You are on page 1of 4

2.

JELASKAN

PARAMETER-PARAMETER

YANG

TERLIBAT

DALAM

PENENTUAN INDEKS KUALITI AIR Air adalah satu sumber semulajadi yang sangat penting bagi kehidupan di muka bumi sama ada manusia, haiwan ataupun tumbuhan.Kajian ini dijalankan adalah bagi mengkaji kualiti air di Sungai Bedil berdasarkan Indeks Kualiti Air (WQI). Secara umumnya, Indeks Kualiti Air adalah standard yang digunakan oleh Jabatan Alam Sekitar Malaysia untuk mengukur kebersihan dan kualiti bekalan air yang boleh digunakan untuk kegunaan domestik, akuakultur dan pengairan (JAS, 2001). Antara parameter parameter yang akan di analisis bagi menentukan Indeks Kualiti Air ialah nilai Oksigen Terlarut (DO), pH, Ammoniacal Nitrogen (NH3 N),Keperluan Oksigen Biokimia (BOD), Keperluan Oksigen Kimia (COD) dan Pepejal terampai (SS). Permintaan Oksigen Biokimia / Biochemical Oxygen Demand ( BOD ) Permintaan oksigen biokimia (BOD) adalah merupakan permintaan terhadap jumlah oksigen yang diperlukan oleh mikroorganisma untuk melakukan penguraian keatas bahan cemar organik secara semulajadi. Ianya dianggap penting di dalam pengawalan kualiti air dan pencemaran. BOD dijadikan petunjuk kepada darjah pencemaran sesuatu air (Hamidi, 1999). Nilai BOD yang tinggi menunjukkan bahawa air yang diuji adalah tercemar. Di Malaysia ,ujian BOD yang dipraktikan adalah pada suhu 30c. Sampel air yang hendak diuji disimpan didalam botol dan ditutup rapat. Kemudian , botol tersebut diletakkan di tempat yang gelap dengan tujuan mengelakkan penghasilan oksigen oleh organisma fotosintesis seperti alga. Proses ini mengambil masa 5 hari. Meskipun jangkamasa 5 hari untuk proses pengeraman telah ditetapkan ,tidak semua bahan bahan organik akna terurai. Menurut Tebbutt (1971) ,sisa air domestik akan terurai sebanyak 65 sahaja dalam tempoh 5 hari manakala bagi bahan organik yang kompleks , hanya 40 sahaja yang akan terurai dalam tempoh yang sama. Hasil ujian BOD yang diperolehi merupakan jumlah pengurangan oksigen bagi sebelum dan selepas proses pengeraman tersebut. (APHA, 1995).

Nitrogen Ammonia ( NH3-N ) Nitrogen Ammonia (NH3-N) merupakan parameter yang digunakan untuk menunjukan proses eutrofikasi yang berlaku di sesebuah sungai. Nilai NH3 N yang tinggi menunjukkan kehadiran baja , najis haiwan atau kumbahan dosmetik. Nilai NH3 N yang melebihi 1mg/l menunjukkan wujudnya aktiviti penguraian oleh bakteria dalam sungai kerana kehadiran NH3 N yang berlebihan. Kandungan ammonia nitrogen (NH3-N) dalam sungai yang kurang tercemar lazimnya kurang daripada 0.2 mg/l (Chapman , 1998). Nilai kepekatannya yang tinggi dalam sungai menunjukkan bahawa kehadiran bahan organik adalah sangat tinggi. Pepejal terampai di dalam air terdiri daripada bahan bukan organik atau partikel organik atau bahan yang tidak boleh larut dalam air. Pepejal bukan organik seperti tanah liat, kelodak dan lain-lain partikel dalam tanah manakala bahan organik pula adalah seperti gentian tumbuhan dan mikroorganisma (pepejal terampai biologi) seperti alga dan bakteria. Kandungan Nitrogen Ammonia untuk sumber air minuman yang memerlukan rawatan lanjut termasuk iaitu termasuk dalam kelas 111 ialah 0.9mg/l.Kandungan nitrogen ammonia yang tinggi di dalam air menunjukkan sungai tersebut mengalami pencemaran yang disebabkan oleh bahan seperti penternakan,pertanian dan kumbahan domestik. Pepejal Terampai/Suspended Solids ( SS ) Pepejal terampai ( SS ) merupakan bahan yang terdiri daripada bahan organik dan bahan yang tak organic yang masuk ke dalam sungai.Pepejal terampai boleh mengurangkan nilai estetika air manakala pepejal terampai biologi boleh menjadi penyebab berlakunya wabak oleh bakteria dan juga penghasilan toksik oleh alga. Pepejal terampai yang bersifat organik boleh menghasilkan bau yang busuk,beracun dan merbahaya. Ia juga tidak mudah termendak kerana saiznya yang halus. Kebiasaannya kualiti air sungai yang baik mempunyai SS sebanyak 25mg/l.Di Malaysia, paras nilai standard interim SS yang dicadangkan ialah 50mg/l.Standard ini

sesuai untuk berenang dan berekreasi.Merujuk kepada Jabatan Alam Sekitar ( JAS ), tahap kepekatan SS piawai yang dibenarkan dalam aliran arus sungai mengikut standard A dan B masing-masing adalah 150mg/l 100mg/l.Jika kandungan SS di dalam air sungai adalah tinggi maka ia dikategorikan sebagai sungai tercemar. Sebaliknya jika Kandungan adalah rendah maka air sungai berkenaan dikategorikan sebagai sungai yang tidak tercemar. Oleh itu, semakin tinggi tahap SS di dalam sungai maka semakin tinggi tahap pencemaran sungai tersebut. Antara ciri asas yang penting di dalam air adalah kehadiran suhu. Suhu air dipengaruhi oleh cuaca sesuatu tempat, samada yang beriklim panas atau beriklim sejuk. Punca terjadinya suhu yang tinggi adalah dalam pencemaran seperti pencemaran dari industri pencucian pakaian dan penyejukan janakuasa. Oksigen Terlarut/Dissolved Oxygen ( DO ) Oksigen terlarut (DO) adalah ukuran kualiti air yang paling penting . Ia memerlukan keperluan bagi hidupan hidupan akuatik. Proses fotosintesis yang dijalankan oleh tumbuhan akuatik serta keterlarutan gas oksigen dari atmosfera merupakan sumber utama kepada DO. Selain menjadi keperluan bagi ekologi sungai , kandungan DO juga memainkan peranan dalam menentukan tahap pencemaran air. Apabila kandungan DO dalam air adalah tinggi maka tahap pencemaran adalah rendah atau kurang tercemar dan begitu juga sebaliknya. Kandungan DO dalam air berkadar songsang dengan suhu iaitu pertambahan suhu akan mengurangkan kandungan DO dan begitu juga sebaliknya. Oleh itu, kebolehlarutan oksigen dalam sungai adalah rendah jika airnya panas dan tinggi pada ketikanya sejuk. Menurut Terbutt ( 1983 ), kandungan DO adalah berkadar songsang dengan kandungan BOD.Jika nilai DO rendah maka nilai BOD adalah tinggi dan begitu juga sebaliknya. Permintaan Oksigen Kimia/Chemical Oxygen Demand ( COD ) Permintaan Permintaan oksigen kimia (COD) merupakan parameter yang menunjukkan jumlah oksigen yang diperlukan untuk pengoksidaan bahan organik secara kimia dan menghasilkan karbon dioksida dan air sepanjang prosesnya (APHA, 1995). Seperti BOD , nilai COD juga turut menggambarkan tahap pencemaran bagi

sesuatu sampel air yang diuji. Ujian COD dijalankan dengan menggunakan reagen kalium dikromat dan larutan asid sulfuric (Tebbuut , 1971). Ujian COD mengambil masa yang singkat iaitu selama 3 jam berbanding ujian BOD. Hal ini akan kerana COD mengoksidakan bahan organik secara kimia berbanding BOD yang mengoksidakan bahan organik secara biologi. Disamping itu , nilai COD yang diperolehi juga adalah tinggi berbanding BOD kerana dalam ujian COD ,hampir kesemua bahan organik dioksidakan manakala hanya sebahagian sahaja dioksidakan dalam ujian BOD (Tebbuut , 1971). Oleh itu , nilai COD yang tinggi menunjukkan bahawa lebih banyak bahan organik yang ada dalam sampel air yang diuji tersebut. pH Skala pH merupakan ukuran atau indeks keasidan dan kealkalian bagi sesuatu sumber air, dengan mengukur kepekatan ion hidrogenn (H+) yang terdapat di dalamnya. Sumber air yang mempunyai kepekatan ion (H+) yang tinggi akan bersifat asid di mana bacaan pHnya rendah iaitu kurang daripada 7. Manakala sumber air yang mempunyai kepekatan ion (H+) yang rendah akan bersifat alkali di mana bacaan pHnya tinggi iaitu lebih daripada 7. Air dikatakan bersifat neutral jika bacaan pHnya sama dengan 7. Nilai pH yang sangat tinggi di dalam air boleh menyebabkan kepekatan ammonia bertambah di mana keadaan ini akan mengakibatkan keracunan atau toksik pada air. Nilai pH yang sangat rendah hingga kurang daripada 4 pula boleh menyebabkan keasidan pada air yag menyebabkan kematian hidupan akuatik, hakisan pada batu dan logam dalam air. Furon ( 1967 ), menyatakan bahawa nilai pH antara 6.5 hingga 8.4 merupakan habitat atau suatu keadaan yang paling sesuai bagi pelbagai spesies laut untuk hidup.pH yang tidak terletak dalam nilai tersebut adalah kurang sesuai.Mengikut ( JAS ), nilai pH piawai yang dibenarkan dalam aliran arus sungai mengikut standard A dan B adalah antara pH 6.0 hingga 9.0.Oleh itu. Sungai yang mempunyai nilai pH kurang daripada 6.0 adalah tidak dibenarkan dan ia dikategorikan sebagai sungai tercemar.

You might also like