You are on page 1of 3

_____________________________________________________________ _____________________________________________________________ Rujukan: SMKSK/100-1/001(pengurusan)(01) Tarikh: 14 Januari 2013 Masa:

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SIKUATI, KUDAT PETI SURAT 355, 89058, KUDAT, SABAH. MESYUARAT PENGURUSAN BIL.1/2013

12.30 am Tempat: Bilik Pengetua

Kehadiran:
Hadir

BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11

NAMA En. Gan Hock Chye En. Mohd. Khuraini Khuzaimah Pn. Juliana Ampion En. Mohd. Rozlan Bin Elias @Ramli En. Junaiddi Sualin @ Baklin En. Normansur Ismail En. Ridzuan Basnih En. Jonias Sulindap En. Jo Mahathir Madros Pn. Ovelyn Matanluk Cik Prissla Jati

JAWATAN Pengetua Penolong Kanan Pentadbiran PK HEM PK Pra-U PK Ko-Kum PK Petang KB Bahasa KB Teknik & Vokasional KB Sains & Matematik SUP Pentadbiran

1.0

UCAPAN PENGERUSI

1.1 Tuan pengetua mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Penolong Kanan dan guru kerana dapat menghadiri mesyuarat tepat pada masanya. Beliau memaklumkan tujuan mesyuarat diadakan adalah untuk mencari penyelesaian kepada masalah-masalah yang telah ditimbulkan ketika mesyuarat kurikulum. Makluman 1.2 Tuan pengetua memaklumkan bahawa isu-isu yang telah ditimbulkan ialah isu Fail Panitia, pelantikan Penyelaras PBS menggantikan Pn. Linah, subjek Sains Tambahan, penetapan tarikh untuk latihan perkhidmatan dan isupenetapan masa sekolah Sidang Petang pada hari Jumaat. Makluman.

2.0

PERBINCANGAN ISU 1

2.1 Tuan pengetua mencadangkan semua Ketua Panitia menggunakan fail sedia ada dan menggunakan divider untuk memisahkan setiap bahagian. Semua ahli bersetuju dengan cadangan tersebut. Tindakan: Semua Ketua Panitia 2.2 Tuan pengetua mohon ahli mesyuarat mencadangkan calon yang sesuai untuk menggantikan Pn. Linah sebagai Penyelaras Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). En. Mohd. Khuraini mencadangkan En. Zulhilmi sebagai Penyelaras PBS dan Cik Helena Doris sebagai Timbalan Penyelaras PBS. semua ahli mesyuarat bersetuju dengan cadangan tersebut. Surat lantikan akan dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pentadbiran. Tindakan: Setiausaha Pentadbiran 2.3 Tuan pengetua memaklumkan bahawa Ketua Bidang Sains dan Matematik mengusulkan agar subjek Sains Tambahan digugurkan memandangkan beberapa masalah seperti tiada buku teks dan kurang releven. Beliau mohon ahli mesyuarat sama ada menerima atau menolak usul tersebut. Semua ahli mesyuarat bersetuju subjek Sains Tambahan digugurkan. Tindakan: Ketua Bidang Sains dan Matematik 2.4 Tuan pengetua memaklumkan bahawa tarikh yang sesuai untuk latihan dalam perkhidmatan akan ditentukan kelak oleh Penyelaras LDP iaitu Pn. Stephannie Stephen dan Pn. Nuraisyah Budat selepas berbincang dengan Penolong Kanan Pentadbiran. Tindakan: Penyelaras LDP Pn. Stephannie Stephen dan Pn. Nuraisyah Budat. 2.5 Tuan pengetua memaklumkan bahawa masa pengajaran dan pembelajaran Sidang Petang pada hari Jumaat ialah pada jam 1.15 petang. Sehubungan itu, beliau mohon ahli majlis mencadangkan masa yang paling sesuai untuk Sidang Petang. En. Normansur mencadangkan waktu mula P&P pada hari Jumaat ialah pada jam 11.30 kerana pada masa tersebut pelajar dan guru muslim sudah selesei mengerjakan solat Jumaat. Cadangan diterima oleh semua ahli majlis mesyuarat. Tindakan: Guru Jadual Waktu Petang 2.6 Tuan pengetua mencadangkan seorang guru opsyen Sejarah menggantikan kelas Pn. Rozalin Minar yang sedang cuti bersalin memandangkan kelas tersebut adalah kelas peperiksaan. Tindakan: Penolong Kanan Petang dan Guru Jadual Waktu 2.7 En. Mohd. Khuraini memohon agar setiap unit disediakan sebuah printer untuk tujuan mencetak dokumen-dokumen seperti pelaporan PBS. Tuan pengetua meluluskan pembelian 5 buah printer untuk kegunaan Unit Pra-U, Unit

Kemanusiaan, Unit Sains dan Matematik, Unit Bahasa dan Unit Teknik dan Vokasional. Tindakan: Pentadbir 2.8 En. Ridzuan mencadangkan Panitia Bahasa Inggeris mengadakan mesyuarat pada minggu ini. Tuan pengetua pula mencadangkan agar ditetapkan satu hari dalam seminggu semua guru dan pelajar bercakap dalam Bahasa Inggeris. Semua ahli majlis bersetuju agar hari jumaat adalah hari Bahasa Inggeris. Pn. Juliana pula mencadangkan agar dibuat English Camp sekali dalam sebulan iaitu setiap sabtu kedua. Semua ahli majlis bersetuju dengan cadangan tersebut. Tindakan: Ketua Bidang Bahasa, Ketua Panitia Bahasa Inggeris dan Semua guru Bahasa Inggeris 2.9 En. Mohd. Khuraini memaklumkan kelas tambahan akan ditetapkan melalui mesyuarat Unit Kelas Tambahan. Beliau turut mencadangkan agar pihak sekolah membeli software Fokus A untuk meningkatkan pencapaian sekolah. Tuan pengetua meluluskan pembelian software tersebut dengan menggunakan peruntukan sewaan kantin. Tindakan: Penyelaras Kelas Tambahan dan Pn. Ovelyn Matanluk
3.0 HAL-HAL LAIN

3.1 Tuan pengetua memaklumkan bahawa cuti berganti sempena Tahun Baru Cina ialah pada 9 Mac menggunakan jadual hari khamis dan 27 April. Makluman
4.0 PENUTUP

6.1 Tuan Pengetua sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru kerana telah menghadiri mesyuarat ini. Mesyuarat ditangguhkan pada 1.40 petang dan mesyuarat seterusnya akan ditentukan kelak. Disediakan oleh: ____________________ (OVELYN MATANLUK) Setiausaha Pentadbiran, SMK. Sikuati, Kudat.

You might also like