dan
sumber kewangan yang mencukupi. Kata kunci jurnal ini ialah ICT dalam pendidikan guru.
3.0 Kandungan
3.1 Pengenalan.
Penulis mengaitkan perubahan global yang pesat dalam ICT memberi kesan kepada negaranegara membangun seperti Malaysia (Abd. Rahim, 2005). Revolusi maklumat yang berlaku
disebabkan kemajuan ICT memberi cabaran baru kepada profesion keguruan, di samping
kemajuan yang berlaku ini perlu dimanafaatkan untuk mempertingkatkan martabat profesion
keguruan yang sedang mengharungi perubahan abad ke 21 (Ward & Peppard, 2003). Penulis
2

juga memetik kata-kata B.G Yaxley (1991) pengajaran merupakan satu tindakan yang bertujuan
untuk membawa perubahan dari segi kepercayaan, nilai dan makna.

3.2 Sorotan Literature


Dalam membincangkan isu jurnal ini penulis kerap merujuk kepada pernyataan dari orang lain
contohnya ialah:
i.

Hjetland (1995) iaitu Technology can make our lives easier. Every task are simplified.

ii.

Ellington, dan Race (1993) iaitu penggunaan komputer dalam pendidikan mempunyai

beberapa kekuatan dan kelemahan yang mana lebih berasaskan sebagai satu teknik pengajaran
yang lebih menekankan peranan individu.
iii.

Chakrabarty (1979) menjelaskan bahawa leterasi computer membawa maksud

mempelajarai cara menggunakan sesuatu perisisian mikrokomputer.


iv.

Dologite (1987) menyatakan leterasi membawa maksud yang agak mudah iaitu tahap

pengetahuan dan kebolehan seseorang menggunakan computer.


v.

Ngan (1994) menyatakan bahawa literasi computer membawa maksud yang lebih luas iaitu

kesedaran dan pengalaman dan pengendalian computer.


vi.

Besag dan Levine (1984) berpendapat bahawa tahap asas literasi computer adalah

kebolehan membaca serta menulis dengan menggunakan bahasa sendiri dan definisi yang luas
serta boleh menggunakannya dalam kehidupan seharian.
3.3 Kaedah
Penulis tidak menyatakan kaedah atau metadologi, penulis hanya ada menemubual beberapa
orang guru. Tiada instrument yang dinyatakan dalam kajian ini. Penulis membuat penjelasan
berdasarkan kajian orang lain terhadap ICT dalam pendidikan, sikap guru, cabaran dan halangan
kepada penggunaan ICT di sekolah khususnya SM Teknik dan Vokasional. Sepatutnya penulis
menyediakan instrument untuk kajian ini supaya nampak lebih ilmiah kajian ini. Penulis banyak

bergantung pendapat orang lain berkaitan isu kajian ini. Di antara kenyataan orang lain yang
dirujuk ialah:
i)

Gbomita (1997) iaitu sikap guru terhadap computer adalah satu daripada tiga faktor yang
menyumbang kepada penerimaan guru-guru terhadap penggunaan computer selain dari

ii)

faktor cirri-ciri computer


Zulkifli dan Raja Maznah(1994) mengatakan sikap yang positif adalah penting untuk

iii)

mendorong seseorang bagi mempelajari apa-apa saja.


Zhao, Hueyshan dan Mishra (2000) menyatakan bahawa guru menggunakan komputer
untuk menghasilkan penyampaian yang lebih menarik serta berkesan, mengurus pelajar

iv)

mereka dengan cekap dan memudahkan komunikasi dengan ibu bapa serta pelajar
Ambighapathy dan Shanti (2004) menyatakan bahawa era teknologi memerlukan
penglibatan guru-guru dan aktiviti pembelajaran menjurus kepada pembelajaran
berterusan sepenuhnya.

3.4 Perbincangan
Penulis membahagikan perbincangan isu ini dari segi:
Kekangan dan cabaran penggunaan ICT dalam pendidikan Teknik dan Vokasional iaitu :
a) Kekangan dari segi menghabiskan silibus
Penulis mencadangkan penggunaan ICT perlu meluaskan dimensi dunia ICT mencakupi
penggunaan internet, melayari laman web, on-line, e-mel, program pendidikan yang diselaraskan
di peringkat sekolah dan perisian perlu dirancang sesuai dengan spesifikasi kurikulum sekolah
dan digunakan secara intensif.
b) Sikap Negatif Guru
Penulis menyarankan supaya guru-guru harus meninggalkan amalan lama dalam pdp. Persediaan
mental, pengetahuan dan kemahiran dalam anggota adalah penting ke arah sesuatu perubahan
sesebuah organisasi (Steers & Black, 1994).
c) Kekurangan Kemahiran Penggunaan IT

Penulis menyarankan supaya guru-guru diberi kursus jangka pendek untuk mendapat ilmu dan
pengetahuan baru berkaitan ICT.

d) Kekurangan Prasarana dan Bahan Bantu sokongan


Penulis menyarankan supaya pihak sekolah perlu memperbaiki infrastruktur komunikasi dan
multimedia dan mempertingkatkan infrastruktur seperti rangkaian, kandungan tempatan, insentif
dan perundangan untuk membentuk persekitaran yang membolehkan penyediaan infostruktur.
e) Jurang ICT dan Digital
Untuk mengatasi masalah ini penulis menyarankan supaya penggunaan komputer perlu
diperluaskan lagi ke kawasan-kawasan luar bandar.
f) Sumber Kewangan Yang Tidak Mencukupi
Dalam hal ini penulis menyarankan sekolah perlu menangani masalah kewangan dari masa
kesemasa mengikut keupayaan masing-masing supaya pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
berasakan ICT di sekolah berjaya dan dapat meningkatkan kemahiran guru-guru dan juga
pelajar-pelajar sekolah seiring dengan kemajuan ICT dunia.
3.5 Kesimpulan
Penulis telah menyimpulkan bahawa penggunaan ICT dalam pendidikan adalah selaras dengan
dasar Pembangunan Negara oleh itu Kementerian Pelajaran Malaysia harus lah menyediakan
segala kemudahan dan peralatan ICT yang sentiasa berubah mengikut peredaran masa secara
global.
Persediaan dari segi latihan dan kemahiran guru untuk mengaplikasikan ICT dalam proses
pengajaran dan pembelajaran perlu dimantapkan sepanjang masa. Sikap guru-guru perlulah
diubah untuk menerima perubahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berasakan
dunia abad ke 21 (21st Century Skill in Education).
5

Kejayaan penggunaan ICT di dalam pendidikan bergantung kepada keupayaan kerajaan


menyediakan segala prasarana dan peralatan ICT di seluruh pelusuk bandar dan juga kawasan
luar bandar supaya kemudahan internet dapat diekses dengan mudah. Kerajaan perlu
menyediakan peruntukan kewangan yanga banyak untuk menjayakan penggunaan ICT di dalam
pendidikan supaya hasrat ini tidak seperti melepaskan batuk di tangga sahaja.

4.0 Pernghargaan
Tiada penghargaan yang dtujukan oleh penulis.
5.0 Rujukan.
Penulis menggunakan bentuk rujuk berdasrkan sisitem APA.

6.0 Kekuatan dan Kelemahan


Dalam jurnal ini penulis membinvangkan isu ICT dalam pendidikan dalam konteks pelaksanaan
di SM Teknik Dan Vokasional , sikap guru, cabaran dan halangan dengan bersandarkan hasil
kajian orang lain. Hujah-hujah dalam perbincangan adalah pendapat pengkaji lain berdasarkan
bahan rujukan yang disenaraikan. Tiada teori yang digunakan untuk perbangdingan dari segi
amalan dalam pendidikan. Itulah sahaja kekuatan penulis.
Namun begitu kajian yang dilaporkan oleh penulis mempunyai kelemahan yang boleh dibaikki.
Penulis dan rakan sepetutnya menyediakan instrument supaya dapat mengumpul data-data hasil
kajian yang boleh dijadikan sebagai bahan bukti. Dalam kajian ini penulis tidak menyatakan
bilangan SM Teknik dan Vokasional yang dijadikan lapangan untuk kajian, tidak dinyatakan juga
bilangan responden yang terlibat. Kajian ini berbentuk kulitatif dan penulisan secara naratif tidak
spesifik dari segi kutipan data.

You might also like