You are on page 1of 18

DCC 5191: CIVIL ENGINEERING PROJECT 2

CHAINAGE CONES BOX

NAMA AHLI KUMPULAN :

1. MUZAFAR AHMAD BIN ABDUL JALIL ( 08DKA15F1088 )


2. MUNIRAH BINTI IBRAHIM ( 08DKA15F1022 )
3. RABIATUL ADAWIYAH BINTI AWANG ( 08DKA15F1106 )
4. HAMI AMIRAH BINTI ABDUL RAZAK ( 08DKA15F1109 )

NAMA PENSYARAH : PUAN ZURINA BINTI SAFEE

KANDUNGAN

PENGENALAN ... 1

OBJEKTIF KAJIAN . 2

PENYATAAN MASALAH .. 3

SKOP KAJIAN .. 4

KEPENTINGAN KAJIAN . 5

KAJIAN ILMIAH...6

METODOLOGI..7
BAB 1

PENGENALAN
Kon keselamatan merupakan suatu alat keselamatan yang digunakan sebagai isyarat atau tanda
amaran yang ringkas kepada pengguna jalan raya untuk mengarahkan lalu lintas sementara
berjalan dengan teratur dan selamat. Kon keselamatan bertindak sebagai medium
pemberitahuan bahawa kerja-kerja pembinaan atau terdapat kenderaan lain yang sedang
diletakkan berhampiran dengan kon tersebut. Kon ini juga dinyatakan sebagai pemisah atau
penggabung lorong semasa sesuatu kerja pembinaan jalan raya atau kemalangan kecil dan
besar berlaku. Kon keselamatan tidak dinyatakan bentuk spesifiknya adalah kon kerana
terdapat pelbagai bentuk kon keselamatan di pasaran yang telah diubahsuai. Terdapat juga cara
lain yang boleh digunakan untuk memberitahu kepada pengguna jalanraya sekiranya ada
sesuatu yang berlaku dihadapan semasa dijalanraya. Tetapi, penggunaan kon keselamatan ini
sering dipraktikkan oleh pengguna jalanraya kerana ia lebih praktikal dan berkesan.

Kotak penyimpanan kon keselamatan merupakan kotak penyimpanan yang diperbuat daripada
plastik atau kayu . Kotak penyimpanan kon keselamatan ini belum dihasilkan di Malaysia lagi
tetapi sudah ada kajian untuk menginovasi kotak penyimpanan kon keselamatan ini diluar
negara. Kotak penyimpanan kon keselamatan ini dapat diletakkan di dalam kenderaan yang
kecil memandangkan saiz kotak ini kecil.Kotak penyimpanan kon keselamatan ini sesuai
digunakan untuk kenderaan kecil dan besar.Kotak penyimpanan ini

1.1 OBJEKTIF KAJIAN


Objektif kajian ini adalah untuk :
1. Merekabentuk kotak Chainage Cone Box
2. Untuk menyelesaikan masalah penyimpanan Chainage Cone Box
3. Untuk memudahkan penggunaan Chainage Cone Box
1.2 PENYATAAN MASALAH

Kajian tentang kon keselamatan mudah alih ini adalah untuk menyelesaikan beberapa
permasalahan yang berkaitan dengan penggunaan kon keselamatan biasa yang terdapat di
pasaran pada masa kini. Satu kajian yang telah dibuat daripada bekas mahasiswa Universiti
Teknikal Malaysia Melaka tentang permasalahan kon keselamatan pada tahun 2008. Di antara
masalah yang dapat dikenal pasti adalah seperti saiz kon yang memerlukan ruang yang besar
untuk disimpan, kesukaran mengendalikan dan membawa kon keselamatan seperti mengangkat
dan meletakkan kon keselamatan pada tempat tertentu, bentuk kon yang menyukarkannya
menjadi fleksibel dan lain lain lagi (Mohd Aswarizal Bin Alias,UTEM 2008)

Menurutnya lagi kon keselamatan adalah satu alat keselamatan yang bersaiz besar. Oleh itu
kotak penyimpanan untuk kon keselamatan yang mempunyai ciri ciri mudah alih diperlukan
bagi pengguna jalanraya yang menaiki kenderaan sendiri supaya ianya mudah dibawa dan
disimpan di dalam kenderaan masing masing. Di samping itu Mohd Aswarizal berkata lagi
faktor seperti cuaca dengan jarak penglihatan dan habuk di jalanraya boleh mengakibatkan
kenderaan yang diletakkan di tepi jalan tidak dapat dilihat dengan jelas. Ini boleh menyebabkan
berlakunya pelanggaran apabila kenderaan lain tidak dapat mengelakkan kenderaan mereka dari
merempuh kenderaan yang diletakkan di tepi jalan. Perkara yang sama juga berlaku semasa
pekerja sedang membaiki jalan, mengorek jalan untuk penanaman kabel dan sebagainya.
Sekiranya tiada alat untuk memberi amaran pada pengguna jalanraya yang lain bahawa ada
sesuatu yang sedang berlaku di hadapan, pengguna jalan raya serta pekerja yang membaiki jalan
akan menghadapi bahaya.

Seterusnya, Kon keselamatan yang berbentuk kon atau piramid yang mempunyai luas
permukaan yang besar adalah tidak praktikal untuk disimpan di dalam kenderaan ataupun di
rumah. Ianya disebabkan kon yang sedia ada mempunyai permukaan yang luas untuk tujuan
keseimbangan kon keselamatan tersebut lalu mendatangkan masalah kepada pengguna
kenderaan motokar untuk membawa kon keselamatan sedia ada. Dengan kata lain, kon
keselamatan yang sedia ada tidak mempunyai ciri-ciri rekabentuk yang mesra pengguna. Bagi
menyokong penyataan diatas, Kon keselamatan yang sedia ada juga mempunyai berat yang
tinggi dan seterusnya menyukarkan pengguna motokar dan pekerja tapak pembinaan untuk
mengangat, mengalihkan dan meletakan kon keselamatan yang sedia ada dengan mudah. (Mohd
Aswarizal Bin Alias, UTEM 2008).
Bagi menyelesaikan masalah masalah tersebut, satu langkah yang difikirkan terbaik adalah
dengan mewujudkan kotak penyimpanan bagi kon yang mempunyai ciri ciri keselamatan dan
mudah alih. Rekabentuk kotak penyimpanan untuk kon keselamatan yang mempunyai ciri ciri
keselamatan yang lengkap dan mudah untuk disimpandan dan dibawa di dalam kenderaan
persendirian. Juga untuk tujuan kecemasan kenderaan semasa mengalami kerosakan di jalan
raya. Di samping itu, ianya boleh digunakan di kawasan peyelengaraan jalan dan di kawasan
tapak pembinaan untuk tujuan keselamatan penguna jalanraya dan pekerja tapak pembinaan.

1.3 SKOP KAJIAN

Tujuan kajian dan usaha yang dijalankan ini adalah untuk merekabentuk tempat
penyimpanan kon keselamatan berantai. Produk ini adalah untuk menyelesaikan permasalahan
yang wujud yang melibatkan tempat penyimpanan kon keselamatan yang sedia ada, dengan
mengutamakan aspek kemudahan dan keselesaan. Ini adalah bertujuan untuk memudahkan
dibawa dan penggunakan kon keselamatan berantai tersebut. Antara aspek utama yang
ditekankan dalam merekabentuk tempat penyimpanan kon keselamatan berantai ini adalah untuk
memudahkan pengguna kenderaan meletakkan kon keselamatan di dalam kenderaan mereka.
Di samping itu, ia juga menekankan aspek pengendalian yang mudah iaitu mudah
diangkat dan diletakkan tanpa perlu menggunakan tenaga yang banyak dan sesuai digunakan
oleh pelbagai golongan ataupun secara ringkasnya mesra pengguna.

1.4 KEPENTINGAN KAJIAN

Manfaat atau faedah yang dapat diperolehi daripada kajian produk yang sedia ada ini
adalah, tempat penyimpanan kon keselamatan berantai ini dapat memudahkan pengguna untuk
membawa dan menggunakan kon keselamatan berantai dimana sahaja.
Seterusnya, tempat penyimpanan kon keselamatan berantai ini mudah untuk dikendalikan
kerana bekas penyimpananya yang sesuai dan mudah digunakan dapat meringankan bebanan
yang perlu ditanggung.
Selain itu, kemudahan ruang yang disediakan oleh bekas penyimpanan kon keselamatan
berantai ini juga dapat membantu pengguna untuk menggunakan kon keselamatan berantai ini
dengan baik dan teratur.
BAB 2 KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Istilah literatur bermaksud artikel kajian yang dirujuk untuk memahami dan mengkaji permasalahan
kajian. Kajian literatur digunakan untuk memberikan konteks kajian dengan melihat kajian yang telah
dijalankan dalam bidang kajian tersebut dan bukan sekadar meringkaskan kajian yang telah dijalankan
oleh penyelidik lain (Kumar, et. al, 2013). Rujukan yang digunakan mestilah berkaitan dengan fokus
kajian. Kandungan dalam bab ini boleh mengandungi satu pengenalan ringkas kepada tajuk kajian,
konsep atau teori yang berkaitan, kajian terdahulu yang ada kaitan dengan bidang kajian dan rumusan
bab ini.

2.2 Kotak penyimpanan

Kotak penyimpanan ini merujuk kepada beberapa jenis penyimpanan untuk memegang
peralatan, Ini bermaksud kotak mudah alih boleh membawa beberapa peralatan kecil ke lokasi
projek. Kotak penyimpanan yang terbaru adalah diperbuat daripada plastik atau logam. Kayu
merupakan pilihan utama untuk membuat kotak penyimpanan sejak kurun ke-19.

2.3 Penggunaan kotak penyimpanan

Kegunaan kotak penyimpanan selalu digunakan untuk industri pengangkutan seperti


penyelenggaraan and membaiki kenderaan yang ketika di lokasi.
Kotak penyimpanan kon ini dapat dibuktikan dengan kajian yang dilakukan oleh Ira Janowitz
daripada Universiti Of California yang bertajuk Traffic Safety Cone Storage pada tahun 2005.
Dalam penulisan Ira Janowitz , beliau menyatakan bahawa kotak penyimpanan perlu dihasilkan
kerana ruang kereta untuk meletakkan kon terhad dan tidak mencukupi.Selain itu, berat kon
keselamatan yang dianggarkan 2kg-3kg sukar untuk diangkat dan diletakkan dalam posisi yang
mendatar.

2.3 Kon Keselamatan Jalan Raya Yang Fleksibel

Kon keselamatan yang fleksibel menjadi satu alat untuk menarik perhatian pengguna supaya
lebih berhati hati atau tidak mendekati atau melalui kawasan yang diletakan kon tersebut.
(rujukan :The RoadSafe Company pada tahun 2016 yang bertajuk Collapse-A-Cone.) Mengikut
kajian yang dibuat, kon keselamatan memberi amaran bahaya kepada pengguna .Setelah
membuat penelitian yang terperinci tentang kon keselamatan yang fleksible, dapatlah difahami
bahawa kon ini boleh direkabentuk dalam pelbagai rupa, saiz dan warna. Ia juga berbeza dari
segi kegunaannya sebagai contoh, penggunaan kon keselamatan dalam bangunan, bagi tujuan
sukan dan untuk kegunaan di jalan raya. (rujukan:Kon Keselamatan Mudah Alih- Mohd
Aswarizal Bin Alias, Universiti Teknikal Melaka Malaysia.)
2.3.1 Jenis dan saiz

Kon trafik biasa adalah berwarna oren, serta kapur hijau. Kon trafik juga biasanya dikelilingi dengan jalur
reflektif di sekeliling kon tersebut untuk meningkatkan penglihatan.

Di Malaysia ,kon keselamatan dihasilkan dalam saiz seperti:

12 in (305 mm), 1.5 lb (0.68 kg) - (rujukan:Cones For Traffic www.UKTrafficCone.com)

Terdapat cahaya didalam kon keselamatan yang fleksibel , dimana apabila dipancarkan cahaya akan
menghasilkan flash pada waktu malam (rujukan: RoadSafe Company-Collapse-A-Cone)

Pusat graviti yang rendah dan getah kaki membolehkan kestabilan di angin kencang (rujukan: RoadSafe
Company-Collapse-A-Cone)

2.3.2 Penggunaan kon trafik berantai

Kon keselamatan berantai juga sering digunakan di tempat awam untuk menandakan kawasan itu
ditutup kepada pejalan kaki dan tandas yang berada di dalam penyelenggaraan atau untuk
menunjukkan keadaan yang berbahaya, seperti lantai licin (rujukan: Industri Safety and
Hygiene New -Cone Connector Chain). Penggunaan kon keselamatan di dalam bangunan dapat
dilihat apabila kerja kerja pembersihan lantai dilakukan. Pekerja pembersihan akan meletakkan
kon keselamatan sebagai amaran bahawa kawasan itu sedang dibersihkan dan tidak boleh dilalui
kerana lantai sedang basah.

Kon trafik fleksibel dengan ketinggian 5cm digunakan untuk penyimpanan kon yang rata yang
cepat dan mudah. Kon dapat digunakan dengan satu tarikan sahaja dan mudah dikendalikan
dalam apa jua keadaan . Kon trafik fleksibel ini diperbuat daripada nilon dan polietilena kerana
tahan lama. Ia tetap berfungsi dan kesan walaupun selepas dilanggar oleh kenderaan.
Warna-warna pendarfluor terang dan kolar reflektif menyediakan penglihatan 360 ketika
malam dan siang.Binaan dalam lampu LED menambah penglihatan lebih jauh.
Collapsible cone as signal device

In the past portable signal devices have been known, as for example the so-called trafiic cones
used for lane marking and as warning devices, but such traiiic cones are not collapsible and are.
large and bulky. Consequently, these cones are not carriedby the ordinary motorist in the trunk of
his car for use as warning signals when it is necessary to pull off of the road to make repairs, as
for example when changing a tire. In contrast to this the present invention provides a signal.
device which is collapsible into a compact substantially flat form occupying very little space but
which is nevertheless expandable into opened out form of good size. Basically, my inven tion
contemplates in one form the use of a fiat base to which is detachably secured a flexible sleeve
within which is disposed a coil spring manually compressible into pancake form and extensible
when released to open out the sleeve into use condition. Other variations are also contemplated,
some of which are illustrated in the drawings and described hereinafter in the specification.
Accordingly, it is a primary object of this invention to provide kinds to prevent the device from
blowing over in strong winds.

Yet another object. of this invention is to provide a novel collapsible signal device as aforesaid
which is clearly visible at night as well as by day.

Still another objectof this invention is to provide a novel collapsible signal device as aforesaid
which may be used .as a marker buoy or small boat distress signal.

signal device expandible for use and collapsible into a small flat package for storage, comprising
in combination, a signal sleeve of fluorescent flexible material, sleeve shape-forming elements
disposed within hem loops formed at opposite ends of said sleeve, a conical compression spring
removably disposed within said sleeve axially between the sleeve shape-forming elements and
terminating at opposite ends in spring end formations of larger transverse dimension than and
being engageable with said sleeve shape-forming elements etfective to ex pand the sleeve to
desired shape for use by driving said sleeve shape-forming elements axially away from one
another, said spring being axially compressible substan tially into pancake form with successive
turns of the spring nesting radially within one another to compact the sleeve into a relatively
small flat package, substantially flat and heavy sheet metal base means detachably securable to
said sleeve by cars turned upward out of said base into overlying relationship with a least a part
of said sleeve and one of said spring end formations, said base means being provided with a
plurality of apertures therethrough through which may be projected anchor means for securing
said signal device to an underlying surface, and means for releasably securing the pancaked
spring and compacted sleeve fiatwise against said base means for storage
2.4 Soal selidik

2.4.1 Pengenalan
Soal selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk tulisan. Ia merupakan satu alat
yang dibentuk secara khusus untuk mengumpul maklumat bagi tujuan analisis yang dapat
menjawap persoalan kajian. Individu yang membina borang soal selidik ini perlulah
berpengetahuan luas agar soalan yang dibina adalah wajar , boleh dipercayai dan tidak
dipengaruhi emosi.Menurut Gillham(2000) , terdapat beberapa sebab mengapa borang soal
selidik menjadi pilihan banyak pengkaji.Antaranya ialah kos untuk membina borang soal selidik
adalah murah dan masa yang diperuntukkan adalah singkat.
Borang soal selidik disediakan berdasarkan kajian literature dan diedarkan sendiri oleh penulis
kepada responden-responden yang dipilih. Responden yang dipilih adalah seramai 50 umat
manusia yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.Kawasan kajian ini diadakan pada sekitar
bandar Shah Alam. Selepas diagihkan dan siap diisi oelh responden , boring-borang berkenaan
kemudiannya diambil semula bagi tujuan analisis. Penyediaan boring soal selidik akan dapat
memudahkan responden untuk memberikan jawapan terhadap kajian yang dijalankan.Ini kerana
borang soal selidik yang disediakan membahagikan tajuk besar kepada beberapa bahagian yang
lebih kecil dan focus.Dengan itu , ia dapat memberikan gambaran yang tepat tentang apa yang
dikehendaki oleh kajian.

Kesimpulan

Menurut En Mohd Aswarizal Bin Alias,UTEM 2008 Kon Keselamatan mudah alih
Cones For Traffic (www.UKTrafficCone.com) 24 January 2017
Industri Safety and Hygiene New -Cone Connector Chain) 3 August 2015
Road Safe Company (Collapse-A-Cone) Febraury 2015
Universiti Of California -Traffic Safety Cone Storage (2005)
collapsiblecone.blogspot.my/
BAB 3 METHODOLOGI
3.1 Pengenalan

Terdapat banyak pendekatan yang perlu diambil bagi mencapai objektif kajian ini. Bab ini
bermula dengan perancangan dan pemilihan tajuk projek dan diikuti dengan proses kajian
literature dan bahan bahan yang digunakan dalam penghasilan Chainage Cone Box. Selain
daripada kajian literature , perbincangan tentang kajian bahan-bahan yang digunakan untuk
penghasilan Chainage Cone Box dan pengumpulan data daripada soal selidik adalah penting
untuk mendapatkan keputusan yang lebih tepat .

Membuat penyelidikan

Mereka bentuk produk

Memilih bahan-bahan untuk


digunakan

Membuat ujian keatas produk

Soal selidik dijalankan


terhadap responden

Produk telah siap dihasilkan

3.1.1 Rajah carta alir methodologi


Secara umumnya kaedah yang akan dijalankan untuk menyiapkan projek dibahagikan kepada
beberapa peringkat utama. Antara peringkat-peringkat tersebut adalah seperti berikut :

1. Mereka bentuk produk Chainage Cone Box.


2. Mengumpul maklumat daripada kaedah soal selidik.
3. Menjalankan ujian keatas Chainage Cone Box yang telah dihasilkan.

3.2 Proses kajian

Kajian kami diteruskan lagi dalam usaha menterjemahkan dan seterusnya menghasilkan
Chainage Cone Box. Dalam masa yang diberi, kami berusaha untuk mencari dan mendapatkan
idea serta mencari bahan dan seterusnya menghasilkan produk iaitu Chainage Cone Box.
Berikut adalah langkah-langkah dalam penghasilan produk kami:

3.2.1 Membuat penyelidikan dan mengenalpasti masalah

Rajah 3.2.1.1 Membuat perbincangan produk

Hasil daripada perbincangan yang dilakukan, idea dan maklumat telah diperoleh berdasarkan
sumber-sumber yang telah dikenalpasti dan dijadikan panduan dalam menghasilkan produk
Chainage Cone Box. Rekabentuk produk telah dihasilkan bagi memudah kaedah penyimpanan
bagi kon sedia ada. Melalui rekabentuk tersebut, Chainage Cone Box merupakan salah satu
inisiatif bagi memudahkan kaedah penyimpanan bagi kon konvesional serta diharapkan dapat
memberikan impak yang besar kepada pengguna jalan raya berkenaan kecemasan ataupun bagi
tujuan penyelengaraan.
3.3 Mereka bentuk produk

Rajah 3.3.1 Pandangan 3D produk

Rajah 3.3.2 Pandangan pelan produk

Rajah 3.3.3 Pandangan sisi produk


Produk ini dicipta untuk memudahkan kaedah penyimpanan kon sedia ada serta bertindak
sebagai medium pemberitahuan kecemasan atau kerja-kerja peyelengaraan berhampiran dengan
kon tersebut. Memandangkan produk ini adalah ciptaan terbaharu, maka pelbagai kajian dibuat
untuk menguatkan fungsi keberkesanan produk ini. Disamping itu, produk ini bakal diuji di jalan
raya dan maklumat lebih lanjut bakal diperolehi melalui soal selidik yang diberikan kepada
penguna jalan raya ataupun pakar-pakar jurutera.

3.4 Mengumpul bahan produk

Setelah merekabentuk produk, berikut merupakan bahan-bahan yang diperlukan bagi


menghasilkan produk ini mengikut perancangan yang telah dilakukan. Pemilihan alatan yang
sesuai digunakan bagi memudahkan proses penghasilan produk berjalan lancar.

BIL Peralatan dan bahan-bahan


1 Kepingan getah
2 Plat keluli lembut (mild steel plate)
3 Gam gibson (Gibson glue)
4 Gunting (Scissors)
5 Bolt and nat
6 Pita ukur (Measuring tape)
7 Pvc
8 Collapsible cone
Rajah 3.4.1 Kepingan getah yang diperoleh daripada Lembaga Getah
Malaysia (LGM)

Rajah 3.4.2 Perbincangan bersama En. Kamarularifin Bin Hadithon


(Pegawai Penyelidikan LGM)
3.5 Menghasilkan produk

3.5.1 Pemotongan kepingan getah

Kepingan getah hendaklah diukur terlebih dahulu dengan mengunakan pita ukur bagi
mendapatkan ukuran tepat. Kemudian ia dipotong dengan menggunakan gunting mengikut saiz
ukuran yang ditanda (18cm x 18cm 0.3cm). Kepingan getah yang digunakan adalah nipis tetapi
ianya berat bagi menyokong kon supaya tidak mudah beralih. Seterusnya, kepingan getah
tersebut perlu dibersihkan terlebih dahulu sebelum melalui proses penyambungan bersama
collapsible cone.

Rajah 3.5.1.1 proses mengukur dan menanda


pada kepingan getah

Rajah 3.5.1.2 Proses pemotongan kepingan getah


3.6 Soal selidik

3.6.1
Kajian berbentuk soal selidik adalah satu bentuk kajian yang popular digunakan dalam kalangan
penyelidik kerana soal selidik boleh merangkumi bidang yang luas dan boleh dirangka dengan
mudah. Melalui soal selidik maklumat berhubung responden boleh dirahsiakan. Ini
membolehkan responden menjawab soalan berkenaan dengan selesa tanpa rasa risau atau
bimbang.
Soalan soalan selidik terbahagi kepada dua bahagian, yang terdiri daripada 10 soalan.
i. Mengenai latar belakang responden antara soalan yang terkandung adalah jantina,
bangsa, pekerjaan serta kenderaan yang digunakan.
ii. Mengenai kaedah penyimpanan dan cirri-ciri keselamatan Chainage Cone box .

Untuk soalan yang dikemukakan dalam soal selidik ini adalah soalan tertutup. Jenis soalan ini
mudah untuk dianalisis dan menyenangkan responden untuk memberikan jawapan kerana ia
hanya dikehendaki menandakan satu daripada jawapan yang diberikan (Syed Arabi:1998:135)
Proses soal selidik dijalankan dengan penerangan ringkas daripada penulis tujuan soal selidik
dilakukan dan menyatakan bahawa segala maklumat peribadi adalah rahsia.Soal selidik ini
bukanlah ujian dan tidak terdapat jawapan benar atau salah. Responden diberi masa selama 20
minit untuk menjawab. Soalan soal selidik lebih tertumpu untuk mendapatkan data tentang latar
belakang responden dan reaksi mereka terhadap keberkesanan Chainage Cone Box. Borang soal
selidik ini disediakan sebanyak 50 set. Contoh borang soal selidik seperti dalam rajah
Rajah
3.6.2 Kaedah butiran tertutup

Borang soalan selidik berbentuk soalan tertutup ini rasionalnya untuk mendapatkan jawapan yang
berbeza-beza dan mudah dibandingkan serta jawapan mudah diproses menerusi sistem pengkodan yang
bersifat piawai dan mudah dianalisis. Ianya mempunyai banyak kebaikan antara ialah boleh dijawab
dengan mudah , mengambil masa yang pendek berbentuk objektif, mudah disusun dan dianalisis serta
mengambilkan pandangan responden daripada tajuk yang disoal.

You might also like