You are on page 1of 14

ANGGARAN AWALAN

Oleh: NAZRA BINTI ISMAIL


Dip. QS, BSc. Construction
HASIL PEMBELAJARAN (CLO)
 CLO 1: Menghuraikan kaedah anggaran awal kos
pembinaan bangunan
KOMPONEN PENILAIAN
 Anggaran Awal Kos Jenis
Topik 1 Topik 2 Topik 3
Pembinaan Penilaian

 Pengukuran Kuantiti Tugasan

 Kaedah Binaan Kadar Ujian


Amali
Projek
PENGENALAN
Penyediaan anggaran kos ialah satu proses yang penting dalam
perlaksanaan projek.

Ukur Bahan yang bertindak sebagai


Disediakan oleh Perunding
panduan atau rujukan kepada pihak klien yang
bertanggungjawab untuk menyediakan peruntukan dan kepada
pihak arkitek yang akan menyediakan reka bentuk bangunan.
Pihak kontraktor pula perlu meyediakan ramalan kos yang
kompetitif dalam memastikan kelangsungan mereka dalam industri
pembinaan.
TUJUAN ANGGARAN KOS
Tujuan anggaran kos ini dibuat secara amnya dapat diklasifikasikan dalam tiga
bentuk (Andrian, 1982) termasuklah: -

a) Anggaran kos digunakan untuk perancangan dan peramalan bagi


membantu penilaian kewangan bagi sesuatu pelaburan.

b) Kawalan anggaran kos dibuat semasa peringkat reka bentuk bagi


memastikan peruntukan yang disediakan adalah mencukupi.

c) Anggaran kos bagi proses tender menggambarkan kos projek kepada


kontraktor berdasarkan reka bentuk yang telah disiapkan.
KAEDAH ANGGARAN
AWALAN KOS
 Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan dalam meyediakan
anggaran awal iaitu seperti berikut:

 (i) Kaedah Unit (Unit Method)


 (ii) Kaedah Keluasan Lantai (Floor Area Method)
 (iii) Kaedah Kuantiti Nilai Hampir (Approximate Quantity)
KAEDAH UNIT
Pengiraan
Keterangan
 Kaedah Unit ialah kaedah yang paling awal  Contoh pengiraan adalah seperti berikut. 
digunakan. Ia juga dikenali sebagai anggaran 
Katakan kos per jemaah dalam pembinaan
mengikut fungsi bangunan dimana anggaran sesuatu masjid ialah RM 1,000.00 per
kos disediakan berdasarkan unit pendudukan. jemaah.
Contoh yang boleh diambil ialah seperti
bilangan katil di hospital, bilangan jemaah  Kapasiti masjid yang hendak dibina ialah
di masjid, bilangan kerusi penonton di untuk menampung seramai 500 orang.
stadium atau pewagam dan bilangan  Jadi kos anggaran awal berpandukan
pelajar di sekolah. kaedah unit ialah dengan
 Cara penganggaran adalah mudah dengan
RM 1,000.00 x 500 orang =RM 500,000.00
menentukan unit-unit piawai bagi sesuatu
jenis bangunan.
KAEDAH UNIT
a) Kelebihan

i) Merupakan kaedah anggaran yang paling cepat dan ringkas


ii) Merupakan kaedah yang paling sesuai pada peringkat awal di mana hanya
lakaran sahaja diberikan beserta keperluan-keperluan asas projek
iii) Kaedah yang mudah untuk membuat perbandingan kos
iv) Kaedah anggaran jangka panjang yang sesuai untuk
bangunan sekolah, hospital dan seumpamanya

b) Kelemahan

i) Tidak menggambarkan bentuk bangunan


ii) Tidak mengambil kira fakta-fakta lokasi, jenis kontrak, saiz projek, cara
pembinaan, bahan dan lain-lain
KAEDAH
Keterangan KELUASAN
LANTAI
Kaedah ini merupakan kaedah yang paling banyak digunakan pada masa kini.

Anggaran kos ini diperoleh dengan mendarabkan jumlah keluasan lantai


bangunan yang hendak dilaksanakan dengan harga bagi semeter persegi
bangunan.

Harga semeter persegi ini diperolehi daripada projek-projek yang telah


dilaksanakan.

Projek yang diambil mestilah mempunyai persamaan dari segi reka bentuk dan
cara pembinaannya.
 Pengiraan
KAEDAH
 Berdasarkan rajah, panjang bangunan ialah 15.00 meter
KELUASAN
LANTAI
 dan lebar bangunan ialah 6.00 meter

Keluasan Lantai Bangunan = Panjang x Lebar


= 15.00 m x 6.00 m
= 90.00 meter persegi
 
 Bagi mendapatkan harga anggaran bagi bangunan tersebut kadar harga per meter persegi hendaklah diketahui
berdasarkan bangunan yang sedia ada wujud di mana cara pembinaan dan reka bentuknya sama dengan bangunan
bangunan yang hendak ditaksirkan
 
 Katakan kadar harga bangunan yang sedia wujud adalah RM 200.00 bagi semester persegi.
Maka harga taksiran bagi bangunan cadangan adalah:
 
Kos bangunan cadangan = Keluasan lantai x kadar/meter persegi
= 90.00 meter persegi x RM
200.00
= RM 18,000.00
a) Kelebihan
KAEDAH
i) Merupakan kaedah membuat anggaran yang cepat dan hampir tepat
KELUASAN
selanjutnya LANTAI
ii) Lebih mudah digunakan oleh arkitek sebagai satu panduan kos projek apabila lakaran reka bentuk

iii) Kaedah ini berkait langsung dengan penggunaan ruang. Ia membolehkan perbandingan kos dibuat dengan
bangunan-bangunan yang mempunyai perbezaan dari segi bentuk dan binaan
iv) Kaedah ini mudah difahami dan mempunyai perkaitan dengan komponen reka bentuk bangunan

b) Kelemahan

i) Adalah sukar untuk membuat pelarasan kos bagi perbezaan seperti bentuk dan ketinggian bangunan
ii) Data daripada jenis bangunan yang sama diperlukan. Ini adalah amat sukar untuk memastikan semua
faktor yang mempengaruhi kos adalah sama
iii) Kaedah ini juga tidak mengambil kira ketinggian tingkat di dalam bangunan
KAEDAH KUANTITI
NILAI HAMPIR
Merupakan kaedah yang baik dan hampir tepat jika dibandingkan dengan
kaedah-kaedah yang lain.

Komponen-komponen kerja dikeluarkan secara kasar satu per


satu dari lukisan dan dihargakan mengikut bahan tersebut.
Komponen-komponen kerja digabungkan menjadi satu komponen yang lebih besar
dan memudahkan kerja pengiraan kuantiti.

Sebagai contoh, kerja-kerja bata, melepa dan mengecat dikira sekali di mana kuantiti
ketiga-tiga kuantiti kerja ini hampir sama. Manakala bagi kerja-kerja menghargakan,
harga ketiga-tiga komponen kerja ini dicampurkan sekali.
a) Kelebihan

i) Ia merupakan kaedah yang baik kerana semua item di dalam bangunan


diambilkira walaupun pengukuran dilakukan kurang tepat
ii) Semua faktor seperti bentuk bangunan, saiz, ketinggian dan spesifikasi
telah
diambilkira dalam pengukuran

b) Kelemahan
i) Memerlukan masa yang panjang di dalam kerja-kerja penyediaan anggaran
kos
ii) Bergantung kepada ketepatan dan jumlah maklumat projek yang diperolehi

You might also like